Pages

Rabu, 5 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxx

Sambungan dari SINI...

Betulkah Chin Peng benar-benar jujur nak berdamai?

Mengapa dia mati-mati nak PKM diiktiraf dan enggan menyerah senjata?

Untuk menjawab soalan-soalan di atas, fahamilah apa objektif utama penubuhan PKM.

Paling asas sekali, objektif utama semenjak PKM ditubuhkan pada Mac 1930, ialah "...our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya." (Chin Peng, op. cit., hlm. 92). Objektif ini tidak pernah lari/luntur/pudar dari perjuangan mereka. Malah Chin Peng menegaskan ketaksuban mereka 2 hari (26 Dis 1955) sebelum rundingan dimulakan...

Sumber: The Straits Times, MCP MAKES ITS DEMAND TOO, 27 Dis 1955, hlm. 1

Apa itu negara komunis? Rasanya eloklah orang yang berauthority menjawab soalan ini. Untuk itu, hayati penjelasan Tan Sri Abdul Rahim Noor, mantan KPN yang juga ketua delagasi Malaysia semasa rundingan damai sehingga termeterainya Perjanjian Damai di Hat Yai pada 2 Dis 198 berikut:

Utusan Malaysia, Komunis mahu rampas kuasa guna kekejaman, 28 Ogos 2018, hlm. 31

Motif Chin Peng sebenar dikesan oleh C.C. Too. Dia menyertai semula sebagai Chinese Assistant, Emergency Information Services (EIS) pada Apr 1955 setelah meletak jawatan pada 1952 kerana did not see eye-to-eye dengan Eric Peterson, Director-General of Information Services yang dilantik pada Julai 1952 (Leon Comber, 2008, Malaya's Secret Police 1945-60, Singapore: ISEAS Publishing, hlm. 158). Bila Peterson tamat kontraknya dan kembali ke England, Too pun masuk semula. Dia adalah satu-satunya orang tempatan sebagai staf di Markas Pengarah Operasi, Lt Jen Bourne; lain semua Mat Saleh.

Dia hairan apabila Chin Peng berkata dia nak berunding dengan Tunku. Dia pun meneliti surat yang dihantar oleh 'Ng Heng', di SINI mengapa tiba-tiba saje Chin Peng berubah sikap. Sebelum kehadiran C.C. Too, Mat Saleh ambil jalan mudah saje bila terima surat ini...Chin Peng nak save face! Jawapan ini tak diterima oleh C.C. Too. Mesti ada yang lebih dari itu!

Jadi, dia pun menyelongkar dan meneliti dokumen-dokumen komunis. Kebanyakan dokumen yang berjaya dirampas dalam bahasa Cina dan tidak diterjemahkan. Dipendekkan cerita, dia meneliti satu dokumen mengenai menyuarat Communist and Workers Parties in the British Commonwealth di London pada 21 Apr 1954.  PKM diwakili oleh Lim Hong Bee, wakil PKM Singapura. Dia telah membentang laporan bertajuk "Malaya fights for freedom" (The New Straits Times, CPM's surprise via peace offensive, 4 Dis 1989, hlm. 15).

Laporan ini mengemukakan "Seven Points Programme" yang membabitkan pertukaran dasar parti berkuatkuasa mulai tarikh mesyuarat tersebut (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 179). Mesyuarat ini menghasilkan 6 resolusi; resolusi ke 6 "That the method of peace be adopted to end the war in Malaya." (The New Straits Times, op. cit., 4 Dis 1989). Kaedah penamatan secara aman ini dilaksanakan "...through the implementation of a general cease-fire at once and the use of the method of negotiations with the genuine representatives of the people of Malaya." (Lim Chen Leng, 2000, The Story of a Psy-Warrior: Tan Sri Dr. C.C. Too, hlm. 100).

Apa yang dimaksudkan method of peace? Tak lain tak bukan ialah pengiktirafan PKM.

So what jika PKM diiktiraf? Apa implikasinya?

Dalam analisisnya, C.C. Too menegaskan "...legalisation of the CPM would undoubtedly enable the CPM to turn imminent and total military defeat into complete political victory. The fate of Malaya hung in the balance." (The Straits Times, op. cit., 4 Dis 1989). Memang...PKM tak ada harapan nak menang shooting-war.  Menurut Ong Weichong, "...Indeed, by 1954, prospects of winning the armed struggle in Malaya looked rather bleak." (Ong Weichong, 2015, Malaysia's Defeat of Armed Communism, London: Routledge, hlm. 48). Pada 1951, gerila komunis berjumlah 8,000 orang tetapi pada 1955 hanya tinggal lebih kurang 3,000 orang sahaja!

Mudah cakap, PKM bebas berkempen dan bertanding dalam pilihanraya nanti. Justru, mereka bukan sahaja mudah menyusup dan mendominasi persatuan-persatuan sedia ada, malah boleh membuka pelbagai persatuan di seluruh negara. Dan PKM memang pakar dalam bidang ini!

Malah China pun agak hairan juga mengapa Tunku sedia bertemu dengan Chin Peng. Mana taknya, kebiasaannya, pihak menang bolayan pihak kalah. Walaupun mereka kecewa dengan kegagalan rundingan tersebut, pegawai International Liaison Department (ILD) yang bertanggungjawab menjaga keperluan PKM di China, hairan "...over the willingness of Tunku Abdul Rahman agreeing to the talks from a position of weakness, the party should therfore try to gain something from the talks." Mereka samakan peluang ini apabila "...Chiang Kai-shek's refusal to hold talks with Mao Zedong at the time when the CPC was at its 'lowest tide'". (Aloysius Chin, op. cit., hlm. 48).

Mengenai senjata pula, Chin Peng tidak pernah berkata akan menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa gomen. Dia hanya berkata untuk memusnahkannya sahaja. Apa maksud memusnah?

Inggeris dan Tunku sedia maklum apa yang terjadi bila PKM diarah serah senjata selepas Jepun menyerah diri. Ya...mereka menyerah senjata kepada Inggeris tetapi yang rosak/lama. Yang masih elok disorok sehingga Inggeris terpaksa menawar hadiah kepada mereka yang menyerahkan senjata. Bila darurat diisytihar pada 1948, PKM guna senjata-senjata pemberian Inggeris untuk menentang Inggeris!

Hadiah $1000 untuk mesingan. Sumber: Google

Cukuplah setakat ini. Coretan pun dah nak hampir penamatnya.

Bersambung... In Syaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan