27 Dis 1955...D-1...
Baling sudah siap sedia untuk menerima kehadiran para pelakon rundingan yang akan menentukan penamatan kesengsaraan rakyat angkara darurat. Pekan Baling dibanjiri oleh anggota PK dan para wartawan dari serata dunia.
Kain rentang dipasang di pekan Baling menyambut ketibaan para pelakon terbabit dalam mesyuarat bersejarah. Maaf le tak tahu makna tulisan itu. Sumber: Google
Lokasi mesyuarat pula ialah Baling English School sekarang ini Sekolah Kebangsaan Tunku Putra. Isteri saya adalah bekas pelajar sekolah ini).
English School, Baling. Sumber: Google
Lakaran lokasi rundingan. Sumber: The Straits Times, 29 Dis 1955
Gomen telah mengumumkan bahawa Baling diisytihar sebagai a protected area dan orang luar dilarang masuk melainkan mendapat pas khas. Kenyataan ini turut memberi amaran "...Possession or publication of any communiques or documents issued by Ching Peng or his colleagues is unlawful and no interviews will be permitted with members of the Communist party." (The Straits Times, The Talks Start Today, 28 Dis 1955, hlm. 1).
John Davis dah pun berada di Kroh untuk melaksanakan tugasan pada D-Day, 28 Dis.
Di mana pula rombongan Tunku dan Chin Peng? Di mana depa waktu itu?
Ketua Menteri Singapura, David Marshall dan Cheng Lock yang ketika itu berada di Singapura, tiba di KL pada 27 Dis jam 0935. Tiba saja di KL, mereka diberi taklimat mengenai mesyuarat tersebut oleh Mej Jen E. S. Lindsay, Principal Staff Officer kepada Bourne. Pada jam 1420, Cheng Lock dan Setiausaha Eksekutif MCA, T. H. Tan, dan Pengarah Perkhidmatan Penerangan, Ya'acob bin Abdul Latif berlepas ke Butterworth dengan pesawat Beaver. Mereka seterusnya bertolak ke Kulim dan bermalam di sana menunggu ketibaan Tunku.
Sementara itu, pada jam 2025 pula Tunku dan Marshall serta rombongan berlepas dari KL ke Bukit Mertajam dengan menaiki kereta api mel malam. Apabila tiba di Bukit Mertajam keesokan hari, 28 Dis, mereka mengambil sarapan pagi sebelum dipandu ke Kulim yang sedang menunggu ketibaan mereka.
Di mana Chin Peng? Menurut ketua pengganas ini, delegasi PKM termasuk Rashid Maidin dan Chen Tien, berada di sempadan sebelah Thailand, lebih kurang 2 jam perjalanan ke lokasi RV (rendezvous) di Gunung Paku di mana John Davis akan menunggu ketibaan mereka (Chin Peng, hlm. 368). Dia diiringi oleh 20 orang gerila komunis. Kehadiran Rashid Maidin untuk memberi gambaran yang PKM merupakan sebuah parti pelbagai kaum sementelah dia adalah anggota 10 Rejimen. Rejimen ini pada keseluruhannya dianggotai oleh orang Melayu dan berpangkalan di kawasan Weang.
Chin Peng dah pasti le bimbang terhadap keselamatan mereka. Ini betul-betul peluang keemasan sekiranya PK berhasrat membunuh mereka. Tapi gomen tidak mengkhianati genjatan senjata. Menurut Chin Peng lagi, malam itu mereka bertiga berbincang strategi yang akan digunakan semasa pertemuan tersebut hingga larut malam. Ini diakui oleh Rashid Maidin yang menyatakan "...Sebelum pergi berunding, kami sendiri telah dengan panjang lebar mendalami, memikir, mengkaji dan berbincang segala masalah dan persoalan Perundingan Baling itu." (Rashid Maidin, Memoir Rashid Maidin, 2005, Petaling Jaya: SIRD, hlm. 19).
Chin Peng pula study personaliti Tunku, Cheng Lock dan Marshall. Mesti le tahu personaliti yang nak dihadapi nanti. Dia merumuskan Tunku sebagai seorang yang mudah bertukar pandangan tertakluk kepada tuntutan pengundi. Sementara Chen Lock pula dianggap OK le kerana memahami perjuangannya. Anggapan ini dikuatkan lagi kerana Tan masih berhubung dengan rakan seperjuangannya, Gerald de Cruz. Dia juga menerima laporan melalui networks mengenai aktiviti Chen Lock sebagai Presiden MCA.
Tapi dia kurang pasti tentang Marshall..susah nak baca kerana KM ini hebat berdrama kerana dia seorang peguam. Dia menyatakan "...I wondered to what extent he would employ it during peace negotiations and the effect this might have, if he did."
Akhirnya, mereka mencapai 2 strategi, iaitu syarat maksima dan minima yang akan diambil semasa rundingan nanti. Maksimanya ialah gomen mesti mengiktiraf PKM, kebebasan bergerak kepada semuan PGK bila depa menyerahkan senjata dan tidak menghadapkan mereka di mahkamah. Yang minima pula ialah mereka bebas berpolitik jika PKM diharamkan dan "...not have to capitulate to the government or comply with any requirement that implied surrender." Mereka juga bersetuju Chin Peng boleh "...make on-the-spot decisions as to be the best means of maneuvering between the two." (Chin Peng, hlm. 370-371).
Cukuplah setakat ini. Bersambung...In Syaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan