Pengikut

Ahad, 24 Januari 2010

Sumber Inspirasi

Saya percaya mungkin ramai pembaca tidak pernah mendengar nama Lt Kol Dr Syed Othman Bin Syed Omar (B). Apa keistimewaan beliau sampai sanggup menjadikannya sebagai bahan coretan untuk blog saya? Saya tidak pun mengenali beliau.

Sebabnya...saya sungguh kagum dengan semangat beliau! Mengapa? Saya terbaca rencana Buletin Veteran ATM Bil: 3/2009 bertajuk 'Usahawan Cendawan dan Rumah Tamu'.  Rencana ini menceritakan kisah  seorang pegawai  TDM yang tergolong dalam kumpulan 'OKU' (Orang Kurang Upaya) - hilang penglihatan kedua mata. Walaupun tidak lagi dalam keadaan sempurna, beliau telah berjaya dalam bidang pendidikan sehingga ke tahap tertinggi...PhD/Doktor Falsafah! 

Al kisah...Punca kecacatan ini adalah angkara kedurjanaan Chin Peng! Pada 4 Ogos 1979, semasa memburu pengganas komunis dalam Operasi Selamat Sawadee, beliau telah terkena jerangkap samar hingga mengakibatkan kehilangan salah satu pancainderanya...kedua-dua belah matanya. Ketika itu beliau baru berusia 26 tahun dan 26 hari melangsungkan perkahwinan. Mulai detik itu, dunia beliau menjadi gelap gelita...tidak lagi dapat menikmati keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Syukur Alhamdulillah...gelap penglihatan tetapi tetap terang di hati!

Oh...Selamat Sawadee...sungguh banyak kenangan bagi diri saya sendiri. Saya tidak terlibat membawa beliau keluar dari hutan belantara. Tetapi saya telah membuat 'casevac' melalui kaedah 'winching' seorang pegawai Meriam, Lt Raja Musa selaku Forward Observation Officer (FOO), yang 'hilang' satu mata dan sebelah kaki terpaksa dipotong. Anda ingat mereka ini bersetuju jika Chin Peng kembali ke Malaysia? Saya bukannya seorang nujum...hubungilah mereka untuk mendapatkan jawapan. Tapi...rasa-rasanya saya tahu jawapan mereka!

Terpesong pula dari cerita asal apabila mengingati operasi ini. Syed Othman tidak menyerah kalah. Beliau telah ditaja oleh ATM untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda di Miami University, Amerika Syarikat. Beliau berjaya dengan cemerlang...'majoring' dalam 'Mass Communications' dan 'Politic' pada 1986. Seterusnya, dengan perbelanjaan sendiri, beliau berjaya mendapat ijazah Sarjana dari UKM (1996) dan PhD dari UM (2003). Beliau bersara dari ATM pada 5 Januari 2006. Pada ketika itu, hanya beliau seorang sahaja warga TDM yang berkelulusan PhD...satu pencapaian yang sungguh membanggakan!

Beliau telah menulis 8 buku, termasuk 2 buku bertajuk "Pahlawan Tanahair". Saya telah menghubunginya bertanyakan mengapa pingat keberanian JPP, PTU dan KPK tidak termasuk dalam buku beliau. Jawapannya ialah kesukaran untuk mendapat butir-butir. Beliau terpaksa menemuduga penerima-penerima SP dan PGB untuk mendapatkan butir-butir berkaitan. Ini kerana sistem 'filing' ATM sangat tidak 'memberangsangkan'. Tidak seperti sistem filing di UK. Semasa mengikuti kursus di sana,  beliau mendapati pihak tentera masih menyimpan 'citation' asal untuk penerima pingat-pingat seperti 'Military Medal/Cross (MM & MC)'. Malah, sehingga kini beliau masih menyimpan salinan citation penerima MM dan MC dari Malaysia. Apa yang hendak dihairankan apabila Malaysia kehilangan Pulau Seputih kepada jiran kita di suatu ketika dulu. Alangkan dokumen sebuah pulau pun tidak tersimpan...inikan pula citation untuk pingat! Untuk makluman...beliau tidak menerima sebarang pingat keberanian negara bersabit dengan insiden tersebut.

Sekarang Syed Othman merupakan seorang usahawan cendawan dan Rumah Tamu di Kpg Makmur, Sg. Siput Utara, Perak. Orang kampung...yeop oi!

Pembaca...Apakah agaknya reaksi pelatih-pelatih PLKN atau BTN sekiranya wira-wira seperti Syed Othman dan Raja Musa menceritakan pengalaman mereka? Bayangkan Syed Othman datang dengan 'tongkat putih' dan dibimbing masuk ke dewan. Bagaimana beliau terpaksa menghadapi alam kenyataan tanpa pancaindera penglihatan tetapi masih berupaya mencapai tahap tertinggi dari aspek pendidikan? Saya pasti ini akan menyemarakkan semangat patriotisme segolongan besar pelatih tersebut. Tapi...apa hendak dikatakan...Cadangan saya ke PLKN dan juga BTN hanya tinggal cadangan!!

Lt Kol Dr Syed Othman...sekiranya ada orang membacakan coretan ini kepada anda...syabas kepada anda yang mempunyai semangat waja. Saya berdoa agar Allah mencucuri RahmatNya kepada anda dan keluarga.

Pembaca...Mengapa kita tidak jadikan Lt Kol Dr Syed Othman sebagai salah satu sumber inspirasi, terutama bagi golongan remaja, demi untuk kejayaan dunia dan akhirat? Fikir-fikirkanlah...!

3 ulasan:

xpara87 berkata...

pernah satu ketika saya membuat permohonan untuk menjadi fasilitator kat PLKN.. I am am qualified as one.
Tetapi malangnya saya bukan kroni. bahagian latihan tak jawab pun surat permohonan tu......poor staff duty punya pegawai kat PLKN tu.
Pratrotik tak ada dalam kamus ATM sekarang.

Penerima KPK 1980

G.Jeyaganesh berkata...

brings to tears to my eyes reading these heroes sacrifices....but the country continues to disregard them....Thomas Jefferson once said..."the bloods of patriots would nourish the tree of liberty"..befits men like Lt Kol Syed Otham and Lt raja Musa

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara xpara87,

Tak tahu apa nak dikatakan lagi. Cakap nak memupuk semangat PATRIOTISME di kalangan remaja konon, tapi...!

Dear G. Jeyaganesh,

I'm happy to know that my blog has at least opened up your eyes to the nation's struggle against the communist terrorists.