Pages

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka...Merdeka...Merdeka

SELAMAT MENYAMBUT HUT KEMERDEKAAN KE 55

Syukur alhamdulillah, saya masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55. Ya...Sudah 55 tahun negara mencapai kemerdekaan. Tetapi keamanan yang dikecapi oleh rakyat dewasa kini tidak ternoktah pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. Nawaitu golongan tertentu untuk melahirkan, petikan '...to reaching our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya' (Chin Peng 'My Side Of History', ms 92)  hanya terpendam pada 2 Disember 1989. Pada tarikh tersebut, termeterailah 'Perjanjian Perdamaian' yang ditandatangani di Haadyai.

Persoalannya....Adakah kebanyakan rakyat, terutama 'the so-called 'X' and 'Y' generations', menghayati apakah itu 'kemerdekaan'? Mungkin terdapat mereka yang beranggapan 'kemerdekaan' hanya sekadar beriadah di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos dan menyaksi perarakan keesokan harinya. Saya tidak maksudkan semua...Ramai golongan remaja yang sungguh patriotik terhadap negara tercinta ini. Saya tidak menyalahkan mereka semata-mata kerana mereka tidak didedahkan sejarah negara. Bagi kebanyakan mereka, tiada tumpahan darah lagi selepas penjajah memberi kemerdekaan pada tarikh tersebut. Ini adalah satu kenyataan. Noktah.

Pada pandangan mejar pencen ini, Kerajaan telah mengambil tindakan yang tepat dengan mewujudkan PLKN dan menjadikan subjek 'SEJARAH' sebagai wajib...1Transformasi yang positif. 


Dedikasi kepada Bapa Kemerdekaan - Almarhum TUNKU ABDUL RAHMAN

Rabu, 29 Ogos 2012

"Pahlawanku: Nubari Yang Terluka"

28 Ogos, 2012 jam 1100...Saya dan Lt Kol Basri Omar berlepas dari rumah saya ke Perbadanan Perpustakaan Awam (PPA) Negeri Perlis, Kangar. Majlis pengkisahan bertajuk "Pahlawanku: Nubari Yang Terluka" diadakan di Dewan Syarahan agensi berkenaan. Walaupun acara dirancangkan bermula dengan pendaftaran pada jam 1430, tetapi saya pergi lebih awal kerana nak belajar mengguna LCD projektor. Maklum sajalah...Saya ni kan tahu sangat  tentang alatan 'visual aids' yang serba canggih.

Saya teruja apabila dimaklum kehadiran Cikgu Khadizah, balu arwah Wan Munsiff (klik di sini). Inilah kali pertama saya bertemu beliau setelah 36 tahun (April 1976) berlalu. 1-2 minggu sebelum majlis tersebut, saya telah mengesyorkan agar PPA menjemput beliau. Tujuannya adalah sebagai menghargai pengorbanan arwah suaminya sementelah pengkisahan turut berkisar tragedi dimana suami beliau telah terkorban. Saya juga telah menghubungi Wan Muzaffar Shah, anak beliau, tentang majlis tersebut. Saya difahamkan bahawa PPA telah cuba menghubunginya tetapi tidak berjaya.

Apabila giliran saya untuk bercerita, sebagai 'intro', saya telah mengumumkan kehadiran Cikgu.

Dari kiri: Mej Ishak, Lt Kol Basri, saya, Cikgu Khadizah

2 dari kiri: En Mohamed Lokman, Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, sebagai Moderator

Dari kiri: En Lokman, Lt Kol Basri, YB Dato' Yazid (Speaker DUN Perlis), Puan Hajah Norma (Pengarah PPA), Mej Ishak, xnuripilot
Sijil Penghargaan

Orang berbudi, kita berbahasa

Saya ni mana boleh melepaskan sesuatu peluang apabila ada orang yang boleh membuat/mempengaruhi pembuat keputusan!! Tiba saja giliran saya membuat rumusan, apa lagi, saya pun tujukan khusus kepada YB Dato'. Saya mencadangkan agar negeri Perlis mengiktiraf pengorbanan anak watannya, Lt (U) Wan Munsiff bin Wan Salim,  salah seorang daripada 5 warga TUDM yang pada pentafsiran simejar pencen ini, 'literally KIA (Killed In Action)', dianugerah pingat/bintang kebesaran negeri. Saya memaklumkan kepada para hadirin, dan disahkan oleh Cikgu, arwah hanya dianugerah KPK sahaja. Dan sempat juga katakan 'tempiaskan juga pada kami'...He...He...He. Tak habis di situ sahaja. 

Ketika minum petang sebelum majlis bersurai, sekali lagi saya memperingatkan YB Dato'. Menurutnya, beliau akan 'membisikkannya' kepada YAB Menteri Besar nanti, insyaAllah. Kebetulan pula, arwah adalah 'classmate' MB. Saya hanya mampu berusaha....Allah yang menentukannya, wallahualam.

Puan Hajah Norma dan kesemua staf PPA Negeri Perlis dan juga En Dollah Hamzah "Perajurit".....Terima kasih.

Isnin, 27 Ogos 2012

I Salute You, Squad

Honestly, I'm very proud of my squad-mate, Lt Col Robert Rizal Abdullah PGB. When I visited him on 2nd Hari Raya, 20/8/12, at Taiping....
Served with delicious laksa

he was telling me about his pet projects in Sarawak. And, later I read this report in the NST...
His noble missions of poverty eradication for the Iban veterans

And then, there was this article in the Sunday Star, 26/8/12.....

'Last Journey To Sarawak'

It was through his relentless efforts, all the remains of 21 Iban Trackers and Sarawak Rangers were, quote 'after two long years, the remains were finally brought home to their final resting place in Kuching in a Heroes Memorial on July 27, 2011', unquote......What an achievement, my friend! 

Squad....Well done.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Keluarga Arwah Wan Munsiff

Saya telah menghubungi Wan Muzaffar bin Wan Munsiff, anak kepada arwah Wan Munsiff yang terkorban apabila Nuri FM 1715 ditembak jatuh pada 26 April 1976. Tujuannya ialah sama ada beliau sudi menghantar gambar keluarga ayahnya untuk disiarkan dalam blog saya. Ini kerana ada yang bertanya tentang ahli keluarga mereka yang terkorban.

Setelah mendapat restu daripada ibu tercinta, Cikgu Khadizah bt Khalid, inilah gambar keluarga arwah yang diemelkan kepada saya...

Belakang dari kiri: Affandi Khalid, Wan Amirul Mukhriz bin Wan Muzaffar Shah, Mohammad Zuhair bin Zailani, Mohammad Arman bin Zailani, Cikgu Khadizah bt. Khalid, Wan Nur Sofia bt. Wan Muzaffar Shah
Depan dari kiri:  Zailani bin Aziz, Wan Mirzana bt. Wan Munsiff, Roshina bt. Tahirdin, Wan Muzaffar Shah bin Wan Munsiff 

Wan Muzaffar tidak mengenali arwah bapanya kerana beliau masih dalam kandungan ibunya ketika tragedi tersebut. Menurut Wan Muzaffar lagi, kemungkinan ibunya akan turut hadir di Majlis Pengkisahan di Perpustakaan Negeri Perlis, Kangar, pada 28 Ogos, jam 1430 nanti, insyaAllah. Saya, Lt Kol Basri Omar dan Mej Ishak Mohd Isa telah diundang sebagai Pengkisah.

Sebenonya saya telah banyak menghantar emel kepada pelbagai agensi kerajaan mencadangkan agar mereka menjemput para veteran sebagai pengkisah. Setakat ini, hanya PPA Negeri Perlis dan PNM yang menyahut saranan saya itu. Arkib Negara  dan IPG Temenggong Ibrahim mengundang saya dan rakan atas inisiatif mereka sendiri. Saya terpaksa menolak jemputan IPG kerana terlalu jauh. Saya telah mengesyorkan mereka menjemput rakan seperjuangan. Apa pun saya sungguh menghargai jemputan tersebut. PLKN hanya akan menjemput penerima SP & PGB sahaja dalam 'pilot projet' mereka, klik di sini. Saya pasti nama saya tidak akan dipertimbangkan dalam senarai 'potential' pengkisah PLKN kerana kelantangan saya mempertikaikan tindakan mereka...No problem. Jangan sama sekali beranggapan yang saya mahukan agensi-agensi berkenaan hanya menjemput saya. Itu bukannya objektif utama saya.  Sekiranya saya dijemput oleh mana-mana agensi, saya akan mencadangkan agar mereka turut mengundang lain-lain para veteran. The more the merrier.    

Terus terang saya katakan, saya ni bukannya pandai berceramah....cakap merapu boleh le sikit-sikit...He...He...He. Saya terpaksa memberanikan diri kerana objektif saya hanyalah mahukan rakyat negara ini memahami sejarah negara dan menghargai pengorbanan wira-wira yang dah dimamah usia dan setiap saat menghampiri destinasi terakhir. Jangan dibiarkan 'the untold stories' itu bersemadi dengan jasad apabila tiba masanya nanti.

Pada Hari Raya ke2 di Taiping, anak penakan saya telah mengajar saya bagaimana nak insert video dalam power point. Baru nak belajar...He...He...He. Sedih dibuatnya apabila beliau menyatakan yang dia ingat selepas Merdeka pada 31 Ogos 1957, negara dah aman seperti sekarang ini. Beliau memang hairan apabila melihat gambar-gambar di era 70-80'an. Tiada askar terkorban di sana sini. Dia tu penuntut politeknik. Tak salah le bila saya katakan ramai rakyat yang 'buta sejarah' di sini. Eh...Eh...Eh!!! Jadi, petah atau pun tidak....saya akan bulldoze sajalah nanti, insyaAllah.   

Cikgu Khadizah & Wan Muzaffar....Terima kasih.

Khamis, 23 Ogos 2012

'The Humble Hut'

Akhirnya, saya terima gambar-gambar berikut pada 15 Ogos daripada pihak TLDM sebagai respons kepada surat saya ini....

Penjaga keselamatan negara

Proses pembinaan 'the humble hut'

Masih dalam pembinaan

The humble hut yang pernah melihat Tun Mahathir bermalam pada Sep 1983

Lt Johari bersama PAT & PTL 1983

Penghuni Terumbu dengan PAT & PTL

Memetik Tun Dr Mahathir dalam bukunya, 'DOKTOR UMUM' '....Pada tahun sama, apabila saya menjadi Perdana Menteri, langkah pertama yang saya ambil adalah menempatkan orang kita di Layang-Layang serta mula membangunkannya sebagai sebuah pangkalan kecil dan pusat peranginan' (ms 367).  Kehadiran warga tentera kita bagi mempastikan tuntutan kita lebih berwibawa. Alasan inilah salah satu punca utama kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada negara jiran....TIADA KEHADIRAN RAKYAT DI PULAU TERSEBUT!!!

Saya telah menghubungi Kept Johari TLDM (B) untuk mendapatkan kisahnya. Beliau memaklumkan bahawa 2 orang pegawai TLDM telah bertandang ke rumah  beliau pada awal Ogos untuk menemuramahnya. Beliau mencadangkan supaya saya menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan bahan ceritanya. Malah 5 keping gambar di atas, adalah daripada koleksi peribadi beliau. Apa lagi, saya pun bertanya kepada pegawai berkenaan. Dimaklumkan bahawa bahan tersebut masih belum diedit. Beliau akan menghantarkan kepada saya apabila siap nanti, insyaAllah. 

Dengan adanya bahan-bahan yang sedia ada, bolehlah saya memikiokan karangan untuk bab transformasi ini. Sesiapa yang berminat nak tahu sikit tentang Pulau ini, boleh le baca di sini.

TLDM & Kept Johari (B)....Terima kasih.

Isnin, 20 Ogos 2012

'Battle Of Gubir'

When I downloaded this video clip (click  here), with permission,  I didn't realise there was an accompanying  write-up as shown below....

