Pengikut

Khamis, 30 November 2017

Apa Signifikannya "Darurat Ke-2"?

Sambungan dari sini...

Mungkin ada yang bertanya apa signifikannya terma "DARURAT" dalam tempoh 1968-1989? Sebenonya memang ADA!

Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa anggota Rifle Company Butterworth (RCB) yang berkhidmat di RAAF Butterworth 1970-1989, telah petisyen gomen Australia supaya perkhidmatan mereka melayakkan mereka mendapat 'insentif' kewangan dan penganugerahan pingat Australian Active Service Medal (AASM). Alasan mereka ialah mereka berkhidmat "active duty" kerana Malaysia ketika itu berhadapan dengan ancaman insurgensi komunis. Mereka menegaskan Pangkalan Butterworth berhadapan dengan ancaman komunis bersandarkan laporan ini:
ANZUK INTELLIGENCE GROUP (SINGAPORE)- THE THREAT TO AIR BASE BUTTERWORTH UP TO THE END OF 1972, NOTE NO. 1/1971, 30 November, 1971

Laporan ini menyatakan perisikan menunjukkan pada 1971,  "8th Assault Unit" telah membolos sempadan Malayisa/Thai dan membina pangkalan di kawasan hutan simpan Gunong Inas yang jaraknya lebih kurang 25 batu timur pangkalan RAAF Butterworth (hlm. 10). Seterusnya laporan ini mencatatkan "...that there is likely to be an increase in armed terrorist activities, largely confined to the border area in Kedah, Perak and Kelantan, although isolated incidents might occur further south" (hlm. 14).



 Namun, rumusan laporan menegaskan "Although we expect the Base to increasingly used by the RMAF during 1972 for anti-CT operations, a "reaction" attack by the CT is assessed as unlikely" (hlm. 22).

Rumusan laporan ini tidak menghalang RCB mempetisyen gomen. Berlandaskan kepada petisyen ini, gomen telah menubuhkan tribunal mengenai tuntutan RCB, di  SINI. Walaubagaimana pun, dapatan tribunal tidak menyebelahi mereka, di SINI, juga di SINI.

Alasan yang mengnohtahkan tuntutan RCB ditegaskan oleh Stuart Robert, Assistant Minister for Defence yang menegaskan "...The petition posits the RCB served during the period of a Second Malaysian Emergency. While some authors have referred to the activities of the Communist Party of Malaysia during this period as a 'Second Emergency', this title appears to have been applied retrospectively. It is not reflected in any official history records of Malaysia.The Malaysian Government did not declare this period to be an emergency" (hlm. 2 di SINI). 

Jika para pembaca ada lain-lain maklumat mengenai tajuk ini, harap sudi kongsi bersama. Terima kasih.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Darurat Ke-2/2nd Emergency?


1968-1989...Mungkin ramai yang menganggap tempoh tersebut sebagai Darurat Ke-2/2nd Emergency, termasuk saya. Tapi tanggapan ini oleh orang seperti saya ini kira OK lagi kerana terdapat literatur2 yang ditulis oleh penulis2 ilmiah turut mencatat tempoh tersebut sebagai Darurat Ke-2/2nd Emergency. Sebagai contoh, lihat buku ini (kiri), "Malaysia's Defeat Of Armed Communism - The second emergency, 1968-1989". 

Malahan, tesis PhD penulis tersebut juga ada kaitan dengan 2nd Emergency, "Securing the Population from Insurgeny and Subversion in the Second Emergency (1968-1981), di sini. Sementara itu, dalam 1 perenggan dalam  publikasi TDM juga ada menyentuh tempoh tersebut, "DARURAT KEDUA (1968-1989)".


Masalahnya, 1 penerbitan TDM yang lain pula, "The Malaysian Army's Battle Against Communist Insurgency In Peninsular Malaysia 1968-1989" (2001), tidak mencatatkan tempoh tersebut sebagai darurat ke-2. Sama juga dengan Dr Ho Hui Ling, beliau tidak menganggap tempoh tersebut sebagai darurat ke-2 dalam bukunya, "Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya 1968-1989 - Kebangkitan Semula dan Penumpasannya" (2015).

Saya telah bertanya Dr Ho mengenai persoalan ini. Jawapannya melalui emel pada 8 Mac 2016, beliau menulis "...Dalam kebangkitan insurgensi komunis 1968, setakat kajian saya tidak ada undang-undang yang diisytiharkan di Semenanjung. Saya juga tidak menggunakan first or second emergency dalam tulisan saya".

Pada saya yang serba kurang dalam perkara seperti ini, memang mengelirukan. Jadi saya bertekad nak tahu perkara sebenarnya. Hasil pencarian setakat ini menunjukkan gomen tidak pernah mengisytihar darurat semata-mata untuk menghapus insurgensi komunis selepas darurat (1948-1960) diisytihar tamat pada 31 Julai 1960.

Selepas 31 Julai 1960, memang gomen ada isytihar darurat. Dari kajian saya, gomen telah mengisytihar 4 darurat tetapi tiada kaitan dengan menentang pengganas komunis. Darurat2 tersebut adalah seperti berikut:

1. 3.9.1964 (L.N.271/64) merangkumi seluruh negara berikutan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
2. 14.9.1966 (P.U.[A]339A/1966) di Sarawak bertujuan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.
3. 15.5.1969 (P.U.[A]145/1969) merangkumi seluruh negara berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
4. 8.11.1977 (P.U.[A]358/1977) di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik di Kelantan.

Namun demikian, pengisytiharan darurat 2 hingga 4 telah diungkai oleh PM semasa persidangan parlimen pada 24 November 2011, rujuk Hansard Bil. 62, 24 November 2011. Sementara darurat membabitkan konfrontasi terbatal bersandarkan kepada keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh melawan Pendakwa Raya (1979) 1 MLJ 50. Sebelum dibawa ke Parlimen, Pejabat PM telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini, di sini.

Saya bersetuju dengan tulisan SAC Dato' A. Navaratnam dalam bukunya, "The Spear and The Kerambit" (2001), dimana beliau mencatat "...very little is known about the so-called Second Armed Struggle, sometimes referred to by the security force people as the "Second Emergency", hlm. ix.

Bersandarkan kepada maklumat ini, saya berpegang bahawa gomen tidak pernah mengisytihar darurat semata-mata untuk menangani ancaman komunis selagi tiada ketemuan dokumen yang menyanggah dapatan ini, wallahualam.

Rabu, 20 September 2017

Akhirnya Diiktiraf!

Sambungan dari SINI...

17 September 2017 mungkin begitu bermakna kepada PW1 Salehuddin bin Ahmad. Pada malam itu, TUDM akhirnya mengiktiraf inovasinya, SALEH STRECHER/STRECER SALEH. Saya yakin ramai tidak tahu salasilah strecer ini. Saya tak berhasrat untuk bersoreh asal-usul strecer atau pun siapa dia itu Saleh. Dah lama ditulis dalam blog ini dan juga turut disiar dalam "Helicopter Heroes" yang disiarkan dalam History Channel pada Ogos 2015. Malahan saya  mendedikasikan sumbangan beliau dalam coffee-table book, Sikorsky S61A-4 NURI: The Old But Faithful "IRON BIRD" (hlm. 133) yang diterbitkan pada 2016.

 Sikorsky S61A-4 NURI: The Old But Faithful "IRON BIRD" 


Saleh Stretcher

Pada malam itu, TS PTU telah menganugerah beliau...

PTU menyerah Sijil Penghargaan kepada PW1 Salehuddin



Diapit oleh anak-anak kesayangannya

En Saleh telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sebenarnya telah menyediakan tek ucapan untuk malam itu. Namun, disebabkan perasaan pilu menyelubinginya apabila melihat rakan seperjuangan yang terkorban dalam tragedi 26.4.1976, beliau tidak mampu membaca tek ucapannya itu. Walau bagaimana pun, beliau telah menghantar tek tersebut kepada saya seperti berikut:

Tek ini diemelkan oleh anaknya, Noorziana Salehuddin, pada 19.9.2017: 

 Assalammualaikum uncle,

First of all, terima kasih byk2 di atas usaha uncle selama ini daripada Helicopter Heroes sehinggalah ke Majlis kelmarin. Terkilan jugalah kerana arwah mak tak berkesempatan menyaksikan semua ni... takpalah tu semua ketentuan ALLAH, kami redha. Alhamdulillah kami anak2 dapatlah juga menyaksikan apa yang telah berlaku. Terima kasih sekali lagi.

Di sini, gee sertakan dokumen yang abah dah edit dan juga speech yang sebenarnya abah nak bagitau pada malam majlis tu... malam tu abah dah tak boleh nak cakap speech yang dia dah plan, sebab sedih dgn tayangan video arwah/mendiang kawan2 dia malam tu... jadi apa yang abah plan nak cakap memamg tak terkeluar...

Thank again,

Saya sungguh terharu membaca tek dan juga emel tersebut. Seperti yang saya nyatakan diposting sebelum ini, saya bersyukur kepada Ilahi kerana akhirnya TUDM menghargai inovasi En Salehuddin.

Kepada En Salehuddin....Saya tidak mengharapkan apa2 balasan. Apa yang mampu saya ucapkan diatas kata2 saudara dan juga kedua-dua anak Encik hanyalah.....TERIMA KASIH ENCIK.

Selasa, 19 September 2017

HUT KE 50 "THE OLD BUT FAITHFUL IRON BIRD...NURI"

17 September 2017....TUDM telah menganjur HUT ke 50..5 dekad..1/2 abad Nuri menyumbang bakti kepada pembangunan dan keselamatan negara Malaysia tercinta ini di Wisma Perwira KEMENTAH. Sebaik sahaja pihak penganjur menguar-uarkan dalam WhatsApp, saya terus tempah tiket ETS dan hotel. Saya memang looking forward untuk hadir ke majlis ini. Almaklum saje le...saya memang passionate tentang Nuri.

Saya juga telah menghubungi Mej Benjamin Lee di New Zealand dan Lt Kol Richard Jalleh TUDM (B) di Perth, Australia, mengenai majlis ini. Mereka turut teruja untuk menghadirinya.

Jadi, pada 17 Sep 17, saya dan Mej Hussein Shah dari Jitra sementara Lt Kol Harun Ayob dari Arau berlepas ke KL menaiki ETS. Kapt Ismail Bakar turut pergi ke KL tapi menaiki ETS dari Sungai Petani lewat sikit. Semua dok kat NU Hotel, Brickfields.

Saya bersyukur kerana pihak penganjur sedia mengatur pengangkutan dari hotel ke Wisma Perwira, KEMENTAH dan balik.
Sementara menunggu 2 orang lagi turun, veteran ini dan Lt Kol Harun sempat bergambar

Veteran dari utara Semenanjung sempat bergambar depan hotel 6 bintang sementara menunggu kenderaan. Dari kiri: Hussein Shah, NIBS, Harun, Ismail

Dari kiri: F/Sjn Peter Nunis, PW1 Aru, ???, Lt Kol Azmi Ibrahim, NIBS, PW1 Pak Singh, ???, Kapt Mohd Zom, PW1 Mutalib, Mej Ismail Terapshah

Bersama Mej Ben Lee dan Ailsa

Sebahagian daripada para hadirin

Dari kiri: Brig Jen Dato' Hussein, Brig Jen Dato' Rosli, Lt Kol Khairuddin, Mej Raja Badrul, Lt Kol Affendi, NIBS, Pak Singh, Kol Mohd Amin

Dari kiri: PW1 Abdullah Basirun, Jen TS Yunus Tasi, PW1 Salehuddin, Lt Kol Richard Jalleh, NIBS, PW1 Mohd Isa, AVM TS Sulaiman Sujak

Bersama Mej Jen Dato' Fauzi Hussein

Bersama Lt Kol Leong F.S. PTU dan Mej Peter Wong

Bersama Brig Jen Raja Ahmad TUDM

Anugerah dari Sikorsky kepada para penerima PTU

Saya juga bersyukur kepada-Nya kerana penganjur tidak melupai 5 wira TUDM yang KIA pada 26.4.1976 semasa Op Gubir 11. Pihak penganjur telah mengundang Raizal Faris, anak kepada arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal, dan Wan Muzaffar, anak arwah Wan Munsif.

