Pengikut

Selasa, 7 Jun 2011

Tarzan Malaysia

Pembaca....Tahukah anda bahawa Malaysia ada seorang "Tarzan"? Jangan terkejut....memang  ada. Salah satu 'ciri-ciri' Tarzan yang dipopularkan oleh Edgar Rice Burrough, selain Lady Jane dan chimpanzee, ialah melawan buaya dengan tangan dan pisau sahaja. Ciri ini terdapat dalam 'Tarzan Borneo' yang berasal dari Sabah, arwah Abdul Salam Candiah Logan.
'Tarzan' menaikkan buaya yang dibunuhnya - dirakamkan dalam filem "Borneo" terbitan  'Martin & Osa Production' dan diabadikan di muzium production house tersebut

Pada 1 Jun, saya terima sms daripada saudara Mahrup A.C. Logas, waris kepada Tarzan kita. Melalui anaknya, saya seterus telah menerima keratan akhbar 'Daily Express' bth 15 Nov 2009, bertajuk "Remembering Borneo's Tarzan". Menurut laporan akhbar berkenaan, penerbit tersebut telah membuat filem "Borneo" pada tahun 1935. Kisah benar in berlaku di Kuala Abai, Kinabatangan, Sabah. Tetapi malang sekali tidak ditayangkan. Ini kerana pengarahnya, Martin Johnson, telah terbunuh dalam nahas pesawat ketika dalam penerbangan ke California untuk mengedit filem tersebut.

'Tarzan' diapit oleh 'Feely' (kiri) & 'Jeeli' (kanan) - pelakon "Borneo"

Tiadakah pengarah/production house di luar sana yang sedia memilemkan kisah Tarzan 'Made in Malaysia' ini? Negara kita mempunyai seorang Tarzan yang betul-betul wujud; bukannya watak yang wujud dalam imaginasi Edgar Rice Burrough. Sekiranya ada, sila hubungi saudara  Mahrup A.C. Logan di 019-2073039. 

Sound macam iklan saja....He....He....He. 

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita macam ni lah sepatutnya Bloggers kita ketengahkan untuk pengetahuan generasi sekarang supaya mereka jangan ingat Crocodile Hunter je yang terror.

Sekarang imej Malaysia telah tercemar dengan video dan cerita 'Tarzan Lost his Cawat' yang hero nya juga cuba membuat aksi Houdini's escaping act.

yankeeALPHA berkata...

action tentera semasa operasi di Gubir kalau di filemkam kan ke menarik. ketangkasan pilot TUDM , RGK, dan unit2 lain ketika menentang komunis laknatullah...dan filem itu nanti di beri nama.... GUBIR...sepanjang filem itu nanti semua action takde cintan-cintun...

pakjoe berkata...

Assalam tuan,

Apa yang dipaparkan di halaman blog tuan semakin lama semakin menarik :) Teruskan membongkar dan menulis

Tanpa Nama berkata...

baru selesai baca buku x nuri dari kul 8am hingga 5 ptg. sangat menarik dan patut difilemkan.zamiri

Tanpa Nama berkata...

baru selesai baca buku x nuri dari kul 8am hingga 5 ptg. sangat menarik dan patut difilemkan.zamiri

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Saya ada mencadangkan agar saudara Mahrup menghubungi YB Dato' Bung Mokhtar kerana Kinabitangan adalah kawasan beliau. Dengan 'connection' beliau, saya pasti hasrat waris Tarzan untuk memilemkan 'hero' Malaysia ini mungkin akan menjadi kenyataan, insya-Allah.

Saudara Zamiri,

Terima kasih.

Unknown berkata...

salam.. maaf bagitau di saat akhir.. mohon copy gambar buku tuan untuk ditampal dalam blog saya... ada sedikit review blog tuan utk dikongsi dengan pembaca blog saya.. terima kasih

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara nitestalker,

Terima kasih kerana mempromosikan buku saya & dipersilakan.

Tanpa Nama berkata...

salam...saya adalah salah seorang waris kepada arwah atok saya yang bernama A.C. LOGAN KANAYAH atau nama muslimnya ialah Abdul Salam Abdullah...saya juga brfikir jika filem arwah atok sya d filemkan smula n d tayangkan berkemungkinan generasi muda dapat tahu yg Malaysia mmpnyai Tarzan sbnar d suatu msa dahulu pda thun 1935...sya ada byk gambar arwah atok yg brsama martin n osa johnson n org2 kinabatangan...rajzypa logan

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Saya tak tahu apa cerita selepas En Mahrup keluar dalam program MHI. Anda tahu apa perkembangan terkini?

Unknown berkata...

Film itu mmg sengaja dibuat-buat utk industry film. Bukan nyata Logan membunuh buaya

Unknown berkata...

Saya ada lah cicit kepada Ac logan atau nama islam nya Abdul salam cerita ini bukan rekaan semata2 tapi suka cita dan rasa sedihnya saya mahu memberi tahu bahawa arwah atok saya saudara mahrup ac logan sudah kembali kerahmatullah oktober 2014 lalu... Dan saya berjanji akan memperjuangkan misi arwah atok says Dan sebarang pertanyaan bole hubungi saya 0177422956 atau 0187904897