Bersambung dari SINI...
Tunku kata gomen akan melantik seorang escorting officer. Siapa dia? Chin Peng boleh terima ke sebarang orang? Rasanya dah pasti ia mesti seseorang yang disenanginya.
Mat Saleh yang terpilih ialah John Davis. Sapa yang pernah menonton British Pathe News dan baca apa-apa rencana mengenai Rundingan Baling dah pasti nama ini tidak asing lagi. Dia bersama beberapa orang British, termasuk Spencer Chapman yang menulis The Jungle Is Neutral, terlibat dalam Force 136 semasa penaklukan Malaya oleh Jepun. Sapa buat kajian tentang darurat dan tak rujuk buku klasik ini, rasanya tak begitu lengkap le kajian itu...he...he...he. Mereka ditugaskan untuk melatih gerila MPAJA menentang penjajahan Jepun; MPAJA ini sebenonya gerila PKM (SINI). Jadi dia memang mengenali Chin Peng dan fasih dalam bahasa kantonis. Kira macam ini lah...bila Davis meninggal dunia di England pada 27 Okt 2006, Chin Peng telah menghantar tribute kepada keluarga mendiang. Antara lain, walaupun "...My onetime ally was now my enemy", namun Chin merakamkan "...John Davis is a great loss to this troubled world." Kira-kira OK le tu. Tribute ini mendapat tempat dalam buku Dr. Margaret Shennan sebagai Afterword, Remembering John Davis (Margaret Shennan, (2014), Our Man In Malaya, Monsoon Books, Singapore, hlm. 320).
Yang bagusnya Mat Saleh ini, dia simpan semua dokumen dan buat catatan apa jua perisitiwa. Samalah mengenai Rundingan Baling. Menurut Shennan, dalam personal papers Davis, menunjukkan namanya disebut sebagai escorting officer dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai kanan polis, tentera darat dan udara di Police HQ, Bluff Road, Kuala Lumpur pada 6 Okt 1955, jam 1400; sekarang ini Bukit Aman. Lantikan ini dibuat oleh pihak tertinggi (Margaret Shennan. Our Man In Malaya, Chap. 17, end note 4, hlm. 364). Dalam surat kepada ibunya di England pada 2 Mac 1956, Davis menyatakan bahawa "...all orders and instructions...should be given verbally and by visits of officers' and nothing should go out in writing..." (hlm. 273). Wakil Chin Peng juga diberitahu perlantikan Davis sebagai escorting officer semasa mesyuarat awal di Klian Intan.
Peranan Davis adalah untuk memudahkan laluan Chin Peng dan rombongannya hadir ke rundingan dan juga sebagai platform perhubungan di antara gomen dan PKM supaya "...to keep relations reasonably sweet in order to make the conference possible but not carry any responsibility or concern in the conference or negotiations." Memang jelas bebeno arahan yang diterimanya!
Dah pastilah mereka yang terlibat merancang dan mengatur Op Pink Gin memberi tumpuan mengenai isu keselamatan musuh negara No 1 ini semasa berada di bumi Malaya. Walaupun gomen memberi jaminan keselamatannya dan juga genjatan senjata, namun ada kemungkinan orang yang nak bunuh Chin Peng. Maklum sajalah...dia dianggap penyebab 10000 terbunuh (hlm. 274).
Bagi memudahnya melaksanakan tugasan, Command HQ telah mengeluarkan arahan kepada komander polis "...to give him every assistance and pay particular attention to his advice." (Chap. 17, end note 10, DEEY. 48/12/55, Operation 'Pink Gin': arrangements for contacting and escorting Chin Peng's paryt, John Davis personal papers,hlm. 364.)
Masa orang tengah sibuk pasal rundingan ini, Davis bertugas sebagai Senior District Officer, Province Wellesly. Beliau mengikuti perkembangan mengenai mesyuarat-mesyuarat awal dan agak pesimistik rundingan itu akan menjadi kenyataan memandangkan ketiadaan titik persamaan di antara kedua-dua pihak; Tunku bertegas kehadirannya hanya sekadar menjelaskan terma amnesty dan mendengar tuntutan PKM sementara Chin Peng bertegas dengan tuntutan mereka. Ini diluahkan kepada ibunya "...There was so much preliminary parleying beforehand that I thought it would all wash out and it came as quite a surprise in the end." (Hlm. 274).
Apa pun...akhirnya rundingan itu menjadi kenyataan. Jadi, pada pagi 27 Dis 1955 dia pun bertolak dari Province Wellesly ke Kroh di mana beliau menghubungi 3 PPH. Dia checked-in di sebuah hotel. Pasukan ini ditugaskan untuk mengiringinya nanti. Bagi menentukan tugasan berjalan dengan lancar, dia meneliti semula semua arahan mengenai aspek keselamatan dan aturcara mesyuarat itu nanti.
Kesibukan ini mengelakkan dia dari bertembung dengan 11 wartawan dari kaum Cina yang turut menginap di hotel tersebut (hlm. 275).
Nota:
Saya teringin juga nak dapatkan dokumen/personal papers Davis tapi bagaimana nak hubungi Dr Shennan? Jadi, saya pun hubungai Persatuan Penulis UK untuk mendapatkan alamat emel. Sedih sekali, saya dimaklumkan bahawa historian Dr Shennan telah meninggal dunia.
Cukup le buat hari ini. Bersambung, In Syaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan