Pages

Isnin, 3 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxix

Sambungan dari SINI...

Arahan oral bagi yang diterima oleh John Davis ialah "...to secure agreement on 'surrender terms'. Get [these] fixed early." Memang tall order bebeno (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 283). Semasa dalam khemah, dia taklah terus suruh ketua pengganas menyerah diri saje lah. Sebaliknya, dia mendengar rentetan Chin Peng.

Chin Peng hairan bebeno mengapa '...no negotiation zeal' pada Tunku masa rundingan tersebut. Tak ada langsung tolak ansur sepertimana yang dia harapkan.  Dia kecewa kerana Tunku tak menghalalkan PKM. Justeru dia tak boleh mengambil bahagian perkembangan politik. Selain itu, dia juga tak setuju anggota-anggotanya ditahan dan dibicara apabila menyerah diri. Jatuh le maruah mereka...dropped depa punya waterface. Keadaan memerikkan lagi apabila Marshall terlalu agresif.

Dipendekkan cerita, luahan ketua pengganas ini merumuskan apa yang berlaku semasa rundingan tersebut. John Davis pun tak tahu apa yang dibincangkan kerana dia tak berada dalam bilik rundingan. Mendengar rentetan ini, John Davis percaya Chin Peng "...emphatically wants to stop fighting." (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 285).

Lepas habis Chin Peng dengan rentetannya, John Davis mencadangkan supaya terima sajelah terma amnesty itu. Dia kata Chin Peng kena terima hakikat bahawa shooting war mereka telah gagal; mereka akan kalah. Jika dipersetujui, bolehlah dirundingkan lagi. Tapi tahu saje le sikap komunis, jawapan Chin Peng berputar belit. Pokoknya, dia mentah-mentah menolak terma amnesty dan surrender tidak wujud dalam istilah PKM...no way, man! Dia beritahu John Davis musuh utamanya ialah Inggeris dan dia percaya merekalah yang bertegas nak PGK menyerah diri.

Dia berlembut sikit mengenai bab penahanan anggota yang nak menyerah diri; masih boleh berkompromi. Dia kata jangan dibicara di mahkamah. Mengenai mereka yang nak balik ke China, dia nak jawatankuasa ditubuhkan untuk menentukan sapa yang nak tinggal di Malaya dan nak balik ke Tanah Besar.

Menurut Chin Ping, John Davis menyatakan "...Let me go with you into the jungle and see if the two of us can't settle this matter. After all, we won very convincingly the last time we cooperated." Apabila ditanya apa yang dimaksudkan, John Davis menjelaskan "...I have brought a small patrol with me. They are equipped with a radio. We can keep in direct touch with Kuala Lumpur." (Chin Peng, op. cit., hlm. 389; juga C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 178). Dia menolak cadangan ini kerana dia tidak dapat menjamin keselamatan kawannya ini dan anggota PK terbabit nanti, lagi pula komunikasi ini sudah tentu melibatkan Inggeris.

Betul ke apa yang dikatakan Chin Peng mengenai tawaran ini? Menurut Margaret Shennan, John Davis tidak mencatatkan isu ini dalam 2 keping kertas dalam simpanan peribadinya (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 285 & hlm. 365, note 22). Sebaliknya apa yang tercatat ialah kaedah bagi memudahkan pergerakan wakil Chin Peng sekira bersetuju mengenai penempatan anggota PGK yang nak menyerah diri. Chin Peng akan keluar dari hutan dan menandatangani satu perjanjian provisional. Selepas itu, dia atau wakilnya akan akan pergi ke lokasi yang akan menempat anggota-anggota berkenaan. Kemudahan pengangkutan ditanggung beres oleh gomen dan proses ini dijangka mengambil masa selama sebulan. Chin Peng percaya anggotanya akan berkerjasama, hanya mungkin sebilangan kecil sahaja yang akan meneruskan perjuangan.

Bagaimana pula sistem yang akan digunakan untuk untuk kedua-dua berkomunikasi? John Davis mencatatkan hubungan dibuat secara bertulis 2 kali sebulan, iaitu setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan, bemula pada 15 Januari 1956. Surat tersebut dimasukkan ke dalam dead letter box lebih kurang 20 ela dari hala nak masuk ke Gunung Paku. Dah pastilah PK akan dimaklum terlebih dahulu. Bagi memudahkan lagi pergerakan, kurier yang dipersetujui ialah Onn Chin Hee dan Kwee Ching. Mereka dikehendaki meletakkan mesej Chin Peng dalam dead letter box di antara jam 1000 dan jam 1400. Sistem ini diperakui oleh Chin Peng. Namun dia menyatakan "...the box was never activated by either side. We checked it out on several occasions." (Chin Peng, op. cit., hlm. 390).

Apabila menerima mesej tersebut, gomen akan membuat pengumuman melalui Radio Malaya untuk 2 malam berturut-turut selepas warta berita jam 2100. Pengumuman dalam bahasa Inggeris berbunyi: "Will Mr Harold Slocum, last heard of in Singapore in 1954, please get in touch with Police Headquaters?" Ini bermakna gomen bersetuju dengan kandungan surat ketua pengganas (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 286).

Selain berbincang isu ini, mereka mengenang kisah-kisah semasa menentang Jepun. Depa bergebang hingga larut malam.

30 Disember...

Sebelum fajar terbit, Dennis Wombell mengarahkan stand-to dan stand-down selepas fajar terbit. Mereka semua ambil sarapan pagi awal; menu untuk Chin Peng masih nasi dan kari ikan. Seterusnya Dennis Wombell mengarahkan anggotanya untuk mengemas untuk balik ke Kroh. Dia dan anggotanya siap sedia dengan senjata yang mereka sorok dalam kenderaan sebelum ini. Sementara menunggu John Davis mengiringi Chin Peng pergi ke lokasi di pinggir hutan, trup loiter di kawasan tersebut. Keadaan ini dah pasti membuat Chin Peng panik. Mana tidaknya, bila melihat Ketua Platun "...in jungle kit, holding a carbine and carrying, on various parts of my anatomy, a 9mm. pistol, a compass, a belt of carbine ammunition tow hand grenades, and a parang and pointing to the jungle in the direction in which he is about to depart." (Dennis Wombell, op. cit.). Dah le Dennis berpakaian lengkap dengan senjata, ada pula pengendali anjing dengan anjingnya!

Melihat keadaan ini, Chen Tien yang menunggu di pinggiran hutan pun protes. Dia nak trup berundur dari situ dengan alasan tak nak trup tahu laluan yang mereka akan ambil. Mana ada lojik alasan ini. Dalam hutan 1-2 ela pun dah tak nampak. Lagi pula, kedua-dua pihak dah tahu pun laluan yang akan diambil oleh PGK! Dah tentulah protes ini tidak dilayan.

Untuk mengatasi masalah ini, John Davis menawarkan diri untuk mengiringi mereka ke dalam hutan. Tawaran dipersetujui dan mereka pun masuk hutan pada jam 1030 (The Straits Times, 'Choi wui Chin Peng' and exit Reds, 31 Dis 1959, hlm. 1 & 7).  Mereka berjalan lebih kurang 1/4 batu. Sebelum berpisah, Chin Peng  "...thanked me very much and most anxiously pressed his escort on me to see me safely back to our people! It took a lot to persuade him that I was perfectly capable of finding my own way through the jungle foo 1/4 mile!" (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 287). Mereka berjabat tangan dan John Davis mengucapkan 'choi wui, Chin Peng.'

Menurut Dennis Wombell, trupnya menunggu hampir sejam apabila John Davis keluar dari hutan; dia keluar pada jam 1115. Di Gunung Paku ada wartawan menunggu John Davis. Dia ditanya apa yang dia bergebang dengan Chin Peng malam semalam. Jawapannya ialah"We had a casual talk during the night but there nothing to it." Lepas itu dia pun berlepas ke Kroh bersama H. Middleton, OCPD Kuala Kangsar, dan Geoffrey Turner, OCPD Kroh, bersama 2 PPH.  Di Kroh, wartawan dah menunggunya juga. Kali ini dia menyatakan "I need a wash and shave badly."

Selepas itu, John Davis berlepas dengan sebuah helikopter ke Kroh. Dari sana, meneruskan perjalanan ke KL "...for an extensive de-briefing." Komisioner Polis, Claude Fenner pula menghubungi Helen, isteri John Davis di Province Wellesley, memaklumkan bahawa suaminya sempat meraikan sambutan tahun baru 1956. Prihatin bebeno Mat Saleh ini tentang kebajikan kaum mereka!

2 minggu kemudian, John Davis terima surat penghargaan daripada Lt Jen Bourne yang dikepil bersama surat MacGillavray. Kedua-dua mereka mengiktiraf peranan John Davis "...considerable part in making a success of the arrangements." Selain itu, Bourne menyatakan "Thank you particularly for the very special, and by no means unrisky part which you played is meeting Chin Peng in the jungle. I'm glad it went off so smoothly."

Tamatlah penglibatan John Davis dalam Rundingan Baling.

Dennis Wombel pula pergi bercuti seminggu di Hong Kong selepas tugasan ini tamat.

Menurut Chin Peng, mereka tidak terus beredar dari lokasi apabila John Davis berpatah balik. Dia telah menghantar scout untuk menentukan sama ada trup mengekori mereka. Setelah mendapati ketiadaan trup, mereka mengambil keputusan tidak menggunakan laluan hutan sebaliknya melalui kebun getah. Mereka menjangkakan jika PK nak menyerang hendap, ia akan dilakukan di laluan hutan, bukannya dalam kebun getah (C.C.Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 181). Mereka tiba di HQ di sebelah Thailand pada waktu malam hari itu juga. Keesokan hari, dia mengadakan mesyuarat Politburo "...to review what was unquestionably the setback we had suffered at Baling." (Chin Peng, op. cit., hlm. 393)

Yang bestnya, kenyataan inilah yang membuat Dennis Wombell menukil pengalamannya! Dia terbaca ulasan buku Chin Peng mengenai laluan dalam kebun getah dalam akhbar di Australia. Apa lagi, dia pun menyanggah tulisan tersebut. Dia menegaskan "There were no rubber plantations in that area, nor, with John Davis accompanying him did he need to take the precautions he describes, and I can only assume that he has dramatised the situation in an effort to increase his book sales. In fact he departed in an amicable atmosphere of mutual trust on both sides, in the company of John Davis." (Dennis Wombell, op. cit.).

Sekembali dari bercuti, Dennis Wombell diarahkan untuk mengesan laluan PGK. Bila mereka tiba di lokasi penempatan ransum yang dibekalkan kepada PGK pada 28 Dis, dia dapati tak ada petunjuk kehadiran kumpulan besar PGK. Kedua pihak bersetuju jumlah maksima Chin Peng boleh bawa gerilanya ialah 30 orang sahaja. Chin Peng mengesahkan jumlah sebenonya hanyalah 20 orang, termasuk dia dan delegasi ke rundingan. Dennis Wombell mendapati ransum tersebut hampir tidak diusik. Hanya beberap kotak ransum yang dibuka dan barang-barang tertentu sahaja yang diambil. Yang paling banyak diambil ialah beras.

Seterusnya, mereka menjejak laluan sehingga "...at just over a thousand feet, the ground is stony and the vegetation sparse. Tracking in these conditions is almost impossible, and, given that or immediate task was completed we returned to Gunung Paku to be picked up and returned to our base in Kroh."

Tamatlah penglibatan Dennis Wombell dalam Rundingan Baling.

Di Kuala Lumpur...30 Dis 1955

Tunku pergi ke King's House untuk berbincang dengan MacGillivray dan Bourne. Mereka bersetuju untuk membatalkan amnesty dan terma-termanya pada 8 Feb 1956. Seterusnya Tunku mengumumkan melalui Radio Malaya bahawa beliau tiada hasrat untuk bertemu dengan Chin Peng selagi mereka enggan menerima "complete surrender." (The Straits Times, Feb. 8-then WAR to THE END, 31 Dis 1955, hlm. 1).

