Pages

Rabu, 26 September 2018

Nak ambil PhD?

Nak ambil PhD? By all means, realisasikan hasrat itu. Saya memang bebeno nak galakkan mereka yang berminat supaya jangan pendamkan cita-cita itu.

Di sini bio le saya coretkan sikit pengalaman yang saya harungi selama 4 tahun dalam usaha mengejar impian saya. Tapi sebelum itu, bio le saya qualifykan coretan ini. Saya hanya menceritakan pengalaman membuat kajian dalam bidang sejarah di UUM. Dan dari perpekstif seorang pesara sepenuh masa yang tugas hakikinya ialah 'RTM' (rehat tunggu mati).

Saya tekankan dari perpekstif seorang pesara sepenuh masa! Mengapa? Kerana tiada apa lagi yang nak saya dipikiokan, hanya fokus kepada kajian saje. Mind you, I work at my own pace. Nak tension tak tentu hala buat apa? Lulus atau gagal pun bukannya akan melonjak/membantut kerjaya saya sebagai penjawat RTM. Setakat ini rasanya saya dah bersyukur bebeno dengan apa jua rahmatNya. Dengan kata lain, tak perlu le nak cari kerja ke sana-sini. Memadai le dengan apa jua rezekiNya, syukur alhamdulliah.

Tapi, janganlah anda ambil sifat ini. Saya nak kaitkan supaya jangan jadi pengajian ini faktor utama anda berhadapan dengan tension. OK?

Sekarang, tanya diri sendiri. Apa yang beno2 anda minat. Ambil saya sendiri. Saya minat bebeno dengan S61A-4 The Old But Faithful Nuri. Mula menulis dalam blog pada 2009 sehingga berjaya menerbitkan 3 buku. Selain itu merasa masuk TV3; diundang memberi ceramah di perpustakaan dan sekolah2. Pada saya, ini adalah satu kejayaan, syukur alhamdullah. Jadi, terfikir pula mengapa saya tidak formalisekan  pengalaman saya dalam bentuk akademik, iaitu PhD? Jika berjaya, setidak-tidaknya satu kajian mengenai satu aset ATM amnya, TUDM khususnya, yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan dan keselamatan negara dilakukan. Kajian ini kelak akan menjadi bahan rujukan untuk para pengkaji di masa akan datang.

Semasa di KL, saya telah bertanya kepada seorang pensyarah IPTA semasa diundang memberi ceramah yang saya berminat nak ambil PhD mengenai Nuri. Dia kata OK dan suruh saya jumpa dia di IPTAnya. Di Alor Setar juga saya telah bertanya seorang penyarah IPTA soalan yang sama; jawapan dia pun sama. Ini bererti topik ini boleh dibawa ke peringkat PhD. 1 isu dah beres.

Minat dah ada. Cukup ke sekadar menceritakan pengalaman saya dan juga rakan taulan? Bila ditanya apa tajuk kajian itu nanti, saya kata Sejarah TUDM: Peranan Nuri Semasa Era Insurgensi. Ingat dah hebat bebeno! Pensyarah kata tajuk itu begitu luas. Mula kena cerita sejarah penubuhan TUDM. Sejarah TUDM bukan saja mengenai semua jenis pesawat dalam inventorinya, tetapi perlu meliputi elemen-elemen lain, seperti pertahanan udara, logistik, kejuteraan, pentadbiran, operasi, PASKAU, dll. Lepas tu baru bincangkan mengenai peranan Nuri. Lepas itu ditanya tempoh kajian, adakah kajian itu sehingga 2014 atau bila? Insurgensi. Adakah saya maksudkan seluruh Malaysia? Jika meliputi seluruh negara, adakah saya bersedia untuk membincang ancaman yang di hadapi di Sarawak dan Semenanjung? Keadaan di sana tidak sama seperti di Semenanjung? Saya hanya nak bincangkan mengenai ancaman PKM saje.

Setelah berbincang, pensyarah yang kemudiannya menjadi supervisor saya, mengesyorkan supaya kajian saya terbatas kepada sejarah Nuri di Semenanjung dalam era insurgensi 1968-1989. Pilihan 1968-1989 berlandaskan kepada kebangkitan semula ancaman PKM bermula pada 1968 dan berakhir apabila Perjanjian Damai termeterai pada 2 Dis 1989 di Hat Yai, Thailand. Tempoh ini mustahak seperti juga kajian PhD Lt Kol Dr Syed Othman bertajuk "Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968" (2004).

Topik kajian sudah dipersetujui. Soalannya sekarang, bila sebut sejarah, kena le menulis sejarah pesawat itu. Mengapakah aset ini diperlukan? Bagaimanakah keadaan keselamatan negara ketika itu? Siapakah pelaku2 yang terlibat dalam proses perolehannya? Mengapa Uncle Sam sedia menjualnya? Apakah halangan yang terpaksa dihadapi oleh gomen? Apakah kedudukan kewangan negara untuk membeli helikopter ini? Di manakah nak mendapatkan juruterbang untuk megendali pesawat2 itu nanti? Dan banyak lagi le soalan yang terpaksa difikirkan!

Tapi sebelum menyentuh sejarah Nuri, persoalan perlu dijawab bila pula helikopter mula beroperasi di Malaysia. Soalan ini melibat era darurat 1948-1960.

Soalan2 telah diajukan. Pokoknya sekarang, di mana nak dapatkan data untuk menjawab soalan2 ini?  Oh mak dato', jujur saya katakan saya tak terfikir pun benda ini! OK le...jangan tension. Mudah saje...jangan sama sekali segan bertanya.

Rasanya cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan