Sambungan daripada coretan ini....
Semasa di Lundu, saya mendapat berita yang mana seorang ‘informer’ saya bernama Wwwww telah dibunuh oleh pengganas komunis dan mayatnya digantung di atas pokok yang berhampiran dengan kampung beliau, Kampong Serayan. Saya dengan anggota PKPT yang ada, telah pergi ke tempat kejadian. Setelah saya melihat mayat yang tergantung pada sabatang pokok, saya juga jumpa satu surat yang mengatakan ‘anjing kerajaan haruslah dibunuh’. Keluarga Wwwww bersama orang kampung mengambil mayatnya dan dikebumikan secara Christian. Saya pun bermalam di kawasan hutan sekitar tempat mayat Wwwww dijumpa. Pada tengah malam, saya kedengaran bunyi bayi menangis dengan kuatnya. Saya dikejutkan oleh Cpl Jaafar ‘Bond’ supaya mendengarkanya sendiri. Saya tidak berbuat apa-apa malam itu. Lama kelamaan bunyi tersebut telah senyap. Kami ingat bunyi itu adalah bunyi hantu atau pun jembalang oleh kerana kubur orang iban ada berdekatan.
Pada keesokan harinya, saya pergi mencari apa-apa maklumat yang bolih saya perolihi dan kami bermalam di tempat yang sama juga. Saya dan Cpl Jaafar ‘Bond’ dan Tpr Kasmo pergi arah ke tempat yang kami kedengaran bunyi bayi malam tadi. Malangnya tiada apa-apa kesan yang kami perolehi. Pada malam hari kedua, saya terdengar bunyi bayi menangis lagi. Kali ini bunyi tersebut agak jauh sedikit tetapi diherning malam, bunyi tersebut macam di sebelah khemah saja. Saya dan Cpl Jaafar, Trp Kasmo dan Tpr Jali memberanikan diri untuk ke tempat bunyi bayi tersebut. Setelah lebih kurang 45 minit berjalan, saya ketemu bayi lelaki yang berbungkus dengan kain hitam di pangkal pokok. Muka bayi tersebut penuh dengan gigitan nyamuk. Saya pun terus mengambil bayi tersebut dan dibawa ke tempat kami bermalam. Keesokan harinya, saya membawa bayi tersebut ke Lundu. Saya namakan bayi tersebut Ali Marcup. Nama ini saya ambil sempena satu operasi khusus di persekitaran Titiakar/Biawak yang dinamakan 'Operasi Marcup'.
Oleh kerana saya tidak mampu untuk menjaga bayi tersebut, saya telah menyserahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan mereka selanjtunya.
Setelah surat yang saya jumpai telah diterjemahkan dengan teliti, saya terus merancangkan satu operasi sulit di sekitar Gunung Pueh berhampiran dengan kem pengganas komunis yang jumpai itu. Di dalam surat tersebut, ada menyatakan satu kumpulan pengganas komunis akan kembali ke kem mereka dan sebelum itu mereka hendak mengambil atau membaca surat di dalam satu DLB (Dead Letter Box) di Ulu Sungai Perunggang, iaitu di lereng Gunung Pueh yang telah ditetapkan. Saya juga telah mendapat maklumat dari SEP yang mana kumpulan yang akan kembali ini baru saja mendapat latihan di sekitar Serian.
Memandangkan semasa itu saya hanya mempunyai 6 orang anggota sahaja termasuk seorang SEP yang baru saja menyerah beberapa hari yang lampau, bantuan anggota tambahan adalah sangat-sangat diperlukan. Saya telah pergi berjumpa dengan arwah Lt Col Sabaruddin Sulaiman, Pemerintah Batalion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja, dan beliau berkata yang beliau tidak dapat membantu saya langsung untuk mendapatkan anggota tambahan. Yang ada di dalam kem semasa itu hanyalah ‘bottle washers’ sahaja. Kalau saya hendak yang itu, bolehlah dia beri. Saya ada mengatakan kepada Lt Col Sabaruddin bahawa ‘bottle washer’s’ adalah tentera juga.
Saya mengatakan yang Captain Hamid Awang ada dan dia boleh membantu saya dalam operasi ini. Lt Col Sabaruddin Sulaiman berkata bahawa Captain Hamid Awang tidak boleh digunakan oleh kerana sebab-sebab tertentu. Saya merayu untuk mendapatkan seorang pegawai, iaitu Captain Hamid Awang, dan 10 anggota lain-lain pangkat. Captain Hamid Awang pada tiap-tiap pagi dan petang merayu semasa bertandang di rumah saya yang beliau ingin menceburi/mengikuti bersama di dalam mana-mana operasi sulit yang saya laksanakan. Lama-kelamaan, Lt Col Sabaruddin membenarkan Captain Hamid Awang turut di dalam operasi yang saya rancangkan ini dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Setelah kebenaran diperolehi, pada jam 1000, 6 April 1973, saya memberi taklimat kepada kesemua anggota-anggota yang akan mengambil bahagian di dalam operasi ini. Saya telah membahagikan semua anggota kepada 3 kumpulan kesemuanya. Captain Hamid Awang dan kumpulanya sebagai ‘cut-off’ party pertama. Sgt Major Shaik Ismail bin Mohd Shariff sebagai ‘cut-off’ party kedua dan saya bersama dengan angota anggota PKPT dan seorang SEP akan menjadi ‘killer group’.
Saya dan anggota PKPT meninggalkan Lundu pada jam 0300 pagi, 7 April 1973, menuruti jalan Lundu/Biawak. Kesemua anggota-anggota diturunkan di Kampong Serayan dan masuk ke sebelah kiri merentasi kampung berkenaan dan kemudian meneruskan perjalanan menuju ke kaki Gunung Pueh. Sebagaimana yang telah dirancangkan, anggota kumpulan berpecah kepada tiga kumpulan buat beberapa ketika dan setiap kumpulan telah membawa anggota masing-masing ke destinasi yang telah saya tetapkan. Setelah kesemua kumpulan mengambil tempat masing-masing, saya pun menunggu di tempat untuk membuat tindakan selanjutnya. (Anggota PKPT yang terdiri daripada anggota komando bersiap sedia untuk bergerak ke Gunung Pueh).
Pada jam 1740, saya terdengar bunyi tembakan pertempuran yang agak lama juga. Saya menyuruh Tpr Kasmo menghubungi Capt Hamid Awang tetapi tidak berjawab. Selepas itu, saya kedengaran yang Captain Hamid Awang di udara meminta bantuan. Saya dan semua anggota PKPT turun menuju ke tempat Captain Hamid Awang tadi. Di situ saya ternampak tiga mayat pengganas komunis dan satu mayat anggota tentera. Saya terus memeriksa kesemua beg galas tiga mayat pengganas komunis dan mengambil kesemua senjata. Semasa itu juga saya meneliti dan mencari butiran maklumat untuk tindakan saya selanjutnya.
Pada keesokan harinya, saya dan anggota PKPT serta anggota Batilion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja, keluar berjalan kaki membawa mayat anggota Batalion 2 RAMD dan kesemua mayat pengganas komunis. Captain Hamid Awang telah diarah oleh Lt Col Sabaruddin Sulaiman untuk meneruskan operasi tersebut. Sampai sahaja saya di Lundu, saya serahkan ketiga-tiga mayat pengganas komunis, senjata, peluru dan alat letupan kepada Officer Incharge of Station Inspector Chen Yew Tzen (Deputy Supritendent of Police Chen Yew Tzen). Semua dokumen-dokumen saya hantar ke District Sepecial Branch Officer, First Division, Kuching, Deputy Supritendant Police Nafri Junaidi. Saya membuat satu lapuran secara bertulis kepada Military Intelligent Officer Sarawak, Major Maulub Maamin.
Captain Hamid bin Awang telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan anggota beliau, Koperal Taib bin Tawal, pula dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani.
Saya telah melaksanakan satu misi yang sebegitu penting dan tinggi risikonya yang jelas telah melambangkan kesedian saya untuk berkorban apa saja demi agama, bangsa dan tanah air ini. Kejayaan saya menjadi pemimpin sekumpulan bekas pengganas komunis melaksanakan misi menangkap atau pun membunuh orang yang mereka sanjungi dan hormati juga jelas melambangkan sifat kepimpinan serta semangat yang kental lagi unggul. Oleh sebab sifat kepahlawanan saya yang begitu tabah menempuh dugaan, keberanian yang luar biasa serta kesediaan untuk bertindak dengan menghadapi risiko yang begitu tinggi tanpa mengira keselamatan diri saya, kesemua misi yang saya laksanakan berkesudahan dengan jayanya. Saya telah disokong oleh pihak atasan dan diperkenan pula oleh Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, untuk di anugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 6 Jun 1973. Saya menerima pengurniaan tersebut sempena penganugerahan Panji-Panji kepada Batalion ke 9, Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 22 Mac 1975 di Padang Kawad, Sungai Besi, Selangor Darul Ehsan.
Bersambung....
