Mesyuarat kat Kroh pada 13 Dis 1955 bukannya yang terakhir. 1 lagi mesyuarat, yang ke5, untuk finalised rundingan di antara Tunku dengan Chin Peng diadakan di Klian Intan pada 24 Dis 1955. Kali ini Klian Intan disealed off dan dikawal rapi oleh PK sementelah Op Pink Gin dilancar (Marrgaret Shennan, 2014, Our Man In Malaya, Singapore: Monsoon Books, hlm.170; juga The Straits Times, 'Pink Gin'-and it's very hospitable, 29 Dis 1955, hlm. 7). Tindakan ini selari dengan genjatan senjata yang dipersetujui bermula tengah malam hari itu (24 Dis jam 0001 hingga tengah malam 8 Jan 1956 (The Straits Times, Malayan Reds Warned, 27 Dis 1955, hlm. 1). Zon genjatan senjata "...covers 400 square miles of virgin jungle and padi land adjoining the Siamese border." (The Sunday Times, For first time in 7 years, border is quiet, 25 Dis 1955, hlm. 9).
Lega bebeno anggota PK. Mana tidaknya, semua operasi memburu dan memusnah musuh di kawasan genjatan senjata dihentikan. Tak lah perlu memikul haversacks atau diserang hendap. Anggota PK yang beragama Kristian boleh menyambut Christmas dengan lebih tenang. Ini diluahkan oleh seorang anggota PK menyatakan "Although we will be kept busy for the Chin Peng meeting, this cease-fire is the best Christmas present we can possible have."
Perlu diingatkan...gencatan senjata ini hanya di kawasan tersebut sahaja. Di tempat lain operasi berterusan. Malah di kawasan Sungai Buluh, Selangor PK telah berjaya membunuh seorang PGK dan 5 pula menyerah diri (The Sunday Times, He was too quick on the draw for Reds, 25 Dis 1955, hlm. 7). PGK pula telah sabotaj pam air di Estet Pamol, Kluang dan memotong kabel telefon di Estet Niyor (The Sunday Times, Terrorists sabotage water pump, 25 Dis 1955, hlm. 7).
Sementara itu, wakil gomen, Wylie dan Too berlepas dari KL pada jam 1045 dengan pesawat Beaver . Setiba di Kroh, mereka terus dibawa ke Klian Intan. Kali ini lokasi mesyuarat diadakan di rumah kediaman pegawai polis, Lt (Polis) Barnet, yang terletak di belakang balai polis. Mesyuarat bermula pada jam 1145 dan berakhir pada jam 1300.
Hasil mesyuarat ini, walaupun tiada sebarang pengumuman, para wartawan membuat rumusan bahawa rundingan tersebut akan diadakan di Rumah Rehat, Kroh berlandaskan "...strict security precautions were enforced there today."
Op Pink Gin melibatkan, antara lain, 15/19 Hussars untuk tugasan eskot kepada rombongan Tunku dari tempat penginapannya di Kulim ke Kroh dan balik (Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman And His Role In The Baling Talks, hlm. 44); Royal Scots Fusiliers memberi perkhidmatan telekomunikasi (semboyan), PPH dan 1 platun penembak tepat polis (The Straits Times, Keep out or we'll fire' orders, 28 Dis 1955, hlm. 1). Selain itu anggota polis tambahan dibawa dari Sungai Petani dan Alor Setar.
Sementara jalan raya menuju ke Rumah Rehat ditutup mulai pagi itu dan sistem jalan raya dijadikan satu-hala (one-way street). Beberapa khemah untuk penempatan anggota PK didirikan di kawasan Rumah Rehat sementara lebih kurang 10 khemah didirikan di padang pekan tersebut.
Rakyat memang menanti peristiwa ini. Penduduk Baling, Kroh dan Klian Intan mengharapkan agar 'peace town' itu nanti diadakan di pekan mereka walaupun mereka dapat melihat indikasi yang Baling dah dipilih. Orang Baling berhujah bahawa pekan mereka yang paling sesuai kerana semua fasiliti yang diperlukan telah sedia ada, sementara orang Kroh pula bersandarkan kepada mesyuarat di Kroh pada 13 Dis. Orang Klian Intan yakin pekan mereka dipilih sementelah 4 mesyuarat awal diadakan di sana. Jika tidak dipilih, mereka mengharapkan agar rombongan ketua pengganas dan rombongan masih akan keluar "...from our hills."
Bagaimana pula Tunku? Apa pula pendiriannya menjelang pertemuan dengan musuh No 1 negara? Oh ya...Beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa beliau tidak sama sekali akan "...negotiate with the Communist leader, Chin Peng". Ketegasan ini dimaklumkan sebelum Mesyuarat Agong Perhimpunan UMNO pada 26 Dis 1955 nanti. (The Sunday Times, Colony Part Of Federation-The Tengku's Proposal, 25 Dis 1955, hlm. 1).
Selepas tamat mesyuarat, Wylie dan Too terbang balik ke KL untuk melapor kepada Tunku.
Cukup le setakat ini...Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan