Pengikut

Jumaat, 6 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxix

Bersambung dari SINI...

Anda ingat Chin Peng peduli dengan ancamanTunku dan Jen Bourne? Tidak...sama sekali Tidak! Ketidakpedulian ini dibuktikan apabila pos polis berhampiran dengan ladang teh Shum Yip Leong, Cameron Highands terlihat 25 cahaya dari lampu picit di ladang tersebut pada jam 0130, 23 Nov, 1955. Anggota polis di pos tersebut menganggar jumlah PGK lebih kurang 40 orang. Ekoran itu, polis telah menghubungi anggota tentera dan polis tambahan. PK telah bergegas ke lokasi tersebut dan telah menembak ke arah cahaya tersebut. Namun, tiada tembakan balas dari PGK kerana mereka telah berundur. (The Straits Times, Bandit Tea Raid Foiled, 27 Nov 1955, hlm. 1).

Tak cukup dengan insiden ini, PGK telah menyerang Kpg Tai Hong, 4 batu dari Kota Tinggi, Johor pada 26 Nov, 1955. Kali ini mereka lagi terer...serangan berlaku di siang hari! Kampung ini mempunyai 44 anggota Home Guard (HG) dan dilengkapkan dengan 26 laras senapang patah. Pagi itu, orang kampung termasuk anggota HG pergi berkerja tapi sebelum pergi bekerja, HG menyorokkan senapang patah. (The Straits Times, Red gun raid on village foiled, 24 Nov 1955, hlm. 1).
Kampung Tai Hong

Sebelum masuk ke kampung, mereka potong kabel telefon...terputuslah hubungan dengan dunia luar! Tapi mujur le seorang budak ternampak PGK sebelum memasuki kampung. Dia pun beritahu anggota HG yang berkawal di situ.  (The Straits Times, Red gun raid on village foiled, 24 Nov 1955, hlm. 1). PGK berada di kampung tersebut hampir 2 jam dan mengeledah rumah-rumah untuk mencari senapang dan peluru. Mereka berjaya menemui 2 laras senapang dan 40 butir peluru. Selain senjata, mereka juga mencari bahan makanan. Cari punya cari, depa dapat hanya 8 kati beras sahaja. Mana tidaknya, kampung itu tiada kedai. Bahan makanan hanya dihantar seminggu sekali melaui bot dengan diiringi oleh anggota PK. Berkesan bebeno Briggs Plan sehingga PGK menghadapi kebuluran.

Tidak lama kemudian, operasi menjejaki dan memburu musuh dilancarkan oleh 4 PPH dari Kulai diikuti oleh 2/10 Gurkha.

Serangan PGK ke atas kampung ini adalah kali kedua. Kali pertama berlaku pada senja Jun 1955 tetapi berjaya dipintas oleh anggota HG.

Walaupun PKM tak habis-habis mencabar Tunku, pada hari itu, 26 Nov semasa sidang akhbar bersama dengan Marshall di Kuala Lumpur, Tunku memaklumkan "...We have agreed on the date of the meeting with Chin Peng. A Government emissary will soon meet his representative to decide on a number of meeting places which would be equally suitable. We shall let Chin Peng choose which of the towns it will be."  (The Straits Times, Chin Peng Can Pick The Town, 24 Nov 1955, hlm. 1).

Di Singapura pula, Ketua Menteri, David Marshall pula berhadapan dengan pemimpin PAP, Lee Kuan Yew yang nak tumpang sekaki dalam rundingan dengan Chin Peng. Notis usul ini telah dikemukakan untuk persidangan Legislative Assembly Singapura yang akan bersidang pada 25 Nov 1955. Dalam telegramnya ke S. of  S., Sir R. Black (Gabenor Singapura) pada 24 Nov, beliau melaporkan teks usul tersebut adalah "That this House considers it in the best interest of the country that all the political parties in the Assembly should meet the  M.C.P. representatives to discuss a peaceful settlement of the emergency in order to bring peace and constitutional progress." (CO 1030/31, Telegram from Sir R. Black to S. of S., (Secret), No. 152, 24th November, 1955 06.30 hrs.)

Semasa usul Lee K.Y. dibincangkan pada 25 Nov, Marshall menyatakan "Let us get away for the effort to control the destiny of the Federation security by a small crowd in Singapore whose sympathies seemingly lie elsewhere than in the traditions of the assembly." Usul ini tak berjaya.

Cukuplah buat hari ini...Bersambung, InsyaAllah.

Tiada ulasan: