Pages

Rabu, 30 Mei 2012

Keputusan Di Tangan Mereka

Masih tak habis pasal cerita 'Tugu' yang dicoretkan di sini. Fikir punya fikir, baik tulis pada PAT sendiri, mana le tahu terbuka hatinya apabila membaca rentetan para veteran. Jadi, melayanglah emel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman
To: Tan Sri PAT
Cc: PTD ; KP Veteran ; PTU ; Dato' Zahid Hamidi
Sent: Monday, 28 May 2012 12:32 PM
Subject: TUGU PERINGATAN

Assalamualaikum Tan Sri,

1. Saya terpanggil untuk menghantar emel ini apabila membaca usul-usul yang dibangkitkan semasa Persidangan Perwakilan Tahunan PBTM 2011. Salah satu usul yang disuarakan oleh PBTM Negeri Melaka ialah 'MEWUJUD TEMPAT BERSEJARAH SEBAGAI MEMORIAL' (ceraian usul berkenaan dikepilkan bersama). Pada pemahaman saya, para veteran tersebut mahukan pengorbanan mereka di suatu ketika dulu diberi penghargaan. Saya percaya, mungkin apa yang dikehendaki hanyalah terpahatnya nama wira-wira yang terkorban dan juga unit-unit yang terlibat dalam operasi-operasi yang dilancarkan di sesuatu kawasan, seperti Gubir dan Pangkalan Hulu. Saya sendiri akan berbangga sekiranya terpahat unit-unit TUDM, seperti MARUD, No 1 Skn, No 3 Skn, No 6 Skn, No 7 Skn, No 9 Skn, No 10 Skn dan No 12 Skn terpapar di tugu di Gubir. 

2. Saya ada mengutarakan cadangan ini kepada Panglima 2 Div ketika terserempak dengan beliau pada 27 Mei 2012 di majlis perkahwinan di Kulim (klik di sini: http://xnuripilot.blogspot.com/2012/05/peluang-mendatang.html)

3. Untuk makluman, usaha sedang dibuat agar Surau Alkhairiah di Bukit Tembaga, yang dipaparkan dalam coretan di sini - http://xnuripilot.blogspot.com/2010/09/terabai.html - dinamakan Surau Lt M Abdul Hamid SP. Saya bersyukur kepada Ilahi sekiranya penjenamaan ini menjadi kenyataan, insyaAllah. Keadaan pusara pahlawan tersebut sekarang ini adalah seperti di coretan ini - http://xnuripilot.blogspot.com/2010/09/berubah-wajah.html.

4. Akhir kata, saya mengharapkan agar cadangan para veteran dapat dilaksanakan oleh pihak Tan Sri dengan kadar segera. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)  

Ceraian yang dimaksudkan...
USUL-USUL TAHUN 2011: USUL YANG DITERIMA TANPA BAHAS
Alang kepalang dah tulis pada Pang5 No1 ATM, saya turut masukkan usaha untuk penjenamaan semula Surau Alkhairiah kepada Surau Lt M Abdul Hamid di Bukit Tembaga. Mana le tahu, mungkin ATM sudi membantu jika ia menjadi kenyataan, wallahualam.

Tak tahulah saya sama ada cadangan itu akan menjadi kenyataan. Apa pun, saya telah berusaha, Allah menentukannya.

Isnin, 28 Mei 2012

Peluang Mendatang

27 Mei 2012, jam 1030....Pandulah kereta bersama isteri ke Kulim bagi memenuhi jemputan Lt Kol Basri Omar PGB (B) meraikan majlis perkahwinan anak penakan beliau, Kapten Muhammad Aswad bin Haji Pauzi dan pasangannya, Cik Nor Azreen bte Ruzlan. Beliau turut memaklumkan kemungkinan Pang5 2 Div akan turut hadir. Masanya?...Tak pasti. Ha...Ini satu peluang yang tak boleh dilepaskan.  Jadi, saya bawalah surat ini untuk diberi kepada Pang5. Sebenarnya surat tu tak ada kena-mengena dengan beliau. Tujuan saya hanyalah untuk memaklumkan beliau tentang hasrat saya. Itu saja.

Dengan kuasa Allah, saya duduk saja di meja, Pang5 pun tiba. Jadi, kami pun duduk le semeja.
Dari kiri: Mej Jen Dato' Azizan, Lt Kol Basri, saya, isteri

Saya akui yang saya ni tak tahu bahasa. Kesian Pak Jeneral! Tengah dia nak makan, saya berikan surat berkenaan. Lepas tu, saya mencadangkan agar pihak beliau mempertimbangkan pembinaan 'tugu' yang diperkatakan di sini. Saya tak kisah apa pandangan beliau terhadap mejar pencen ini kerana itu tak lagi relevan bagi saya. Saya terpaksa berbuat demikian kerana bukan mudah nak makan satu meja dengan pak-pak jeneral (yang masih berkhidmat) kerana mana saya ada peluang nak bergesel bahu dengan depa semua. Lagi pun, bukannya saya meminta 'personal favours' kecuali memohon agar saya turut dijemput ke majlis perasmian sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan. Beliau tidak menjanjikan apa-apa. Tapi saya percaya beliau mungkin memikirkannya juga tentang cadangan itu. Mana le tahu, terbuka oleh-Nya akan hati Pak Jeneral ini. Tup...Tup...Saya terima undangan menghadiri majlis perasmian tersebut. Apa pun, sekurang-kurangnya saya telah mencuba, Allah menentukannya. 

Fikirkanlah...Apalah salahnya mengabadikan mereka yang terkorban dan unit-unit yang terlibat, termasuk TUDM, dalam operasi di sesuatu kawasan, seperti Gubir dan Pangkalan Hulu (Kroh). Saya sendiri berbangga sekira terpahatnya No 3 Skn dan No 10 Skn TUDM pada tugu itu nanti di Gubir dan Kroh. Dan, manalah tahu, mungkin ia boleh menjadi tarikan pelancong, wallahualam.

Lepas makan, lebih kurang jam 1230, minta diri untuk balik ke Bandar Darulaman bagi menghadiri satu lagi majlis perkahwinan. Kali ini anak kepada Cikgu Ramlah, rakan isteri semasa mengajar dulu.

Di Taman Siswa, Bandar Darulaman

Pak Jeneral....Maaflah kalau saya menyinggung Dato'. Apa yang cuba saya lakukan hanyalah agar pengorbanan para veteran diabadikan. Untuk makluman, inilah juga yang disuarakan oleh mereka sepertimana yang tercatat dalam 'Usul-Usul Tahun 2011' sempena  'Persidangan Perwakilan Tahunan Negara PBTM'.  Usul ini telah dibawa oleh PBTM Negeri Melaka: Usul 1 - Mewujudkan Tempat Bersejarah Sebagai Memorial. Pada saya, apa yang mereka utarakan hanyalah mengharapkan agar negara menghargai pengorbangan mereka.  'Memorial' = Arca Peringatan' (Kamus DBP)... Adakah itu satu permintaan yang begitu berat untuk dilaksanakan? 

Oh ya...Berhadapan dengan rumah pengantin di Kulim, benda ini  menarik perhatian saya...
Kereta sports 'Sunbeam Alpine'

Kalau harga berpatutan dan ada mekanik yang boleh 'restore'kannya, mungkin minat juga memilikinya. He...He...He. 

Lt Kol Basri Omar....Terima kasih.

Jumaat, 25 Mei 2012

Lihat Sajalah

Susulan kepada coretan di sini, saya telah men'fax'kan surat berikut kepada Pang5 6 Briged...
Saya telah menghubungi 'gate-keeper' Pang5 dan beliau mengesahkan penerimaan. Sehingga semalam, surat tersebut masih dalam 'IN' tray bosnya kerana beliau tiada di pejabat. Respons? Tunggu dan lihat sajalah....Wallahualam!

Selasa, 22 Mei 2012

Kursus Kemahiran

19 Mei 2012...Saya menghadiri 'Persidangan Agung Tahunan PBTM' Cawangan Kubang Pasu di Dewan Mahsuri, Taman Siswa, Jitra. Apa yang menyebabkan saya hadir hanyalah kerana golf course di Kedah Kelab terlalu becak, macam main dalam sawah padi. Sebagai seorang 'Pro', mana bisa main di course macam itu. Nanti rosak saya punya game. He...He...He.

Berbalik kepada mesyuarat tersebut, ini buat kali kedua saya mendaftar untuk hadir. Kali pertama, dah lupa berapa tahun lalu, bertahan sehingga ucapan pembukaan oleh tetamu jemputan. Saya cabut semasa minum pagi. Menurut program kali ini, tetamu VIP akan merasmikan mesyuarat pada jam 0950 pagi. Tunggu sehingga jam 1000, kelibat beliau masih belum nampak. Saya pun terus balik kerana ada majlis baca yasin di rumah ahli kariah masjid. Saya difahamkan VVIP tiba lebih kurang jam 1015.

Antara yang saya bersua di majlis tersebut....

 Dari kiri: Kamal@Aziz (xATC), saya, Man (xUBAT), Samad (xPASKAL)

Kiri saya: Lt Kol Mustaffa 'Pedro' TUDM (B)

Ketika membelek 'Usul-Usul Tahun 2011 Persidangan Perwakilan Tahunan Negara 2011' , saya mendapati PBTM Johor'...merayu pihak kerajaan untuk menimbangkan semula keputusan pemberian pencen kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan 10, 13, 15, 18 dan genap 21 tahun'. Saya dah tak 'current' lagi tentang 'Terms of Services (ToS)' dalam ATM sekarang ini. Dan kalau tak silap, topik ini dah pun dijelaskan oleh pihak berwajib.

'Prinsip' saya tentang bab ini mudah saja. ATM tidak 'merayu-merayu' pada saya untuk berkhidmat dalam tentera. Saya yang galak sangat memohon. Masa saya dulu, ada Tauliah Jangka Tetap (TJT) (mudah cakap...berpencen) dan Tauliah Jangka Pendek (TJP) (kontrak).  Dokumen ToS tentang had umur bersara wajib adalah seperti berikut:
  • Kapten (persamaan)        - 45 tahun (sekarang 47 tahun)
  • Mejar (persamaan)          - 50 tahun (sekarang 52 tahun)
  • Lt Kol (persamaan)          - 52 tahun (sekarang 55 tahun)
  • Kol ke atas (persamaan) - 55 tahun (sekarang 60 tahun)
Kalau tak setuju....Jangan sign. Itu saja.  Saya tetap sign.

Kalau saya tak silap, beberapa tahun lalu YAB PM, ketika menjadi Menteri Pertahanan, ada mengumumkan pengwujudan 100 Lt Kol untuk 'Flexi Appointment'. Apa yang maksudkan, mejar yang berumur 49 tahun akan dinaikkan pangkat ke Lt Kol walaupun jawatan yang disandang hanyalah untuk mejar....Lebih kurang begitulah. Sekarang, umur kelayakan ini dinaikkan ke 51 tahun.

Saya juga dimaklumkan, sekarang tiada lagi pengambilan pegawai TJT: semuanya TJP. Kontrak graduan UPNM, kalau tak silap saya, ialah 13 tahun. Walaupun mereka memenuhi syarat yang ditetapkan bagi melayakkan memohon  TJT selepas tamat kontrak awal, kemungkinan besar permohonan terpaksa ditolak kerana ketiadaan kekosongan perjawatan. Jadi, jangan salahkan sesiapa jika perkhidmatan tidak disambung.  Ini adalah satu kenyataan!!

