Followers

Sunday, August 5, 2012

Sejarah...Jangan Dipinggir


Seperti yang dimaklumkan di sini, maka tersiarlah muka veteran ini dalam program MHIsegmen 'Satria' pada 3/8 jam lebih kurang 0830. Sudah pasti saya teruja kerana, dalam proses menonjolkan peranan TUDM di era insurgensi, muka hero yang dimamah dek zaman keluar di tv...He...He...He. Tapi, yang paling penting,  mungkin paparan tersebut dapat menyedarkan para penonton tentang pengorbanan para veteran mempertahankan kedaulatan negara bagi memudahkan rakyat dewasa kini mengharumkannya!!!!

Saya 'tersedar' klip program telah di'upload'kan oleh saudara 'Mangchikla' dalam mukabuku. Apa lagi....Melayanglah emel kepada beliau memintanya membuat sesuatu bagi memudahkan diupload untuk blog saya. Macam ada 'sixth sense' saja....Beliau dah mengagakkan sudah pasti akan terima panggilan 'mayday'. Dalam beberapa minit saja, saya terimalah emel dengan kod untuk diembed. Masalahnya, terdapat beberapa u-tube dalam paparan berkenaan. Cuba le punya cuba nak asingkan, masih tak berjaya. Tak kisahlah....Janji boleh dimuatkan dalam blog.





Catatan: Terdapat kesilapan dalam laporan. Bukan pesawat saya yang ditembak bertalu-talu. Itu Nuri Lt (U) Murad.  Jangan lupa MHI pada 8/8 yang akan memaparkan Mejar Sawaludin Lamin


Mej Jen Dato' Zulkiflee Mazlan dan Saudara Mangchikla....Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

tahniah Mej.-- teruskan , selagi nyawa dikandung badan-
- Hairulkuwait( masa kecik curfew-x boleh keluar mlm-)

Temuk said...

Tahniah Mej.! Saya ada melihat siaran itu. Bagus sekali! Selamat terus memperjuangkan nasib rakan seperjuangan dan jasa ATM sebagai yang sdra lakukan kini. Generasi muda memang ramai yang tak tahu dan sedihnya ramai yang tak peduli.

Adakah ramai para rakan seperjuangan juga bakal mendapat kesan positif sekiranya apa yang Presiden Cupecs mahu minta daripada PM diluluskan (pesara yang opsyen KWSP diberi Bayaran Khas juga seperti yang ambil opsyen pencen)?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Anonymous,

Terima kasih.

Cikgu Temuk,

Terima kasih. Itu sebabnya saya tulis dan terus menulis kepada pihak berwajib agar mengundang para veteran
berkongsi pengalaman mereka kepada rakyat, terutama golongan remaja.

Tentang opsyen KWSP itu, saya kurang pasti. Saya dah pencen sepenuh masa.