09/06/13...Temu janji dengan pakar kulit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setaq. Syukur alhamdulillah, banyak perubahan. Kude (klik sini) dah kering; binjul2 masih ada tapi dah menunjukkan 'kecupan'. Doktor beri lagi bekalan sebulan kapsul 'Itraconazole'. Apa nak dikatakan. Tu le, dulu saya memang bangga mengatakan dalam tubuh ni 95% tak tercemar dengan ubat-ubatan terutama 'antibiotic'. Ha...Sekarang ni dah terpaksa menelan sekurang-kurangnya 2 bulan capsule yang tergolong dalam kategori antibiotic. Mintak2 habis saja ditelan stok ni, binjul2 pun lenyap dan saya diisytiharkan bebas daripada kulat kucing, wallahualam.
Bekalan sebulan 'Itraconazole'
Saya difahamkan pengambilan ubat ini akan memudaratkan hati (liver). Jadi, saya memaklumkan pada puan doktor yang saya mahukan pemeriksaan organ tersebut. Dia bertanya sama ada saya boleh datang keesokan hari (Isnin 10/6) untuk mengambil darah. Kalau saya puasa ketika itu, terus boleh ambil darah tapi pagi tu nak makan roti 'Gardenia' bilis dan oats.
10/06....Terpaksalah mengorbankan nescafe ice percuma sumbangan kaki golf saya untuk ke HSB. Biasa le tu....Hampir setiap hari main golf dapat minum FOC daripada seorang member. Kira2 terer le saya ni walaupun tak boleh main 'to my handicap (21)'. He....He...He.
Dah berpuluh kali ambil darah tapi masih takut
Keputusan darah hanya akan diketahui pada 07/07 apabila saya bertemu puan doktor nanti, insyaAllah. Sebenonya, 31/05 dulu dah pergi ambil darah secara percuma oleh 'Clinipath' di Alor Setar Mall. Masa tu baru 3 minggu telan kasul. Sehingga kini masih menunggu keputusan.
Oh ya, sesiapa yang dah kredit duit untuk membeli buku saya tu, tolonglah sms atau emel nama dan alamat pos. Saya dapati duit dah kredit dalam akaun tapi tak tahu siapa gerangan pengkredit2. Tanpa butir2 tersebut, pada sapa le saya nak pos lajukan buku2 itu. Paling saya takut jika ada yang menganggap saya tidak beramanah.
Apa pun, saya sungguh menghargai sokongan anda semua yang sudi membeli buku saya yang tidak sepertinya itu.
TERIMA KASIH
5 ulasan:
Every medication will have side effects including X- Rays , CT Scans, Anesthesia , Chemotherapy etc, to a lesser or larger degree. These are however often necessary with the given reason that the good it does over rides negatives. So stick to the doctors advise and inshallah Allah by the grace of the all mighty all will be overcome. Just be extra careful, for as we age the body resistance becomes more muted and we scum to illness easily than when we were younger. Sickness / accidents has unfortunately no respect for the young or the old, for the King or the peasant every one falls prey to it . Only the lucky ones come out of it, so put yourself in the place of the lucky one this time.
Salam
Salam tuan....cari habbatus sawda dan madu la tuan...istiqamah 18 bulan hari2 ambil...insyaAllah sembuh..
Salam...ambil habbatus sawda dan madu la tuan..hari ambil..istiqamah 18 bulan insyaAllah boleh sembuh...
Saudara semua,
Terima kasih. Memang pengambilan apa jua ubat ada kesan sampingannya. Tapi apakan daya, dah terpaksan
Assalamu'alaikum wbt...
Saya doakan semoga tuan Mejar cepat sembuh.In Sya Allah, amin.
Tuan,
Masa saya kecik, tiap-tiap kadang-kadang tiap-tiap hari boleh tengok helikopter nuri terbang di Kem 302 AW Batu Melintang (sekarang 2 RS.
Semoga kehidupan tuan dirahmati Allah selalu.
Tq
Catat Ulasan