Seterusnya, beliau menyatakan: "I regret having to resort to his course of action but my Government and my party are convinced that no half measures would ever bring an end to this struggle which has been going on for the last eight year. 

The people are sick and tired of this state of Emergency and the Communist leader has turned down our offer to end this struggle. They indicated that our ideology of peace and goodwill cannot exist side by side with their ideology of violence and hatred.

The war must be intensified until one or the other must give in. It is certain that I will not give in and betray the Malayan people. So the Malayan Communist Party must give in. I have every confidence that the people of Malaya will give their fullest support and co-operation to the action I have take."

Jen Bourne pula mengeluarkan kenyataan: "It is now clear to the whole world that there is no truth in the Malayan Communist Party claim that they are fighting for the independence of Malaya. Chin Peng insists that he is fighting for the Communist ideology, will not give it up and will not surrender.

He thus admits he is fighting against the elected Government of Malaya and I feel sure that the people of Malaya under the leadership of Tengku Abdul Rahman will fight back and help the security forces to finish off the remaining Communist terrorists quickly. I can be done."

Di Baling...

Jam 0830...Seorang Pegawai Turus (Tentera Darat) berlepas dari padang bola Baling ke KL untuk menghantar transkrip hari kedua rundingan.

Jam 1400...Markas Tentera di Baling English School ditutup dan trup mulai beredar. Kehadiran semua anggota gomen meninggalkan Baling pada 31 Dis 1955.  

Bila delegasi semua beredar, wartawan dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat dan juga bilik penginapan. Engkohnya, Chin Peng dan delegasinya tak suka makan makanan Mat Saleh dalam tin yang disediakan dalam bilik penginapan mereka. Ransum tentera terdiri "Irish stew, ham and beef, ginger pudding, sausages and beans"  tidak diusik (The Straits Times, Chin Peng and his killers live in fear of ghosts, 30 Dis 1955, hlm. 9). 

Ini diakui oleh Jaafar Ismail, tukang kebun sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk mengemas bilik delegasi Chin Peng. Dia menyatakan "Selepas rundingan selesai dan kesemuanya telah kembali ke hutan, saya masuk semula ke rumah itu. Saya tengok makanan dalm tin itu langsung tidak diusik, apatah lagi dibuka untuk dimakan.

Macam mana saya susun makanan dalam tin di atas meja itu semalam, macam itulah keadaannya hari ini. Tak tahu dia makan apa." ( Utusan Online, Saya bukan tukang masak Chin Peng, 2 Apr 2016).

Komunis tak ada ugama tapi mereka mempunyai kepercayaan karut (superstition). Memetik laporan akhbar di atas, "Bearing in mind the Chinese superstitious belief of how to scare away ghosts, the Communist hung a mirror high on the wall, directly facing the front entrance and left it there." 

Tapi sebenonya mereka pengotor. Bilik tersebut berselerak. Puntung rokok, kotak rokok, batang mancis dan cebisan kertas bersepak di lantai. Terok betul komunis ni.

Namun, depa tetap keep fit. Mereka menggunakan sepenuh 2 peralatan angkat berat (50 lb) yang disediakan. Kena le fit kalau tidak macam mana nak merentas hutan/gunung-ganang.

Baling pun balik semula dalam keadaan seperti biasa. Semua mereka yang terlibat, askar, polis, telekom dan peralatan meninggalkan bandar ini. Dengan adanya perisitiwa ini, maka terpahatlah Baling dalam sejarah negara ini...


DARI BALING KE KEMERDEKAAN

Chin Peng kata dia nak berdamai tapi bersyarat...

John Davis percaya 'keikhlasannya'...

Apa pula penilaian Psy-Warrior mengenai keikhlasan ini? Betul ke ketua pengganas ini jujur?

Untuk jawapannya...Bersambung...In Syaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan