Rasanya tak aci le akhbar/portal tertentu menyiarkan pandangan mereka yang pro membawa balik abu Chin Peng tetapi tidak terlibat secara langsung dalam operasi menentang pengganas komunis di era insurgensi dulu. Mengapa tidak bertanya kepada mereka yang cacat anggota badan sepanjang hayat dek menentang pengganas komunis sebelum 02 Disember 1989? Pe tanya veteran OKU seperti saudara Mohd Rosli Bin Adnan (1015140), x 7RAMD.
Menurut laporan 'Bernama' pada 18/9, ini respons beliau tatkala diajukan soalan membawa abu petualang negara tersebut...'detested the word 'communist' and inflamed with anger when asked about attempts to bring home the body or ashes of Chin Peng'.
Mengapa beliau begitu marah? Ikuti kisah beliau yang saya 'copy & paste' (permisi telah dipohon) daripada mukabuku 'X 7RAMD'.....
Pada 25 November 1978 semasa berkhidmat di Batalion Ke 7, Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Erskine, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Semasa menjalankan tugas operasi Ops Kota Grik Perak ... Pada jam 0645 pagi khemah di kawasan Bukit Kobeh, Grik Perak telah diserang dari beberapa penjuru olih pangganas komunis.
Pada jam 0900 pagi setelah hari cerah dan terang kami diarahkan menjejak musuh yg melakukan serangan. Setelah bergerak dalam lingkungan 500 meter dari khemah, saya telah terpijak jerangkap samar, yang mana kaki kanan saya telah putus dan kaki kiri saya hancur.
Bantuan helikopter nuri sampai jam 12.00 tengahari, sedang usaha mengangkat saya naik melalui tali, helikopter nuri TUDM telah ditembak olih musuh yg masih berada dikawasan tersebut, akibat serangan itu helikopter pun terbang meninggalkan kawasan dan gagal membawa saya keluar.
Apabila waktu telah petang hampir jam 2.00 anggota pasukan seramai 13 orang diarah membawa saya dengan diusung kesatu tempat yg lebih selamat yg mana memakan masa 4 jam melalui hutan belantara dan anak sungai,, Kami sampai ke tempat yg diarahkan lebihkurang jam 6.30 petang.
Keadaan saya ketika itu amat parah dan kritikal. Dlm beberapa minit kemudian 3 buah helikopter sampai untuk membawa saya keluar,, suasana ketika itu amat menakutkan, 2 buah helikopter memberi tembakan kawalan.
Semasa penerbangan saya dirawat olih pasukan perubatan ATM sahinggalah sampai ke Hospital Pulau Pinang lebih kurang jam 7 malam,, Sampai disana kedua dua kaki saya tak dapat diselamatkan'.
Ketika kejadian itu, beliau hanya baru 21 tahun berada di dunia ini. Bayangkan tatkala masih muda trang-tang-tang, dalam sekelip mata beliau kehilangan kedua-2 kakinya! Hanya kerana nak mengejar cita2 menjadikan Malaysia sebuah negara berideologikan komunisme, para wira seperti Mohd Rosli terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat. Apakah agaknya perasaan mereka yang menobatkan sipetualang ini sebagai wira negara sekiranya ada di kalangan keluarga terdekat/tersayang mereka, katakanlah bapa, adik, abang, dll, yang terkorban atau merana sepanjang hayat angkara keganasan 'hero' depa tu. Apa le agaknya tanggapan mereka terhadap idola mereka jika mereka sendiri mendapati dunia menjadi gelap-gelita angkara jerangkap samar seperti yang dialami oleh wira kita di sini. Adakah pandangan mereka masih sama atau sebaliknya? Hanya mereka saja yang dapat menjawabnya, wallahualam.
Apa pun, saya tabik spring dan syabas saya ucapkan kepada gomen diatas ketegasannya TIDAK membenar abu mendiang dibawa balik ke negara tercinta ini...MALAYSIA...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
Pages
▼
Selasa, 24 September 2013
Selasa, 17 September 2013
Noktah
16/9/2013....HUT ATM Ke 80.
16/9/2013....HUT Malaysia Ke 50.
16/9/2013....Pemergian seorang ciptaan-Nya yang tidak diratapi oleh majoriti rakyat yang cintakan negara ini dan mereka yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatannya. Mustahil tak tahu apa yang saya cakapkan ini. Subjek yang dimaksudkan ialah....
Mungkin ada yang akan bertanya....Tak ada perasaan simpati langsung ke? Mungkin sipenanya boleh luangkan masa membaca luahan hati seorang anak yang kehilangan bapa di sini. Bagaimana pula perasaan seorang isteri yang kehilangan suami di sini? Lupa ke tragedi Bukit Kepung di sini? Para pembaca sudah pasti sedia maklum pandangan saya seperti yang telah diluahkan di sini.
Dan banyak lagi cerita tentang kezaliman 'bintang 3'. Luangkan sedikit masa untuk menghayati sejarah negara kita yang satu ini.
Sungguh bermakna 16/9/2013!

Utusan Malaysia bth 17/9/13. Tabik spring kepada gomen terhadap ketegasan pendiriannya
Mungkin ada yang akan bertanya....Tak ada perasaan simpati langsung ke? Mungkin sipenanya boleh luangkan masa membaca luahan hati seorang anak yang kehilangan bapa di sini. Bagaimana pula perasaan seorang isteri yang kehilangan suami di sini? Lupa ke tragedi Bukit Kepung di sini? Para pembaca sudah pasti sedia maklum pandangan saya seperti yang telah diluahkan di sini.
Dan banyak lagi cerita tentang kezaliman 'bintang 3'. Luangkan sedikit masa untuk menghayati sejarah negara kita yang satu ini.
Sungguh bermakna 16/9/2013!
Jumaat, 13 September 2013
Hargailah Pengorbanan Mereka
Sambungan daripada coretan di sini.
Saya turut menghubungi 2 orang OKU lagi untuk mendapatkan maklumat tentang PHU. Dengan maklumat yang diperolehi, terbang le emel berikut ke ruangan 'Forum' Utusan Malaysia pada 7/9 dengan harapan ia disiarkan. Tapi, kali ni tak menjadi, mungkin tak 'newsworthy' kut.
Namun demikian, ini tidak menghalang saya daripada memanjangkannya kepada orang beso2 yang boleh membuat keputusan di agensi2 berkaitan. Dan juga kepada 2 pertubuhan yang, antara lain, objektifnya ialah menjaga kebajikan para veteran. Mana le tahu, mungkin mereka boleh menyuarakannya kepada pihak berwajib sekiranya mereke 'terbaca' emel kaki menyibuk ni...He...He...He.
Saya turut menghantar sms seorang MP memohon agar beliau membawa perkara ini ke persidangan Parlimen akan datang. Beliau memaklumkan bahawa KEMENTAH dalam/(telah?) proses meminda dasar terbabit untuk kelulusan EPU/MOF. Ini satu perkembangan yang memberangsangkan, syukur alhamdulillah.
Walaupun bersyukur, saya ni orang yang kurang sabo....Semua nak cepat2. Saya nak tahu juga le di mana atau tahap mana cadangan itu berada sekarang ni. Adakah ia dah melayang keluar KEMENTAH ke JPM? Atau masih dalam 'proses' di KEMENTAH? Bercakap melalui pengalaman ketika berjuang untuk mendapatkan 'Elaun Kenangan' untuk JPP, PTU & KPK dulu, saya khuatir cadangan ini di KIV...Kemungkinan ini memang ada! Jika dibawa ke Parlimen, sekurang-kurangnya Pak Menteri atau timbalannya, kena le memaklumkan kepada 'the august house' perkembangan terkini dan apa jua respons akan direkod dalam 'hansard'. Sama ada tindakan akan diambil, itu lain cerita.
Saya telah mencadangkan kepada sebuah kelab OKU untuk terus 'mengasak' isu ini dengan menulis kepada Pak Menteri oic (Officer In Charge) Parlimen. Kalau tak silap, oic ni bos kepada penjawat awam. Mungkin beliau akan bersimpati terhadap rentetan wira-wira yang tak didendang, wallahulam.
Oh ya, saya difahamkan ramai para hadirin tersentuh dengan pengkisahan oleh warga OKU di Kangar tempuh hari, klik di sini. Ada yang menitis air mata. Sekurang-kurangnya segelintir rakyat Perlis didedahkan dengan pengorbangan mereka. Saya menghargai PPA Perlis yang menyediakan platform untuk para veteran menceritakan pengalaman mereka. Saya dah berbuih mulut menguar-uarkan kepada beberapa agensi gomen agar tidak mensia-siakan kewujudan mereka. Janganlah dibiarkan kisah2 yang tidak boleh dinilai dengan RM berkubur dengan jasadnya apabila tiba masa nanti....setiap detik menghampiri destinasi terakhir. Dan majlis ini pula janganlah terhad semasa Musim Patriotisme saja. Ia sepatutnya berterusan, wallahualam.
Ini sajalah yang mampu saya lakukan dalam usaha mengetengahkan isu OKU.
Saya turut menghubungi 2 orang OKU lagi untuk mendapatkan maklumat tentang PHU. Dengan maklumat yang diperolehi, terbang le emel berikut ke ruangan 'Forum' Utusan Malaysia pada 7/9 dengan harapan ia disiarkan. Tapi, kali ni tak menjadi, mungkin tak 'newsworthy' kut.
'Negara Malaysia tercinta kini masih dalam suasana riang-gembira ketika berada dalam 'Musim Patriotisme' sempena Hari Kemerdekaan Ke 56 pada 31 Ogos lalu dan akan menyambut Hari Malaysia Ke 50 pada 16 September 2013 nanti. Sambutan terhadap Hari Kemerdekaan yang bertemakan 'Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' sungguh memberangsang di kalangan majoriti rakyat walaupun terdapat segelintir rakyat yang kurang senang dengan lambang kedaulatan negara - Jalur Gemilang. Inilah salah satu hikmah-Nya insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Februari lalu. Walaupun negara kehilangan 10 wira Pasukan Keselamatan angkara kedurjanaan Pengganas Kiram, secara keseluruhan insiden tersebut telah menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbangga mereka adalah anak Malaysia.
Sementelah negara menghargai jasa para wira, dahulu dan sekarang, saya harap kerajaan sedia mengkaji semula kadar 'Pencen Hilang Upaya (PHU)' yang diterima oleh mereka yang tergolong 'Orang Kurang Upaya (OKU)'. Ramai anggota ATM yang cacat anggota tubuh-badan angkara ditembak oleh pengganas komunis atau terkena jerangkap samar ketika terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis di era insurgensi di suatu ketika dulu.
Dasar pengiraan PHU yang diterima oleh mereka sungguh amat tidak berbaloi dengan kecederaan yang dialami sepanjang hayat. Kadar pencen ini berlandaskan kepada 'Pangkat Sebenar (Substantive Rank)' mangsa bukannya pangkat yang disandang ketika beliau bersara. Sebagai contoh, jika mangsa berpangkat 'Prebet' ketika mengalami kecederaan dan bersara sebagai Pegawai Waren, PHU yang beliau terima berlandaskan pangkat Prebet. Gaji seorang Prebet di era 70-80'an sungguh jauh bezanya dengan Prebet dewasa kini! Saya tidak pasti PHU yang diterima, mungkin hanya sekadar RM100-RM200 sahaja, wallahualam. Sama juga untuk pegawai. Seorang pegawai, berpangkat Leftenan Muda, telah hilang penglihatan kedua-dua mata terkena jerangkap samar pada 70'an dan bersara sebagai Leftenan Kolonel, menerima PHU Leftenan Muda; gaji Leftenan Muda ketika itu sekitar RM500 sahaja. Seorang pegawai terkena jerangkap samar ketika berpangkat Pemangku Kapten (Acting Captain) tetapi PHU berpaksikan pangkat sebenar - Leftenan. Beliau bersara sebagai Leftenan Kolonel.
Pada pandangan saya, sudah tiba masanya dasar pengiraan kadar PHU diteliti semula. Dicadangkan kadar berlandaskan kepada tahap kecacatan, bukannya lagi berasaskan kepada apa jua pangkat ketika kejadian atau pun semasa bersara. Pada hemah saya, peluru musuh dan jerangkap samar tidak mengenali sesiapa, tidak kira pangkat. Malah boleh dikatakan, mereka yang terdedah kepada ancaman ini terdiri daripada mereka yang berpangkat Kapten ke bawah. Ini kerana merekalah yang bertugas meronda dan memburu petualang negara di hutan belantara negara. Pemberian ini sudah pasti amat dinanti-nantikan oleh mereka bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi dengan kenaikan kos kehidupan seharian dewasa ini, wallahualam.
Oh ya, saya bersyukur kerana saya tidak tergolong kategori OKU'.
Saya turut menghantar sms seorang MP memohon agar beliau membawa perkara ini ke persidangan Parlimen akan datang. Beliau memaklumkan bahawa KEMENTAH dalam/(telah?) proses meminda dasar terbabit untuk kelulusan EPU/MOF. Ini satu perkembangan yang memberangsangkan, syukur alhamdulillah.
Walaupun bersyukur, saya ni orang yang kurang sabo....Semua nak cepat2. Saya nak tahu juga le di mana atau tahap mana cadangan itu berada sekarang ni. Adakah ia dah melayang keluar KEMENTAH ke JPM? Atau masih dalam 'proses' di KEMENTAH? Bercakap melalui pengalaman ketika berjuang untuk mendapatkan 'Elaun Kenangan' untuk JPP, PTU & KPK dulu, saya khuatir cadangan ini di KIV...Kemungkinan ini memang ada! Jika dibawa ke Parlimen, sekurang-kurangnya Pak Menteri atau timbalannya, kena le memaklumkan kepada 'the august house' perkembangan terkini dan apa jua respons akan direkod dalam 'hansard'. Sama ada tindakan akan diambil, itu lain cerita.
Saya telah mencadangkan kepada sebuah kelab OKU untuk terus 'mengasak' isu ini dengan menulis kepada Pak Menteri oic (Officer In Charge) Parlimen. Kalau tak silap, oic ni bos kepada penjawat awam. Mungkin beliau akan bersimpati terhadap rentetan wira-wira yang tak didendang, wallahulam.
Oh ya, saya difahamkan ramai para hadirin tersentuh dengan pengkisahan oleh warga OKU di Kangar tempuh hari, klik di sini. Ada yang menitis air mata. Sekurang-kurangnya segelintir rakyat Perlis didedahkan dengan pengorbangan mereka. Saya menghargai PPA Perlis yang menyediakan platform untuk para veteran menceritakan pengalaman mereka. Saya dah berbuih mulut menguar-uarkan kepada beberapa agensi gomen agar tidak mensia-siakan kewujudan mereka. Janganlah dibiarkan kisah2 yang tidak boleh dinilai dengan RM berkubur dengan jasadnya apabila tiba masa nanti....setiap detik menghampiri destinasi terakhir. Dan majlis ini pula janganlah terhad semasa Musim Patriotisme saja. Ia sepatutnya berterusan, wallahualam.
Ini sajalah yang mampu saya lakukan dalam usaha mengetengahkan isu OKU.
Rabu, 11 September 2013
'PHU'
I received this email as published in 'The Star' from the writer himself, Lt Col Mohd Idris Hassan (R)...
Saturday August 31, 2013
Admittedly, I'm totally ignorant about this 'disability pension (Pencen Hilang Upaya [PHU])'.
So, the article was forwarded to one of the recipients of PHU for his views. In addition to his concurrence of the contents of the letter, he expressed his frustrations, among others, excerpt....
Further to these please consider the following difficulties faced by injured soldiers for career upgrading/promotion:
Saturday August 31, 2013
THE STAR
Time to review disability pension for soldiers
THE disability pension for our soldiers should be reviewed.
The Government must seriously consider reviewing this long outdated disability pension for all servicemen, especially those who were injured during active operations against the enemy.
At present a serviceman who sustains injuries and is disabled is paid a disability pension based on his rank and basic pay calculated at the time of the injury.
Even if he continues to serve in an appropriate appointment that commensurates his injury and earns a promotion, his status as far as calculating his disability pension remains just that of a private soldier.
Often young soldiers and junior officers are at the forefront of battle and invariably make up the largest number of casualties.
It is thus unfair that these brave and dedicated men who despite their handicap continue to serve King and country are denied the disability pension calculated on their last drawn pay.
This effectively means if a private is injured while in service and continues to serve and is promoted (four rungs up) to the rank of a Staff-Sergeant will on retirement still be paid the disability allowance based on the then pay of a private soldier.
This is pittance compared to what he would get if it is based on his last drawn pay as a staff sergeant.
I believe supporting and giving the injured soldiers realistic monetary aid will hardly “break the bank” and would be nothing compared to the excesses in public spending that we are bombarded with ever so frequently.
I urge the Government to consider providing the disability pension to the injured soldiers based on their last drawn pay to enable them to benefit from a higher disability pension.
The periodical calls by the authorities for youth of all races to join the Armed Forces will be better served when issues which directly effect the lives of soldiers especially those injured in the line of duty are promptly addressed.
While we shout on the top of our lungs, Merdeka! Merdeka! Merdeka! let us not forget those who helped make all this happen.
LT COL (R) MOHD IDRIS HASSAN
Kuala LumpurAdmittedly, I'm totally ignorant about this 'disability pension (Pencen Hilang Upaya [PHU])'.
So, the article was forwarded to one of the recipients of PHU for his views. In addition to his concurrence of the contents of the letter, he expressed his frustrations, among others, excerpt....
Further to these please consider the following difficulties faced by injured soldiers for career upgrading/promotion:
1. Has to qualify by attending the respective career promotion courses.
2. Has to sit for the practical and written promotion exams.
3. What if he is blind, spent two years learning the Braille (for blind). Is there resource/ref books in braille for the blind while attending carrier course/ prepare promotion exam.
4. Soldiers (ORs & offr) who lost their limps has to attend practical course/exam to qualify for promotion. Thus there is no motivation for these soldiers to expose their capability/capacity to the maximum in relation to their squad/batch, leave alone the acceptance by their superiors to have a handicapped soldier in the unit under their command and the unjustified look/statement handed down by peers in the unit.
5. A soldier must be FE (medically) to be promoted. Generally injured soldiers are categorized as BE and LE medically.
6. An injured soldier is a loser all round: medically not fit to attend career course/ promotion.
7. Injury incapacitate or restrict him/her from fully contributing his/her mental capability.
To be continued...
Jumaat, 6 September 2013
'Lost Over France'
Masih ingat coretan di sini? Semalam, 5/9, saya terima emel berikut daripada En Fitri, penerbit filem dokumentari...'Saya akan menghantar trailer bagi dokumentari bertajuk "Lost Over France" sebelum ini dinamakan "Finding Henry". Tayang dokumentari ini akan bermula pada 15hb Sept 2013 di saluran History Channel Astro #555. Kami harapkan dokumentari ini akan menjadi tontonan ramai rakyat Malaysia dan akan lebih menghormati Jalur Gemilang bagaimana kerajaan Perancis menghormati Jalur Gemilang kita selama 59 tahun dengan penghormatan kepada Flight Sergent Henry Talalla 182 Squadron RAF setiap tahun'.
Ini 'trailer' yang dimaksudkan...
Ini 'trailer' yang dimaksudkan...
Para pembaca blog mejar pencen ini....Harap dapat meluangkan sedikit masa untuk menonton 'hero' yang tak didendang ini pada 15/9/13, sehari sebelum - 16/9/13 - kita menyambut HUT Malaysia Ke-50 dan juga ATM. Terima kasih.
Saudara Fitri...Terima kasih.