Pages

Sabtu, 1 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxviii

Sambungan dari SINI...

29 Dis 1955...

Jam 1400...Konvoi 2 PPH yang diketuai oleh Lt (Polis) Dennis Wombell yang mengiringi John Davis dan Chin Peng meninggalkan Baling ke Gunung Paku.

Sebenonya, Chin Peng tak nak balik dengan segera sehabisnya mesyuarat kerana orang-orang dia mungkin tak ada di lokasi di persekitaran Gunung Paku. Mereka mungkin menjangka ketua mereka akan berada di lokasi RV lewat petang. Tapi John Davis nak hantar mereka cepat-cepat kerana "...to get Chin Peng's party out of the publicity atmosphere of the camp." Dia kurang yakin dengan wartawan walaupun mereka telah diberitahu Chin Peng tidak boleh ditemubual (Margerat Shennan, op. cit., hlm. 281). Tahu saje le wartawan...siapa yang nak missed berita sehebat ini, betul tak? Kemungkinan mereka simply bulldoze tidak boleh diketepikan begitu saja! So, tough luck le Chin Peng.

Ingat tak Chin Peng ada bertanya kepada Tunku bagaimana rombongannya nak balik ke Gunung Paku? Dah tentu le dia bimbang kerana apa pun boleh berlaku sementelah rundingan boleh dikatakan gagal. Sepertimana yang tercatat sebelum ini, PKM telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat di kawasan sempadan Malaysia/Thailand khusus untuk membingcang rundingan Baling. Selain melantik Musa Ahmad sebagai Pengerusi PKM dan R.G. Balan sebagai Naib Pengurusi, Lee Aun Tong@Lau Li pula dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agong. Dia akan mengganti Chin Ping sekira berlaku sesuatu kepada ketua pengganas tersebut (Aloysius Chin, 1994, The Communist Party of Malaya: The Inside Story, Kuala Lumpur:Vinpress, hlm.46). R.G. Balan merupa seorang anggota komunis tegar dari kaum India dan ahli yang aktif dalam Perak Rubber Labourers' Union yang berhaluan kiri.  Semasa dilantik sebagai Naib Pengerusi, dia berada dalam tahanan semenjak 30 Mei 1948. Pada hari itu, dia ditahan 6 jam sebelum masuk dalam hutan untuk mengangkat senjata (Anthony Short, 2000, In Pursuit of Mountain Rats: The Communist Insurrection in Malaya, Singapore: Cultured Lotus, hlm. 60. Terbitan pertama, 1975, The Communist Insurrection  in Malaya 1948-1960, Frederick Muller). Dia dilepaskan pada 1961, iaitu selama 13 tahun dalam tahanan (Cheah Boon Kheng, 2014, Red Star Over Malaya, (Terbitan pertama 1983), Singapore:NUS Press, hlm. 82-83, nota kaki 7).

Kebimbangan Chin Peng memang ada asasnya. Menurut Leon Comber, dia berjumpa Marshall 18 bulan sebelum Marshall meninggal dunia pada 12 Dis 1995. Semasa pertemuan tersebut, mantan KM Singapura itu memberitahunya bahawa dia ada bertemu dengan seorang mantan anggota perisikan Inggeris, MI5. Mat Saleh ini memaklumkan bahawa Inggeris ada rancangan alternatif sekiranya rundingan tersebut gagal. Rancangan itu ialah "we were under orders to follow him into the jungle and kill him but we lost him." (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 181). Marshall memang terkejut mendengar berita itu kerana dia tak tahu apa-apa tentang komplot itu. Dia menegaskan "...I would have been against it if I'd known." Margaret Shennan juga percaya John Davis sudah pasti enggan menjadi conducting officer sekiranya dia mengetahui komplot ini (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 274). Isu ini juga tersiar dalam rencana yang ditulis oleh Ian Steward dalam akhbar South China Morning Post, 18 Jun 1998. Steward menyatakan cubaan membunuh Chin Peng gagal dan mungkin ketua pengganas itu sendiri tidak mengetahui rancangan ini (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 180).

Bila mendengar berita ini, Chin Peng menyatakan dia dimaklumkan oleh seorang pegawai: "Do you know at that time the OCPD of Kroh, tried to set up an ambush to kill you? Fortunately we discovered, the British Government discovered, and stopped him in carrying out the ambush." Siapa pegawai ini tidak pula disebutnya. Anthony Short pula mengesahkan kenyataan ini kerana dokumen terbabit berada di Public Record Office, Kew Gardens, London (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 182). Bestnya kalau dapat salinan dokumen ini!

Maka selamat le Chin Peng.

Berbalik kepada John Davis yang menunggu di komplek sekolah semasa rundingan. Dia terima arahan dari pihak atasan untuk melaksanakan beberapa tugasan. Arahan ini ditulis cakar ayam sahaja (scribble) di atas sekeping kertas saje. Dari siapa arahan ini tidak pula dicatatkan olehnya dan menjadi the best kept secret. Tapi dari awal lagi dah diberitahu no black and white!

Jam 1521...Konvoi John Davis tiba di Gunung Paku.

Menurut Wombell, pergerakan konvoi tidak menghadapi sebarang masalah. Dia perhatikan raut muka Chin Peng "...somewhat despondent at the failure of the talk." (Dennis Wombell, The Baling Peace Talks, 28th./29th. Dec. 1955). Mat Saleh ini sempat lagi mengambil gambar Chin Peng semasa bertukar keenderaan di satu persimpangan untuk menaiki Gunung Paku. Dia protes le kerana tak setuju gambarnya diambil di luar Baling. Mengapa? Mana ada publicity!

Ingat Mat Saleh ni nak layan komplennya? Dia tak endah langsung kerana "...knowing what the immediate future held for him I was not too concerned." Memang betul pun...Chin Peng tetap musuh negara No. 1!

The Straits Times

Wombell dan John Davis ingat tugasan mereka berakhir bila tiba di Gunung Paku dan Chin Peng dan konco-konconya masuk hutan untuk RV dengan gerila-gerilanya. Engkohnya tidak. Dia memohon kepada John Davis supaya dia seorang bermalam di lokasi tersebut, iaitu bersama  platun Dennis Wombell dan akan menyertai anggota-anggotanya keesokan hari. Alasannya ialah hari agak dah lewat untuk dia turun gunung ke lokasi orangnya. Permohonan ini dipersetujui. Tapi yang bestnya ialah dia arah Chen Tien dan beberapa pengiring turun ke lokasi RV gerila-gerila. Malah Chin Peng minta Wombell lampu picik untuk Chen Tien bagi memudahkan dia berjalan dalam hutan nanti. Wombell pun menghantar sebuah Land Rover ke Klian Intan untuk membeli alatan tersebut.  

Nak bermalam itu OK tapi bukan tetamu dibiarkan tidur berbumbungkan langit dan beralas dengan tanah merah kut. Anggota PPH tak bawa spare khemah dan selimut. Jadi, menurut John Davis, keenderaan dihantar ke stesen polis Kroh untuk mengambil khemah dan selimut tambahan untu tetamu yang tak diundang ini, termasuk dia sendiri. PPH nak dirikan 2 khemah untuk John Davis dan Chin Peng tetapi John Davis kata dia akan kongsi khemah dengan ketua pengganas. After all, sebelum ini pun mereka pernah sekhemah semasa menentang Jepun.

Tempat penginapan dah beres. Makan pula macam mana? Wombell mengarahkan anggotanya menyediakan makanan untuk 2 orang tetamu ini. Menu ialah kari ikan dengan nasi. Kira OK le tu. Sungguh ironik sekali, "...For the cooks, a platoon of Malayan police constables, it was a bizarre situation, for they had spent years hunting these same Communist terrorists in the jungle" tapi pada hari tersebut terpaksa menyediakan makan malam untuk musuh utama negara! (Margerat Shennan, op. cit., hlm. 282).

Sebelum masuk khemah, Chin Peng berbual kosong dengan Wombell tapi mereka mengelak daripada menyentuh profession mereka. Chin Peng sekadar bertanya berapa lama Wombell dah berada di Malaya dan sama ada dia boleh tahan dengan cuaca panas.

Lepas itu Chin Peng beredar ke khemahnya. Masa inilah John Davis memainkan peranan tambahan yang diberikan.

OK setakat ini. 

Bersambung...In Syaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan