Pages

Selasa, 19 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxii

Bersambung dari SINI...

Menurut laporan The Straits Time bertarikh 19 Nov, gomen terkejut dengan kemunculan Chen Tian dan Lee Chin Hee pada 17 Nov "...Chen Tien's arrival in Klian Intan yesterday was a surprise to the Federation Government." (Harry Miller, The Straits Times, The Tengku Talks Tough, 19 Nov 1955, hlm. 1). Namun demikian, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dalam aspek keselamatan. Bagi tujuan ini,  H.R. Middleton, O.S.P.C. (?)  dikerah dari Kuala Kangsar ke Klian Intan untuk mengatur langkah-langkah keselamatan. Arahannya meliputi melarang orang luar masuk Kpg Khek pada jam 1800 pada 17 Nov di mana Chen Tien dan Lee Chin Hee bermalam  dan dikawal rapi oleh anggota polis.

Kemunculan dua orang PGK tanpa diduga diperakui oleh MacGillivary apabila beliau memaklumkannya dalam telegramnya kepada Lennox-Boyd pada 18 Nov 1955 dengan menyatakan "Yesterday afternoon Chan Tien and his guide turned up unannounced at Klian Intan." (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S. (Secret), No. 718, 18th November, 1955).

Namun beliau menyanggah alasan Chen Tian mengenai kelewatan kehadiran mereka semula selepas pertemuan pertama pada 17 Okt 1955. MacGillivray berpandangan mereka sengaja tidak memaklumkan kerajaan kerana hendak mengambil kesempatan untuk membuat sidang akhbar tanpa kehadiran pihak kerajaan. Mereka menyedari bahawa para wartawan sudah berkhemah di Klian Intan berminggu-minggu untuk melapori pre-meetings ini. Menurut laporan polis, Chen Tien "...used the occasion for this meeting to put about propaganda in favour of negotiations." Chen Tien telah mengedar sejumlah 80 salinan cyclostyled kenyataan Chin Peng melalui agen-agennya di Klian Intan untuk disebarkan di seluruh Malaya dan Singapura, (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S. (Secret), No. 724, 19th November, 1955). Networking depa di Klian Intan memang hebat.

Pada pagi 18 Nov, terpaparlah laporan ini...


The Straits Time, 18 Nov 1955

Pada pagi 18 Nov 1955, MacGillivray telah pergi berjumpa Tunku. Menurut MacGillivray, apabila dimaklumkan kemunculan Chen Tien di Klian Intan  pada awal pagi 18 Nov 1955 Tunku telah mengarahkan Wylie dan Too terbang ke Klian Intan. Mereka berlepas dari Pangkalan RAF Kuala Lumpur ke Kroh (Pangkalan Hulu) dengan pesawat Beaver. Mereka diarahkan untuk mengatur pertemuannya dengan ketua pengganas pada 9 Dis 1955. (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S. (Secret), No. 718, 18th November, 1955).

Bila dengar tarikh tersebut, MacGillivray telah mengingatkan Tunku bahawa Marshall pun perlu terlibat dalam rundingan ini. Ekoran itu, Tunku telah menghubungi Marshall. KM Singapura memaklumkan bahawa beliau akan pergi ke London pada 2 Dis 1955 untuk berbincang dengan Inggeris mengenai kemerdekaan Singapura. Beliau menegaskan yang beliau tidak sedia membatalkan lawatannya (The Sunday Times, Chin Peng Can Pick The Town, 27 Nov 1955, hlm. 1). Beliau setuju menghadiri rundingan selepas kembali dari London.

Mat Saleh ini juga membawa kepada perhatian Tunku mengenai kenyataan Chin Peng sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar. Kenyataan ketua pengganas "...amounted to an outright rejection of the amnesty terms and renewal of the proposal to negotiate as equals; and if he were immediately to make arrangements for a meeting with Chin Peng this would inevitable be interpreted by the public as acceptance by Rahman of Chin Peng's rejection of the amnesty terms and of his proposal to negotiate." Terdiam juga Tunku dibuatnya dan beliau bersetuju untuk menunggu sehingga surat yang dihantar oleh Chen Tien pada 17 Nov. Pagi itu surat tersebut masih belum diterima.

Tunku pun dengan segera menalifon Wylie dan Too yang mendarat di Kroh pada jam 0917. G.R. Turner menunggu mereka di landasan terbang dan membawa mereka ke Rumah Rehat, Kroh untuk sarapan pagi (Khoo Sian Hock, The Straits Times, Smiles After Talks In Half-light, 19 Nov 1955, hlm. 1). Menurut MacGillivray, Tunku mengarahkan "...that they should make no arrangements with Chan Tien for a meeting and should inform him that the purpose of the proposed meeting between the Chief Minister and Chin Peng is to explain the amnesty terms and not to negotiate, that they were merely authorised to hear what he had to say and that he should then return to the jungle and be ready to meet them again to receive Rahman's answer at a place and date in about a week from now which they were authorised to agree with him."

Cukup le untuk hari ini.

Bersambung...InsyaAllah.

Nota: Terima WhatsApp dari ACP Norizan bin Murad. Menurut beliau, O.S.P.C. ialah Officer Superintending Police Circle. Bawah pegawai ini ada 3 O.C.P.D. dan menjawab kepada CPO. Jawatan ini dimansuhkan pada 60an. Terima kasih ACP Norizan di atas pencerahan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan