Followers

Monday, April 29, 2013

"Finding Henry"

Saya terima e-mel berikut pada 17/4/13, jam  1819...

Salam Mejar Nor Ibrahim.

Apa khabar tuan? saya harap tuan berada didalam kesihatan yang baik serta bahagia disamping keluarga selalu. Saya adalah pengikut blog tuan "Jotting of Xnuripilot". Saya berminat membaca blog-blog berunsur ketenteraan kerana saya dibesarkan di dalam kem tentera. Ayahanda saya merupakan seorang bekas tentera. Begitu juga beberapa ayah saudara saya yang telah berkhidmat didalam tentera.

Bersama ini saya sertakan sebahagian kecil maklumat mengenai apa yang kami sedang lakukan. kami didalam proses menerbitakan sebuah dokumentari untuk tayangan di History Channel Asia (saluran 555 di Astro) Insyaallah dokumentari ini akan mula ditayangkan pada bulan kemerdekaan dan hari Malaysia 2013. Mengapa kami menerbitkan dokumentari ini? Kami merupakan sebuah syarikat penerbitan rancangan yang mempunyai kemahiran khusus kepada subjek sejarah dan ketenteraan. Ini kerana kami di syarikat ini amat berminat didalam subjek sejarah. Ini merupakan hanya salah satu dari belasan cerita yang didalam simpanan kami menunggu untuk diterbitkan. Ini merupakan yang pertama diterbitkan.
Kami menerbitkan dokumentari "Finding Henry" ini adalah dedikasi kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebagai salah satu sumbangan kami kepada mereka-mereka yang telah berkhidmat didalam TUDM. Untuk makluman tuan, setiap tahun pada bulan Mei dihari peringatan D-Day di Normandy, mereka akan menaikkan bendera Malaysia dan memainkan lagu Negaraku sebagai penghormatan kepada Henry Talalla. Dua adik Henry, Richard Talalla merupakan bekas Hakim Besar Malaya dan Dato' Albert Talalla merupakan bekas Duta Malaysia ke Washington.

Insyaallah, kami akan mengadakan majlis pelancaran dokumentari ini pada bulan Ogos 2013.

Saya menghantar email ini adalah sebagai menyampaikan maklumat kepada tuan. Harap tuan dapat berkongsi cerita dengan para pembaca blog tuan mengenai dokumentari ini. Saya amat berharap tuan tidak menyiarkan powerpoint presentation yang saya sertakan. Jika tuan memerlukan sebarang maklumat sila hubungi saya melalui email saya.

Sekian terima kasih.

Fit3

Kisah wira tersebut, mendiang Henry Talalla, boleh di baca di sini. Bagi menghormati permintaan pengirim, saya tidak menyiarkan powerpoint yang dimaksukkannya itu.

Fit3....Terima kasih.

No comments: