Pages

Rabu, 31 Mac 2010

Sasaran...NURI!


Pembaca...kali ini saya ambil sebahagian dari petikan artikel oleh Sarjan 'apaii', seorang 'Gunner' dari 3 Meriam...unit pertama saya setelah ditauliahkan pada April 1969. Unit ini adalah yang pertama menerima meriam M102. Kapten Aziz menjadi jurulatih sekembali dari USA setelah tamat mengikuti kursus. Saya masih ingat...beliau sentiasa dengan 'combat helmetnya'.

Saya menulis pengalaman dari perspektif seorang pilot Nuri. Sekarang, baca dari perspektif 'troops on the ground' pula...   

Satu-satunya jalan perhubungan dengan MARKER K- , Gubir adalah melalui udara disebabkan kedudukannya yang jauh dipendalaman dan berada di kawasan tanah tinggi. Maka semua anggota dan meriam diaturgerak dengan bantuan pesawat nuri TUDM dengan diiringi sebuah pesawat bersenjata alouette sebagai pesawat pengiring. 3 pucuk meriam M102 105mm juga diangkut dengan cara sistem anduh bawah (under slung) oleh pesawat nuri yang ½ jam masa penerbangannya dari Markas Taktikal dari Kem Gubir, Kedah.

Sepanjang tempoh ‘Ops KOTA ECHO’ ,cuma sekali sekala ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3RAD) membuat bantuan tembakan untuk membantu pasukan sahabat yang sedang menjalani operasi di sempadan. Seperti kebiasaanya, setiap 10 hari sekali, sebuah pesawat nuri TUDM serta sebuah pesawat alouette akan terbang ke MARKER K- , Gubir untuk menghantar catuan bekalan basah dan peluru (resup) daripada Markas Taktikal di Kem Gubir, Kedah untuk anggota yang sedang menjalankan operasi.

Pada lebih kurang jam 1200hrs 16 Oktober 1978, semasa pesawat nuri mendarat di LP (Landing Point) MARKER K- , Gubir, seorang anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) (23532) Sjn Hasan b. Awang The telah memasuki ke dalam pesawat nuri untuk membantu menurunkan bekalan makanan dengan dibantu oleh anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) di bawahnya. Tidak sempat pun bekalan makanan diturunkan daripada pesawat nuri, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari arah bukit yang bersebelahan dengan tapak pendaratan helikopter (LP). Kemudian berlakulah beberapa letupan kuat yang betul-betul di hadapan muncung pesawat nuri dan juga berhampiran dengan kedudukan meriam ‘D’ sub.

Menyedari yang pesawatnya menjadi sasaran tembakan PGK, maka juruterbang nuri mengambil keputusan untuk ‘take-off’ dari lokasi tersebut biarpun bekalan makanan serta peluru belum pun diturunkan malahan anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD)iaitu (23532) Sjn Hasan b. Awang Teh yang ketika itu masih berada di dalam pesawat telah terus terbang bersama-sama kembali ke Markas Taktikal di Kem Gubir, Kedah. Semasa kejadian tersebut, terdapat sebuah pesawat alouette yang bersenjata sebagai pesawat pengiring namun disebabkan pesawat tersebut berlegar tinggi di udara, kemungkinan besar juruterbangnya tidak dapat melihat letupan tersebut.

Sejurus belakunya letupan, kesemua anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) mengambil perlindungan di kubu-kubu pertahanan yang berhampiran. Begitu juga dengan platun dari 12 RAMD. Serangan PGK ke atas MARKER K- , Gubir ini telah berlangsung antara 5 ke 10 minit dan  sejurus kemudian PGK pun menghentikan serangan lalu melarikan diri ke arah sempadan Thailand. Hasil daripada pemeriksaan dan kesan tembakan / letupan oleh anggota, adalah dipercayai yang pihak PGK telah menggunakan senjata M79, Grened Launcher 303 dan LMG untuk memusnahkan pesawat nuri TUDM. Alhamdulillah, tiada kecerderaan atau kemalangan jiwa yang berlaku kepada anggota kecuali sedikit serpihan letupan yang terkena kepada gun ‘D’ sub.

Kemudian GPO (Gun Position Officer) LtM Jalil telah membuat lapuran (sitrep) ke Markas Tektikal di Kem Gubir memaklumkan yang tapak meriam di MARKER K- , Gubir telah diserang oleh PGK dan beliau memohon kebenaran dari BC (Battery Commander) (410295) Mejar Ahmad Daud untuk menembak ke kawasan sasaran yang dipercayai digunakan oleh PGK sebagai tapak untuk melancarkan serangan. Setelah diberikan kebenaran untuk menembak, maka beberapa butir tembakan meriam disasarkan ke arah bukit yang berhampiran.

Pada sebelah malamnya, tiada sebarang pergerakan PGK tetapi semua anggota masih lagi ‘stand to’ untuk menghadapi sebarang ancaman atau serangan susulan oleh PGK. Pada waktu tengah malamnya, GPO LtM Jalil tidak boleh tidur kerana telah diganggu oleh makhluk halus yang kononnya tempat kediaman mereka telah dimusnahkan oleh tembakan peluru meriam.

Berikutan daripada serangan mengejut PGK, maka pada pagi hari Selasa 17 Oktober 1978, satu seksyen daripada platun 12 RAMD yang membuat pertahanan tapak meriam telah diaturgerakkan ke lokasi yang berkemungkinan tempat PGK melancarkan serangan semalam, telah keluar membuat pembersihan ke kawasan tersebut. Semasa dalam menjalankan operasi penjejakan dan pembersihan, salah seorang anggota seksyen 12 RAMD telah terkena jerangkap samar yang telah ditanam di sekitar kawasan berkenaan. ‘Hit and Run Tactic’ merupakan salah satu cara PGK dan kemudiannya akan memasang perangkap samar di bekas laluan mereka bertujuan untuk melambatkan pergerakan  dan mencederakan anggota PK.

Anggota yang terbabit telah mendapat kecerderaan yang teruk di kakinya. Maka satu detachment BCT (Boby Trap Clearance Team) Pemusnah Jerangkap Samar seramai 3 orang anggota dari Squadron Jurutera telah membuat perbersihan di kawasan tersebut. Setelah satu seksyen dari 12 RAMD selamat kembali ke pengkalan dan dari hasi tinjauan yang didapati dari kawasan bukit tersebut, PGK telah lama memerhatikan pergerakan anggota PK dari arah bukit berkenaan. Malah pihak PGK boleh menembak anggota ketika anggota sedang mandi atau mengambil air di anak sungai yang berhampiran dengan pengkalan ini. Bagaimana pihak PGK boleh melancarkan serangan?? Sebenarnya PGK telah membuat ram di atas sebatang pokok besar sebagai tempat untuk menembak kearah kawasan pendaratan pesawat yang jaraknya lebih kurang 500 ke 600 meter jauhnya. Adalah dipercayai dengan dapat memusnahkan pesawat nuri TUDM, maka moral komrad-komrad PGK akan tinggi demi memperjuangkan idologi komunis mereka. Namun begitu Allah SWT lebih memelihara keselamatan anggota PK.

Anggota yang cedera parah kerana terkena jerangkap samar tidak dapat dikeluarkan (casevac) kerana keadaan cuaca yang buruk dan berkabus tebal menyukarkan pesawat nuri TUDM untuk beroperasi. Anggota yang tercedera  terpaksa bermalam di MARKER K- , Gubir. Pada ke esokkan harinya iaitu Rabu 18 Oktober 1978 barulah anggota yang cedera terkena jerangkap samar dapat dikeluarkan. Begitu juga dengan GPO LtM Jalil yang telah diganggu oleh makhluk halus telah digantikan oleh (411602) LtM Ali Al-Husaini begitu juga dengan (23532) Sjn Hasan b Awang Teh.

Nota: Anda boleh membaca coretan beliau sepenuhnya di mymil.aimoo.com bertajuk "Pengalaman Saya Ketika Berkhidmat".

Sjn 'apaii'...Maaf kerana menciplak coretan anda tanpa meminta kebenaran anda. Saya bukan ahli 'forum aimoo'.  Walaubagaimana pun, terima kasih kerana telah menceritakan peranan Nuri dari kacamata seorang warga tentera yang terlibat dalam operasi di Gubir.

Siapalah agaknya pilot yang menjadi sasaran pengganas komunis itu. Bukan saya kerana saya tidak terbang pada kedua-dua hari tersebut. Saya berharap mereka yang terbabit, sekiranya membaca coretan ini, tidak keberatan untuk menyumbang pengalaman anda. Mejar Ahmad Daud adalah 'squad' saya dan kami menghadiri Kursus YO/TSM di MLTM, Port Dickson bersama pada Mei 1969. Kursus tergendala kerana tercetusnya "Tragedi 13 Mei 1969". Semua pegawai yang mengikuti beberapa kursus  diarah 'RTU' kecuali kami dari 3 Meriam kerana ketika itu unit berada di 'Malaysia Timor' (panggilan dan ejaan lama). Makan tidurlah kami, iaitu Lt M Chin Yok Choy, Lt M Latif Endut, Lt M Rahman dan saya di MLTM (LATEDA), hampir 2 minggu sementara menunggu penerbangan ke Kuching.

Sungguh kejam pengganas komunis..."Betu-betul punya pengecut...Nak hentam  kami yang tidak berupaya untuk melawan balik. Masalahnya, ada pihak tertentu yang menyokong Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia tercinta ini".

Isnin, 29 Mac 2010

Masih Menaruh Harapan...

Saya mengharapkan pihak berwajib terfikir sejenak apabila melihat gambar wira-wira yang terkorban pada 26 April 1976 di Gubir yang saya muatkan dalam e-mel berikut. Mereka berkorban untuk negara agar dapat memudahkan 'wira-wira', yang diiktiraf oleh negara, mengharumkannya...RM2K untuk Qari & Qariahnya, RM3K untuk pemenang pingat perak Olympicnya, RM20K johan 'All England'nya, RM2juta untuk BAM bagi membayar gaji & elaun pemain dan jurulatihnya....Ini belum lagi penganugerahan bintang!

ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK

Wed, March 3, 2010 6:00:02 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Dato\' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my
Cc: sidek ksn sidek@pmo.gov.my; KSU Indef abubakar@mod.gov.my; Dato\' Aziz ai.akspa@mod.my; hh.ppm@mod.gov.my; ammir@pmo.gov.my; Zureen bin Zubir zureen@pmo.gov.my; Dato Latt Shariman latt.shariman@treasury.gov.my; YB Dato Ibrahim Ali rosezie2003@yahoo.com

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah...Negara tercinta Malaysia sudah mula menunjukkan pemulihan krisis ekonomi. Berita ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini...


Justeru, sebagai seorang Menteri yang prihatin terhadap rentetan warga/mantan ATM, saya berharap YB Datuk menunaikan janji "...Mengenai elaun selain daripada SP dan PGB ini, kami telah kemukakan pada JPA untuk pertimbangan-pertimbangan diberikan. Namun oleh kerana kedudukan kewangan negara belum mengizinkan elaun-elaun berkenaan diberikan, pihak Kementerian Pertahanan masih terus mengusahakan agar pengiktirafan ini dapat diberikan kepada penerima-penerima anugerah berkenaan"...petikan Hansard pada 11 November 2009.

Saya difahamkan Markas ATM telah pun membuat rayuan ke pihak berwajib agar cadangan ini diluluskan. Maklumat tidak rasmi ini tidak memberi gambaran sebenar berkaitan perkembangan mutakhir isu ini. Saya terpaksa mendapatkan berita melalui sumber tidak rasmi dan kesahihannya boleh dipertikaikan. E-mel yang dihantar 'sepi seribu bahasa'. Saya berharap pihak KEMENTAH dapat meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini.

Nota: Gambar Kapten Sulaiman tiada dalam keratan akhbar

Tibanya Jun 2010 genap setahun saya memperjuangkan isu ini. Adalah menjadi harapan saya agar ketibaan 31 Julai 2010 nanti akan menjadi lebih bermakna kepada semua penerima Pingat Keberanian sekiranya Kerajaan mengumumkan pemberian elaun tersebut sempena menyambut HARI PAHLAWAN. Saya pasti waris-waris yang terkorban dan dianugerahkan pingat-pingat berkenaan dalam tragedi 26 April 1976 akan turut bergembira...Lagi pula, kebanyakan kami sudah tergolong warga emas/pesara!!            

Kelima-lima 'aircrew' telah dianugerahkan PGB (1), PTU (2) dan KPK (2). Maaf, saya tidak pasti anugerah yang diterima oleh warga Tentera Darat yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Diharap rayuan ini mendapat tindakan positif dari YB Datuk.

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Salinan:

YBhg Datin Seri Rosmah Mansor
Penaung
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdanan Menteri
Bangunan Perdana Putra
05200 PUTRAJAYA
Faks: 03-88883963

Respons? Jauh panggang dari api...!!

Ahad, 28 Mac 2010

What A Recovery...

Readers...Do you believe in miracles? I do!  Believe it or not, on 27 March 2010...I won second place of 'C' division in the Monthly Medal at Royal Kedah Club...and richer by RM100...Wow! I would use the money to contra my monthly subscription.

The day's mode of play was 'Bogey Play'...whatever the meaning! Short gun start and my flight started at hole #5 - 'par' 4 index 1. As expected, I took the flight's photograph before tee-off  with my newly acquired toy, Nikon 'COOLPIX', to show off to you my prowes in golf and photography...He...he...he...
 
L to R: Hj Mahmud, me, S.Padamanathan, Hj Khairuddin

To be honest, I felt so dishearthened after I scored 6 at #7 (P3), 8 at #8 (P4) and 6 at #9 (P4). I really thought of quitting and going back home. But then...I paid RM12.60, inclusive 5% tax, for this 'exercise' and futhermore, I might win a hamper during the 'lucky draw'. So...continued playing. And...surprise...average 'bogey' for second 9 - 1 'par',  1 'double bogey' and the rest bogey = 1 under. Overall, I played -2 and while Cikgu 'Pada' 3rd place with the same score. I won on 'OCB'. The Champion of C division played -1. Not bad...eh!

Come to think about it, it's not that I cannot play, but the first 3 greens are simply 'horrible', they are under repair...simply cannot read the line. Normally, my putting...wow! Now I can see the ball 'jumping' when I putt.
Hole #1 - Par 4

Hole #2 - Par 5

Hole #3 - Par 4 

On Thursday, 25 March 2010, I participated in the 'Evergreen' and I was very confident of becoming the Champ this time since the previous game I came out 2nd place...OCB. So unlike me...total disaster!!

Rabu, 24 Mac 2010

Being Remembered...

I was browsing the internet searching for 'Ops Gubir', particularly the ambush near Gubir Camp on 10 April 1976, when I came across this photograph and the caption that came with it...For all you now, it could be me flying this faithful 'Iron Bird'. Without hesitation, I seek the permission of Major (Rtd) D.Swami, author of 7renjer.blogspot.com, to 'copy & paste' his article. And the response is "... Of course you may use any parts of my blog for use in your blog. Regards".

 

Ops Sedar Gubir 1977 . Landing Point Marker Whisky, Sg Baho, Gubir. Troops getting resupplied. A very rare picture. Notice tree trunk, at the nose of the helicopter. The LP is hacked out of virgin jungle using machettes and plastic explosives (bare minimum). The RMAF pilots lived dangerously, landing in tight places like this.

They were a rare breed of men with nerves of steel, supporting the fighting Rangers on the ground, flying sorties to sustain the troops on many operations. Most often not appreciated and forgotten. When they do not land on an LP which was prepared at a short notice, the space not big enough to land with confidence, they flew off. Leaving a trail of curses and expletives spewed forth by angry and hungry soldiers. Well, in this blog they will be and are being remembered.
LP 'Whisky'...It really brings back memories of those flying days. This LP, 'Green Patch', 'Kilo', 'X-ray' and others in Gubir ops area were very familiar to me.

It is a real tribute to us the Nuri pilots of those 'adventurous' days.  All I can say is..THANK YOU...FOOTSLOGGERS!! I'm sure my colleagues share my sentiments, too.

DEDICATED TO ALL THE NURI AIRCREW OF MY ERA...WHEREVER YOU MAY BE!! 

Isnin, 22 Mac 2010

Setahun Sebelum...

Tajuk coretan pertama saya sebagai seorang blogger ialah "Mengapa Saya Menentang Chin Peng Kembali Ke Malaysia" yang diposkan pada 20 Jun 2009. Saya menceritakan bagaimana saya bersarapan pagi dengan Pegawai Risik 6 Bde di Mes Pegawai, Sungai Petani. Pegawai tersebut, Kapten Hardev Singh, terkorban apabila konvoi beliau diserang hendap di kawasan operasi Gubir. 

Klik di gambar untuk membaca keratan akhbar

8 April 1975...2 buah pesawat Nuri membuat 'detachment' di TUDM Butterworth untuk tugas operasi di Gubir. Krew helikopter saya ialah arwah Kapten (U) Ismail Saud (kapten) dan Sjn Arumugam. Krew pesawat kedua ialah Lt (U) Meor Zubir (kapten) dan Lt (U) Irwin Ratnasingam. (Kapt (U) Ismail & Lt (U) Meor Zubir adalah squad saya).  Maaf, saya terlupa AQM mereka. Krew saya kembali ke Kuantan pada 16 April 1975. Terlupa yang saya berusia 26 tahun pada 9 April ketika detachment  dan berhadapan dengan ancaman pengganas komunis. Selama 9 hari detachment, saya 'clock' 33 jam 50 minit.

Setiap hari kedua-dua Nuri terbang ke Gubir untuk membawa trup masuk ke kawasan operasi dan di eskot oleh sebuah Alouette Gunship. Kalau tak silap saya, pilot Gunship ialah Kapten (U) Lim Tow Liang, squad juga; 'Gunner' beliau dah tak ingat.

11 April 1975...Butir-butir 'tasking'...
  • OD 262 'Bravo' - Butterworth-Sg Petani-Gubir-LPs- Butterworth
  • Airframe # - 1710
  • Krew - Capt (U) Ismail/Self/Sjn Arumugam
Sebelum ke Gubir, Nuri saya berhenti di 6 Bde, Sungai Petani. Mendiang Kapt Hardev Singh telah menjemput kami ke Mes Pegawai untuk sarapan pagi. Saya mengenali beliau semasa di MTD, Sg Besi, lagi. Beliau dari Tauliah Jangka Pendek (TJP)  Intake 12. Selepas bersarapan, beliau berlepas ke Gubir dengan kenderaan dan kami pula...up...up...and away.

Setelah membuat beberapa 'sortie' ke LP, Nuri berhenti untuk mengisi minyak di Kem Gubir. Ketika ini Nuri 'Alpha' masih belum tiba. Sedang dalam proses mengisi minyak, kami di Kem, termasuk Panglima 6 Bde, Brig Jen Dato' Arulgrapasam, dikejutkan...bang...bang...bang. Tembak-menembak berhampiran dengan Kem! 

Sejurus kemudian sebuah Land Rover yang berlubang-lubang dengan tembusan peluru, meluru ke padang di mana Nuri berada. Pemandu memberitahu bahawa konvoi yang diiringi oleh 'Ferret Scout car' dari pasukan 'Peninjau' telah diserang hendap.
Untuk makluman Pembaca...semua perjalanan dari Kem Gubir ke kawasan operasi yang menggunakan kenderaan, seperti dari Kem ke pos di empangan Pedu, MESTI dieskot dengan 'kereta kebal' Ferret Scout car...masa itu mana ada APC.

Gunship telah diarahkan untuk memberi 'fire support'. Capt (U) Lim 'airborne' dengan serta merta tetapi saya tidak pasti sama ada beliau 'straff' kawasan tersebut kerana tidak mengetahui kedudukan sebenar anggota kita ketika itu. Saya percaya kehadiran gunship ada kesannya...PK tidak menunggu lama untuk terus menyerang trup...mungkin!

Apabila keadaan telah reda dan sah selamat, Nuri 'Alpha' pun tiba di Gubir. Tugas pertamanya ialah untuk mengambil mereka yang terkorban dan tercedera. Lt (U) Meor meminta bantuan saya untuk menunjukkan lokasi kejadian. Sebenarnya, saya sendiri tidak mengetahui lokasi tersebut...tapi...no problem. Selain krew dan saya, terdapat seorang 'dog-handler' dengan anjingnya. Mereka akan diturunkan di lokasi serang hendap nanti.

Lokasi tersebut ialah atas 'jalan' lori balak. Di sebelah kanan kawasan tinggi dan di kiri jalan pula cerun. Mayat Kapten Hardev berada di atas jalan. Nuri terpaksa 'hover' kerana tiada tempat untuk mendarat.  AQM mengarahkan 'dog-handler' membawa anjingnya untuk diturunkan dengan 'hoist' tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana anjing tersebut mungkin fobia dengan ketinggian. Seingat saya pun...tidak pernah menurunkan anjing melalui kaedah winching.  

Dengan menggunakan NATO 'Strop', mayat mendiang di'winched up' sehingga ke 'cargo door'. AQM telah memanggil dog-handler untuk membantu beliau menarik masuk mayat yang masih tergantung pada cable hoist. Beliau (dog-handler) enggan membantu dan tidak berganjak dari tempat duduknya. Memahami masalah yang dialami oleh AQM, saya terus memeluk badan yang sudah kaku dan menarik masuk ke dalam Nuri. Lt (U) Meor seterusnya terbang ke Gubir.

Pada waktu petang, sepasukan anggota komando tiba di Kem Gubir setelah diterbangkan dari Melaka ke  Kepala Batas TUDM Butterworth dengan pesawat Caribou dan F28. Masa itu tiada C130 Hercules dalam inventori TUDM. Dengan penuh semangat, para komando yang diketuai oleh Kapten Moid (maaf kalau tersilap) terus membuat 'search'. Gerakan mereka bermula dari Kem menuju ke arah bukit di belakang Mes Pegawai dalam 'single file'. Macam menonton wayang cerita perang...Kami pula, sebelum 'last light', terbang balik ke Butterworth.

4 hari sebelum kejadian di atas, pada 7 April 1975, konvoi 7 Ranjer telah diserang hendap oleh pengganas komunis di jalan Gubir/Nong Gajah. Seramai 6 anggota terbunuh. Pegawai yang tercedera terselamat dari dibunuh dengan 'parang' oleh pengganas komunis (PK) apabila ditegah rakannya (PK). Alasannya ialah supaya pegawai itu hidup untuk menceritakan kisah tersebut. Sila baca insiden berkenaan bertajuk "Ambush on the road Gubir/Nong Gajah"  di sini

Ucapan terima kasih saya kepada  seorang ''Hamba Allah" kerana menghantar sendiri keratan akhbar di atas ke rumah saya pada 17 Mac 2010 jam 2210 dan Perpustakaan Negara Malaysia yang sentiasa sedia meng'emel'kan keratan akhbar yang dipinta. Terima kasih juga kepada 'Abah' terhadap pembetulan tarikh insiden, bukan 10 AprilKepala Batas dan tambahan peswat F28.

Ahad, 21 Mac 2010

Piala Keputeraan 2010

Once again...the annual Piala Keputeraan. This year it was held on 4, 5 & 6 March 2010 over 18 holes. I chose to play on 6 Mar for a simple reason, it was a Saturday. You see...where possible I'll try not to miss my 4-day weekly game with my gang at DGCC. After all, I play at RKC on Saturdays and Sundays only.

6 March 2010...Here I come...all prepared to be one of the winners. If not one of the main winners, then,  the winner of the Senior Golfer category...or at least a winner of 'C' medal. My mind was all set for the game.

My flight's scheduled tee-off time was 0835 hours. But we finally tee-off at 0905 hours...2nd last flight. The temperature for the first 9 was quite bearable but for the second 9, it was unbearably hot...it was about 37*C-40* C. We finished the game at 1405 hours. Because of the heat that spoilt my game...it was simply unbelievable that my gross was 105 and net 84. So unlike me...He...he...he. As an afterthought, I should not complain at all since my 82-year friend, Mong Khon,  pulled his trolley throughout the 18 holes. He was in the last flight and did not use the service of the 'trolley puller'.

My flight mates were...

 L to R: Nor Ibrahim, Ilham Widad, Junaidi, Cikgu Goon Keen Chee

Ilham Widah is a Form 2 student while Cikgu Goon is an active member of the 'Evergreen'.  I'm very sure none of my flight members was in the winners' list since our scores were just so...so...lah!

The prize giving and dinner was held the same night and all golfers and spouses were invited to attend. HH Sultan of Kedah gave away the prizes...


As I said in previous articles on golf...it's a bonus if I play well...otherwise...que sera...sera. What is of utmost importance to me is that I'm so grateful to Almighty Allah that I'm still able to indulge in something I really enjoy doing in my twilight years.

BREAKING NEWS...'Hari Ini Dalam Sejarah'. I came out second (OCB) during the 'Evergreen' on 10 March 2010 over 9 holes. I made a blunder at hole #9 (Par 4) = 6...3 'on' 3 putts, otherwise I'm the Champ. Gross - 43, Net score - 33. Wow...What a golfer am I! He...he...he. Prize money...RM40.  For the next 2 consecutive games, I've to play hc 19...when is it a problem?

Jumaat, 19 Mac 2010

Merancang Untuk Persaraan

Apa yang boleh saya katakan apabila terbaca keluhan pesara tersebut hanyalah...KESIHAN!! Simpati sahaja tidak dapat mengenyangkan perut dan membiayai kos kehidupan yang makin meningkat. Saya yakin 'GREEN BERRET' adalah seorang anggota komando dan sudah pasti terlibat dalam banyak operasi menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu berlandaskan kepada usia senja beliau. Sedih...Pengiktirafan negara bukan kepada pengorbanan nyawa demi mempertahankan negara, tetapi kepada mereka yang MENGHARUMKANNYA. Wira-wira ini semua...Pergi tanpa kenangan dan pengiktirafan! Itulah kenyataannya!!

Mari kita renung sebentar..."Kita merancang tetapi Allah menentukan". Kita diarah untuk merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah yang menentukannya. Nabi Allah Yusof merancang dan berusaha untuk menyimpan stok makanan di Mesir sebelum terjadinya kekurangan makanan. Ambil yang paling mudah pula...destinasi terakhir yang kita semua idamkan ialah SYURGA. Kita mesti merancang apa yang perlu dilakukan agar dipertimbangkan olehNya untuk sampai ke sana. Mudah sahaja...Tinggal apa yang dilarangNya...membanyakkan apa yang disuruhNya. Tapi ini masih memerlukan perancangan, kalau tidak mungkin akan terpelencung. Kehidupan saya sekarang berlandaskan 'Que sera...sera. Let it be...it be'. Untuk mencapai tahap ini pun, saya mesti merancang! Eh...eh...dah nak berdakwah pula.

Samalah juga kita perlu merancang untuk terus hidup sebelum tiba ke destinasi. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa akan keperitan hidup yang kita lalui sekarang. Mengikut terma perkhidmatan, anggota LLP  mesti berkhidmat sekurang-kurang 21 tahun untuk melayakkan mendapat pencen separuh gaji. Kurang dari itu...maaf! Untuk mendapatkan 60% dari gaji pokok pula...25 tahun 3 bulan. Sama juga pegawai. Untuk kapten ke bawah, sampai saja 47 tahun...sayonara; mejar 52 tahun, Lt Kol 55 tahun, hanya  Kol ke atas...58 tahun. Ini kenyataan yang tidak boleh sangkalkan. LLP hanya ada 21 tahun untuk merancang hala tuju selepas tamat perkhidmatan dalam ATM. Sekiranya sihat tubuh badan, InsyaAllah, 21 tahun tidak lama...diam tak diam anda dikejutkan untuk mengikuti Kursus Peralihan di PERHEBAT.

Saya dah lenguh 'mematuk' jari pada key-board untuk memperingatkan pembaca supaya bersedia menghadapi alam kenyataan apabila sudah tidak lagi 'relevan' kepada sesuatu organisasi. Ketika itu...'Out of Sight...Out of Mind'! Malah saya telah poskan satu coretan khusus untuk LLP pada 18 Ogos 2009 bertajuk "Anggota Tentera LLP...21 Tahun Kemudian" dan telah disiarkan dalam kolum 'Surat Pembaca' majalah 'PERAJURIT' isu Disember 2009. Sebagai peringatan, diturun muatkan coretan tersebut...

Klik coretan di atas untuk membacanya
                                                           
Saya ada menawarkan diri kepada seorang pegawai Kolej Tentera Udara di suatu ketika dulu untuk memberi ceramah kepada siswa/siswi tentang 'Pengurusan Kewangan'. Saya tidak mengharapkan wang 'ihsan'...anggap fardu kifayah. Secawan kopi sudah memadai. Anda teka sajalah responsnya...! Mungkin MBA (Ohio) saya pun masih tidak layak untuk memberi ceramah kepada bakal pemimpin TUDM. Tak apalah...tak rugi walau sesen pun dan saya boleh terus menarik troli dengan members tanpa sebarang gangguan.

Anda tidak perlu mengikuti kursus...membeli buku...mendapat khidmat nasihat Pakar Kewangan...untuk mengetahui bagaimana hendak bersedia menghadapi hari persaraan nanti. Buat permulaan, baca coretan saya berlabelkan "Financial Management". Tulisan tersebut tidaklah dalam bahasa akademik dan 'scientific approach'...hanya melalui 'PENGALAMAN'.

Saya meminta maaf sekiranya ada di kalangan Pembaca yang terkecil hati dengan pandangan ikhlas ini. Coretan ini ditujukan untuk SEMUA yang 'terlepas pandang' akan alam realiti yang pasti dihadapi di suatu hari nanti. 

Selasa, 16 Mac 2010

Tragedi 26 April 1976...Astro

Dalam episod "KEMENTAH" siri Tragedi 26 April 1976, saya menyatakan mungkin itu 'penamat' kepada cubaan saya supaya Kerajaan mengabadikan insiden dalam bentuk filem. Pada 11 Mac 2010 jam 2300, saya telah 'tertonton' program 'Suatu Ketika' bertajuk "Laskar Senoi" di saluran 105 Astro Prima. Ia mengisahkan keperwiraan pasukan Senoi Praaq semasa menentang pengganas komunis. Mereka terlibat dalam 'Operasi Bamboo'  yang memang sudah sebati dengan pilot helikopter Nuri. Dikalangan kami, operasi tersebut lebih dikenali sebagai 'Bamboo Express' dan sinonim dengan sebuah padang di Lasah, Sungai Siput, sebagai 'pick-up' point. Mana boleh lupa Gob, Fort Chabai, Gemala, Pasig, Fort Kemar, dll. Saya menceritakan sepintas lalu berkaitan operasi ini dalam coretan bertajuk "Idiosyncrasies Of Nuri Captains".

Ini menaikkan semula semangat saya...Masih ada jalan untuk mencapai impian! Apa lagi...tanpa membuang masa, pada jam 2343, saya telah menghantar sms berikut kepada Pak Menteri...

'Assalamualaikum. Maaf menganggu. Sebentar tadi menonton program 'Suatu Ketika' bertajuk "Laskar Senoi" di ch105 Prima. Mangabadikan keperwiraan Senoi Praaq. Saya sungguh berharap agar ATM mengabadikan tragedi Gubir. Saya akan mencuba menghubungi penerbit-FM Production-mencadangkan mereka mendokumentasikan insiden tersebut. Apa komen Dato?'

Rsepons? Tak apalah...hanya rugi 15 sen caj sms! Mengapa saya 'menganggu' beliau? Kerana saya terlalu kecewa dengan pihak tertentu di KEMENTAH. Semua e-mel yang dilayangkan kepada pihak berwajib...sepi seribu bahasa!! Malah jawapan standard agensi yang paling popular "...Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam kajian dan pertimbangan Kerajaan" pun tidak diterima!

Tan Sri KSN...Walk the talk. Nampak sangat Penjawat Awam (PA) memperlekehkan peringatan TPM...

Kesihanlah rakyat seperti kami yang tak ternama ini...Menunggu...terus menunggu!! Adakah terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menjawab e-mel dari rakyat? Bukannya saya meminta projek jutaan RM atau anugerah Datuk (sekiranya nak bagi, saya terimalah...he...he...he), tapi hanya nak mengabadikan wira-wira yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

Tidak seperti ahli politik dimana kita semua diberi peluang untuk 'menilai prestasi' mereka setiap 4/5 tahun, keluhan/rentetan rakyat kerdil seperti saya tidak menjejaskan kerjaya PA sehingga usia mencecah 58 tahun. Malah, mungkin perkhidmatan akan dilanjutkan secara kontrak...maklumlah mereka ini terlalu 'indispensable'...tanpa mereka akan lumpuhlah jentera Perkhidmatan Awam!! Tetapi ingat...kita semua ada PERSAMAAN...destinasi terakhir dan keadilanNya!

Tanpa mengaku kalah, saya telah menghantar e-mel berikut kepada Astro...

Tragedi 26 April 1976
Mon, March 15, 2010 5:59:48 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Jaya Astro jaya_mahajan@astro.com.my

Saya tertarik dengan program 'Suatu Ketika' bertajuk "Laskar Senoi" pada 11 Mac 2010 jam 2300 di saluran 105 Astro Prima. Syabas saya ucapkan kerana anda sedia menyiarkan apa yang dikatakan oleh anak salah seorang veteran terbabit "...mereka adalah 'the unsung heroes'". Program tersebut sudah pasti menyedarkan para penonton tentang peranan anggota Senoi Praaq semasa menentang pengganas komunis (PK) di suatu ketika dulu.

Di sini saya ingin mencadangkan agar anda mendokumentasi tragedi tajuk di atas. Untuk makluman, pada tarikh tersebut, buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, sebuah helikopter Nuri telah ditembak jatuh oleh segerombolan PK di kawasan operasi Gubir, Kedah Darulaman. Kesemua 11 warga tentera, 5 anak kapal dan 6 anggota Tentera Darat, terkorban.

Saya percaya ramai rakyat Malaysia tercinta ini tidak mengetahui insiden tersebut kerana tiada sebarang usaha untuk mengabadikan keperwiraan mereka. Saya telah mengesyorkan kepada agensi-agensi Kerajaan terbabit tetapi kecewa sekali, responsnya tidak memberangsangkan. Satu agensi bersetuju dengan cadangan saya tetapi ada agensi tertentu pula tidak memberi sebarang respons. Apa hendak dikatakan...saya berhadapan dengan kerenah birokrasi!! Mungkin dengan organisasi terkemuka seperti Astro, responsnya pasti lebih positif.

Sebagai latar belakang, saya telah menceritakan pengalaman saya sendiri dan cerita dari mereka yang terlibat semasa kejadian tersebut dalam siri coretan saya bertajuk "Tragedi 26 April 1976" di http://xnuripilot.blogspot.com.  Sila hubungi saya sekira inginkan penjelasan selanjutnya.

Sekian untuk tindakan anda. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Berita Terkini...Ini respons Astro...

RE: Tragedi 26 April 1976
Tue, March 16, 2010 5:29:28 PM
From: "MAHAJAN SUTHA, Jaya" jaya_mahajan@astro.com.my
To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com

Dear Mr. Sulaiman,

Many thanks for your recommendation, its deeply appreciated.

We will do further research on this concept to figure out its viability for our documentary slot.

Many thanks once again for your recommendation-
 Kind Regards-

Jaya Mahajan
Vice President -Factual Programming
Astro Entertainment Sdn Bhd


Apakah maknanya...adakah ini respons standard pihak swasta? Kita tunggu dan lihat sajalah!!

Saya yakin sekiranya filem dokumentari ini ditonton oleh pelatih-pelatih PLKN/BTN, akan menyemarakkan semangat patriotisme mereka terhadap negara tercinta MALAYSIA yang satu ini. Itu saja nawaitu saya...!!

Ahad, 14 Mac 2010

'Kesarjanaan' Pegawai ATM

Sungguh teruja apabila artikel disiarkan walaupun terdapat kesilapan 'minor SD', seperti ejaan. Saya memang teliti hal sebegini...tapi apakan daya kerana artikel diedit oleh penerbit. Maaf sajalah...OK? Senang-senang, klik le kat  gambar untuk membacanya. He...he...he...


Catatan: Program K-Force melibatkan kerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak. 

Satu artikel lagi mungkin akan disiarkan dalam isu April nanti, InsyaAllah.

Khamis, 11 Mac 2010

Tragedi 26 April 1976...Raining Avtur

Readers...Remember the story about a Nuri which was shot in Gubir ops area but still managed to land safely...raining 'avtur' along its flight path? It happened on 19 April 1976...8 days before the tragic incident with the late Sgt Leong Yee Heang as the AQM who  later perished! During those critical period, No 10 Sqn was short of aircrew...captains, co-pilots and AQMs.

I'm very happy indeed when the co-pilot himself obliged my request for him to relate his adventures. Why not spare a few minutes of your precious time to read his unedited e-mail...

"...This incident was exactly a week before the great tragedy. We were tasked for a formation of 4 x Nuris to insert troops to an area said to be a big CT camp which was heavily booby-trapped all around, which made it impossible for the troops to assault from the ground without suffering huge casualties. So decision was made for the troops to abseil directly onto the camp which was situated on a long ridge. I cant really remember all the crew that was involved, I was a rookie then, just got my CAT hardly a month before that and I was the first of my batch of about 7 or 8 copilots having graduated from HeliFTS to be catted and sent for the mission. In fact I did a tasking before that (immediately after my CAT) to KEMUBU for the resup for the PFF with Lt Murad. I remember that they were churning out copilots like a factory - Trg officer Capt Lim AP will take us for check rides and once ready Capt Woo and the other examinerrs will take us for the CAT ride (the brand new Copilots fresh out of HeliFTS were yours truly, Nasrun, Zahardin, Syed Busri, Hadi, Yahya and Ghaffar, while Hashim Hamzah and Bakar Said went direct to BW for the Alouette conversion). The people from EXam Unit (EU) were Capt Woo, Capt Lee ST and a few others which I cannot remember now. In fact Hadi stayed out of the first Gubir ops till the end since all the examiners were required to fly for the Gubir ops and they didn't have time to CAt him. He was only catted when we came back from the Gubir Ops. I'm not so sure of the other CoPilots involeved. They could be Nor Ibrahim, Arwah Azam, Yeow, Senin, Sikh Azhar and Mat Sulong- I stand to be corrected there. The Capts were Goh Seng Toh (OC), Sulaiman Yakob (Trg Offr), Meor Zubir, Murad, Shariff, Azmi, Amin, LIm AP and some others.

Right , back to the tasking. Capt Meor was leading the formation of 4 x Nuris and No 2 was Murad/Rosli/Leong, No3 could be Shariff and No 4 was Amin. The other Copilots could be Sikh Azhar, Mat Sulong, NIBS, Yeow or Azam. Well, since the CT camp was well fortified and defended, The Tebuans and F5Es were used to bombard with 500 and 1000 pounders with directions from Alouette spotter aircraft.. After that the Alouette gunships were used to straffe the target before the Nuris were cleared to approach onto the ridge to abseil the commandoes for the assault on the CT camp. The first aircraft to approach was of course No 1 piloted by Capt Meor but as his approach was a bit steep he chose to overshoot and radioed for No 2 to come in. So with Lt Murad on the controls No 2 approached the ridge and as we were coming to the hover and the crewman (I think there were 2 of them other than the late Sgt Leong there was also Sgt Lum) was opening the cargo door, all hell started to break loose! Bullets from below us were whizzing everwhere hitting the aircraft and I still remember that as it pierced thro the floor board we could smell the sulphur (gun powder like smell). In that instance, Murad looked at me and I looked at him and concurrently Sgt Leong was shouting on the intercomm "Tuan, Tuan we've been shot, pull up, pull up! Murad instantly yanked the collective lever up to fly away from the arc of fire of the CTs, whilst yours truly (trying to be a hero!) grabbed hold of the SMC carbine from on top of the NAv bag by my side and pushed in the magazine and started popping my head out from the left crew window trying catch glimpses of the enemy who were shooting at us with the intention to fight back! But what I could see was only the foliage of the jungle trees and glimpses of the CT camp roofing (macam khemah orang kenduri kahwin aje!) Other than that I didnt see any CT or whatsoever!

At the time Murad yanked the collective, I realised the speed levers were not being attended to maintain 103 % Nr, but too late the instrument panel lites were flashing like a christmas tree and right to this day I do not know who pushed the levers forward, wether it was me or Murad using the buttons or what do you callit on the collective lever to maintain the Nr and prevent the rotors from drooping! Well the aircraft stabilised and all the lites went off and we were heading back to the Gubir Tactical HQs, and you can imagine the excited chatters on the radio as we were flying back. I took a peek behind and i could see the pax seated on the first seat behind me was dripping blood on the floor board, and one of his fingers was just hanging by the flesh. On checking with the crewman, the Capt and I found out that there were 3 casualties on the aircraft, one was the pax seated behind me, the second had a bullet grazing his calf muscles and the third guy had a bullet in his rear. Otherwise everybody were ok and of course the 3 casualty survived (I sure do wish to meet them one day to reminisce on the incident) Sgt Leong discovered that his nite-stop kit (bag) which was placed under the troop seat had a bullet hole in it and on opening the bag discovered a bullet lodged in his towel (maybe that was an indication that his time will be up one week from that day-( God Bless you ol'd friend)

As we were approaching the LP at Gubir Tac HQs, the Brigade Air Support Officer (BASO), Sqn Ldr Leong Pok Siong was marshalling us frantically with soldiers and officers crowding around trhe LP (guess everybody knew that the aircraft had got shot!) and as soon as the Landing gears touched the ground, he was frantically signalling to us to shut off the engine . Little did we realised that when we were approaching to land the punctured fuel tanks were leaking fuel like rain! I cannot remember how much fuel was in the tank, but if I'm not mistaken that in less than half an hour the fuel tanks were dry. Although the Nuri fuel tanks were supposed to be self-sealing, with too many holes it could'nt possibly do its job! As we got down the aircraft, we started counting the bullet holes and long as I remember the count was 49 holes and I entered that in my Log Book! But if Shariff Uban say it's 139 holes it shud be dramatically more interesting, we survived 139 bullets shot into our aircraft belly! One interesting fact as far as I'm concerned is that there was one bullet hole below the CoPilot's seat and as the shot was inclined from the front the bullet came out behind the Co Pilot seat and hit the finger of the pax on the first seat by the crew door. If the shooter was directly beneath the aircraft, the bullet would have hit my BUM! Syukur Alhamdullillah that did not happen.

After the incident the RMAF put into place procedures and and measures for the survivability of the Nuri and crew against hostile enemy actions. For on the aircraft was bullet proofed in certain places like the crew seat, fuel bladder among others. And procedures like putting speed levers forward to give 106% NR in the approach was put in the SOP. I observed that throughout the ordeal my Captain, Lt Murad was so cool as ice, he never panicked, didn't scold the CoPilot for not attending to the speed levers when he yanked the collective to fly away when shot. I SALUTE you Murad and you're great! And as for SGt Leong, he's a cool guy too, and later in my career as a helicopter pilot in the RMAF, serving as a Flt Comdr, Sqn Comdr and Base Comdr, life in the Sqn is very different from the days when we were firghting the CTs. In the 90s, you fly into LPs without a worry in the world, whereas those days in the 70s and 80s we were worried to be shot at, but still somebody has to do the job, yes we the helicopter pilots were the ones to do it, for King and country. I salute you the helicopter pilots of that aprticular time!

Salam,

xxxxx

Note: That's my best recollection of the incident, hope to be of help to your writings. Keep it up Sir, if there's nobody amongst us is willing to write a book on our experiences and exploits, what you're doing is good enough, maybe we can compile all your writings and other contributions on the blog comments to capture our experiences for others to know of our contribution for King and country!

Dear xxxxx...Thank you for enlightening us on the incident. I need to make a correction though. I missed this adventure since I was undergoing Nuri's Captain Conversion Course with the late Capt (U)Thiagarajah, Lt (U) Kamaruddin Mydin and Lt (U) Midzor. Thus, we were not operational during this critical period. 

Selasa, 9 Mac 2010

Tragedi 26 April 1976...KEMENTAH

Pembaca...Akhirnya saya dapat alamat e-mel PAT & PTU. Sebelum ini, saya hanya menghantar e-mel kepada alamat tertentu di DTU...beliau terlalu 'sibuk' untuk memberi sebarang respons. Itu sebabnya, semua e-mel saya ke pihak KEMENTAH dihantar kepada KSU. Sekurang-kurang telah terbukti Dato' KSU ada juga masa untuk melayan perkara tertentu yang saya kemukakan. Harapkan respons dari DTU...jauh panggang dari api! 

Tanpa berlengah lagi, saya telah menghantar e-mel berikut kepada 'orang kuat' KEMENTAH  dengan harapan agar mereka bersedia berkerjasama dengan FNM bagi mengabadikan tragedi tersebut...

Tragedi 26 April 1976
Fri, March 5, 2010 1:12:32 PM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com 
To: KSU Indef abubakar@mod.gov.my; PAT azizan06@hotmail.com; PTU rodzalinov@hotmail.com
Cc: Dato\' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my; Kol Jamal Kesek pengsek07@yahoo.com; KP FNM rajarozaimie@filemnegara.gov.my; Abu Hasan abuhasan@filemnegara.gov.my; Muhammad Ammir PPM ammir@pmo.gov.my; sidek ksn sidek@pmo.gov.my

Assalamualaikum,

Saya telah membuka jalan agar tragedi di atas didokumentasi. Respons dari pihak FNM sangat memberangsangkan "... Cadangan tuan amat baik sekali dan boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya."

Peluang ini tidak sepatutnya dilepaskan begitu saja. Pada pandangan saya, sekiranya terlaksana projek ini, sekurang-kurang dapat menebus maruah ATM amnya, TUDM khususnya, yang teruk tercemar imejnya disebabkan kes kehilangan dua buah enjin F5E di akhir 2009...

Dengan adanya filem dokumentari itu nanti, rakyat jelata akhirnya akan mengetahui peranan TUDM semasa negara menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Saya percaya, kebanyakan rakyat hanya beranggapan TUDM sinonim dengan pesawat pejuangnya membuat pertunjukkan udara atau terlibat dalam 'exercise' udara sahaja.

Saya telah memaklumkan kepada pihak FNM bahawa butir-butir kejadian tersebut boleh diperolehi dari pihak Inspektor Jeneral TUDM untuk laporan "Lembaga Penyiasatan" dan TDM untuk "INTSUM". Sekiranya laporan-laporan tersebut tidak dapat dikesan...tidak menghairankan. Apalah sangat laporan tersebut jika dibandingkan dengan kehilangan Pulau Batu Putih. Pulau tersebut menjadi hak milik Singapura hanya kerana Malaysia kehilangan dokumen penting.