Sama juga ToS untuk LLP. Semua anggota sedia maklum daripada awal lagi, hanya mereka yang berkhidmat 21 tahun sahaja yang layak menerima pencen: kurang daripada itu...TIDAK! Ketika pengumuman bajet tahun lepas, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta bagi melatih mereka yang tak berpencen mengikuti kursus-kursus yang membolehkan para veteran mempunyai kemahiran yang diminati. Program yang ditawarkan oleh PERHEBAT termasuk....
Terpulanglah kepada para veteran sama ada bersedia mengikuti kursus-kursus yang dipamerkan. 

Jujur saya katakan, buat masa terdekat ini, saya tidak nampak rayuan itu akan menjadi kenyataan kerana ia melibatkan dasar. Menyedari hakikat inilah, saya tak jemu-jemu cuba 'menyedarkan' mereka agar mula memikirkan masa hadapan kaum keluarga. Ingat, kesempitan hidup yang mungkin dihadapi selepas tamat perkhidmatan, hanya diri sendiri yang akan menanggungnya. Justeru, apa kata mula menabung dari sekarang juga.  Wallahualam.

Harap perbetulkan sebarang kesilapan fakta. Terima kasih.

Jumaat, 18 Mei 2012

Rezeki Mereka

Cikgu-cikgu betul-betul menerima durian runtuh! Mana tidaknya. Pengumuman TPM pada 16 Mei, sempena Hari Guru di Kuala Kangsar, sungguh mengembirakan 200000+cikgu. Bayangkan implikasi pengumuman tersebut. Pemahaman saya terhadap apa yang tersiar dalam akhbar ialah semua guru lepasan ijazah akan dinaikkan gred secara 'time-based': daripada gred DG41 ke DG54 dalam masa 25 tahun sahaja! 

Ini telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, petikan '...Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said as long as a teacher went to school, performed his duties and completed the number of years stipulated, he would be entitled for the promotion.
“This will allow teachers to be promoted easily. Promotions will no longer be subject to availability,” Wee said. (Laporan penuh klik di sini - 'No performance based criteria for teachers to be promoted'). 

Saya tidak mengambil kira mereka yang berkelulusan diploma. Ini kerana apabila mereka (diploma holders) bersara nanti, semua cikgu akan berkelulusan ijazah sarjana muda. Matlamat ini dah mula dilaksanakan di mana guru-guru pelatih di Institute Pendidikan Guru (IPG) dianugerahkan ijazah sarjana muda apabila tamat pengajian.

Mengapa saya terpegun? Saya tidak dapat bayangkan, dalam hanya tempuh masa 25 tahun, beribu-ribu guru 'berpangkat' bersamaan Brigadier Jeneral dalam ATM...Dan masih muda lagi! Apa kena mengena persamaan dengan Brig Jen? Oklah, sebagai perbandingan...
  • Gred 52 = Kolonel 
  • Gred 54 = Brig Jen 
  • JUSA C  = Mej Jen
Dalam inventori TUDM, hanya ada lebih kurang 63 Kolonel, 22 Brig Jen & 3 Mej Jen sahaja. Kenaikan pangkat dalam ATM tertakluk kepada kekosongan perjawatan yang terhad, bukannya time-based. Sebagai contoh, di Kedah ni, hanya ada seorang saja penjawat Gred 54, iaitu Panglima 6 Briged. Dan seorang Gred 52, iaitu Komandan KTU. Di Pulau Pinang, hanya Komander PU Butterworth sahaja berpangkat Brig Jen (54); Panglima Div pula Mej Jen (JUSA). 