13 ulasan:
Sekarang ni pun ada ura2 nak timbulkan isu komunis semula..Apa punya bodo pemikiran warga MAlaysia sekarang.
sy baru saja bersara, sekiranya kominis hidup balik sy sanggup melapor semula ke unit sy sekiranya dipanggil utk memburu mereka
Anon,
Kalau setakat pakai Tshirt Che Guevarra, itu bukan kominis, gambar Che tu sejak dari zaman aku sekolah pun memang popular berlambak orang pakai sebab Che Guevarra adalah ikon perjuangan, bukan kerana dia kominis. Orang dulu2 tak sempit pemikiran dan dapat terima Che Guevarra bukan macam orang sekarang yang bodo termakan dengan propaganda murahan kononnya ura2 nak hidupkan kembali kominis untuk "demonise" pihak lain demi kepentingan ideologi politik. Pandai untuk membodohkan orang apa guna?
FMZAM
janganlah butthurt sorg2 dekat sini....dari post yg laen, sy tgk komen awak asyik defend bersih je...awak suruh org laen beredar pergi ke blog politik kalau nk sembang politik tp masalahnye dieorg cuma bertanya kan pendapat Mejar klu komunis masuk balik...itu je..xde siapa yg maen politik dlm ni except that it's u....
mcm bagus je FMZAm nih...nak sembang politik baik lu join blog malaysiakini ke atau aku sarankan hang pg blog kini dan silam......
Wak,
Kalau aku defend Bersih itu salah ke? Kau ikut tulisan aku kat blog lain apa tak hentam aku kat blog tu. Kalau kat sini kau nak hentam apa aku tulis, itu kau pun tak main politik jugak ke bila kau tak suka orang yang sokong Bersih? Jangan ingat senang2 korang boleh tulis kat sini lepas tu harap orang akan lepaskan apa politik yang kau cuba mainkan kat sini. Aku cuma ingatkan yang tuan blog ni kata takleh politik, jadi aku bedal sapa saja yang berpolitik. Nak cakap pasal kominis cakap ajelah, apa pasal nak masuk soal kononnya ada ura2 nak timbulkan semula kominis yang hanya bidaah yang belum terbukti kebenarannya? Nak tanya jangan tanya soalan bodoh pastu nak ajak orang percaya, ingat kami bekas askar ni bodoh sangat ke nak terima benda2 macam tu? Kalau memang betul ada kominis tak yah cakaplah nak bangun melawan, kitorang memang akan lawan. Masalahnya korang nak bukan ikhlas tanya, tapi nak raih sokongan dengan dakyah anti bersih.
Anon,
Aku dah ingatkan jangan main politik kat blog ni tapi korang main jugak, jadi apa marah pulak?
Saudara Semua,
Terima kasih. Sekali lagi saya katakan, TOLONG JANGAN CAKAP PASAL POLITIK DALAM BLOG SAYA.
Sir,
Orang zaman sekarang ni banyak terbawak-bawak. Menyebut kominis tu senang tapi apa dia kominis tu ramai yang tak tahu apa fahaman dia tu. Ramai juga yang tak tahu, actually malaysia is the only country in the world who had fought the communist internally and won. Yes we won but with a lot of sacrifice. If not because of the three color of the armed forces with the police force, history might be different from now. Kalau nak cerita politik , era tu pun termasuk juga. nak cite racism pun boleh masuk juga. But what will be the benefit. I only want my kids to know and remember the only issue resulting from that era, the bravery, heroism, sacrifice, loyalty,esprit de corp, displayed by those who were there so that it will be with them later on when it is needed the most. By looking at the scenario today, they will need it when the time come.
Capt (Rtd)
REME Corps
ARMY
Saudara Anonymous,
Terima kasih. Saya berharap pembaca memahami penjelasan oleh seorang yang 'pakar' dalam isu komunisme, Tan Sri Yuen Yuet Leng, xCPO Perak, quote '...does not seem to understand the parameters of the peace accord signed with CPM head Chin Peng in 1989. Under the accord, the CPM was never dissolved, it was only a disbandment of the communist armed forces that allowed some of them to come back'. unquote.(Malaysia Today - A delicate balance SPECIAL REPORTS Friday, 08 July 2011).
Pagi ini tadi 16.11.2012@ 9.15 saya melayan seorang pelanggan. dia memperkenalkan dirinya Tn Haji Nafri Junaid. bekas PA Tun Rahman. terus saya tertarik untuk berbual . kerana tun mantan CM, paling dihormati. Tn Haji Nafiri memberitahu beliau sedang dlm usaha menyiapkan sebuah buku memoir Tun. Terus saya google nama tn haji, dan terjumpa blog ini. Salute wira2 yg menentang komunis
Salam. Amat berharap untuk berbicara dengan tuan tentang "Ali Marcup".
Saudara Anonymous (16/11/12),
Waalaikumussalam,
Terima kasih. Saya hanya memaparkan coretan Dato' Salehuddin saja. Mungkin anda boleh menghubungi beliau, wallahualam.
AL-fatihah.. Kapten Hamid Awang telah kembali kerahmatullah pada 12/2/2016 & dikebumikan di tanah perkuburan RAMD Port Diskson
Catat Ulasan