Pages

Selasa, 31 Ogos 2010

Kem Gubir

Pembaca...Saya menerima e-mel berikut dari Saudara Katon Tin Ton...

Selalu sgt dgr cerita pasal GUBIR. Agaknya sekarang GUBIR tu dah maju ka? GUBIR ni sebenarnya sebelah mana? Ada pekan ka kat situ? Saya kalau membaca mmg suka imagine. Tapi bila masuk bab GUBIR, imagination saya agak terhad sbb I have no idea about this place.

Justeru, khusus untuk Saudara Katon Tin Ton, pertama sekali lokasi Gubir adalah seperti di 'google earth' berikut...


Walaupun Gubir sentiasa menjadi sebutan, saya sendiri tidak pernah keluar dari Kem tersebut ketika membuat penerbangan di sana. Kami hanya berada di padang dan mes pegawai untuk makan tengah hari. Ini Kem Gubir ketika era  saya - 70'an (rujuk coretan ini)...


Ini pula Kem yang sama pada 2010...

Nuri membuat 'approach' ke padang bola, Kem Gubir

Kem Gubir dari udara...Adalah sedikit perubahan dengan bangunan baru

Menurut Mej Ishak Bin Mohamad Isa (di sini), Pegawai Memerintah beliau, '...Lt Col Harun pernah mengarahkan saya  membuat sebuat lukisan dinding. Tujuannya sebagai penghargaan kpd Pilot pilot yg berjasa kpd kami.

Lukisan dinding itu saya buat di dinding officers Mess kem Gubir. Ukuran 15x10. Gambar nuri....'. Sayang sekali, lukisan tersebut sudah tiada lagi. Saya ingat-ingat lupa.

Xxx Xxxxxxx & Katon Tin Ton...Terima kasih di atas kerjasama anda. 

Isnin, 30 Ogos 2010

"Koleksi Pengalaman"...Sumbangan Dialu-alukan

Pembaca...Berikut adalah satu bab untuk "Koleksi Pengalaman" dalam bentuk 'as is where is'. Bahan cerita ini diambil dari komen FMZam.  Saya berharap ramai lagi pembaca sudi mengabadikan pengalaman untuk generasi akan datang.  Saya telah menghubungi beberapa mantan warga tentera yang pernah berkhidmat dengan PBB agar menceritakan pengalaman mereka. Saya pasti ramai rakyat ingin mengetahui bagaimana tentera kita menyelamat tentera US ketika helikopter 'Blawkhawk' ditembak jatuh di Somalia. Filem "Blackhawk Down" langsung tidak menunjukkan peranan ATM. Sekiranya kisah ini belum dibukukan, mengapa tidak didokumentasikan?

FMZam...Di mana ladang  'menanam ubi' ini? Tak mungkin ops Selamat Sawadee kerana ketika itu Kapt Ahmad Daud (squad-mate) adalah Ketua Bateri 3 Arty. Dan bolehkah saya siarkan nama anda? Kalau ada gambar lagi OK. Sila e-mel saya. Terima kasih.
Bab..

“Menanam Ubi”

 Mungkin ramai rakyat Malaysia, malah tidak terkecuali anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri, ‘jahil’ tentang peranan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). Secara kasarnya,  RAJD hanya sinonim dengan pembinaan jambatan dan  kem-kem askar di barisan hadapan sahaja. Siapa sangka bahawa mereka turut terlibat secara aktif dalam operasi yang dilancarkan oleh Tentera Darart Malaysia (TDM) menentang ancaman pengganas komunis di suatu ketika dahulu. Malah, Tim Pembersih Jerangkap Samar (TPJS) dari RAJD mendahului pasukan infantri dalam kebanyakan operasi.

Menurut FMZam (?), seorang mantan Mejar RAJD, dalam melaksanakan tugas, TPJS...

“...sentiasa ada tim pelindung (BCT Protection Team) samada dari pasukan infantri maupun dari kawan2 kita dari platun PPH yang menentukan keselamatan ‘Booby Trap Clearing Team (BCT)’  jurutera sewaktu menjalankan tugas menanam "ubi" (jerangkap samar). Tapi bagaimana pula bila tim jurutera ditugaskan membuat "route clearance" semasa pergerakan mara ke objektif dalam operasi di Selatan Thailand, siapa yang memberi perlindungan kepada kami? Jawapannya ialah "we are on our own". Why? Kerana bila tugas route clearance diberi kepada kami, kamilah kumpulan yang berada di hadapan sekali sebab jalan itu mesti dibersihkan dahulu sebelum orang lain boleh lalu, maka tidak ada orang lain dihadapan kami kecuali kami. Dan jalan itu bukan hanya setakat 100, 200 ela, malah sepanjang permukaan yang hendak dilalui dalam wilayah Thai yang asing bagi kami. Pasukan pelindung berada dibelakang kami, tapi ini bukan "open country", it's jungle, so visibility is very short means protection is virtually zero for us. 

Dan di wilayah Selatan Thailand, we called it "The Bandit Country", di hutan-hutan yang kami syak lokasi PGK, jerangkap samar hampir tidak ada tetapi Periuk Api atau "Bom Tanah" ditanam dan ditanda oleh PGK mengikut konvensyen perang konvensional (Mine markings). Namun tandanya bukan dari arah kami tapi dari arah mereka, maka kami tidak akan nampak tanda2 itu hanya setelah kami masuk jauh kedalam wilayah mereka baru nampak bila kami berpusing kebelakang. Tanda2 yang ditampal di batang-batang pokok hutan dengan gambar bom meletup terlukis dengan tinta hitam di atas kertas putih berukuran sebesar lesen ‘L’.

Saya tetap ingat bagaimana beberapa askar infantri yang sepatutnya berada di belakang kami, mencuri-curi bergilir-gilir mendahului saya yang sentiasa jadi ‘point man’ dalam tugas "route clearance", membelakangi arahan ketua mereka hanya semata-mata tidak mahu membiarkan kami tanpa perlindungan hadapan. Saya ingat kata-kata mereka kepada saya, "kami tak boleh biarkan jurutera jadi pelindung kami, itu tugas kami!".

Kerana jauh berjalan dan tahu-tahu sajalah tugas route clearance dengan prosedur membersih menggunakan mine detector memang makan masa yang banyak, lama-lama tim FOO yang diketuai oleh Kapt Artileri Ahmad Daud (Bersara Lt. Kol) ikut berada bersama-sama saya dan minta saya berhenti rehat. Kami pun berehat untuk merokok. Sedang merokok di bawah sebatang pokok besar, tiba-tiba beliau suruh saya pandang belakang. Saya pandang belakang dan terkejut kerana barulah nampak tanda periuk api di batang-batang pokok sekeliling kami dengan banyak sekali. Jadi kami sebenarnya sudah memasuki kawasan periuk api tanpa terjumpa atau terpijak satu pun. Bila Kapt Ahmad Daud suruh kami pandang ke atas pokok maka barulah kami nampak yang periuk api itu tidak ditanam di dalam tanah tetapi digantung dicelah dahan. Sebabnya PGK buat begitu ialah kerana itu wilayah Thai jadi mereka tak mahu orang-orang Thai yang terima akibatnya di negeri yang mereka dapat perlindungan. Mujurlah lokasi itu tidak di "manned" oleh PGK, kalau tidak mungkin jadi satu peristiwa.

Betul kata mat salih, ‘in war bravery is common place’. Jurutera tak takut jadi perintis hadapan, infantri sanggup berkorban melindungi kawan dan artileri adalah seperti apa yang saya kata "to observe forward, first you must be forward.

TPJS boleh dipersamakan peranan jurugambar. Mereka sentiasa berada di hadapan untuk merakamkan satu-satu peristiwa bersejarah. Mereka akan sampai dahulu di kemuncak Gunung Everest sebelum pendaki tiba bagi mengabadikan sejarah tersebut. Pendaki disanjung...jurugambar? Lebih kurang begitu juga warga TPJS. Ketika Ops Gubir 2, anggota tentera yang pertama terkorban ialah seorang warga TPJS, arwah L/Kpl Abdullah Bin Majid, apabila jerangkap samar meletup ketika membersihkan terowong dalam kem pengganas komunis pada 25 April 1976. Ini diikuti 11 terkorban apabila sebuah helikopter Nuri ditembak jatuh pada 26 April 1976.   

Ahad, 29 Ogos 2010

Satu Peringatan

Paparan ini menceritakan tentang akibat pengambilan GULA berlebihan...

Puan Normala - pelakon siri popular 'Opah' di suatu ketika dulu

Pilih yang mana satu idaman kalbu...Makan untuk hidup atau Hidup untuk makan! Semuanya terpulang pada situan empunya badan...tepuk dada tanya selera. Diharapkan kisah ini dijadikan iktibar. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan lauk-pauk dan kuih-muih terutama menyambut HARI RAYA AIDILFITRI nanti, InsyaAllah. Sayangilah diri anda sendiri kerana itu adalah hak anda, dengan izinNya! Fikir-fikirkanlah...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

Sabtu, 28 Ogos 2010

Satu Iktibar

Apabila membaca kisah Mej Ishak Bin Mohamad Isa (B), di sini, mengimbau semula penerbangan yang melibatkan unit beliau, 14 MTA (Askar Wataniah). Maaf kerana terlupa tarikh dan krew terlibat. Tugasan ialah menghantar rangsum untuk anggota unit tersebut di beberapa LP di kawasan operasi Gubir.

Sebelum itu, perlu saya jelaskan bahawa saya sungguh tidak 'selesa'  terbang dengan bahan api (BA), avtur, yang minima. Kebiasaannya saya mengisi BA lebih 'sedikit'. Bukannya apa, cuaca di kawasan pedalaman tidak menentu dan tidak berhasrat untuk membuat pendaratan di hutan belantara semata-mata kerana kehabisan BA. Kalau sempat mendarat di LP yang diduduki pasukan keselamatan kita, OK lah juga. Tapi bayangkan masalah yang timbul. LP terpaksa diperbesarkan supaya sebuah Nuri yang membawa beberapa drum avtur dengan kaedah 'underslung' boleh 'release load. Kebiasaannya, LP hanya untuk sebuah Nuri sahaja. Sudah pasti akan menghadapi tindakan disiplin kerana 'poor airmanship'.

Apa akan terjadi sekiranya tiada tempat mendarat? Ambil senario yang ekstrim ...Terpampanglah di muka hadapan akhbar 'Nahas Helikopter Nuri, Semua Terkorban'. Laporan Lembaga Penyiasatan '...Kesilapan kapten pesawat kerana gagal mengurus keperluan bahan api' (something like that lah).  Kehilangan nyawa krew dan penumpang yang tak bersalah kerana kecuaian kapten pesawat!

Berbalik kepada kisah di Gubir. Saya mengenali 2 i/c pasukan tersebut, Mejar Nazir, ketika kami berkhidmat di 7 RAMD, Pengkalan Chepa. Sebagai Paymaster, beliau adalah bos saya kerana beliau menjawat 'OC HQ Coy'. Ketika hendak membuat sortie terakhir, beliau 'request' saya 'melencong' dari tugasan asal untuk mengambil anggota di satu LP. OK lah...no problem, tuan. 

Setelah  mengambil anggota terbabit, saya berlepas untuk ke Gubir. Hari sudah petang dan hujan sudah mulai turun. Visibility getting bad. Seperti yang ditetapkan dalam SOP...Saya pun membuat penerbangan 'IFR' - I Follow Road/River. Keep on descending  to keep in sight of land/water. Sedang terbang terlalu rendah di atas tasik Pedu, tiba-tiba 'FWD FUEL LOW' dan 'AFT FUEL LOW' di 'CAUTION PANEL' menyala (gambar).

Mengikut 'Operating Manual S61A-4', keadaan ini terjadi dan tindakan yang perlu diambil...

'Light On when fuel quantity about 210 lbs-280 lbs per tank in cruise, remain 3 degree nose down attitude.

Corrective Action: Avoid 6 degree nose up.'

Ini bermakna hanya lebih kurang 20-25 minit penerbangan sahaja dan saya masih di atas tasik Pedu. Saya mesti berhati-hati untuk mengekal 3* 'nose down attitude. Hampir 10 minit dalam keadaan begini, barulah nampak empangan dan seterus 'I Follow Road' di celah bukit ke Kem Gubir dan mendarat dengan selamat. Inilah buat kali pertama dan terakhir saya mengalami keadaan sebegini.

Ketika menjadi Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, seorang pilot Alouette 111 menceritakan pengalaman beliau sebelum saya mengambil alih tugas. Beliau dalam penerbangan balik ke Labuan dan terpaksa mendarat di padang berhampiran dengan Hotel Labuan kerana 'Low Fuel Caution Light' menyala. Mendarat saja...enjin pesawat terus 'mati'.  Beliau telah menalifon Bilik Gerakan Pengkalan untuk menghantar 'bowser' ke lokasi. Nasibnya sungguh baik...bayangkan sekiranya ini terjadi ketika masih terbang di atas laut!


Nuri pilot...Harap pengalaman ini akan dijadikan iktibar kepada anda semua. Xxx Xxxxxxx...Terima kasih.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Keindahan CiptaanNya

Dah menjangkau usia senja dan mempunyai banyak masa terluang, terfikir mengapa terlepas pandang mensyukuri keindahan alam sekeliling ciptaanNya. Kerap kali kewujudan semuanya ini di'take for granted' sahaja.

  



Harap maaf gambar tak tersusun kerana kesilapan 'teknikal' (sebenarnya tak tahu nak mengaturkannya. He...He...He).

Syukur Alhamdulillah kerana masih tak terlambat untuk menikmati rezekiNya.

Khamis, 26 Ogos 2010

Memerlukan Bantuan

Pembaca...Saya telah membaca kisah sedih ini yang 'Abah' memaklumkannya dalam ruangan 'komen'. Apa yang saya mampu lakukan ialah menghantar e-mel berikut...

Hulurkanlah Bantuan...
Wednesday, 25 August 2010 19:02:22
From:
nor ibrahim sulaiman 
Add to Contacts
To:KP Veteran ; PBTM KL 
Assalamualaikum Dato',


Sungguh sedih membaca penderitaan mantan warga tentera. Mungkin JHEV dan PBTM dapat membantu En Sabri mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung beliau.

Keperihatinan Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya berdoa agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya, InsyaAllah.

Rabu, 25 Ogos 2010

Tragedi 26 April 1976...Selamat Pulang

 
Saya terbaca satu artikel dalam kolum 'Perajurit', Utusan Malaysia bertarikh 12 Oktober 2002 melalui satu 'forum'. Ianya mengisahkan bagaimana sekumpulan 9 warga komando  yang dapat memboloskan diri dari kepungan sejumlah 300 pengganas komunis.  Kejadian berlaku pada April 1976 ketika Ops Gubir. Saya memang teruja untuk menyiarkan artikel tersebut. Kalah cerita 'Rambo'!Tetapi sebelum itu, saya perlu memastikan kesahihannya.

Saya dicadangkan untuk menghubungi Lt Kol Aziz Rashid (B) (gambar) untuk mendapatkan kepastian cerita tersebut. Setelah beberapa bulan mencuba, akhirnya, pada 23 Ogos 2010 jam 2130, saya telah bertemu dengan beliau di Hotel Samila, Alor Setar. Saya sebenarnya tidak mengenali beliau. Saya memberitahu beliau cerita saya tentang 'Tragedi Gubir' tergantung kerana tidak mengetahui bagaimana 18 (bukannya 9) mereka yang 'tertinggal' selepas Ops Gubir (menawan kem pengganas komunis) selamat kembali ke Gubir. Menurut Lt (U) Murad, beliau tidak berkesempatan untuk mebawa keluar baki  18 warga komando tersebut disebabkan hari sudah gelap. Malah, ketika 'approach' ke lokasi itu, Nuri beliau telah ditembak. Penerbangan tersebut pada 1 Mei 1976, jam lebih kurang 1830. Mereka selamat mendarat di Gubir.

1 Mei 1976...Malam Pertama. Tinggallah 18 anggota komando yang diketuai oleh Lt M Aziz Rashid. Menurut beliau, dianggarkan sejumlah 60 pengganas komunis (PK) telah mengepung kawasan yang mereka berada. Lokasi ini ditanam dengan anak pokok getah. PK  datang menaiki lori dan menjadikan malam itu macam satu pesta...mungkin meraikan Hari  Pekerja agaknya...He...He...He. Keriangan PK jelas kelihatan kerana mereka (PK) mengguna lampu picit. Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan dan diarah menduduki 3 lokasi (lihat lakaran). Seorang sentri ditempatkan di antara lokasi 3 dan 1&2. Arahan beliau ialah mereka jangan menembak melainkan kehadiran PK sangat jelas. Ini kerana mereka kekurangan peluru. Malam itu besengkang mata mereka semua. Anehnya...PK tidak menyerang mereka! Beliau sempat menghubungi 'Z' skuadron yang beroperasi di kawasan Gubir untuk memaklumkan keadaan di lokasi. Beliau dimaklum Nuri tidak akan mengambil mereka keesokan hari kerana lokasinya tidak selamat. Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV (rendezvous) dengan satu kumpulan komando yang ditugaskan untuk 'menyelamatkan' mereka di satu lokasi di kawasan Malaysia, berhampiran dengan satu LP.

2 Mei...Hari ke2.  Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2  Alouette 'gunships' ke lokasi Aziz pagi itu. Sebelum bateri set radio 'mati', mengenali pilot gunship, beliau telah mengarah Lt (U) Khalid Ali untuk '..hang bantai' kawasan tertentu. Apa lagi...Khalid pun habiskan kesemua lebih dari 200 butir 20mm HE. Setelah gunships beredar, Aziz dan anak buahnya meninggalkan lokasi tanpa sebarang sarapan kerana kehabisan makanan. Sudah pasti mereka tidak mengambil jalan mudah dengan mengikut 'track' yang sedia ada kerana kemungkinan besar sudah dipasang dengan jerangkap samar dan mungkin juga akan diserang hendap. Mereka bergerak berpandukan arah kompas. Dalam perjalanan, mereka terjumpa 'kem' PK yang ditinggal secara tergesa-gesa. Masih ada periuk, makanan, sebilah pisau dan dokumen yang disahkan  kepunyaan Ketua Pasukan Penyerang (Assault Force). Kemungkinan PK melarikan diri akibat tembakan gunships. 


Sama seperti malam terdahulu, mereka sedar PK sentiasa mengekori mereka tetapi tidak menyerang atau  membuat serang hendap terhadap mereka. Bila malam menjelma, Aziz memerintahkan anggotanya membuat 'rumah batu' (membuat 'hammock'). Memang terkejut mereka mendengar arahan ini...dalam keadaan getir sebegini masih fikirkan keselesaan untuk tidur!  Ini kerana sebarang pergerakan ketika berada di atas hammock akan mengeluarkan bunyi. Sudah pasti keadaan ini memudahkan PK mengesan kedudukan mereka. Kebiasaannya, warga komando hanya tidur berhamparkan ponco atas tanah.


Ini hanya 'umpan'. Aziz meninggalkan 'Jungtel' (jungle hotel) ke lokasi di atas bukit berhampiran untuk mengatur serang hendap. Seperti terdahulu, arahan beliau jangan tembak melainkan kewujudan PK dipastikan. Menurutnya, PK akan pasang lampu picit yang diikat di penghujung kayu. Mereka (PK) akan menyuluh ke arah atas dengan andaian anggota komando akan makan umpan dan seterusnya akan menembak ke arah cahaya tersebut. Pada malam itu, memang seperti yang dijangkakan ...komando kita melihat cahaya ke arah 'atas'.  Alhamdulillah, mereka patuh pada arahan dan tidak termakan umpan  tersebut. Sekiranya tidak, PK akan dapat mengesan kedudukan serang hendap. Apa akan terjadi...Wallahualam!


3 Mei...Hari ke3. Menjelang pagi, Aziz dan anak buahnya turun ke Jungtel. Betul jangkaan Aziz...kem mereka telah dicerobohi oleh PK! Terdapat begitu banyak kesan tapak kaki di kawasan kem...dianggarkan lebih kurang 40 PK. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke RV. Apabila tiba di sempadan Malaysia/Thailand, terdapat lakaran JS yang dilekat di batang 2-3 pokok. Mungkin untuk menakutkan wira-wira yang kelaparan ini. Bagi mengelak dari terkena JS, Aziz  mengarahkan tiga 'haversack' diikat dengan tali dan dilontar kearah yang akan dilalui. Kemudian haversack tersebut ditarik. Sekiranya terdapat JS, ianya akan meletup tetapi tidak akan mengena mereka. Ini diikuti pula sebatang kayu untuk 'prod' bagi menentukan laluan tersebut selamat. 


Proses ini berterusan dan akhirnya mereka tiba di lokasi RV. Di sana, satu pasukan warga komando dari 'Y' skuadron yang diketuai oleh Lt M Rajasegaran sedia menunggu mereka...dengan makanan! Menurut Aziz, buat pertama kali beliau habis makan 1 'mess tin' nasi kerana terlalu lapar. Seterusnya, kesemua mereka bergerak ke LP. Wira-wira ini diterbangkan oleh Nuri dari LP ke Kem Gubir. 


Aziz dimaklumkan pihak atasan sudah mengarahkan untuk menyediakan 18 keranda untuk mereka semua.  Beliau memohon cuti 3 hari dari Pegawai Memerintah, arwah Lt Kol Hasbullah, untuk berjumpa dengan ibu-bapanya.


Lengkaplah coretan 'Tragedi 26 April 1976'.


Lt Kol Aziz Rashid...Terima kasih.

Selasa, 24 Ogos 2010

"Datuk"

Dengar...Dengar...Dengar. Dengan ini dimaklumkan bahawa saya, MEJ NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B), telah dianugerahkan gelaran Datuk! Betul ni...bukan main-main. Negeri mana yang bersedia menganugerkah gelaran ini kepada simejar pencen yang tak habis-habis minta elaun untuk JPP, PTU & KPK ni?

Isteri saya memberitahu ada seorang penjual santan kelapa di pasar Jitra memanggil beliau DATIN setiap kali membeli santan di gerai tersebut (gambar). Beliau memaklumkan kepada sipenjual tersebut bahawa beliau bukan seorang Datin. Tapi sipenjual tetap memanggilnya dengan gelaran tersebut. Malah isteri saya telah menulis dalam blog tentang kisah tersebut di sini.

Pada 21 Ogos 2010, kami telah pergi ke pasar Jitra. Kebiasaannya, saya menunggu dalam kereta tetapi pada hari tersebut beliau mengajak saya mengikutnya pergi ke gerai santan berkenaan untuk membuktikan cerita Datinnya itu. Bila pemilik gerai, sepasang suami isteri, ternampak saya terus sisuami memanggil saya 'DATO'! Sudah pasti siisterinya pula menegur DATIN kepada isteri saya. Mujurlah tiada kenalan berada di situ. 'Datukship' saya dianugerahkan oleh pemilik gerai santan di pasar Jitra. Sungguh hebat keterampilan diri saya ni. Tak apalah...syok sendiri. He...He...He. 

Sekarang serius sikit...Tanpa berselindung (ini bulan Ramadhan...tak baik 'cakap tak serupa bikin') secara jujur saya katakan yang saya agak tersedik apabila terdapat peniaga memanggil saya Pak Long/Pak Ngah/Pak Jang. Tua sangat ke saya ni? Pak Cik tu biasalah. Pada penghayatan saya, kemungkinan kebanyakan mereka 'nampak' lebih berumur dari saya. Tetapi ialah...persepsi mereka pula sebaliknya. Saya sendiri membahasakan diri sebagai Pakcik kepada peniaga yang sudah pasti lebih muda dari saya.


Persoalannya...Mengapa mereka ini tidak menggunakan istilah "ENCIK"? Perkataan ini merangkumi semua peringkat umur. Adakah dengan panggilan Pak Long memaparkan 'kemesraan'? Sudah pasti ramai memandang perkara ini sebagai remeh tetapi jangan lupa kita dilahirkan tidak sama. Ini prinsip yang paling asas yang mesti diambil kira terutama mereka yang berkecinpung dalam bidang perniagaan. Citarasa dan perasaan setiap orang berbeza. Tanpa monopoli, pembeli mempunyai pilihan untuk tidak melanggan peniaga yang dianggap 'terlalu mesra'. Perhatikan ungkapan yang kebanyakan 'Mat Saleh' ucapkan apabila pelanggan memasuki premis perniagaan mereka...'SIR'. Saya sendiri tidak senang sekiranya penjual memanggil TUAN...memadai 'ENCIK'. 


Janganlah kerana hendak mempamerkan kemesraan akhirnya akan menjejaskan perniagaan. Fikir-fikirkanlah.

Isnin, 23 Ogos 2010

Jangan Dilupai Pengorbanan Mereka - Terkini

Pembaca...Saya telah mengemaskini coretan bertajuk "Jangan Dilupai Pengorbanan Mereka" di sini dengan fakta yang dimaklumkan oleh 'Abah' dan keratan akhbar dengan gambar Kpl Yaacob.

Lt Kol Basri & En Roslan...Terima kasih.

Ahad, 22 Ogos 2010

Jangan Dilupai Pengorbanan Mereka

 Menjelang menyambut Hari Kemerdekaan ke 53, rakyat Malaysia perlu disemarakkan semangat patriotisme. Salah satu caranya ialah memperingatkan mereka tentang pengorbanan warga tentera. Ramai rakyat Malaysia yang sudah lupa bagaimana mereka boleh berada dalam keadaan sejahtera sekarang ini. Apa yang mereka nikmati tidak datang menggolek begitu sahaja...tanpa pengorbanan wira-wira yang bersedia menyahut seruan ibu pertiwi.

Peranan yang termampu saya lakukan hanyalah mengasak mereka bertubi-tubi dengan cerita-cerita operasi, termasuk Ops Gubir. Saya bersyukur kerana ada pembaca yang sudi menghantar bahan untuk dijadikan cerita. Salah seorangnya ialah Lt Kol Basri. Beliau  menghantar keratan akhbar berikut membabitkan Ops di Gubir di suatu ketika dulu...

(Nota: 24 Ogos 2010...Untuk mengelakkan kekeliruan fakta sepertimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia tentang Ops Gubir pada April 1976, saya terpaksa menarik balik keratan akhbar berkenaan. Menurut 2 sumber maklumat yang turut bersama dalam operasi tersebut, terdapat kesilapan fakta yang dipertikai. Tiada warga komando terkorban dalam operasi tersebut; hanya seorang warga tim pemusnah jerangkap samar, Jurutera, yang terkorban akibat jerangkap samar ketika menjalankan tugas dalam terowong di kem pengganas komunis beerkenaan). 

Tiga orang warga komando, Sjn Ahmad Jantan (bersara S/Sjn), Trp Hussin Mahbeb (bersara PW2) dan Trp Yaacob Hassan (bersara Kpl) tercedera pada hari pertama kerana terpijak jerangkap samar di kem pengganas komunis setelah selamat diturunkan. Mereka dibawa keluar dari kawasan operasi...tiga casevac! (klik untuk membaca)

         Trp Hussin                                                                                                      Trp Yaacob
                            
    Kosmo 14 Ogos 2010                                                                         Utusan Malaysia 7 Nov 2009

Catatan: Nama ketiga-tiga casevac diberi oleh WO2 Roslan melalui komen beliau. Fakta dikemaskini pada 23 Ogos 2010.

24 April 1976...Setelah kem tersebut ditawan, Menteri Besar Kedah,  arwah Dato Seri Syed Ahmad, telah melawat kem Gubir dan telah diberi taklimat tentang kem pengganas tersebut.
NST pada 25 April 1976


                                                                  
Lt Kol Basri...Terima kasih.      
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Sabtu, 21 Ogos 2010

Satu Kejayaan

Pembaca...Ini kisah bagaimana platun Lt  Ishak membunuh seorang pengganas komunis dan salah seorang anggota beliau WIA dan saya terlibat mengambil casevac dan bodevac pada 26 Mei 1978...

Mission : "search and destroy" Pl 4 telah di perintahkan oleh ketua  kompeni major Kamaruddin Mattan untuk membuat satu rondaan tempur sekitar kawasan sg seraya . Perintah di terima melalui radio pada 24 may pada jam 1640hrs. Pl 4 ketika itu beraya di sektor sg. Kawi. sektor sg Seraya  dibawah tanggung jawab Pl 5  di ketua itu oleh LtM Lee Hock Sun.  ( WIA di kawasan yang sama beberapa bulan  kemudian)

saya sendiri mengetuai rondaan itu dengan di bantu oleh Kpl Husin ,L/ kpl  Hamid dan L/KPL Alias PGB dan 12 anggota .Mula bergerak daripada Forward base pada jam 0730 pagi Kami  dan melintasi  mendaki satu banjaran yang memisahkan kawasan T/J sektor sg kawi dan sg seraya. Kami sampai di kawasan yang di arahkan pada jam lebih kuarang 1700hrs dan semasa menbuat tinjauan dekat di kawasan yg di tuju, Lokasi ini di atas permatang, betul betul di atas garisan sempadan Malaysia /Thai ( Border line),. 

setelah membuat sedikit battle appreciation  dan terus mengatur kedudukan serang hendap. killer gp saya sendiri, right cut off KPl Husin left cut Off Kpl Hamid . dan Lkpl. Alias PGB rear protection. Semasakami sedang mengaturkedudukan hujan panas turun dengan lebatnya.  . Hujan berhenti pada kira kira jam 1800Hr.

Musuh memasuki  kawasan s/hendap pada  jam 1845 dan berlakulah satu pertempuran  selama 10-15 minit dan tembakan diberhentikan setelah cuaca gelap. Tiada sebarang pergerakan di lakukan. segala nya terheti i dengan sendirinya. Tak nampak apa,  gelap

selasai bertempur di dapati  seorang anggota  tercedera di siku kiri . Renjer Badrun. Musoh tidak di ketahui . Kami bermalan di tempat yang sama  tanpa melakukan lain lain pergerakan kecuali merawat rjr badrun.

Keesokan hari 26 may  awal awal  at first light kami membuat search and sweep kawasan pertempuran.  Hasilnya  kami membunuh seoarang musuh, menjumpai barangan persendirian dan sepuchk M15.  Kesan kesan darah yang banyak di atas denai denai  yang menuju ke Thailand. Di anggarkan 3-5 Musuh telah cedera / terbunuh tapi sempat dilarikan balik ke Thailand. No follow di benarkan kerana  mereka  melarikan diri ke Thailand.

request for medevac di buat , Oleh kerana kawasan itu terlalu dekat dengan sempadan dan hutan tebal dengan pokok pokok yang terlalu tinggi dan ianaya begitu sukar untuk membuat wincing pt makan kami terus membuat usungan untuk yang WIA dan  mayat musuh, bergerak dan mencari lokasi yang sesuai  untuk buat w/ Pt.

 Kami sampai di tepi sg Seraya baru jumpa kawasan yang sesuai untuk buat  W / Pt. dan akhirnya Rjr Badrun dan mayat musuh di winched dan terbang keluar .

Kami bermalam di situ juga  dan pada 27 may bergerak semula ke forward base pl 4 dan tiba pada jam 1530hr,

30 May bergerak ke LP/ FSB marker INDIA  dan 31 may RTB ke Kem Batu Uban. Penang.

note:  14 MTA
CO Allahyarham Lt KOL Harun Al Rasheed- 
OC Major Kamaruddin Mattan

Pengajaran daripada kejadian ini.
Kita boleh menyaksikan sendiri keberanian seseorang , taat setia dan kerjasama memerlukan pengorbanan ketuanya. Lead by example.
I am proud  to say  I did it.


Untuk makluman, gambar ini diambil oleh Mej Ishak '...taken from my kodak pocket camera ketika resup....it was bulan puasa.....'; caption oleh Mej Swami. Saya sungguh tertarik dengan gambar/caption tersebut sehingga saya berhasrat untuk dijadikan hiasan pada kulit belakang buku saya "coretan xnuripilot", InsyaAllah. Unit terakhir beliau ialah 8 Renjer sebelum mengundur diri dari ATM dan sekarang ini berada di luar negara. 

Mej Ishak Bin Mohamad Isa (B)...Terima kasih. 

Jumaat, 20 Ogos 2010

Gubir...

Pada 17 Ogos 2010...saya terima e-mel berikut dari seorang pembaca, Mejar Ishak Bin Mohamad Isa (B)... 
Tuan,
nak tanya sikit.
Tuan ada dah terlibat dengan  Casevac & Bodivac pada 26may1978. Extraction  guna kaedah winching. Ops Sedar Gubir11. sg Baho- sg Seraya. LP mkr India.
Kalu tuan terlibat tolong masuk dalam blog tuan.

Bcos I want to write about that incident.
Untuk kepastian, saya telah merujuk kepada 'Flying Log Book' dan memang saya membuat penerbangan pada 26 May 1978. Butir-butir adalah seperti berikut:
  • Krew ~ Saya/Lt M (U) Md Som/Sjn Mansur
  • Pesawat ~ FM 1718
  • Nama Panggilan ~ Capung 282 Juliet
  • Tugas ~ Butterworth - Gubir - LPs - Butterworth (casevac)
  • Jam Penerbangan ~ 4:05 jam termasuk 1:05 jam penerbangan malam
Saya pun membalas e-mel beliau untuk mengesahkan pertanyaan beliau. Pada 18 Ogos,  beliau menghantar ceritakan ini...
 
Casevac yg tuan buat pada 26 may 1978 adalah  sisilan keatas kejadian yang berlaku pada 25 May .
 
Pada 25 May 1978  Pl 4 B coy. 14MTA ( now 9Rangers) pada  1845hrs bertempur dgn sekumpulan  musoh di atas sempadan M'sia /Thai. dalam pertempuran itu  seorang musoh berjaya di bunoh dan seorang anggota pl WIA. (Wounded In Action).
 
26 May , pl di arah mengeluarkan mayat musoh dan yang cedera keluar. Kami terpaksa bergerak dari kawasan pertempuran dan membina  wincing pt .  
 Pada jam kurang lebih 1630hrs, saya dapat berhubung dgn AC (aircraft) melalui radio dan saya diarah kan untuk pasang smoke dan akhirnya casevac berjaya dibuat dgn selamat.
 
Masih dalam ingat saya , radia conversation pada hari itu....."Hello  two one alpha this is alfa charlie..."
 
Pada zaman itu.... banyak lagi peristiwa yg dilalui yg melibatkan saya bersama dg NURI. 2 most memorable incidents....
 
1. NURI yang terhempas di Terendak tahun 75 .
2. Heli yang  kena tembak di Mkr Speedy (south Thai)   troop yg  yg hendak di buat insertion pada hari itu adalah  troop yang sama terlibat bertempur di Gubir - Apabila  heli kena tembak, Heli masih lagi about 6 - 10 feet above the gnd.  Kami terjun, macam kambing keluar kandang setelah AQ bagi arahan terjun. Sebenarnaya kami tak tau pun heli tu kena tembak dan pasai apa mesti terjun tak seperti biasa landing.... Everybody was safe no injury.
FSB/  LP  ini lah juga, dimana Lt MUSA dari Kor Arti cedera kena booby trap dan buta ketua2 matanya. 
 
Overall  dalam perkhitmatan  the first 10 was  GUBIR, Keroh , Gerik , Batu Melintang, Gua Musang,  Raub and south Thailand. After CPM sudah serender, ATM jadi mat bunga...so I pun join PARA. Nak rasa  new life, new environment  last last PARA pun dah jadi pasukan pertunjukan jeee... so,I say  Bai bai. 
 
Tuan, 
Your blog sungguh hebat, ia membawa  seribu kenangan dan THANK YOU very much.
 
selamat berpuasa
 
regards

Saya telah mencadangkan kepada Mej Ishak agar menulis kisah platun beliau membunuh seorang pengganas komunis. Sungguh gembira kerana beliau tidak menghampakan saya. 


Mej Ishak...Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda. Saya akan menjadikan kisah ini sebagai bahan untuk "Koleksi Pengalaman" nanti, InsyaAllah.

Khamis, 19 Ogos 2010

Penentuan Ketulinan Madu Lebah

Persamaan Madu yang Dihasilkan Lebah dengan Al-Quranul Karim...

“…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 69).

Madu lebah...Saya memang suka. Setiap pagi saya mengambil 1 sudu teh madu dengan oats. Orang kata bagus untuk mengurangkan kolesterol dan memberi tenaga. Tu sebab bulan Ramadhan pun masih mampu tarik troli dan kulit tak keredut...tak perlu suntikan botox. He...He...He. Tetapi masalahnya ialah saya tak tahu sama ada yang dibeli itu tulen atau tidak. Sipenjual sudah pasti menyatakan madu itu 100% tulen. Beli dari pasar raya yang diimpot dari negara 'Mat Saleh' pun, macam rasa gula sahaja.

Beberapa bulan lalu, saya telah menonton program'Hello Malaysia' di Astro saluran 502 membincangkan tentang madu. Tetamu jemputan ialah Ketua Pengarah FAMA dan Prof Dr Nor Hayati dari USM, Kubang Krian. Prof ini merupakan seorang pakar dan banyak membuat penyelidikan tentang madu. Menurut beliau, untuk menentukan ketulinan madu, hanya ada satu cara sahaja...hantar ke makmal untuk dianalisa. Petua-petua yang kerap saya dengar tidak dibuktikan secara scientifik.

Menurutnya,  beliau telah membuat kajian tentang madu lebah 'Tualang' keluaran FAMA dan mengesahkan ketulinannya. Apa lagi, saya pun terus membelinya. Mula-mula dulu harga untuk botol 230gm Nett RM19, sekarang RM25. Tak apalah...janji tulen!


Mula-mula saya tidak simpan dalam peti sejuk. Tetapi kerana semut juga ingin kongsi bersama, saya terpaksa menyimpan dalan peti sejuk. Apa yang saya perhatikan, madu tersebut jadi beku - macam sekaya. Maka, tersedik dalam hati...mungkinkah madu keluaran AgroMas tidak tulen? Tapi, Prof kata tulen dan dia seorang pakar. Untuk mendapat kepastian dan penjelasan, saya telah menghubungi 'Pusat Memproses Madu Lebah FAMA' di Kuala Nerang.


Ini jawapan pegawai FAMA berkenaan...


Re: Madu Tualang
Tuesday, 17 August 2010 16:02:34
From: AZMI ISHAK azmi_ishak@fama.gov.my

To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com

assalamualaikum  tuan,

Terlebih dahulu pihak fama mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjadi pelanggan
setia madu lebah'agromas' keluaran fama. Untuk makluman tuan madu tidak digalakan
di simpan di dalam peti sejuk( enzim madu akan  turut beku / mati ). .Keberangkalian untuk
madu menjadi beku akan terjadi seperti yang tuan alami.Tetapi madu tadi boleh di cairkan
semula apabila tuan mengeluarkan nya daripada peti sejuk dan di letak kan pada tempat yang
panas atau di lapkan botol tadi serta di biarkan kering... madu akan cair semula.Ini pun dalam
jangka masa yang singkat bagi penyimpanaan madu di dalam peti sejuk. Jika madu di simpan
lama di dalam peti sejuk kemungkinan tidak boleh di cairkan lagi megunakan cara ini.

Sebenar nya mendapan yang terjadi di dalam madu ini merupakan gula daripada necktar
bunga atau madu itu sendiri ( fructose ) yang kadang kala akan pecah daripada komponen
madu itu ...bukan daripada campuran gula pasir atau ( sucrose ). hal ini biasanya nya terjadi
1 - 2 botol  : 500 botol - 1000 botol setiap kali keluaran. Madu ini sebenarnya masih boleh
di gunakan lagi ...tetapi pihak fama akan menukar dengan yang baru bagi keselesaan pengguna
/ pelanggan.

Pihak FAMA akan mengantikan produk madu tadi dengan yang baru untuk tuan apabila tuan
datang ke Rumah Madu Kuala Nerang.

Sekali lagi pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi.

Terima kasih.

saya yang menurut perintah

AZMI BIN ISHAK
(Pengurus Pusat Madu Lebah)
Pegawai FAMA Daerah
Pejabat FAMA Daerah Pdg Terap/Pokok Sena

En Azmi memberitahu saya untuk menghantar madu tersebut ke Pusat Madu untuk diganti.
Tak berbaloi...kos pergi ke Kuala Nerang melebihi harga sebotol dibeli di kedai Agro Mas.

Beliau berjanji akan menggantikannya apabila beliau berkesempatan pergi ke Jitra. Itu 
satu 'service' yang membanggakan. 


Rabu, 18 Ogos 2010

Sony Ericsson 'Satio'

I'm so excited...On 14 Aug 2010, my beloved wife presented a Sony Ericsson 'Satio' hand phone. It cost her RM1300. Of course I'm very grateful to her but the trouble is ...I don't know how to use it! I'm the type who is simply 'lazy' to read the manuals, and so she has to read and does the explaining to me. I'm so used to my RM450 Nokia which I bought 3 years ago and I find the new phone too complicated with it's touch screen functions. But never mind lah...I'm sure I'll manage to master it soon. No big deal. He...He...He.

What I really like about the phone is its 12.1 mega pixel camera. Before this, my Nokia was only 2 mega pixel. See the picture taken with my Satio...Sharp, don't you think so?


Talking about cameras...On 22 February 2010, I bought this  Nikon compact camera. Your guess is right...I never bothered to read the manual and found it too cumbersome. I might as well use the phone's camera. So, the camera was unceremoniously handed over to my wife. However, one of these days I'll acquire one of those DSLR Nikon or Canon cameras, InsyaAllah. I think photography is one hobby where age does not matter. Actually, during my first tour in RMAF Kuantan, I was really interested in photography so much so, I spent my free time in the Base's Photo Section, learning the techniques to develop films.

Well, with a DSLR camera, who knows I might be a world renowned photographer. Imagine, photographs taken by Nor Ibrahim of Malaysia in 'National Geographic' magazines or being appointed as an official photographer to the King. One has to have a dream as a catalyst to push oneself. He...He...He.

I called my KL friend about my new toy. He told me that his wife, too, presented him an iPod (something sounding like that & whatever it is) 2 years ago. It cost her RM2500. Like me ( we're of the same era) he doesn't know how to use it. All he did was to keep recharging it. And, he bought himself a RM300 phone for daily use instead. His daughter is eyeing the iPod but he won't depart with it...A present, mind you.

We really had a good laugh!!