Dari kiri: Raizal Faris Mustaffa Kamal, Lt Jen Dato' Sabri Adam, NIBS, Wan Muzaffar Wan Munsif

Saya ada 2 objektif menghadiri majlis. Yang pertama sudah pasti nak jumpa long-lost friends. Yang ke2 ialah untuk mengambil tanda tangan para responden yang saya temu bual untuk kajian saya. Saya pakai redah saja suruh mereka sign sehingga sorang tu kata saya ini macam ceti...dengan 1 briefcase dan kertas untuk depa sign. Ceti...ceti le...janji transkrip ditandatangani. Dalam kesibukan ini, jujur saya katakan saya hanya sempat ambil mushroom soup, seketul bun, dan sedikit ketul ayam.

Saya bersyukur kepada-Nya kerana akhirnya sumbangan PW1 Salehuddin bin Ahmad yang terkenal dengan "Saleh Stretcher" diiktiraf dan diberi penghormatan untuk berucap di atas pentas. Mungkin ramai yang tidak menyedari, panggilan Saleh Stretcher berkekalan sehingga kini walaupun strecer yang digunakan sekarang dibekal oleh pembekal, tidak lagi dibuat di bengkel pangkalan.

Bila kenderaan hantar balik ke Brickfields, baru rasa lapar dan yang 3 orang lagi menemani saya pi pekena tosai dengan air suam. Sorang itu sempat pekena roti canai lagi...he...he...he.

 Pekena tosai pada jam 0100 18.9.17

Saya dan Harun berlepas balik dengan ETS jam 0705 sementara yang 2 orang lagi lewat sikit.

Saya juga bersyukur kepada-Nya kerana dapat menghadir majlis ini. Mungkin ini kali terakhir saya menghadiri majlis besar-besaran yang membabitkan Nuri. Saya dimaklumkan No. 7 Skuadron, PU Kuching, akan menganjur sambutan HUT 50 tahun penubuhan Skuadron pada 2018. Saya tak mungkin hadir kerana saya tidak pernah berkhidmat di skuadron tersebut.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan TERIMA KASIH kepada TS PTU, Mej Jen Dato' Johar Razali, Kol Kahar, Mej Anuar, ahli2 jawatankuasa, dan kesemua mereka yang terlibat menganjur majlis yang begitu bermakna kepada saya dan menyediakan kenderaan untuk kami ber4.

Jumaat, 1 September 2017

HUT HARI KEBANGSAAN & NURI

31 Ogos 2017 akan terpahat dalam minda saya, insyaAllah.

Apa yang begitu signifikan tarikh tersebut? Biasalah negara menyambut HUT Kemerdekaan pada tarikh keramat itu sebelum diberi jenama semula HUT KEBANGSAAN mulai 2015.

Ha...pada tarikh tersebut, buat pertama kali dalam sejarah TUDM, mungkin negara juga, negara tercinta ini memberi penghormatan kepada kru The Old But Faithful Iron Bird...NURI sempena menyambut 50 tahun instrumen peperangan menyumbang bakti demi keselamatan dan pembangunan negara. TUDM berjaya menyakin gomen supaya perarakan kali turut melibatkan para veteran kru yang terlibat ketika negara menghadapi ancaman komunis disuatu ketika dulu.

Penglibatan saya dalam perarakan ini bermula pada 26 Ogos. Dato' Abdul Rahim PGB PTU menghubungi saya dan menyarankan saya turut hadir. Saya agak keberatan kerana 1 Sep dah Hari Raya Aidiladha. Lagi pula masa itu semua tiket ETS dari Anak Bukit atau A. Setar, dan juga Bukit Mertajam semuanya habis. Ya lah...orang semua nak balik raya, lagi pula cuti panjang.

Tetapi alasannya membuat saya fikirkan semula dan akhirnya bersetuju untuk hadir. Cari punya cari, dapat le tiket Firefly. Tapi tambangnya pun faham2 saje le kerana demand exceeds supply. Dan booked hotel kat Brickfields. Selain saya, beliau juga berjaya meyakin PW1 Mohd Isa bin Mohd Noh dari Ipoh untuk hadir. Mungkin ramai di kalangan TUDM yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah salah seorang daripada 10 orang pelopor AQM helikopter TUDM. Jadi, kami berdua merupakan peserta dari luar Lembah Klang. Isteri dan cucu2nya ikut bersama.

Pagi 30 Ogos...terbang le ke KL. Dato' Rahim beritahu pihak beliau akan ambil/hantar saya dari Subang dan sebaliknya. Namun demikian, tawaran ini tidak digunakan kerana TUDM sedia mengambil saya dari Subang ke KL Sentral dan back ke Subang pada 31.8, syukur alhamdullah. Tanpa kenderaan, berat juga tu.

31.8 jam 0530..Bersama En Mohd Isa sementara menunggu anaknya membawa kami ke PU KL pada jam 0530. Banyak kenangan bersama beliau. Kami berdua dan Kapt Eddy Yong (kapten pesawat) terlibat dalam pembikinan filem Hollywood "Paper Tiger" yang dibintangi oleh mendiang David Niven 7-14 Ogos 1974 

Sarapan di Masjid PU KL selepas solat subuh

Sempat The Magnificent 7 bergambar

Sementara menunggu giliran menaiki kenderaan

Siap sedia di atas kenderaan

Bermulanya pergerakan


Perjalanan balik ke PU KL selepas perarakan

Dato' Rahim bermurah hati untuk menjamu para veteran di KGAT

Dari kanan: Kol Kahar TUDM (kordinator), Kapt Bhagwan Singh, Mej Jen Dato Haji Yahya, PW11 Patrick Lee, Mej Gooi, Kapt Tien, Mej Jen Dato' Che Yahya, Lt Jen Dato' Nawi Alias,Mej Lim A.P., Kapt Syed Busri, PW1 Pak Singh, Kapt Raja Mohamed, Mej Sheo A.J., Mej E. Cross, Jen TS Ahmad Saruji, Brig Jen Dato' Abdul Rahim, Kol Amin Radzi, NIBS, Mej Kalai, Kapt Murad, Kapt Dato' Zainal, Mej Jen Dato' Ibrahim Hashim, PW1 Mohd Isa, Mej Dato' Sim K.P., PW1 Mohdan (kordinator PVTUDM). Tiada dalam gambar: Jen TS Suleiman.

Selepas itu, saya pun dihantar ke Subang pada lebih kurang jam 1200. Melepaklah di Skypark sementara menunggu penerbangan Firefly pada jam 1840.

Jujur saya katakan, I really enjoyed it and it was worth the money and time taking part in this parade. Ini buat kali pertama dan mungkin terakhir saya diberi peluang mengambil bahagian in such a national event. Untuk itu, TERIMA KASIH Dato' Rahim di atas undangan. 

Dengan pengiktirafan negara ke atas Talian Hayat kepada para anggota PK di suatu ketika dulu, kini tinggal hanya 1 tahap lagi untuk menuju puncak kejayaan mengenai obsesi saya terhadap Nuri, insyaAllah. Apa2 pun, saya hanya mampu berusaha, Allah menentukan semuanya. Pasti ada hikmahnya, waalahualam.

Dari PTU ...Thank you for taking part. I am proud of U all.

Respons Dato' Rahim terhadap komen PTU .....A rare honour indeed.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada:

  • PTU 
  • Kol Kahar TUDM & staf yang telah memberi yang terbaik dalam menjayakan event ini. Terima kasih juga kerana menyediakan kenderaan kepada saya dan "sumbangan beret".
  • Lt Jen Dato Bakar, Dato' Abdullah Dash, En Mahdan dan staf PVTUDM. 
  • Dato' Rahim yang membiayai makanan di KGAT.  
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA








Khamis, 24 Ogos 2017

Majlis Pengkisahan di Perpustakaan Awam, Kangar

OGOS-16 SEPTEMBER...Musim MERDEKA sudah tiba...kebetulan dengan musim buah durian!

22/8/2017....Saya tabik spring kepada pihak Perpustakaan Awam, Kangar. Mereka tanpa gagal telah menganjur Majlis Pengkisahan sempena sambutan HUT KEMERDEKAAN yang kini dengan penjenamaan semula HARI KEBANGSAAN semenjak 2015. Yous truly ni le yang mula mengesyorkan kepada mereka 6 tahun lepas dan saya bersyukur mereka menerima baik cadangan itu. Majlis pertama pada 28.8.2012 dan ahli panel ialah Lt Kol Basri PGB, Mej Ishak & saya sendiri.

Tahun ini mereka telah mengundang Brig Jen Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman PGB PTU. Mungkin ramai yang tidak menyedari, selain mendiang Dato' Kanang yang  merupakan penerima 2 Anugerah Perkasa, iaitu SP & PGB, Dato' Rahim juga merupakan penerima 2 Anugerah Perkasa, iaitu PGB & PTU. Penerima2 anugerah tersebut dan juga PTU & JPP, menerima Elaun Kenangan oleh gomen.

Dipendekkan cerita, disebab masalah 'teknikal', pihak Perpustakaan 'terundang' saya juga...he...he...he.

OK la...saya memaklumkan kepada pihak penganjur kali ini saya akan ceritakan pengalaman tentang Op Tugu, kisah Pulau Layang2. Bukan nak cerita yang sama juga walaupun pendengar yang tak sama.

Selain Dato' Rahim dan saya, seorang lagi ahli panel ialah Mej Harjit Singh Rendawa, xRAJD.

21/8..Dato' Rahim meraikan subordinatesnya  di suatu ketika dulu di Kangar, saya dan Lt Kol Harun

Bersama Mej Rajasaikaran, xKomando

Sarapan pagi bersama Exco dan Cikgu Khadijah, balu arwah Lt (U) Wan Munsif

Cikgu Khadijah dapat meluangkan masa untuk turut hadir. Terima kasih Cikgu

Dari kiri: Mej Harjit, NIBS, Dato' Rahim, Noor Zaidi (moderator)

Para hadirin termasuk Kept Yusri, Pengarah PUSM TLDM, Pulau Indah

Dari kiri: Noor Zaidi, Mej Rajasaikaran, YB Asmaiza, Mej Harjit, Lt Kol Harun, Dato' Rahim, En Ahmad Zambri, SUK, Puan Machita, Pengarah Perpustakaan, Kept Yusri, Lt Kol Basri

Saya rasa saya berjaya menyampaikan cerita bila salah seorang hadirin memberitahu saya bahawa baru sekarang beliau mengetahui sejarah Pulau Layang2, syukur alhamdulillah. 

Saya tabik spring kepada Lt Kol Basri & Mej Rajasaikaran yang usaha datang masing-masing dari KL dan Melaka dengan menaiki ETS. Basri tumpang di Mes Pegawai RAJD sementara Rajasaikaran dengan saya di Hotel Putra Regency. Sungguh kental semangat patriotisme mereka.

Semasa ditemual bual oleh RTM Kedah selepas majlis tersebut, saya meluahkan harapan agar program seperti ini tidak bermusim. Pada saya, program untuk memupuh semangat patriotisme tidak bermusim, sepatutnya berterusan. Dah lama saya mencadangkan supaya agensi2 gomen yang terlibat dalam Latihan, seperti IPG, IPTA, mengundang para veteran semasa program orientasi untuk siswa-siswi baharu. Beri 1-2 jam untuk mereka menceritakan pengalaman mereka. Ramai veteran yang sedia menyahut undangan tetapi tidak diundang. Mereka tidak disediakan platform. 


Saya pula mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perpustakaan Awam Kangar di atas kesediaan mereka menganjur majlis ini setiap tahun. Inilah satu-satunya agensi gomen yang saya tahu yang tidak jemu-jemu memberi platform kepada para veteran menceritakan pengalaman mereka. Mana le tahu, penceritaan ini mungkin dapat memberi kesedaran kepada para hadirin tentang pengorbanan para anggota keselamatan mempertahankan kedaulatan negara, wallahualam.

Impian saya hanyalah agar lain2 agensi gomen mencontohi Perpustakaan Negeri Perlis. Apa yang mampu saya luahkan hanyalah....TERIMA KASIH. 

Kepada Puan Machita...Terima kasih diatas sokongan Puan yang sedia membeli buku2 saya dan SELAMAT BERSARA.  

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA


  

Rabu, 14 Jun 2017

Tamat!!

Masih kisah semalam di sini.....

Sepertimana  yang kita semua sedia maklum, KEMENTAH telah mengeluarkan press release berikut:


Utusan Malaysia hari ini, hlm. 13.

Berakhirlah sejarah FM1718/M23-15...

Selasa, 13 Jun 2017

Sungguh Sedih!!!

12/6/17...Tarikh yang membawa kesedihan kepada pencinta The Old But Faithful Nuri, seperti saya.

Pada 11/6, saya terima WhatsApp daripada Mej Zuraiman, Kurator/Ketua Penyelidik Muzium TDM, Port Dickson. Beliau memaklum bahawa beliau dalam perjalanan ke Sungai Petani dalam usahanya menyelamat sebuah Nuri yang terdapat di junk yard di sana.

M23-15 di junk yard Sg Petani






Menurut Mej Zuraiman, beliau telah bertemu dan berbincang dengan En Hamid, staf syarikat yang membeli Burung Besi. Beliau memohon  agar syarikat terbabit mempertimbangkan opsyen2 yang ditawarkan, iaitu, (1) syarikat menawarkan harga pesawat untuk dibeli; (2) meminjamkannya kepada muzium untuk dipamerkan; (3) barter trade dengan kenderaan lain yang telah dilupuskan.

Zuraiman dengan En Hamid

Saya pula telah membincangkan isu ini dalam WhatsApp Nuri Warriors. Sepertimana yang saya dah jangka, kami sungguh sedih. Seorang itu telah mencadang supaya dibuat kutipan dengan beliau memulakan sumbangan sebanyak RM500. Nak tahu berapa nilai Burung Besi dalam bentuk besi buruk? Lebih kurang RM20k-RM25k saje!! Jumlah ini adalah nilai sisa scrap pepejal mengikut pasaran semasa, iaitu RM4k/ton.

Tapi....tidak lama kemudian, tersiarlah gambo ini yang bukan dihantar oleh beliau tetapi oleh seseorang yang boleh buat keputusan...
Proses memotong satu aset pertahanan

Saya telah mencadangkan kepada Mej Zuraiman supaya memohan kepada syarikat terbabit untuk 'menghadiahkan' pilot seats untuk dipamerkan di muzium beliau. Saya yakin seats ini banyak menyelamatkan pilots semasa era insurgensi di Semenanjung 1968-89, wallahualam. Tapi...

M23-15 telah memasuki invetori TUDM pada 29/11/1976. Nombor asalnya ialah FM1718. Pesawat ini terlibat dalam satu kemalangan di Pulau Perak pada 23/12/14, di SINI

 Kali terakhir saya menerbangkannya ialah pada 28/1/1980 bersama Kapt Rosly J/Sjn Gan (mendiang). Call sign W408 J One. Saya clocked 7:15 jam.

Tidak dinafikan pesawat yang sudah dilupuskan dijual. Tetapi, masalahnya ialah muzium TDM mahupun TUDM masih tiada sebarang relic Nuri. Pada pandangan veteran ini, alangkah eloknya jika M23-15 ditempat di muzium, tak kisahlah sama ada di Port Dickson atau muziumTUDM yang saya tak pasti lokasinya nanti, wallahualam  

Beginilah nasih satu aset pertahanan yang telah banyak menyumbang bakti terhadap pembangunan 
dan keselamatan negara...

Legasinya hanya di junk yard...tidak layak walaupun di muzium!!!