Pages

Sabtu, 22 September 2018

"Service Paper" Jen Briggs

Semasa membuat kajian PhD, saya turut menyentuh penglibatan helikopter semasa darurat (1948-60) di Malaya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa helikopter RAF mula operasional di negara kita yang tercinta ini. Malah skuadron helikopternya ditubuhkan di sini. Di Malayalah RAF menyediakan SOP untuk helikopter beroperasi dalam peperangan hutan (jungle warfare).

Bila menyebut saje darurat, mana boleh lari dari Rancangan Briggs (Briggs Plan) yang diformulasikan oleh Lt Jen Sir Harold Briggs yang dilantik oleh Inggeris sebagai Pengarah Operasi (1950-1951). Dia dipertanggungjawabkan untuk menyediakan satu rancangan am untuk tindakan menentang PGK dan pembahagian tugasan kepada komponen pasukan keselamatan (PK) (Hansard UK, Sir Harold Briggs (Duties), jawapan J. Griffiths, Secretary of State for the Colonies, kepada soalan mengenai tugas Lt Jen Briggs, HC Deb 05 April 1950 vol 473 cc1182-3). Tak lengkap penyelidikan jika rancangan ini tak disebut. Pada saya agak menghairankan sekiranya terdapat orang yang tak pernah dengar rancangan ini! Dah banyak buku/artikel ditulis mengenainya. Ala...di sekolah dah belajar pun.

Malah, hebat tak hebatnya rancangan ini sehingga kini rakyat Malaysia terkesan dengannya. Bagaimana? Semua rakyat Malaysia dikehendaki memiliki kad penganalan apabila mencecah umur 12 tahun. Ini adalah salah satu rancangan tersebut. Yang lain-lain itu baca saje di SINIsekadar mengingatkan semula secara ringkas.

Yang ditulis dalam buku/jurnal membabitkan fasa implimentasi setelah dilulus oleh gomen Inggeris di London. Saya nak tahu bebeno apa yang syorkan dalam Service Paper itu? Saya ada menghubungi pihak tertentu tetapi jawapannya tidak memberangsangkan. Jadi saya telah menghantar emel kepada Prof Emeritus John Anthony Stockwell, seorang sejarawan di University of London. Mat Saleh ini menyarankan saya merujuk kepada buku British Documents on the end of Empire: Malaya Part II (A J Stockwell (Editor), Malaya: Part II, London: HMSO, hlm. 217-221). Yang bestnya dia link sekali pada dokumen terseubt...He...He...He.

Tajuk Service Paper Briggs ialah "Federation plan for the elimination of the communist organisation and armed forces in Malaya." (CAB 21/1681, MAL (50)23, Appendix, 24 May 1950). Setelah diluluskan oleh Pesuruhjaya Tinggi, Henry Gurney, kertas ini dibincang oleh Cabinet Malaya Committee pada 17 Jul 1950 (CAB 134/497, MAC C(50)8; CO 5375975; dan PREM 8/1406/2).

Sumber: A J Stockwell (Editor), Malaya: Part II

Para pembaca. Diharap coretan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan mengenai Rancangan Briggs. Marilah kita kongsi bersama ilmu/pengetahuan supaya sedikit-sebanyak dapat memperkayakan khazanah sejarah negara kita yang satu ini, wallahualam. Don't be selfish! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan