Sambungan daripada coretan ini....
Ketika di Rejimen Ketiga Peninjau, saya telah ditumpangkan ke Markas 2 Briged yang bertempat di Ipoh sebagai Pegawai Perisikan dan juga Pegawai Perhubungan. Di sinilah satu operasi besar-besaran telah dilancarkan yang bernama 'Operasi Iblis' bertempat di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam. Di dalam operasi inilah Captain Mohana Chandran a/l Velayuthan telah gugur ditembak oleh pengganas komunis yang beroperasi di kawasan tersebut. Dengan keberanian Captain Mohana Chandran, beliau telah dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7hb June 1972.
(Pada 13 Jun 1971, selepas 10 hari membuat rondaan untuk menjejaki PK di kawasan Hutan Simpan Kinta, pasukan 4 Renjer yang diketuai oleh mendiang Kapt Mohan telah menjumpai sebuah kem PK yang dianggarkan boleh memuatkan seramai 50 orang. Namun demikian, kehadiran mereka telah disedari oleh musuh. Maka berlakulah satu pertempuran yang begitu hebat di antara kedua-dua pasukan. Akhirnya, Kapt Mohan telah terbunuh dan 2 anggota lagi turut tercedera).
Satu-satu detik di Rejimen Ketiga Peninjau DiRaja yang tak dapat saya lupakan, ialah semasa saya telah terpilih mewakili kesemua Pasukan Kor Peninjau DiRaja untuk membawa ‘The Corp Royal Colors’ (‘Colors atau Panji Panji DiRaja adalah satu-satunya kebanggaan satu pasukan Angkatan Tentera) semasa ulang tahun kemerdekaan Malaysia pada tahun 1971 di Dataran Merdeka. Alangkah bangganya saya semasa berjalan melintas lalu di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta dif-dif kehormat. Ketika itu sayalah orang yang pertama berjalan lalu lintas memula perbarisan berjalan kaki yang begitu besar. (Lt M Salehuddin mengetuai perarakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1970).
Dengan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang perisikan, saya telah di tumpangkan ke Kor Risik ATM. Di Kor Risik, saya telah ditempatkan di Angkatan Tentera Cawangan Khas (ATCK) atau Military Inteligent Special Branch di Bukit Aman pada tahun 1972 sebagai Pegawai Perisikan Tentera (Military Inteligent Officer (MIO)) . Di ATCK, saya telah ditugaskan sebagai MIO Sandakan, Sabah. Memandangkan di Sandakan, Sabah, buat masa itu tiada ancaman daripada sebarang ‘element subversive’ atau pun dari lain-lain ancaman, maka saya telah ditempatkan menjadi Pegawai Penyelaras Operasi Bersama Indonesia/Malaysia di Wongpadong, Semangang, Division Kedua, Sarawak, di bawah Pegawai Perisikan Tentera Sarawak, Captain Maulud Maamin (Lt General Dato Maulud Maamin) yang lokasinya di Kuching, Sarawak. Saya telah ditempatkan di sini untuk menyelaraskan kesemua informasi dan maklumat termasuk mengawal kesemua operasi gabungan berkaitan dengan ancaman komunis di Malaysia dan Indonesia.
Pada masa itu juga, satu serang hendap telah dilakukan oleh segerembolan penganas komunis di Jalan Biawak/Titiakar, Lundu, di Bahagian Pertama, yang mana 15 orang anggota keselamatan daripada Rejimen Ketujuh Renjer Malaysia telah terkorban. Oleh demikian, saya telah diarahkan oleh Lt General Dato Maulud Maamin ke Lundu untuk mencari maklumat membenteras kesemua pergerakan komunis di sana.
Semasa di Lundu, saya telah diarahkan oleh Lt General Dato Maulub Maamin untuk mengendalikan satu operasi yang dinamakan 'Operasi Teliti 2', iaitu satu operasi bersama pihak Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia, Cawangan Sarawak dan Bahagian Perisikan Angkatan Tentera. Operasi ini dilancarkan berikutan kejayaan pihak Cawangan Khas Sarawak dibawah pimpinan Deputy Superintendent Polis Yuen Yet Leng (Commissioner of Police). Commissioner of Police Dato Yuen telah berusaha dengan gigihnya sejak tahun 1971 menusupi organisasi dan rangkaian perhubungan Pasukan Militan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU/NKCP). Di Lubuk Antu, Semanggang, ketika itu seorang pengganas komunis telah menyerah diri kepada orang kampung. PK berkenaan telah diserahkan kepada pihak Polis Cawangan Khas Semanggang.
Semasa disoal siasat dilakukan terhadapnya, pihak Polis telah mendapati satu maklumat yang amat penting yang mana pengganas yang menyerah diri ini daripada anggota Unit Bersenjata 1026 (Combat Unit 1026), Pasukan Raayat Kalimantan Utara (PARAKU). Tetapi Unit penggempur yang bergerak dan beroperasi di kawasan Semanggang ini sebenarnya ialah daripada Unit Bersenjata 330 (Combat Unit 330) PARAKU. Berikutan penyerahan ini pengganas komunis berkenaan, satu operasi telah dirancangkan untuk menjemput Commander Pasukan Bersenjata 330 PARAKU, Commander Fam Tze Heong dan isterinya, Comrade Hoi Yen keluar.
"Saya sebagai Military Intelligent Officer Sarawak ketika itu...", kata Lt General Dato Maulub Maamin sewaktu diwawancara kira-kira 30 tahun selepas kejadian, "...diarah mengetuai misi tersebut tetapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ketika itu, tempat saya telah digantikan oleh Major Dato Salehuddin Abd Muttalib. Saya menaruh kepercayaan setinggi-tingginya terhadap Major Dato Salehuddin Abd Muttalib untuk memimpin 3 orang anggota bekas pengganas komunis yang baru saja menyerah diri untuk menangkap Commander Fam Tze Hiong dan isterinya hidup-hidup atau pun membunuh mereka saja, jika perlu. Major Dato Salehuddin Abd Muttalib telah diarahkan untuk mengetuai sendiri Operasi Teliti 2 ini dengan bantuan 3 orang penganas komunis yang baru saja menyerah diri dua hari yang lalu.
Saya tidak tahu bagaimana perasaan Major Dato Salehuddin Abd Muttalib apabila beliau saya arahkan untuk membawa tiga bekas pengganas komunis yang belum begitu dikenalinya bagi melaksanakan misi yang sebegitu penting dan berisiko yang amat tinggi." Menurut Lt General Dato Maulub Maamin "....Major Dato Salehuddin Abd Muttalib menerima tanggung jawab yang telah diarahkan dengan senyum ketawa sahaja. Saya amat gembira beliau kemudian berjaya melaksanakan misi sebagaimana yang saya telah rancangkan". (Ketika diwawancara oleh Lt Kol Dr Syed Othman (B), penulis buku "Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia Jilid 1", para 1, muka surat 224).
Menurut Police Commissioner Dato Yuen, sepanjang pengalamannya, terdapat terlalu sikit Surrendered Enemy Personnel (SEP) yang tidak jujur. Kalaupun mereka tidak jujur, mereka tidak akan berbuat demikian dalam waktu yang panjang. Ia bergantung kepada cara mana mereka dikendalikan. Ramai pegawai Tentera dan Polis tidak faham hal melakukan kesilapan katanya. Mereka mahukan setiap SEP bersikap jujur seratus peratus sejurus selepas mereka menyerah diri. Oleh sebab itu, kita harus bersabar dan sentiasa cuba untuk memenangi hati mereka sebelum mengharapkan kejujuran yang tidak berbelah bahagi daripada mereka, ujar Dato Sei Yuen Yet Leng.
Tiga orang Surrendered Enemy Personnel (SEP) yang akan begerak bersama-sama beliau ialah SDO Xx Xxxx, SEP Yy Yyy, SEP Zzz Zzz dan SEP Vvvv Vvvv. Sebelum Operasi Teliti dilaksanakan, saya dikehendaki belajar cara-cara hidup sebagai saorang pengganas komunis serta gerakan-gerakan yang dilaksanakan oleh mereka sehari sebelum kami bergerak. Kami bergerak ke simpang Engkelili/Semangang dengan dihantar oleh kenderaan MIO yang dipandu oleh Prebet Omar pada jam 11.30 malam, 16 Julai 1972. Kami meninggalkan Balai Polis Semanggang setelah makan malam dan menerima maklumat daripada District Special Branch Officer (DSBO) Deputy Supritendent Police Bobby Ong Yon Chuan.
Setelah berjalan lebih kurang satu jam, kami diturunkan 500 meter dari persimpangan masuk ke Engkelili. Prebet Omar terus kembali ke Semanggang setelah kami semua diturunkan. Dari situ, kami kesemua dikehendaki berjalan kaki ke lokasi yang telah ditetapkan lebih kurang satu jam. Jam 0430 pagi, kami telah mengambil tempat masing-masing untuk membuat serangan hendap.
Lebih kurang pada jam 0615 pagi 17 Julai 1972, SEP Yy Yyy pergi seorangan ke sebuah rumah penyokong mereka dan meninggalkan sepucuk surat untuk disampaikan kepada Ketua Pasukan Bersenjata 330 (Combat Unit 330), Commander Fam Tze Heong. Semasa Operasi Teliti 2 ini berlangsung, kami tidak dibenarkan membawa sebarang apa jua makanan. Kami hanya dibekalkan dengan senjata dan peluru sahaja.
Sewaktu menunggu kedatangan Commander Fan Tze Heong dan Comrade Hoi Yin, kami tinggal di dalam belukar berdekatan dengan rumah penyokong tersebut dan pada setiap hari SEP Yy Yyy akan keluar mengambil makanan yang telah dimasak oleh penyokongnya yang berhampiran. Memandangkan kesemua masakan yang diberi tidak halal, maka saya terpaksa memakan roti kering, bekalan yang saya bawa hasil masakan isteri Prebet Omar (pemandu kereta MIO) dan minum air sungai sahaja. Kami dilarang sama sekali memasak sebarang makanan semasa Operasi Teliti 2 ini. Semasa menunggu, kami habiskan masa dengan persiapan dan juga ‘rehearsal’ cara-cara hendak menangkap mereka berdua.
Mengikut perjanjian antara SEP Yy Yyy dan penyokongnya, ketibaan Commander Fam Tze Heong dan Comrade Hoi Yin di rumah penyokong tersebut akan dimaklumkan melalui isyarat batuk oleh penyokong. Sebagaimana yang telah dijanjikan, tepat jam 0000 malam 20hb Julai 1972, saya terdengar bunyi batuk dari arah rumah penyokong. ‘Itu dia sudah datang’, kata SEP Yy Yyy. ‘Baiklah...Lu pergi sekarang dan jaga baik baik’, . ‘Baik’ jawab SEP Yy Yyy lalu dia mencapai senapang LE Riflenya terus meninggalkan kami.
Bersambung....