Sambungan dari SINI
Tiada
kesan kehadiran musuh
Setelah beberapa jam berjalan, No 12 Platun tiba di destinasi di mana SC bersama kaum Cina akan mengambil daun nipah itu nanti. Lokasi ini, iaitu di Sg Semur, dijadikan sebagai titik rondevu (rendezvous [RV]) iaitu titik temu untuk No 12 Platun dan kumpulan SC. Sementara menunggu ketibaan kumpulan SC, Lt M Hassan memecah platunnya kepada tiga kumpulan. Mereka diarah untuk melakukan rondaan di kawasan tertentu. Rondaan mereka tidak menemui kesan kehadiran pengganas komunis. Seperti yang diarah, ketiga-tiga kumpulan balik ke RV. Setelah mendengar taklimat daripada ketua-ketua kumpulan, Lt M Hassan mengarah anak buahnya makan tengah hari.
Pada lebih kurang pukul 12:00 tengah hari, kumpulan Sjn Wan Yaacob tiba. Sama seperti No 12 Platun, Sjn Wan Yaacob memberitahu mereka tidak menemui sebarang kesan kehadiran komunis dalam perjalanan. Seterusnya, Lt M Hassan mengarah platunnya untuk meneruskan rondaan mereka. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, destinasi mereka ialah Kpg Sungkai.[1]
Setelah lebih kurang tiga jam meredah hutan belantara, mereka tiba di destinasi rondaan. Sama seperti sebelum ini, mereka tidak diketemui sebarang petunjuk kehadiran komunis. Oleh kerana malam kian menjelma, Lt M Hassan membuat keputusan untuk bermalam di situ.[2]
Seperti
biasa, Kpl Jamaluddin mengatur tugasan menyerang hendap dan kawalan penempatan
secara bergilir-gilir bagi menentukan mereka tidak diziarahi tetamu yang tidak
diundang, iaitu pengganas komunis. Syukur alhamdulillah, No 12 Platun tiada
pelawat yang datang sepanjang malam.
*****
24 Mac 1950...
Setelah
bersarapan pagi, Lt M Hassan memberitahu anak buahnya supaya bersedia untuk
bergerak semula ke lokasi RV di Sg Semur di mana pemungut daun nipah dan daun
payung sedang bergiat ‘menuai’ hasil ciptaan-Nya. Apabila tiba di situ, Lt M
Hassan mendapati ‘penuai’ masih tidak mencapai ‘kuota’ yang dikehendaki. Lt M
Hassan dan Sjn Wan Yaacob membanding maklumat mengenai kehadiran musuh.
Hasilnya, kedua-dua pasukan tidak mengesan kehadiran musuh. Lantaran itu, Lt M Hassan membuat keputusan untuk bermalam
di situ.
*****
Bersambung...In syaa Allah
1 Zakaria Salleh. (2007). Limpahan Darah di Sungai Semur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 73.
2 Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan