Followers

Saturday, July 31, 2010

Sambutan Hari Pahlawan

Hari ini, 31 Julai 2010...Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka. Perjuangan saya agar PM mengumumkan berita gembira untuk 695 mantan/warga tentera dan awam pada hari ini tidak menjadi kenyataan!! 

Imbas kembali...Pada Ahad 25 Julai 2010, saya telah melayangkan satu e-mel kepada YBhg Datuk Wan Hamidah, Bhg Istiadat & Urusetia, JPM. Apa lagi kalau tak 'memperingatkan' beliau tentang elaun JPP, PTU & KPK. Untuk menjustifikasikan permohohan tersebut, saya telah memajukan komen Lt Kol Frank Chong Keng Lay TUDM (B) yang pernah saya siarkan di sini.

Saya juga turut mengambil kesempatan meluahkan perasaan kekecewaan kerana penerima darjah-darjah tersebut tidak di jemput menghadiri Hari Pahlawan setiap 31 Julai...Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos jauh sekalilah.

Tut...Tut...Saya terima e-mel ini...

RE: Mengapa Kami Dipinggir!
Tuesday, 27 July 2010 17:02:49
From: Rosliana bt. Mohamed Add to Contacts
To: nibsny@yahoo.com
Cc: Y.Bhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz Hj Zainal ; ro.ppm@mod.gov.my; abubakar@jpa.gov.my; Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan ; Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim ; Kamis b. Samin kamis@istiadat.gov.my

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan,

Denga penuh hormat, saya diarah merujuk kepada emel tuan mengenai perkara di atas. Bahagian ini mengucapkan terima kasih di atas perkongsian maklumat mengenai Lt Kol Frank Chong Keng Lay PTU TUDM (B). Sesungguhnya jasa dan pengorbanan pejuang negara tidak ternilai harganya.

2. Untuk makluman tuan, jemputan untuk bekas-bekas tentera bagi menghadiri Sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan pada 31 Julai ini adalah diuruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia. Memandangkan jemputan adalah terhad, maka ia hanya dipanjangkan kepada penerima anugerah S.P. dan P.G.B. Walau bagaimanapun, Bahagian Istiadat mengambil perhatian ke atas input yang diutarakan oleh tuan dan akan mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan Jawatankuasa Sambutan bagi memanjangkan jemputan kepada penerima-penerima J.P.P., P.T.U. dan K.P.K di masa-masa akan datang.

Terima Kasih.

Rosliana binti Mohamed
Unit Penyelidikan dan Pengurusan Penganugerahan Bintang
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Jabatan Perdana Menteri
Tel : 03-8872 6634 Fax : 03-8888 3981

Orang berbudi kita berbahasa...Justeru, ini respons saya kepada Puan Rosliana dan Cc kepada alamat yang sama.

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk memberi respons kepada e-mel saya. Sudah pasti saya terharu kerana masih ada golongan Penjawat Awam yang 'peka' terhadap rentetan rakyat yang tidak mempunyai sebarang gelaran. Dan juga di atas kesedian anda '...akan mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan Jawatankuasa Sambutan bagi memanjangkan jemputan kepada penerima-penerima J.P.P., P.T.U. dan K.P.K di masa-masa akan datang. ' Buatlah yang mana patut!!

Oh ya, di bawah ini di turunkan komen seorang 'squad-mate' saya, seorang penerima anugerah PGB, apabila beliau membaca coretan saya bertajuk"Panduan Protokol" di blog saya - http://xnuripilot.blogspot.com di bawah label 'Medal'.

Squad,

We are good in making rules. We are also equally good, if not better at bending them - a case in point is the status of SPs. We say one thing and do a different thing. We are not firm on any thing - except things that really affect our pockets and ego.


One exception was last year's Merdeka celebration. The SPs and PGBs were seated infront of the retired Tan Sris (PATs). Even without looking back I could feel their stares burning holes in my back.

July 27, 2010 10:45 PM 

Fikir-fikirkanlah. 

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Sungguh kecewa sekali...Pihak ATM tidak menghargai pengorbanan anggota mereka sendiri!! Saya tidak mengharapkan apa-apa, tetapi sekurang-kurangnya pihak tertentu sekarang berkemungkinan 'tersedar' terhadap rentetan mereka yang perpinggir. Sekiranya berjaya, Alahmdulillah. Jika sebaliknya...biasalah! Tak apa...cuba lagi.

11 comments:

Anonymous said...

I am sorry maj, tell me the present line up in the Armed Forces that deserve the respect.
Ask anyone regarding the current PAT, hmmm... he knows nothing and does nothing!!! makan tidoq je brother dan minum air anggur!!! Kalau jaga TUDM pun tak tahu macam mana nak jaga ATM, Alahai major!!! bukan nak mengutuk tetapi ini lah akibat nya.
Tunggu sahaja lah bila mereka pencen kelak.... kita serupa!!!
Anyway, Syabas maj and semoga berjaya dan di rahmati ALLAH.

Anonymous said...

Saudara Nor Ibrahim,

Saya sejak awal membaca artikel dari blog saudara, memang agak terkilan juga dengan ATM ini, sebab meminggirkan penerima pingat 3 pingat ini, lebih2 lagi penerima PTU. Bukannya mudah pada ketika zaman tuan hendak menjadi dan bertugas sebagai juruterbang TUDM, apatah lagi juruterbang helikopter yang sering dijadikan sasaran tembakan pengganas komunis. Kalau mereka beranggapan bahawa penerima2 PTU ini boleh hidup senang khususnya bekas juruterbang TUDM, sekurang2nya dengan elaun dan jemputan ke Hari Pahlawan, pengorbanan penerima ini akan sentiasa diingati dan dihargai bersama.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara-Saudara Anonymous,

Terima kasih. Bagaimana nak harapkan pegawai PTD nak membantu sekiranya Pang5-Pang5 sendiri tidak ambil kisah rentetan mejar pencen ini. Mungkin kena hubungi Pang6 baru ada tindakan positif kut!

Anonymous said...

barangkali bila negara ada peperangan sahaja barulah tentera dihargai. Walaubagaimanapun teruskan usaha Tuan agar apa yang diperjuangkan akan menerima balasan akhirnya. Jangan pernah berhenti dan percayalah dengan perjuangan Tuan.

Arunzab said...

Saudara Nor,
I noticed that this lady officer Rosliana bt. Mohamed only answered the second part of your letter, leaving the more important first part about the consideration of allowance for the holders of JPP. PTU. & KPK completely out.
Any way thank you for your great work.
Salam

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous (6:02 PM),

Terima kasih. Saya akan meneruskan perjuangan ini, InsyaAllah.

Saudara Arunzab,

I think this lady officer is responsible for the invitations only. Decisions on allowance lie within the purview of Datuk Wan Hamidah.

xpara87 said...

Tak penting sebab, Takda masyuuuk....
Kalu ada masyuuuk tentu depa akan jemput...major Nor hadapilah reality hidup zaman lani.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara xpara87,

Terima kasih. Memang betul cakap anda. Tapi takpa...cuba...dan terus cuba. Kita usaha, Allah menentukan.

Nota Fikir said...

Saya amat2 bersimpati dengan Mejar!

Agaknya ATM lebih utamakan @ lebih nampak pengorbanan anggota2 Tentera Darat berbanding dari PTU. Kebanyakan serangan musuh secara 'berdepan' dihadapi oleh tentera darat tetapi PTU hanya akibat diserang hendap atau akibat pesawat terhempas.
Bagi saya walau apapun risiko maut lebih terdedah kepada PTU dan ATM perlu melayan mereka samarata.
Cuba lihat usia helikopter2 usang seperti Nuri dan Alloutte melebihi 30 tahun!, manakala Tentera Darat mendapat kenderaan yang baru saja.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Nota Fikir,

Terima kasih. Sekurang-kurangnya sekarang ini ramai yang mula tahu PTU bukan sinonim dengan Panglima Tentera Udara sahaja. Saya telah berusaha...Allah menentukan.

zulfatah said...

salam tuan...

bukan sahaja golongan veteran dan wira negara yg dilupakan sj akan terkesan dlm isu ni...golongan muda mcm kami dan remaja2 lain pn sentiasa shj memerhati tindak tanduk pimpinan tertinggi x kiralah tentera ke politik ke atau sektor perkhidmatan awam ini.kalau beginilah caranya kerajaan melayan org yg byk berjasa kepada negara, baik bebudak akan dtg ni jadi artis ke ahli sukan ke...lagi baik.glamor pn dpt,ganjaran berkepuk dh tentu.jom semua pakat2 jgn jadi tentera sbb diakhir servis akn dilayan mcm sampah.kerajaan amik sj tentera upahan sbb bebudak ms depan xde semangat patriotik dan manja kononnye.Salah pimpinan x nmpk,salah rakyat kebanyakan sj yg dituding.Menang badminton dpt datuk? nyanyi bagus dpt anugerah? Terkorban diperbatasan dpt ape? pusara berlumut je yg tinggal.yg telah bersara? dijemput tidak,dirai jauh sekali.harap tuan nor maafkan sy sbb tgk pengalaman arwah bapak sy sendiri(x l/cpl 9 RAMD).melukut di tepi gantang,merempat di bumi sendiri.cuma sekali dia dan sahabat veteran dijemput utk sertai perarakan hari kebangsaan peringkat negeri Perlis,Masya Allah,berbunga2 ceria depa semua.di hari jadik nye,semangat berbaris n berkawad mcm masih dlm servis.mereka x mintak dilayan mcm raja ke ape ke,cuma jgn dilupakn sj golongan veteran ini.