Saya kagum dengan penyampaian puak Uncle Sam ni. Jangan salah sangka ya.....Apa yang saya 'kagum'kan ialah cara mereka menonjolkan kehebatan anggota tenteranya. Untuk lebih tepat apa yang saya maksudkan ialah skuadron helikopter khusus untuk Presiden.
Baru-baru ini saya telah menonton program National Geographic berkaitan helikopter untuk 'Presidential Flight' dengan nama panggilan 'MARINE ONE'. Ia menceritakan bagaimana skuadron helikopter ini mengendali penerbangan yang melibatkan presiden mereka. Juruterbang yang terpilih sebagai Presidential Pilots, perlu memenuhi beberapa kriteria. Cara 'narrator' menyampaikan cerita begitu hebat sekali. Mana tidaknya....pilot perlu membuat beberapa penerbangan ke 'LP'....South Lawn, White House - bukannya LP macam di coretan ini . Yang bestnya, mengikut commentator,'acid test' untuk juruterbang VVIP ini ialah mendarat di waktu malam di South Lawn...Eh...Eh...Eh. Memang hebat depa tu!
Lihat....Sempit betul LP tersebut.....very confined indeed!!!
Baru-baru ini saya telah menonton program National Geographic berkaitan helikopter untuk 'Presidential Flight' dengan nama panggilan 'MARINE ONE'. Ia menceritakan bagaimana skuadron helikopter ini mengendali penerbangan yang melibatkan presiden mereka. Juruterbang yang terpilih sebagai Presidential Pilots, perlu memenuhi beberapa kriteria. Cara 'narrator' menyampaikan cerita begitu hebat sekali. Mana tidaknya....pilot perlu membuat beberapa penerbangan ke 'LP'....South Lawn, White House - bukannya LP macam di coretan ini . Yang bestnya, mengikut commentator,'acid test' untuk juruterbang VVIP ini ialah mendarat di waktu malam di South Lawn...Eh...Eh...Eh. Memang hebat depa tu!
Lihat....Sempit betul LP tersebut.....very confined indeed!!!
'Approach' dari tugu
'Take-0ff' ke arah tugu juga
Kesimpulan saya, Presiden depa tak pernah mendarat di LP dalam kata erti sebenarnya. Jauh beza dengan VVIP kita yang sedia melawat barisan hadapan. Pada 22-24 Jun 1980, saya telah membawa DYMM Sultan Pahang melawat kawasan operasi. Pada 23 Jun, Baginda telah bermalam di Bt Yong (dah lupa kat mana). Saya masih ingat tempat beradu Baginda ialah sebuah 3 x ton berhawa dingin. Dalam kesibukan melayan VVIP dan Pak-Pak Jeneral yang mengiringi Baginda, kami di'terlepas' pandang. Oleh kerana kami tidak membawa ponco untuk membuat basya, kami bertiga menginap di 'Hotel D'Nuri' yang begitu selesa dengan di'serenade' oleh sang nyamuk. Nak tutup cargo dan cabin doors nanti panas. Jadi buka sikitlah cargo door untuk menghirup udara malam. Apa pun....No problem!
Kesimpulannya, jangan sama sekali kita merasa rendah diri terutama ketika berhadapan dengan 'kehandalan' rakyat negara asing. Ada tempatnya kita lebih handal daripada mereka dan kelebihan ini harus ditonjolkan keseluruh dunia melalui media yang sedia ada...Tiada apa kurangnya orang Malaysia !
21 ulasan:
Couldn't agree more with you sir. Our chopper pilot pun apa kurangnya. Landing kat LP sekangkang kera with a few feet clearance only, dengan komunis menembak kiri kanan.
Suruh mat saleh tu datang sini la, baru dia tau langit tinggi rendah.
hahhaha....! hebat lagi pilot kita..! omputeh sembang POng ! Pang ! je lebih..hahaha....PW1(B)
Salam...sy sokong pendapat en. Remi. Jgn pandang rendah kehebatan pilot2 kita. Dgn peralatan kurang & teknologi asas jer, bleh buat lebih baik dari pilot mat saleh tu.
Anak askar pencen.
media kita hanya expose yg ada kena mengena dgn politik aje
salam,
pernahkah NURI tudm mendarat atas air?
Bagi saya, juruterbang helikopter Marine One USA tidak lah terlalu hebat, mereka 'dianggap hebat' kerana mereka memiliki jentera yang lebih canggih (baru), sentiasa dijaga rapi dari segi keselamatan dan memiliki LP yang lapang(clear).
Berbeza dengan juruterbang TUDM yang terpaksa berkorban nyawa untuk menerbangkan helikopter Nuri yang telah uzur, dikawasan hutan (LP)yang sempit dan berbahaya.
Saudara Nor
Sebagai saorang askar darat yang pernah terbang dengan pilot2 alouette dan nuri pada tahun 70han dan 80han, memang tidak di nafikan pilot2 seperti saudara nor pada masa tersebut memang hebat, flamboyant dan berani. They were a class of their own.
Pilot2 negara lain pun hebat juga dengan pengalaman mereka tersendiri di medan perang atau pun penerbangan di kawasan gunung ganang seperti di pakistan, india atau pun afghanistan.
Pendek kata semua nya bergantung kepada pengalaman. Kalau lebih pengalaman lebih handal lah wira2 kita, pilot ke atau soldadu biasa.
Saudara Nor dan rakan2 nya di kurniakan dengan pengalaman luas and live to tell the story.
Suatu cara untuk meluaskan cerita saudara atau rakan2 saudara ke pembaca antara bangsa adalah melalui sumbangan cerita ke magazin Readers Digest.
Salam
Salam Tuan
Malaysia samada suatu masa dulu dikatakan pernah dijajah atau hanya dinaungi, mempunyai rakyat yang semakin hari semakin dikuasai pemikiran mereka sebagai FOLLOWER and not TREND SETTER.
Apa saja produk keluaran negara luar, ianya dikatakan tinggi standard dan berkualiti. Memilikinya dapat menunjukkan "kehebatan" seseorang.
Akibat pengaruh filem/dokumentari yg banyak menceritakan kehebatan org luar negara, maka secara otomatik, mereka sgt hebat berbanding org Malaysia.
Dlm dunia seni pun sama, gagal memperlihatkan kehebatan seni muzik kita berbanding dengan K-Pop. Kita lebih mengikut org daripada mengenengahkan identiti kita sendiri. Belilah Barangan Malaysia pun tak sekuat mana kempennya.
Di dalam aspek ketenteraan, secara peribadi saya dpt mengatakan bahawa para veteran (ex-service) di masa-masa dahulu lebih hebat berbanding sekarang kerana mereka melalui suasana perang yang sebenarnya.
Kesiapsediaan anggota kita skrg dilihat boleh dipersoalkan akibat kelekaan hasil dari keamanan yg dialami berkat pengorbanan para veteran dahulu. Banyak kes dadah/jenayah di kalangan anggota tak termasuk kebajikan yg tidak diberi perhatian serius.
Saya juga mencadangkan agar penulisan Tuan dihantar kepada majalah2 antarabangsa sebagai langkah menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia juga hebat.
Bukannya sekadar menghantar anggota menyertai misi pengaman PBB yg bila ada sorang saja terkorban disebabkan apa sekalipun, kecoh 1Malaysia. Terus dpt pingat, lepas tu, sengap.
Saya amat kagum dgn keberanian anggota tentera kita termasuk Pilot helikopter. Tetapi pegawai bawahan berkorban nyawa terutama pilot nuri sedangkan pihak atasan dan politik sebaliknya. Mereka sibuk dgn projek dan komisen utk kroni.
Sekarang Indonesia sedang bangkit dari zaman suharto yg korup dgn kroni. Mereka semakin maju dlm ekonomi, politik dan tentera. Apakah kita akan ketinggalan dan jadi bahan lawak kpd mereka? Tentera laut China sentiasa meronda di Spartly, bagaimana kita menangani mereka?
Keberanian anggota tentera kita sahaja tanpa jentera dan peralatan yg sesuai. Apakah kita mampu pertahankan negara kita?
Mereka di Pejabat ape tahu tentang nuri aircrew (Pilot,co pilot and AQM)yang mereka tahu ialah projek tu aku dapat dan dll lagi, masa operasi nak tidor malam pun tak selesa,mereka hujung minggu bolih pegi tengok wayang.... kita orang Flying,stanby aicheck dll lagi tugas,kalau flying buat casevac dan medivac alamak berpeluh,lebeh2 lagi kalau kene buat Jungle Winching...ngerun beb,tulah nuri crew,gaji tak seberapa t/jawab?...tuhan yang tahu,award/pujian sape yg dapat?...setakat landing tengah padang tak payah cerita lah, cuba landing d LP "E" "V" masa ops Gubir,Selamat Sawade,Kroh Sintok nak tahu?tak de AQM paterring masuk alamat blade potong dahan le.
xnuri AQM memang benar kata tuan.
Yg bertungkus lumus di perbatasan mengejar musoh telah lama di lupakan.
Yg mendapat faedah, biasanya yg membuat lapuran di HQ. automatically depa yg akan mendapat ganjaran nya.
X Nuri AQM,
You are very correct and true.
With out the patering, not easy to enter the tight confine LP.
My self also almost cut some tree lah. Thank you to all Nuri AQMs.
For awards, i think all got PPA lah .
X Nuri Co pilot (B) PPA
saya pun penting jugak....tapi dah jadi UNSUNG HEROES...
Tanpa AQM 'pattering' ketika Nuri mendarat di Malaysian LPs, jawabnya banyaklah SOR melayang ke Flight Safety Directorate. Trup pula tak payahlah guna PE untuk menumbangkan pokok...He...He...He.
Nuri AQM....Terima kasih. Kita semua adalah 'krew' Nuri...bukannya bekerja bersendirian.
akum mej noor,saya ada beberapa soalan utk mej..
no 1
adakah nuri dilengkapi penghawadingin?
no 2
bila terbang di era mej adakah kru2nuri ni ada bawa senjata?
no 3
alat ape kat bahagian sekali di nuri[alat tu di bawah cermin depan heli belah kanan tak silap saya]
nampak tak berapa cerdik sikit soalan saya ni..hehehe,saya penah tengok nuri dari jauh ataupun dlm tv je mej..harap mej dpt jawab secepat munkin ya,oh ya...kat ngan rumah saya duduk ada gak sorang bekas kru nuri..beliau kaya gak ngan cite2 dan pegalaman masa beliau berhikmat dulu,saya selalu pegi lepak kt warung dia utk dgr cite...dia pn mmg megenali mej,beliau penah berhikmat di labuan dulu...saya ada tunjuk buku yang mej tulis tu kt dia.
Saudara Mohd Khuzaire,
Terima kasih.
1. Nuri tidak ada kemudahan hawa dingin. Bayangkan bagaimana panasnya dalam pesawat sebelum penerbangan.
2. Pistol Browning 9mm dan M16 'short butt'.
3. Radar.
Siapa dia yang bersama saya di Labuan?
nama beliau rosli b ahmad,beliau besara ngan pangkt pw2..skrg beliau buka warung kt dpn kem 4 melayu tapah perak.saya dh bg no hp tuan kt dia.oh ya,saya tertarik ngan salah satu aqm tuan iaitu arwah flt sjn hamzah de souza..adakah beliu gugur akibat nahas nuri tuan?saya juga respek kt gunner dlm alouette 111 iaitu sjn peter nunis..
Hamzah de Souza tu meninggal kerana sakit, maalum sajalahkan.
time kasih saudara moza aqm
Salam Hormat Tuan,
Mungkin komen saya agak terlewat.
Ada satu soalan sahaja.
Sepengetahuan saya, radar yang dipasang di bahagian depan (nose) Nuri itu dicipta oleh anak tempatan Warga TUDM juga. Apakah benar seperti yang pernah saya dengar ?
Terima Kasih didahulukan.
Waalaikumussalam Abang Zul,
Terima kasih. Pemasangan alatan radar tiada masalah; 'nose' itu boleh dibuat di KL saja. Yang perlu dibeli hanyalah radar itu saja. Wallahualam.
Catat Ulasan