Followers

Friday, August 30, 2013

Merdeka...Merdeka...Merdeka

Sambungan daripada coretan di sini.

29/8/13...Jam tepat 0800 saya dah terpacak kat MRSM Kubang Pasu walaupun saya dijadualkan memberi ceramah pada jam 0900. Dah jadi fiel saya yang tak suka menunggu dan tak suka ditunggu. Kalau terlewat, saya akan menghubungi pihak terbabit memaklum kelewatan. Lagi pula, saya nak mempastikan tiada sebarang masalah tentang penggunaan 'power point (PP)'. Almaklum sajalah, baru belajar penggunaan PP...He...He...He.

Program Ceramah Merdeka

Inilah buat pertama kali, dah dalam usia 64 tahun, saya menjejak kaki ke sekolah berasrama penuh. Saya perhatikan para pelajar yang menguruskan majlis tersebut; daripada penyedian IT, pengacaraan dan bacaan doa. Cikgu hanya mengawal saja. Pada saya, sungguh hebat!

PELAPES dari UUM turut mengambil bahagian

Dalam tak reti nak bercerita kepada mereka yang bertaraf 'cucu' ni, saya diingatkan yang masa dah nak habis. Jadi terpaksalah pendekkan cerita. Lepas itu, pihak pengurusan sekolah menjemput untuk menjamu selera kat bilik VIP. Bergebang punya bergebang, jam hampir 1200 baru le bertolak ke Kangar.

Sampai di Perpustakaan Awam Perlis, majlis pengkisahan dah selesai dan semua hadirin sedang menikmati makan tengah hari. Saya pun masuklah ke bilik tetamu untuk berjumpa dengan para pengesah dan jemputan, termasuk seorang Xco yang mewakili YAB MB.

Dari kiri: Tuan Hj Muhammad (Pengarah PPA Perlis), isteri PW Razali, saya, PW 2 Razali (B), Dato' Yazid, Lt Kol Dr Syed Othman (B), isteri Dr Othman, Cik Haizatul (PPA), Lt Kol Sulaiman (B), Lt Kol Basri (B)

Saya ni memang tak tahu atau sengaja buat tak nak tahu tentang protokol. Saya ajukan soalan kepada YB agar mempertimbangkan penganugerahan pingat kebesaran negeri Perlis kepada arwah Lt (U) Wan Munsiff. Ini adalah kali ke3 saya ketengahkan isu ini. Pertama kali saya soundkan kepada seorang YB yang berpengaruh di Perlis tahun lepas dalam satu majlis.  Kali ke2, kepada seorang VVIP ketika makan tengah hari di Kangar yang turut dihadiri oleh orang-orang beso. Kali ni, saya nampak YB tu mencatatkan nama arwah dalam smart phone beliau. Berjaya atau tidak, wallahualam. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba.

Eh...Eh...Eh...Tentu depa ingat saya ni kurang 'asem' bebeno. Pokoknya, negeri tak berbangga ke dengan anak watannya yang terkorban demi mempertahan kedaulatan negara? Come to think about, JHEV ade ke beri PJM kepada warga tentera yang terkorban secara posthumous? Kalau memang dah dibuat....syabas. Jika tidak, apa kata ambil inisiatif untuk menjemput NOK ke majlis penyampaian pingat tersebut bagi pihak suami mereka. 

Saya tabik spring kepada PPA Perlis. Dah 2 tahun berturut-turut mereka telah menyediakan platform untuk para veteran menceritakan pengalaman semasa era insurgensi di suatu ketika dulu. Sudah pasti saya menghargai mereka kerana menerima cadangan saya supaya menganjur majlis pengkisahan tersebut. Kalau ada penganjuran membabitkan para veteran sebelum ini, saya tak tahu le. Untuk itu...Terima kasih PPA Perlis. How I wish lain2 agensi gomen mencontohi PPA Perlis!  

Kepada para veteran yang sedia kongsi bersama pengalaman anda, saya syorkan anda menghubungi PPA Perlis. Saya percaya kemungkinan besar mereka akan bersetuju, wallahualam. Jangan nafikan generasi akan datang tentang kisah2 yang tidak boleh dinilai dengan RM berkubur dengan jasad bila tiba masanya nanti. Tekankan kepada mereka kenikmatan kehidupan yang mereka kecapi kini tidak datang bergolek begitu saja. Ada pihak yang sedia berkorban seperti anda. Mana mereka nak tahu sekiranya tiada siapa yang nak beritahu, betul tak? Sekarang, sekurang-kurang dah ada platform, ambillah kesempatan ini. Fikir2kanlah.

Untuk 2014, saya nak cadangkan pada depa untuk menganjur kisah transformasi awal Pulau Layang-Layang. Ahli panel terdiri daripada  xRAJD, xPaskal dan xpilot yang terlibat dalam operasi berkenaan. Sebenonya dah 'sound2' pun pada depa dan responsnya agak positif. He...He...He.
  
30/8/2013....Pacu le kereta sekali lagi ke Kangar. Kali ni ke SMK Abi. Saya dijadualkan memberi ceramah pada jam 0830 selama 45 minit. Jadi, jam 0700 bertolak dari rumah dan tiba pada jam 0800. 

Dengan 'peminat-peminat'. Maklum le dah glemer...He...He...He

Dari pemerhatian saya dan jika 1st impression ni boleh dijadikan ukuran, semangat patriotisme yang ditonjolkan ketika saya berada di kedua-dua lokasi (MRSM & SMK Abi), saya tidak le begitu bimbang tentang the so-called 'kehakisan' semangat kecintaan terhadap negara di kalangan remaja. Saya berdoa agar semangat ini terus diterap sehingga ke akhir hayat mereka, wallahualam.

Oh ya, terkejut berok juga saya dibuatnya apabila Utusan Malaysia menyiarkan semula surat saya; pertama kali pada 20/8/13 (klik di sini)....

'Forum' UM pada 28/8/13

Soalan cepumas...Ada ke pihak berwajib nak ambil peduli? Mungkin 'Musim Patriotisme' tahun depan - 2014, wallahualam.

2 comments:

reezabustami said...

Congrats again Abang Nor!

Arunzab said...

I wish there were more ex-servicemen like Major Nor and his fellow officers who are willing spend their time and money to carry the message of patriotism and love for the country. This idea of going to schools and educational institutions to relate their experiences to the young must be supported and lauded by all. There is nothing better than to hear the stories and experiences from the ' horses mouth ' so to speak.

Well done to Nor's team and may Allah (SWT) bless them all .

Salam