Cakap pasal umur pula. Andaikan seorang remaja memasuki IPG selepas lulus SPM. Umur beliau ketika itu baru 18 tahun. Setelah tamat kursus selama 5 tahun, beliau memegang segulung ijazah dan gerenti diserap dalam perkhidmatan perguruan. Umur baru 22 tahun. Ketika mencecah 47 tahun, cikgu kita ini dah 54 = Brig Jen. Ini bermakna beliau masih mempunyai 13 tahun sebelum pencen. Dengan tempuh sebegitu panjang dan andainya tak naik ke JUSA, beliau sempat juga menikmati kenaikan gaji maksima dalam gred 54.

Sekarang ni, penyarah IPTA pula dah merajuk kat TPM. Depa kata lebih baik jadi cikgu sekolah daripada pensyarah. Sebagai pensyarah, depa ni bermula dalam Gred 45. Kenaikan pangkat bukannya berdasarkan kepada time-based tapi 'academic excellence' (apa ukurannya, wallahualam). Kalau laporan bos kurang menggalakkan, jangan mimpilah nak naik ke 'Pensyarah Kanan (52)' atau 'Profesor Madya (54)'! Menurut laporan, Pak TPM telah mengarahkan Pak Menteri KPT untuk 'tengok-tengokkanlah' isu ini. 

Cikgu-Cikgu Semua....Banyak-banyaklah bersyukur di atas limpahan rezekiNya dan terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan cemerlang tanpa mengira di mana jua anda ditukarkan demi generasi akan datang. Terima kasih cikgu.

Rabu, 16 Mei 2012

To Sir With Love

DEDIKASI UNTUK  SEMUA CIKGU-CIKGU, SIR-SIR, TEACHER-TEACHER, MISS-MISS....
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

Sebenarnya, semenjak Isnin hingga hari ini, saya tiada mood untuk menulis kerana terlalu kecewa. Ini dicermin dalam poem isteri saya di sini'Dare we to dream again'? Sudah tentu...Saya bukan mudah mengaku kalah, insyaAllah. Apa pun, saya telah berusaha tetapi Allah yang menentu. Itulah yang dinamakan takdir. 

Ahad, 13 Mei 2012

What's So Special?

I received this article through an email from Lt Kol Basri Omar PGB (R). The 'Sun' reporter wrote of his visit to Gubir Camp. There, the entourage was briefed by the 6th Brigade Commander (Pang5) of the significance of this camp during the nation's fight against the communist terrorists. I'm happy to note that the Army is now taking steps to highlight the sacrifices of the members of the MAF, in particular the Army and, hopefully, the RMAF, in defending the sovereignty of this beloved nation of ours...MALAYSIA. However, I'm sure most readers of the article will want to know why this camp, which is located in such a remote area,  played such  crucial roles. What's so special about it? It's as good as relating Bukit Kepong to the Alamo of Malaysia without mentioning the bravery of the fallen policemen and women!

So, yours truly sent this email to the Sun with the hope that the papers would write about the various military operations launched in the area...

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Editor thesun 

Sent: Friday, 11 May 2012 8:29 PM
Subject: "Our Little-Known War Camp"

I received the attached article on the above topic from a colleague. Thank you for highlighting the most unforgettable military camp during the insurgency era in the Peninsular Malaysia. As you might have known, one Nuri helicopter was shot down in Gubir Ops area where 11 heroes on board were killed. In fact, I had written a book on the some of the operations conducted in Gubir area circa 70s' - Coretan Xnuripilot. All the 2000 books printed were sold out.


Please feel free to read about the tragedy here:


Of course, another 'hot' area of operations was Kroh (now Pangkalan Hulu, Perak):


You're most welcome to contact me if you want to know more of the sacrifices of the unsung heroes in defending the sovereignty of our beloved country - MALAYSIA.

Thank you.

MAJOR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN RMAF (R)
019-4744849

I tried to call Pang5 at Sg Petani but the general line to the camp was unserviceable. I wanted to suggest to him to invite the veterans of the Gubir Ops to relate their experiences to the current service personnel under his command. If I remember well, I read in the newspapers some time back, the Pang5 had encouraged the veterans to tell their experiences for the benefit of the new generation of servicemen. I'm not sure whether the current Pang5 or his predecessor who made that call during one of those gatherings. Then I called his Chief  Of Staff through his  mobile phone to offer my suggestion.  He suggested that I write to the Pang5 himself. I told him that I'd email his Boss once I managed to get his address. Frankly, I'm reluctant to write letters knowing that it might be lost in transit. However, emails will reach their addressees within seconds. Whether they are being read by the addressees, is totally a different story.

Lt Kol Basri Omar....Thank you.

Rabu, 9 Mei 2012

Instrumen Pelaburan

Kakitangan gomen dah raya sakan kerana dah terima pelarasan gaji sehingga 15% dan tunggakan 3 bulan gaji. Warga Felda pula sedang berangan-angan apa yang nak dibuat dengan RM15k yang akan diterima nanti. Kalau adalah di antara  mereka yang memikirkan masa hadapan, mejar pencen ni tak-tak habislah nak menasihatkan tentang pengurusan kewangan.

Ada sesiapa membaca laporan ini...? Laporan oleh Standard Chartered Bank menyenaraikan instrumen pelaburan oleh  orang-orang kaya di Malaysia: emas, pelaburan yang memberi ROI 15%, amanah saham dan hartanah. Amanah Saham....Ingat tu! Sekurang-kurangnya ada juga persamaan diantara jutawan dengan saya. Tidak pula disebut menceburi bisnes yang nilainya bermilion-lion.

Emas. Kalau ada duit berlebihan tu, melaburlah dalam komoditi ini kerana ia adalah satu-satunya pelaburan yang menguntungkan dari awal ia ditemui. Kalau tak nak buka akaun emas atau beli jongkong emas, belilah barang perhiasan untuk orang tersayang. Kita boleh jualnya nanti tapi mungkin pada harga 75% daripada harga pasaran. Namun demikian, mesti perlu diingati...Pelaburan emas adalah satu pelaburan jangka panjang - 2/3 tahun. Kalau keluar selepas sebulan melabur, kemungkinan anda akan kerugian.

ROI 15%. Kalau jutawan pun hanya mengharapkan pulangan 15%, mana masuk akal jika ada orang boleh menawarkan pulangan 30% atau lebih untuk sesuatu pelaburan! Saya tidak arif tentang bisnes yang boleh memberi pulangan tersebut. Bank Rakyat beri bonus/dividen lebihkurang jumlah itu. Masalahnya, keahliannya sudah ditutup.

Amanah Saham. Pembaca sudah sedia maklum pendirian saya. Tak lain tak bukan...ASB. Selain pencen, pulangan daripada ASB menanggung kehidupan saya dewasa ini, syukur alhamdullah.

Hartanah. Memang tidak dinafikan. Tapi tengok pula lokasinya. Silap haribulan tiada pembeli walaupun ditawar harga di bawah kos.

Para pembaca yang dihormati....Semuanya terpulang kepada anda. Senang-susah anda sekeluargalah yang menanggungnya. Fikir-fikirkanlah.

Ahad, 6 Mei 2012

Yayasan Bekas Komando Malaysia

5 Mei 2012...Tak main golf hari ini kerana saya dijemput ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ke-9/12 Yayasan Bekas Komando Malaysia yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar...

Ini kali kedua saya menerima jemputan daripada Yayasan tersebut. Sudah pasti saya terharu kerana saya bukan seorang komando untuk menerima penghormatan ini. Saya perhatikan para jemputan termasuk warga syarikat swasta.

Para Hadirin

Tetamu Kehormat

Dalam ucapan aluannya, Pengurusi telah memaklum perancangan untuk memajukan Yayasan. Projek yang dirancang melibatkan industri penternakan lembu. Seterusnya, seorang warga syarikat swasta telah membentangkan projek yang akan dikemukakan kepada kerajaan negeri-negeri tertentu. Kalau ia menjadi kenyataan....Wow!

Tapi yang buat saya terkejut berok ialah bila Pengerusi memaklumkan kepada para hadirin bahawa saya akan menulis sebuah buku berkenaan pengalaman para ahli...It's a tall order indeed! Tak apalah. Lagi pun saya memang berhasrat untuk mendokumentasikan lagi pengalaman para veteran dengan syarat mereka sudi mengisahkannya dan e-melkan kepada saya, insyaAllah. Inilah masalah yang saya hadapi...Memang susah nak dapat bahan cerita!

Sebelum balik, saya telah menyerahkan salinan e-mel ini kepada PW2 Mohsain (B) untuk dibuat apa yang difikirkan perlu. Saya pun baliklah kerana terpaksa menghadiri 2 jemputan ke majlis perkahwinan di DGCC dan Padang Sera. Apabila dihubungi, saya difaham oleh Mohsain bahawa beliau telah membaca emel tersebut kepada ahli Yayasan. Keputusannya ialah mereka akan cuba membawa usul itu ke pihak tertinggi kerajaan negeri Kedah...Wallahualam. 

Kepada Pengerusi dan ahli-ahli Yayasan...Terima kasih kerana menjemput saya. Saya sedia memenuhi hasrat anda sekiranya anda sedia menceritakannya, insyaAllah.  

Khamis, 3 Mei 2012

Sekadar Ingatan

Mengapalah ramai sangat rakyat negara ini begitu naif tak bertempat!! Bukannya apa, ramai sangat yang mudah diperdaya oleh penyangak-penyangak yang tidak mempunyai perasaan kesian kepada sesama manusia. Tengoklah, beribu mangsa Tipah tertipu yang melibatkan begitu besar jumlah dana. Ada di antara pelabur-pelabur meminjam daripada Ah Long dan ceti kerana terpengaruh dengan pulangan yang begitu lumayan. Akhirnya, habuk pun tiada dan terpaksa menanggung hutang sehingga ke akhir hayat. Di mana silapnya?

Saya bukannya pakar pelaburan dan terlalu konservetif apabila bercakap tentang pengurusan kewangan. Pada saya, sesiapa yang berminat nak melabur dalam komoditi emas, saya syorkan buka akaun emas dengan bank-bank atau pun beli ketul emas daripada mereka. Saya rasa bank lebih boleh dipercayai...Wallahualam.

Pada 4 April 2012, saya telah dijemput oleh doktor RSAT KTU, Kepala Batas, untuk memberi ceramah kepada staf beliau tentang pengurusan kewangan. Modal saya memang tak asing kepada para pembaca semua...Melabur dalam produk PNB, seperti ASB. Nawaitu saya hanyalah bagi menyedarkan mereka agar memikirkan masa hadapan kaum keluarga bila tiba masanya tidak lagi relevan kepada organisasi nanti.

Seorang anggota telah menyuarakan lebih kurang imbuhan yang diterima sekarang ini tidak mencukupi. Justeru, mana mungkin nak memikirkan untuk menabung. Saya memaklumkan kepada beliau bahawa saya tiada sebarang jawapan kepada masalah beliau. Saya hanya mampu untuk memberi gambaran apa yang mungkin dihadapi di masa hadapan sekiranya tiada sebarang persediaan diambil dari sekarang. Pokok pangkalnya terpulang kepada beliau. Saya tidak tahu pendapatan dan tanggungannya. Saya tidak tahu apa keperluannya untuk kehidupan seharian dan apa pula yang diidamkannya. Saya mengharapkan beliau dapat membeza keperluan dan  idaman...what are the needs and the wants. Kalau tidak dapat membezakannya dalam keadaan dimana sumber kewangan sangat terhad, saya rasa sesiapa pun akan menghadapi masalah.

Tak tahulah saya....Tepuk dada tanya selera.