Followers

Sunday, June 26, 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 1

Pembaca...Saya telah berjaya menyakinkan seorang squad-mate, Mejar Dato Salehuddin Abd Muttalib PGB, untuk menceritakan pengalaman beliau. Saya telah menerima e-mel berikut yang bertajuk di atas. Beliau telah ditauliahkan dalam pasukan Peninjau (Amor). Ikuti ceritanya....  
Saya, Mejar Dato Salehuddin Abd Muttalib, telah dilahirkan pada 16 haribulan November 1948 di Rumah Guru, Sekolah Melayu Jalan Sungai Nibong, Telok Anson (Telok Intan) Perak, merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik beradik. Bapa saya, Tuan Haji Abdul Muttalib bin Haji Abdul Rahman, adalah saorang guru berkelulusan dari Maktab Sultan Idris, Tanjung Malim (Sultan Idris Teachers College) pada tahun 1942. Saya mendapat pendidikan awal dari darjah Satu hingga Dua di Sekolah Melayu Jalan Sungai Nibong, Telok Anson (Telok Intan) sebelum berpindah ke Sekolah Melayu Jalan Birch, Ipoh, Perak dari Darjah Dua dan Darjah Tiga. Selepas itu, saya telah beerpindah ke Sekolah Melayu, Kampong Melayu, Aerodrome, Ipoh, untuk sementara waktu.  Pada tahun 1958, saya ditempatkan di Sekolah Melayu Jalan Pasir Putih, Ipoh. Pada tahun 1959, setelah lulus peperiksaan kelayakan untuk memasuki sekolah Inggeris, saya telah ditempatkan di Darjah Sepecial Malay Class 1, St Micheal’s Institution Primary School; seterusnya Special Malay Class 2 dan Darjah Enam hingga tahun 1961. Pada tahun 1962, saya berada di St Micheal’s Institution, Ipoh,  di Tingkatan 1 sehingga tamat pengajian saya di Tingkatan 5 pada tahun 1966.

Permainan rugby, hockey dan kricket merupakan sukan yang paling saya minati. Saya mempelajari permainan rugby itu daripada anggota anggota 13/18th Royal Hussars Regiment, Remmelles Camp, Ipoh, yang kebetulan tinggal bersebelahan dengan rumah kediaman saya di Ashby Road, Ipoh. Kadangkala saya dijemput berlatih, bermain bersama dengan pasukan Royal Hussars Regiment itu. Saya pernah mewakili Negeri Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam sukan rugby, cricket dan hockey. Saya pernah mewakili Negara dalam sukan rugby.

Dengan sebab itu, saya telah digalakkan oleh seorang kenalan daripada 13/18th Royal Hussars Regiment untuk menceburi dalam bidang ketenteraan agar minat dan bakat  permainan rugby mendapat pendedahan yang lebih meluas lagi.

Semasa berlajar di St Micheal Institution, Ipoh, minat saya dalam ketenteraan bermula dengan  menceburi Pasukan Kedet Bersatu (Kadet Tentera) semenjak Tingkatan Satu lagi, iaitu pada tahun 1962 sehingga saya berada di Tingkatan Lima pada tahun 1966. Dengan memasuki Kadet Tentera Bersatu ini, ia adalah asas  bagi saya mula berjinak-jinak untuk menceburi ATM. Semasa di dalam Tingkatan Empat, Pasukan Kedet Bersatu St Micheal’s Institution telah menganjurkan satu ‘Annual Camp’ bersama-sama dengan Rejimen Kelima Askar Melayu DiRaja yang bertempat di Kem Remelles Ashby Road, Ipoh. Di sini saya telah dilatih cara-cara untuk menembak, membaca peta dan juga berkawat. Kami telah di tempatkan di satu berek yang mana kami dikehendaki hidup sebagai seorang tentera. Pengalaman ini telah mendorong saya serba sedikit untuk menceburi did alam bidang ketenteraan. Galakan daripada sepupu saya, Major Abu Sofian bin Abd Rashid (Royal Electrical Mechanical Engineering yang berpangkalan di Singapura ketika itu), sedikit sebanyak telah menaikkan semangat saya untuk memasuki ATM.

Selain mendapat galakan daripada  kenalan, minat yang telah sedia wujud dalam jiwa saya untuk menjadi seorang anggota tentera juga telah menyebabkan saya menceburi bidang ketenteraan walaupun  tidak disenangi oleh kedua Ibu Bapa saya,  selepas menamatkan pelajaran pada peringkat Senior Cambridge. Kedua ibu bapa ingin melihat saya menjadi saorang guru sekolah demi untuk meneruskan perjuangan Bapa saya di dalam bidang pendidikan. Saya pernah pergi temuduga dan memasuki ujian sebagai guju pelatih di Ipoh. Sebelum memasuki Angkatan Tentera Malaysia, saya sempat berkerja sambilan selama 2 bulan sebagai penjual insuran nyawa bersama dengan Malaysian Cooperative Insurance Society.

Pada bulan December 1966, saya bersama dengan jiran baik sekampung, Mohamad Azumi Mohamed (General Dato Seri Mohd Azumi Mohamed, Bekas Panglima Tentera Darat), telah memohon untuk memasuki ATM sebagai Pegawai Kedet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Setelah lulus kesemua temuduga dan pernilaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pemilihan ATM, saya memulakan kerjaya saya dalam ATM sebagai Pegawai Kedet Tauliah Jangka Tetap Panggilan ke-11. Pada 5hb Mei 1967 dengan waran keretapi Kelas 2, berangkatlah saya dari Ipoh untuk satu perjalanan yang akan mencorakkan masa depan saya. Mulai 6hb Mei 1967, Nombor Tentera 410320 inilah pengenalan diri saya selama 17 tahun. Saya telah ditauliahkan pada 12hb April 1969 kepasukan pilihan saya iaitu Rejimen Peninjau Malaysia dan bertugas di Pasukan Rejimen Pertama Peninjau Malaysia (1st Malaysian Reconnaissance Regiment) yang berpengkalan di Kem Sunggala, Port Dickson, Negri Sembilan.
Minat saya terhadap pasukan Peninjau berputik sejak saya kecil lagi. Hal ini mungkin kerana Kem Pasukan Royal Hussars terletak bersebelahan dengan rumah saya dan sejak kecil saya sering melihat kenderaan perisai dan kenderaan besi (armored vehicles) yang digunakan oleh pasukan berkenaan.

Bersambung....

7 comments:

abu muaz said...

menarik kisah dan cerita sebegini diketengahkan pada masyarakat... boleh dijadikan motivasi buat anak - anak remaja kita

Anonymous said...

Kisah yang menarik..Boleh memupuk semangat cintakan negara kepada anak muda kini.
Keep it up, sir!

basri bin omar said...

Salam Tuan dan Dato'!

Tk atas paparan ni...lama dah tak jumpa walaupun tinggal satu kariah...tambahan dah dapat Suri baru...any way WELL DONE Dato' keep it up!

Anonymous said...

Salam tuan,

Tuan, apa pendapat tuan tentang perkembangan ada gerakan ingin menghidupkan fahaman komunis baru-baru ini?

Luke

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Luke,

Saya rasa anda sudah pasti boleh mengagak apa pendapat saya terhadap soalan anda!

Anonymous said...

Selamat Pagi Tuan,

Sudah tentu saya dapat mengagak pendapat tuan. Sebenarnya, saya amat bimbang dengan perkembangan sekarang, dan saya harap rakyat negara ini tidak akan terpengaruh dengan perkembangan sekarang. Enough is enough!

Luke

FMZam said...

Sdr Luke,

Betul ke ada gerakan menghidupkan fahaman kominis baru2 ini? Atau hanya satu gerakan untuk mengalih fokus rakyat dari soal salahguna kuasa dan rasuah yang semakin berleluasa dan ketidakBERSIHan kerajaan? Rasanya lebih baik sdr jangan bawa perkara2 begini dalam blog ini kerana tuan punya blog dah kata blog ini apolitical, jadi saya harap jangan nanti blog ini berbara dengan sentimen politik pulak. Better keep your politics in your pocket or join elsewhere blogs where politics is the game.