Followers

Friday, June 17, 2011

MHI - 22 Jun 2011

Berita terkini berkaitan coretan ini....


Saya terima sms ini pada 15 Jun, jam 1159, daripada waris 'Tarzan Malaysia'.....Assllmkm. Major I'll be on air. MHI by 22.06.2011. I won't get it without you, sir. may God bless U'. Apabila ditanya waktu siaran '....antara 8.30-9.00'.

Saudara Mahrop, iaitu waris Tarzan, telah menghubungi saya bertanyakan sama ada saya boleh membantu beliau dalam menerbitkan filem Tarzan Malaysia ini. Tak dinafikan memang saya kenal semua orang ternama di seluruh dunia, termasuk pengarah/penerbit filem terkemuka, tetapi masalahnya....mereka tak kenal sipesara mejar ni!!! He...He... He. Apa yang saya boleh bantu hanyalah memberi # telefon penerbit 'Malaysia Hari Ini' di TV3 dan mencadangkan beliau menghubunginya. Beliau terima saranan saya ini dan hasilnya ialah sms di atas.

Sudah pasti saya akan menonton MHI pada tarikh/jam yang dinyatakan, insya-Allah. Teringin juga nak tengok saudara Mahrop yang saya kenali hanya melalui sms. Golf tolak ketepikanlah untuk hari itu nanti. 

'......U are always in my mind sir. I wish I could meet you..'. Satu penghargaan yang tak ternilai harganya...Terima kasih.

Saudara Mahrop....Saya berharap anda akan berjaya dalam impian untuk mengabadikan kisah 'Tarzan Malaysia', Insya-Allah.

4 comments:

mangchikla said...

'Tak dinafikan memang saya kenal semua orang ternama di seluruh dunia, termasuk pengarah/penerbit filem terkemuka, tetapi masalahnya....mereka tak kenal sipesara mejar ni!!! He...He... He.'

kkakkakakakaakakakaakakaaka

SENAPANG PATAH said...

salam tuan...

tengah duk2 bukak internet ni terjumpa pulak link ni...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm

ketinggalan rupanya saya ni..hehehehe

Temuk said...

As-Salam Mej.
Wow, harap-harap saya pun dapat menontoninya. Mej agak ada ke sang rangkak nak di bawa bersama dalam MHI tu? Ceria selalu!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Mangchikla,

Tanpa mengenali mereka yang berkenaan, bukan mudah untuk memohon sesuatu. Ini kenyataan kehidupan.

Saudara SENAPANG PATAH,

Terima kasih.

Waalaikumussalam Cikgu,

Kalau sang rangkak dibawa bersama, lintang pukang satu studio tu nanti.