Sekiranya padang ini boleh berkata-kata...banyak cerita yang akan tercungkil!
Lihat gambar berek-berek. Keempat-empat 'dinding' diperbuat dari zink. Sekarang anda memahami mengapa 'footsloggers' ketika itu semuanya slim belaka...BMI tidak melebihi 24. Perkataan 'obes' terlalu asing kerana mereka disediakan dengan kemudahan sauna sepanjang bertugas di Gubir secara...PERCUMA! Sungguh prihatin pihak atasan ATM terhadap kebajikan anggota mereka sehingga sanggup menyediakan kemudahan ini!!
Sempat bergambar sebelum menerbangkan ransum dengan kaedah 'underslung'...
Kol (U) Fauzi dan anak buahnya bersama warga RAMD serta anggota Unit Hantaran Udara (kanan sekali)
Ketika 'refuelling'...
Kiri ke Kanan: Kol (U) Fauzi, Mej (U) AB Ooi, Kapt (U) Raja Mohd, Kapt (U) Ahmad Repi, Sjn Chen
Xxx Xxxxxxx...Ada perbezaan tak dengan keadaan kem sekarang ini? Terima kasih sekiranya anda boleh menghantar semula gambar-gambar Kem Gubir untuk dijadikan perbandingan.
Dato'...Terima kasih.
14 ulasan:
Salam Tuan
Saya berkesempatan untuk mengingati kembali pemandangan Kem Gubir semasa dalam perjalanan untuk bercuti di Desa Utara Pedu Lake Resort yg sekarang ni tinggal nama saja. Tapi hanya dapat melihat dari kejauhan saja yg mana pemandangan dari jalan mengadap ke kem tersebut diindahkan lagi dengan background yang berkabus.
Kami berkesempatan masuk tapi setakat Guard Room saja bila mana seorang peserta konvoi kami terbabas kerana geram melihat selekoh jalan ke Pedu Lake menyebabkan beliau alpa.
Rawatan awal yang diberikan oleh anggota tentera tersebut amat mesra. Walau pun sekejab saja tapi borak punya borak, dah lama jugak kami melepak sana.
Sayangnya, tiada kesempatan untuk bergambar kerana kemalangan tu lagi pun saya faham bergambar di dalam kem ini adalah salah kerana sasaran penting.
Unit mana bertugas pada masa itu saya dah tak ingat tapi sekitar tahun 1996. Rasanya unit RAMD.
Diharap agar dapat dimuatkan sekali lagi gambar dari XXX xxxxxxx tu.
Tuan,
Gambar tersebut begitu 'nolstagic' betul bagi diri saya. Dimana ditengah padang tersebut juga lah pemilihan anggota yang 'Volunteer' untuk melakukan serangan dan disitu jugak lah GOC ketika itu memberi taklimat dan kata-kata perangsang sebelum serangan dilakukan.
Salam Tuan!
Memang nostalgic macam Abah kata....Kem ini di bina oleh 1 Skn RAJD,Taiping di bawah peruntukan JPG-Jawatankuasa Perancangan Gerakan MKN..atas sifat " Temporary Camp" di kenali sebagai Engineer Pike Hut..memang berdinding zink kemudian di ubahsuai papan dan terbaru dinding Bata/Konkrit....Kini masih di bawah senggaraan pasukan RAJD.
Tengok gambar anggota Hantaran Udara tu saya teringatkan Allahyarham Pbt Satar(org kg saya di Pendang,Kedah) berpangkalan di Taiping.Pada 23 April 1976 hari Khamis, waktu saya msk ke Kem PGK tu beliau nampak saya naik heli yg di pandu Kapt Shariff..lantas memaklumkan Almarhum Ayah saya keesokan hari 24 Apr 1976 Hari Jumaat...Pada 25 Apr 1976 Hari Sabtu pagi saya transit bersama Jenazah Almarhum LKpl Abdullah(dlm Nuri)....x ingat siapa pilot??? di pdg tu lah dlm perjalanan ke Hosp Alor Star...Panglima Bde BG Dato Arul menjengok bertanya khabar...Satu Kenangan Mengusik Jiwa!
Buat mereka di sedekahkan Al Fatihah..AMIN!
Sangat suka melihat gambar2 pilot TUDM dalam era tersebut. Lebih daring dan bergaya lagi apabila mereka memakai flying suit.
Luke
Saudara Kamal,
Saya sempat mengambil gambar kem Gubir dalam perjalanan ke Desa Utara juga pada 1999. Gambar itu disiarkan pada coretan bertajuk "Setahun Sebelum...". Ketika melintas kem tersebut saya tidak perasan bahawa itulah satu-satunya kem yang banyak membawa kenangan.
Saudara Basri & Abah,
Memang nostalgik! Di padang itulah saya sendiri mendengar tembakan konvoi mendiang Kapt Hardev diserang hendap, diikuti sebuah Land Rover meluru ke padang ditembusi peluru. Tengah harinya pula, saya sendiri memeluk mayat mendiang ke dalam Nuri dan seterusnya mendarat di padang.
Di sini juga Lt Kol Mahenderan, CO ? Renjer, menyediakan Coca Cola apabila mendarat bagi setiap sortie kerana terlalu panas. (Belum lagi masuk sauna percuma). Dan, makan ikan kelah bakar.
Saudara Luke,
Bergaya apalah pakai flying suit...!
Saudara Mej (B) Nor,
Pada saya agak bergaya memakai flying suit...Hehehe..
Saudara Mej (B) Nor,
Pada saya agak bergaya memakai flying suit...Hehehe..
Lupakan Gubir, dah tak penting lagi kepada negara - mencatatkan kisah ngeri yang menjadi sejarah pada negara....
Yang lebih penting ialah bagaimana cara pihak kerajaan kita dapat menghargai sumbangan jasa2 hero negara yang telah berkorban nyawa, sengsara dan airmata kerinduan keluarga pada masa itu setimpal dan terbalas sebagai tanda ucapan berterimakasih yang tak terhingga.
Ingatlah....tanpa hero-hero ini dimanakah agak generasi sekarang?
Adakah masih dihutan? Masih mundur kerana banyak wang kerajaan dan masa terbuang - terbantut angkara perbuatan bodoh pengganas2 komunis yang tak berguna dan tak berhati perut itu...Fikirkan lah....
Saudara Nota Fikir,
Terima kasih kerana membaca coretan saya. Tak mudah nak lupakan sesuatu saya sendiri mengalaminya. Dengan adanya coretan ini, kemungkinan ramai golongan muda mulai sedar pengorbanan kami dulu. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana anda sendiri menghargai perjuangan kami. Kita seharusnya belajar dari sejarah.
Attn : Nor Ibrahim,
Saya Zainal.. Ex KP yg supply ration and fuel during Ops Gubir 2. If you remember.. I bagi you cap BANNER Aerospace masa you with AIROD. Saya juga diGubir pada masa itu. Call me at 012-234-3711.
Wassalam,
Dear Zainal,
Thank you for stopping by. Of course I remember you. Yor're then with Shapadu.
Salam Nor,
I stumbled upon your Blog and have explored and read with interest on previous write up and comment especially dalam cerita Gubir. Syabas. Sebenarnya I wrote a book atas tajuk 'Inilah Barisan Kita Skot 22' which actually ialah kompilasi emails antara kami dalam SSC Intake 22 yang mengandungi lebeh 500 pages dengan kata aluan oleh mantan PAT Jen (B) Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal.
Salah satu tajuk dalam buku tersebut ialah 'Whatever happened to Baton One', mengenai peristiwa semasa diGubir on that dreadful morning of 26 April 1976 dari prospective 'events from an account of a meserable 2LT serving in the front line'. The story itself is in 3 parts.
Buku IBK Skot 22 tersebut juga didalam CD yang mempunyai link to songs, website info termasuk ayat alQuran and all thie while is confined to my Skot sahaja and I am anxious to see what's the public opinion will be on my writing. Perhapas I can provide you cerita 'Whatever happened to Baton One' itu thru your email.. and if you see there's merit maka by all means masukkanlah dalam Blog you ini.
Wassalam,
Z
Salam...sy anak bongsu kpd arwah Kol Mohamad Che Wan a.k.a Kol Mat Brush...sebagai anak askar rasa bangga bila pengorbanan anggota askar terhadap negara,cuma apa yg nota fikir kata tu mmg berasas,anggota2 yg betul berjuang dulu dh mcm pampers,langsung kita xtau sejarah mereka,klau x baca blog ni sy sendiri xtau kisah asam garam askar2 zaman dulu...uncle sy ex pilot arwah Capt.Shaukat Ali,sebagai mengingati dia sy namakan anak saya Shaukat Aliff...
salam...sy anak bongsu kpd Col(R)Mohamad Che Wan,mohon kalau uncle ada story pasal my dad or 1st Intake Cadet Wing 57,tlg update bleh...my uncle arwah Capt.Shaukat Ali
Catat Ulasan