Terserahlah kepada pihak KEMENTAH. Bola di gelanggang anda semua. Ini saja yang mampu saya lakukan dalam perjuangan saya agar wira-wira tersebut diabadikan...bukannya hanya dalam blog mejar pencen ini sahaja. Siapalah saya...!

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya menerima hakikat bahawa kemungkinan besar e-mel tersebut tidak melepasi 'gate-keepers' di rumah tol. Jadi, saya tidak menyalahkan YB Menteri sekiranya beliau terpinga-pinga apa yang saya cakapkan. Justeru, pada 7 Mac 2010, jam 1920, saya telah menghantar sms berikut kepada YB Menteri...

'Assalamualaikum. Saya berharap KEMENTAH sedia berkerjasama dengan FNM untuk mengabadikan 'TRAGEDI 26 APR 1976' dimana sebuah Nuri ditembak jatuh di Gubir & kesemua 11 aircrew & warga TDM terkorban. Bahan sejarah ini boleh memupukkan semangat patriotisme dikalangan rakyat, terutama golongan muda. Terima kasih'. 

Memang sudah sah...Respons berikut dari Pak Menteri pada 7 Mac 2010, jam 2135, memberi gambaran yang beliau dalam kegelapan apa yang saya cakap...e-mel saya tidak melepasi 'Gate-keepers' dan kemungkinan besar di'delete'...

'Tolong tulis persejarahan itu & serah kpd saya utk diolah menjadi skrip'.

Pada malam yang sama, saya telah menghantar sms kepada Pak Menteri memberitahu beliau bahawa saya tidak terlibat secara langsung dalam tragedi tersebut. Keesokan harinya, saya telah menghantar e-mel berikut...

Fw: Tragedi 26 April 1976
Mon, March 8, 2010 7:05:56 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Hamzah Hussin MoD hh.ppm@mod.gov.my
Cc: KSU Indef ; PTU ; PAT ; Kol Jamal Kesek ; Hamzah Hussin MoD ; Maj Kamarul RMAF RMAF ; Dato\' Zahid Hamidi

Assalamualaikum,

Berhubung perkara tajuk, respons YB Menteri melalui sms pada 7 Mac 2010, jam 2135 sungguh menggalakkan...

'Tolong tulis persejarahan itu & serah kpd saya utk diolah menjadi skrip'.

Saya telah membalas sms YB memberitahu bahawa saya tidak terlibat secara langsung dalam tragedi tersebut, hanya sebagai Pegawai Pelarasan Kematian untuk arwah Lt (U) Wan Munsiff. Butir-butir kejadian boleh didapati dari laporan BOI di IG DTU dan INTSUM dari TDM. Apa yang saya tahu boleh dibaca dalam blog saya.

Saya berharap tragedi ini tidak hanya disemadikan dalam blog mejar pencen ini, http://xnuripilot.blogspot.com sahaja.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Apabila difikirkan semula, saya akan menulis 'persejarahan' sepertimana yang disyorkan oleh Pak Menteri, InsyaAllah.

Kepada waris wira-wira tersebut...Sekiranya pihak berwajib memberi respons positif...Syukur Alhamdulillah. Jika tidak...Kemungkinan coretan ini merupakan PENAMAT kepada Tragedi 26 April 1976. Saya telah berusaha sedaya upaya...hanya Allah menentukannya. Inilah yang dinamakan TAKDIR. Keperwiraan ayah/tok wan anda hanya diabadikan dalam blog seorang xnuripilot sahaja...Wallahualam!!

Pembaca...Ketaksuban saya dengan isu ini telah menjadikannya bahan coretan isteri bertajuk "Chasing A Dream".  Jika berminat mengetahui dari perspektif seorang isteri, sila baca di sini

Ahad, 7 Mac 2010

Jitra...Oh...Jitra

Saya mula bermustautin di Jitra pada November 2000. Cuacanya sungguh jauh bezanya dengan tempat yang pernah saya tinggal, seperti Lumut, Taiping, Kuantan, Labuan dan Kuala Lumpur. Pada waktu malam sungguh sejuk dan terpaksa memanaskan badan dengan memakai 'flying suit'. Sudahlah tu...tiupan angin pula menggerunkan. Patutlah banyak bumbung rumah di kampung-kampung melayang ditiup angin.  Setakat banjir...perkara biasalah. Itu musim 'winter'.

Musim 'summer'...bagaimana? Sekarang ini musim summer. Tahun ini, panasnya sungguh terik. Jam 1800 suhu diluar masih 37*. Sebelum ini, tidak sepanas yang dihadapi sekarang. Buat pertama kali semenjak bermain golf di KKDR dan DGCC, kolam kering-kontang...Lihat gambar kolam di KKDR.

Sebagai warga Malaysia yang sentiasa bersedia menyahut seruan Kerajaan, kami, penarik troli, terpaksa main 9 lubang sahaja. Maklumlah...nanti jadi macam penari dalam siri tv "Black & White Minstral Show"...pembaca era saya fahamlah apa yang saya cakapkan.

Ah ha...'setiap negatif mesti ada positif '. Masa inilah tee-off saya melebihi 150 meter. Sekiranya anda bertanya jarak tee-off saya, jawapannya ialah '...terpulang kepada musim. Winter...tidak melebihi 150 meter'. He...he...he. Serius sikit...Pemandangan di kiri-kanan lebuhraya/jalan raya sungguh indah sekali...

Pemandangan di Jalan Langgar, Alor Setar

Itu pasal cuaca. Bagaimana pula sesuatu organisasi menjemput orang ramai untuk menjayakan sesuatu aktiviti, seperti menggalakkan golongan tententu menjadikan masjid sebagai institusi yang mesti dilawati? Hanya di Jitra sahaja terdapat Jawatankuasa Masjid yang begitu kreatif dalam usaha mereka peringati jemaah menunaikan tanggungjawab mereka kepada Allah Yang Maha Kuasa...

Kain rentang ditujukan khas untuk pencuri di Masjid Ar-Rahman Kampung Melele, Jitra

Di suatu ketika dula, ada satu iklan dalam tv yang menggambarkan 3 gadis berkongsi bilik di IPT. Salah seorang daripada mereka adalah dari Kedah. Tepat tekaan anda...bukan Sg Petani...bukan Kulim..bukan Langkawi...MESTI JITRA!! Persepsi yang terpahat dikalangan kebanyakan rakyat ialah Jitra = sebuah pekan di 'ulu' utara Semenanjung Malaysia.

Tapi...tak kisahlah kerana persepsi ini tidak merugikan saya walau sesen pun. Coretan "Jitra's Summer" boleh dibaca di sini.