Hari ini, 14 September 2021, berakhir penglibatan saya dalam program yang dianjur oleh pihak-pihak tertentu bagi meraikan Musim Patriotisme untuk tahun 2021.
Bermula di sini...
Hari ini, 14 September 2021, berakhir penglibatan saya dalam program yang dianjur oleh pihak-pihak tertentu bagi meraikan Musim Patriotisme untuk tahun 2021.
Bermula di sini...
Pada tahun 1981, Tentera Darat Malaysia (TDM) giat memperbesarkan keanggotaannya; baik pegawai mahu pun Lain Lain Pangkat. Untuk pegawai, sasaran ialah 2000 pegawai. Keadaan ini membuatkan PULADA, Ulu Tiram tidak mampu melaksanakan kursus seperti 'Kursus Tempur Pegawai Muda' (YO Tactic Course) untuk para pegawai yang baru ditauliah. Bagi mengatasi masalah tersebut, TDM telah menubuh Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM), Kota Belud, Sabah. Pegawai yang dipertanggungjawabkan sebagai komandan ialah Lt Kol Amir Baraharudin@Amir Guntur.
Bagaimana agaknya Lt Kol Amir Guntur? Jawapannya digambarkan oleh Lt M Tengku Kamarulzaman bin Sultan Abu Bakar, 1 Peninjau. Beliau telah mengikuti kursus tersebut siri KTPM/2/81 (19 Ogos-30 Sep 1980). Beliau menyatakan bahawa, "...komandannya adalah orang Pahang, garang dan bengis, seorang komando dan freefaller, US Army Airborne Ranger trained, menggunakan cogan kata 'Sasaran Ku Langit' dan pendekatan latihan ‘when the going gets tough, the tough gets going’." Menurut Lt M Tengku Kamarulzaman kursus itu "setanding beratnya dengan kursus komando."
Jika ada di antara anggota rombongan yang agak gusar dengan cara Lt Kol Amir Guntur melayan VVIP yang dianggap 'sangat luar biasa', mereka silap besar! Bukan sahaja baginda begitu teruja, malah memberitahu: "...just like the old days when I was in 4 RMR during the first emergency."
Dalam pesawat pula, kru kedua-dua Nuri menikmati inflight meals VVIP!
Hujan masih turun dengan lebat. Kru bersembang kosong dalam pesawat. Tiba-tiba Lt Kol (U) Hussein beritahu YDP Agong akan tiba bila-bila masa untuk berlepas. Dalam hujan lebat? Tidak sempat berfikir panjang, beberapa minit kemudian baginda menaiki pesawat. Sebaikan sahaja melihat kapten pesawat, baginda memberitahu: "You're good pilot. Let's go." Lt Kol (U) Hussein hanya pandang pada kapten pesawat. Apakah tindakan kapten pesawat dalam keadaan ‘zero visibility.’ Mungkin itu yang difikirkannya.
Walaupun hujan lebat dan jarak penglihatan sangat terbatas, namun tidak kedengaran dentuman petir. Melalui pengalaman, Mej (U) Nor Ibrahim percaya hujan hanya 'localized' sahaja dan sedia maklum tiada tanah tinggi melebihi 1000 kaki di sepanjang laluan ke Kota Kinabalu. Dengan itu, pesawat dihidupkan untuk berlepas. Sebaik sahaja mendengar enjin pesawat, Kapt (U) Hashim menghubungi Mej (U) Nor Ibrahim: "Juliet One, confirm you're taking off." Beliau tidak dapat melihat Juliet One dek hujan lebat walaupun hanya 50 meter di belakang!
"Affirmative" respons Juliet One. Dengan itu, Kapt (U) Hashim turut menghidupkan pesawatnya.
Mej (U) Nor Ibrahim seterusnya menarik 'collective lever' untuk menaikkan pesawat secara kaedah 'towering take-off' sebelum menolak 'cyclic' untuk mendapatkan kelajuan. Lt (U) Ali pula menala kompas radio (automatic direction finder) ke frekuesi stesen 'Radio Kinabalu'. Dalam keadaan IMC (instrument meteorological conditions) ini, tumpuan diberi sepenuhnya kepada instrumen terutama 'artificial horizon'. Penerbangan berpandukan kepada jarum kompas radio yang menunjukkan stesen Radio Kota Kinabalu. Keadaan ini tidak berpanjangan. Lebih kurang lima minit, cuaca cerah secerahnya. Di kiri kelihatan Gunung Kinabalu yang kemuncaknya diselimuti awan putih dan di hadapan pula bangunan Yayasan Sabah.
Dengan cuaca baik itu, Mej (U) Nor Ibrahim menukar arah pesawat ke Kundasang. Juliet Two pula mengekori. Apabila hampir sahaja Kundasang, awan tebal meliputi kawasan tersebut. Oh...Oh...masalah. Dalam keadaan begini, Mej (U) Nor Ibrahim tiada pilihan tetapi terpaksa membuat ‘u-turn’ bagi mengelak daripada termasuk ke dalam awan tebal. Seterusnya beliau cuba pula masuk melalui Ranau. Sama juga. Kundasang masih diselubungi awan. Menyedari masalah yang dihadapi oleh kapten pesawat, Datuk Harris Salleh menyarankan supaya mendarat di Tuaran dan menghubungi Menara Kawalan supaya mereka menghubungi pejabat beliau untuk mengatur kenderaan di Tuaran. Dari situ, rombongan YDP Agong akan menaiki kenderaan ke Kundasang.
Mej (U) Nor Ibrahim memberitahu Ketua Menteri beliau akan cuba buat kali ketiga. Sekiranya masih gagal, mereka akan mendarat di Tuaran. Beliau memaklumkan kepada kapten Juliet Two apa yang berlaku yang ketika itu mengekorinya dari jarak yang selamat. Tanpa diduga, beliau ternampak
‘lubang’ yang dicari-cari. Kedua-dua pesawat selamat mendarat di LP berhampiran dengan hotel
penginapan, Perkasa Hotel. Syukur alhamdulillah.
Sebaik sahaja mendarat, sebelum turun pesawat baginda menoleh ke arah Mej (U) Nor Ibrahim yang masih berada di kokpit. "See you tonight", pesan baginda. "Baik tuanku", respons kapten pesawat.
Setelah semua penumpang turun, Lt Kol (U) Hussein pula 'mengingatkan’ kapten pesawat: "Jangan buat lagi!" Well...
Seperti yang dititahkan, malam itu Mej (U) Nor Ibrahim hadir 'private dinner'. Hanya ada beberapa meja sahaja. Keadaan ini membuatkan beliau agak kekok. Namun dalam apa jua keadaan sudah pasti ada hikmahnya. Malam itu Mej (U) Nor Ibrahim banyak membuat latihan kepala. Mana tidaknya. Topik perbualan yang semeja dengannya di luar frekuensi beliau. Jadi, untuk tidak dilihat agak 'kurang asam', beliau hanya sekadar menoleh ke kiri dan kanan apabila tetamu di sebelahnya berkata sesuatu serta mengangguk menunjukkan bersetuju. Selain itu sentiasa senyum.😊
Keesokan hari, 1 Oktober, Juliet One dan Juliet Two berlepas ke Brumas dan terbang balik ke Kundasang untuk bermalam. Pada 2 Oktober, lawatan VVIP berakhir. Nuri berlepas dari Kundasang ke Kota Kinabalu di mana pesawat Fokker F28 sedia menunggu untuk membawa YDP Agong terbang balik ke Kuala Lumpur. Sepangjang tiga hari penerbangan, kru mencatat sejumlah 6 jam 40 minit jam penerbangan.
*******
Pertengahan bulan November 1982. Di SPK, Kota Belud.
Lt Kol Amir Guntur terima panggilan talifon daripada Pejabat Ketua Menteri. "Kolonel. 20 ekor kuda dari Australia yang dijanjikan oleh Ketua Menteri tempoh hari sudah sampai. Esok kami akan hantar ke Kota Belud." Terkejut Lt Kol Amir Guntur dan staf beliau. Ketua Menteri betul-betul menepati janjinya! Ini sama sekali di luar jangkaan mereka kerana kuda-kuda itu tiba lebih awal dari yang dijanjikan. Lt Kol Amir Guntur bernasib baik kerana di kalangan anggota STPM ada seorang sarjan, iaitu Sjn Mohd Yusof dan dua orang perajurit kerahan daripada Rejimen Askar Wataniah yang pernah berkerja dengan Kelab Polo DiRaja Pahang di Pekan. Kesemua mereka mahir berkuda, menunggang dan bermain polo. Di samping itu, salah seorang daripada jurulatih beliau, Kapt Abdul Hamid (Peninjau) adalah juga seorang yang mahir berkuda. Beliau bersama Sarjan Mohd Yusof dengan dibantu oleh dua orang perajurit berkenaan diberi tugas khas untuk mengurus kuda-kuda tersebut.
*******
Lebih kurang 10 tahun kemudian (1991). Di Institut Teknologi Udara (ITU), TUDM Kinrara.
Mej Nor Ibrahim TUDM berdiri di belakang meja Komandan, Lt Kol Ramli TUDM. Beliau ketika bertugas sebagai Juruarah ‘Squadron Officers School(SOS)’, ITU. Pada hari itu, baginda Sultan Pahang membuat lawatan rasmi ke ITU dan SPK (Sekolah Pegawai Kadet). Tugas Mej Nor Ibrahim adalah menyediakan 'Buku Lawatan' untuk baginda menanandatangani di Bilik Komandan. Beliau berseorangan di bilik itu menunggu ketibaan rombongan VVIP. Tidak lama kemudian, baginda yang diiringi oleh Lt Jen Dato' Mohammed Yunus Tasi selaku Panglima Tentera Udara (PTU) serta beberapa pegawai kanan TUDM masuk. Mereka duduk berehat sebentar sebelum baginda menandatangani Buku Lawatan. Baginda duduk berhadapan dengan Mej Nor Ibrahim.
Melihat Mej (U) Nor Ibrahim, baginda bertanya: 'Rasanya pernah nampak mejar sebelum ini. Di mana?’
'Ya Tuanku...di Kuantan dan Sabah’, jawab Mej Nor Ibrahim .
Sebaik sahaja mendengar saja jawapan itu, baginda terus menoleh kepada PTU dan bertanya sama ada PTU masih ingat cerita baginda ketika menaiki Nuri dalam keadaan cuaca buruk.
"Ya tuanku", jawab PTU.
"He's the pilot", secara spontan tercetus dari baginda.
"Oh...Oh...Habislah aku kali ini." Terhenti degupan jantung Mej Nor Ibrahim seketika dan berpeluh walaupun bilik berhawa dingan. Di waktu yang sama terus terasa mahu membuang air kecil!😟 Ini bermakna penerbangan tersebut adalah satu-satunya pengalaman yang tidak dapat dilupai oleh baginda. Dan beliau telah menceritakan kepada 'RMAF top brass'. Tetapi kebimbangan Mej Nor Ibrahim tidak berasas. Sebaliknya baginda bertanya khabar dan jawatan sekarang. Malahan baginda bertanya kepada PTU mengapa saya tidak dinaikkan pangkat. Lega. 😬
Mengimbau kisah ini, Mej Jen Dato' Amir Guntur yang menyandangkan jawatan terakhir sebelum bersara sebagai Panglima, Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, menyatakan: "Very nostalgic. I consider it my most challenging yet enjoyable appointment starting with the barest facilities in the ulu and ending up with the most talked course in the Army. Every level of MAF leadership, including the Agong wanted to see what Sasaran Ku Langit is all about. I had a great team, 3 of them became PTD and 2 PAT. Proud of them. I’m proud to say that 4 of my students were awarded PGB immediately on joining their units after attending my courses."
Kebanggaan Mej Jen Dato' Amir Guntur (B) ada asasnya. Memetik Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr) Zulkifeli bin Mohd Zin (B), mantan PAT yang pernah menjadi jurulatih di bawahnya di SPTM: "Saya menganggapkan pengalaman pembelajaran saya melalui tutelage Mej Jen Dato’ Amir Guntur (Bersara) adalah yang terbaik. Dia telah membentuk saya dan menyumbang secara peribadi terhadap kejayaan saya didalam ATM. Saya amat terhutang budi dan berterima kasih kepada beliau."
Apa pula kata seorang graduan STPM? Memetik Lt Kol Mohd Nordin bin T P Kunjipathy (B), mantan RAJD: "Saya bekas siswa MAKP Siri 1, STPM Kota Belud. Banyak kenangan pahit 'neraka dunia' semasa bersama Komandan dan jurulatih. Pun begitu, I am proud to be one of the 'Gunturion'. SASARANKU LANGIT. Salute kepada Mej Jen Dato' Amir Guntur Kamparputra."
Tahun 1984 menyaksikan kursus YO Tac terakhir dijalankan oleh STPM. Pada tahun itu, 'neraka dunia' mengucap 'sayonara' kepada Kota Belud dan berpindah ke PULADA, Ulu Tiram, Johor. Namun demikian, kursus di Kota Belud memberi impak kepada para siswa. Ini terbuktinya dengan kewujudan istilah 'Gunturion.' Satu penghormatan untuk Mej Jen Dato' Amir Guntur Kamparputra.
Kepada Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan para pelaku yang telah menyahut panggilan Ilahi...
Rujukan:
1. Temu bual dengan Mej Jen Dato' Amir Baharudin@Amir Guntur (B) melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Mac 2021.
2. Manuskrip daripada Mej Jen Dato' Amir Baharudin@Amir Guntur (B) diterima pada 1 September 2021.
3. Mej Dr Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B), Buku Harian Penerbangan Anak Kapal.