Dengan kuasa Allah, saya duduk saja di meja, Pang5 pun tiba. Jadi, kami pun duduk le semeja.
Dari kiri: Mej Jen Dato' Azizan, Lt Kol Basri, saya, isteri
Saya akui yang saya ni tak tahu bahasa. Kesian Pak Jeneral! Tengah dia nak makan, saya berikan surat berkenaan. Lepas tu, saya mencadangkan agar pihak beliau mempertimbangkan pembinaan 'tugu' yang diperkatakan di sini. Saya tak kisah apa pandangan beliau terhadap mejar pencen ini kerana itu tak lagi relevan bagi saya. Saya terpaksa berbuat demikian kerana bukan mudah nak makan satu meja dengan pak-pak jeneral (yang masih berkhidmat) kerana mana saya ada peluang nak bergesel bahu dengan depa semua. Lagi pun, bukannya saya meminta 'personal favours' kecuali memohon agar saya turut dijemput ke majlis perasmian sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan. Beliau tidak menjanjikan apa-apa. Tapi saya percaya beliau mungkin memikirkannya juga tentang cadangan itu. Mana le tahu, terbuka oleh-Nya akan hati Pak Jeneral ini. Tup...Tup...Saya terima undangan menghadiri majlis perasmian tersebut. Apa pun, sekurang-kurangnya saya telah mencuba, Allah menentukannya.
Fikirkanlah...Apalah salahnya mengabadikan mereka yang terkorban dan unit-unit yang terlibat, termasuk TUDM, dalam operasi di sesuatu kawasan, seperti Gubir dan Pangkalan Hulu (Kroh). Saya sendiri berbangga sekira terpahatnya No 3 Skn dan No 10 Skn TUDM pada tugu itu nanti di Gubir dan Kroh. Dan, manalah tahu, mungkin ia boleh menjadi tarikan pelancong, wallahualam.
Lepas makan, lebih kurang jam 1230, minta diri untuk balik ke Bandar Darulaman bagi menghadiri satu lagi majlis perkahwinan. Kali ini anak kepada Cikgu Ramlah, rakan isteri semasa mengajar dulu.
Di Taman Siswa, Bandar Darulaman
Pak Jeneral....Maaflah kalau saya menyinggung Dato'. Apa yang cuba saya lakukan hanyalah agar pengorbanan para veteran diabadikan. Untuk makluman, inilah juga yang disuarakan oleh mereka sepertimana yang tercatat dalam 'Usul-Usul Tahun 2011' sempena 'Persidangan Perwakilan Tahunan Negara PBTM'. Usul ini telah dibawa oleh PBTM Negeri Melaka: Usul 1 - Mewujudkan Tempat Bersejarah Sebagai Memorial. Pada saya, apa yang mereka utarakan hanyalah mengharapkan agar negara menghargai pengorbangan mereka. 'Memorial' = Arca Peringatan' (Kamus DBP)... Adakah itu satu permintaan yang begitu berat untuk dilaksanakan?
Oh ya...Berhadapan dengan rumah pengantin di Kulim, benda ini menarik perhatian saya...
Kereta sports 'Sunbeam Alpine'
Kalau harga berpatutan dan ada mekanik yang boleh 'restore'kannya, mungkin minat juga memilikinya. He...He...He.
Lt Kol Basri Omar....Terima kasih.
2 ulasan:
Saudara Nor,
The car shown in the pix is an Austin Sprite 1971 model. A Sunbeam Alpine has a distinctive sloping bonnet and a much narrower grill. My advise to any one hoping to restore an old car in such a condition is don't even go near it. However if you are brave enough to attempt such a project then for starters you your self must have some mechanical knowledge, have plenty of spare time, and a healthy bank account. Leaving every thing to the mechanic is a recipe for disaster, and you will get burnt. Believe me I have been there I know what is involved.
A really good restoration needs such a car to be completely sand blasted to bare metal, then have a good welder and panel beater to get all the body lines straight. and painted with several layers of under coat before the final paint work.
Then comes to putting all the mechanical parts right , engine, gearbox , braking system, suspension , body parts and chrome , plus wiring . Then comes to doing the whole upholstery, and rubbers windscreen door and booth and Tyre's .
Assuming you are still sane by the end of it all a project of this scale will put you back at least 40K minium.
Saudara Arunzab,
Thank you for correcting me.And also for highlighting the problems and the cost involved in restoring such car. I've no basic knowledge on cars and have to rely on the mechanics. Anyway, the brother of the groom is also interested to acquire the car but it's not for sale.
Catat Ulasan