My dad always told me war stories for my bedtime when i was a little boy. My favourite is always about Malaysian Armed Forces and one of it is 'The Battle Of Gubir'. He will start with "..Once, there's a battle in the deep jungle of Perak..It took few days but it seem like never end.." Dad will use his hand to show me how the Nuri's pilot drop the soldiers in the jungle and evacuate the wounded ones out from the jungle. He will end with ".. We lost one Nuri, got shot and crashed..".Since then, i've being searching for the facts,visuals and the details of the story. It wasnt that easy. It was like an untold story. Sadly, no local film maker ever want to depict that grand event as a movie.

But recently, i found a blog , http://xnuripilot.blogspot.com by Maj (R) Nor Ibrahim Bin Sulaiman who actually was the combat pilot who flown the Nuri during the battle. The  blog is almost like a complete journal of a war veteran that tells every single details, the photos and the facts about 'The Battle of Gubir' which later i knew it as 'Ops Kota Gubir' that happened in April 1976. 

This video reminiscing the event by showing the Nuri Pilot doing the Casevac (Casualties Evacuation) in combat zone.

As a military enthusiast , i just want to tribute this video to all Malaysian War Veterans, to the old Nuri and also to my dad,Capt (R) Maidin Sulaiman and off course, to the Malaysian Armed Forces in totally,..One of the world's best and the Asia's Finest.

I'm happy to note that my minute contribution towards enlightening this sad episode has, to a certain extent,  been successful. Of course, the greatest achievement was when I succeeded in documenting it in my book, Coretan Xnuripilot, and officially in the National Archive. And I was pleasantly surprised when I accidentally came across this video ...


To the author of the above jottings and the producer of the video.....Thank you.

Rabu, 15 Ogos 2012

Nuri...Jasamu Tetap Dikenang

Saya terima gambar berikut daripada seorang peminat pesawat terbang. Beliau mengikuti apa jua perkembangan yang membabitkan TUDM - Kapt Dr Ahmad Damanhuri....

Penerbangan pertama helikopter Nuri di ruang angkasa Kuala Lumpur pada 25 Januari 1968
Nuri telah tiba di Port Swettenham (Port Klang) pada 1968 dan dipasangkan di sana untuk penerbangan ke No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. Bila tengok gambar tersebut, terasa malu dibuatnya. Manakan tidak, saya punya le heboh seluruh dunia bagai nak rak tentang kehebatan siburung besi ini. Tapi, saya sendiri tidak tahu sejarah awalnya....bila tiba, jumlah, siapa 'pioneers', dll. 

Oleh kerana keperluan mendesak, para pegawai Tentera Darat telah ditawarkan bagi mengikuti kursus penerbangan. Antaranya ialah Tan Sri Mohamed bin Ngah, arwah Dato' Mohamed bin Taib, Dato' Fauzi, Dato' Nawi, Lt Kol Agil, Lt Kol Richard Jalleh dan ramai lagi. Depa semua menjalani latihan penerbangan di negara 'Uncle Sam'.

Bagi mengurangkan kos, latihan dilaksanakan di TUDM Kuala Lumpur oleh sebuah syarikat swasta - S.E.A Helicopters (Malaysia) Sdn Bhd. Antara pegawai-pegawai yang 'melompat' (termasuk saya...He...He...He) ialah Dato' Rahim, Dato' Razak, Lt Kol Meor Zubir dan ramai lagi.  


Sebelum tertubuhnya 'Skuadron Komposit' di awal 1977,  Nuri skuadron adalah No 7 Skn, TUDM Kuching. Skn ini bertanggungjawab memberi bantuan kepada sebarang keperluan yang memerlukannya di Sabah dan Sarawak. Manakala, No 10 Skn, TUDM Kuantan, pula memenuhi keperluan di Semenanjung Malaysia. Jadi, kami pun ke seluruh ceruk negara: saya masa tu di seluruh Semenanjung. Apa juga operasi yang dilancarkan oleh TDM, kami turut terlibat. 
Bila wujudnya Skuadron Komposit, Alouette dan Nuri diagihkan kepada semua skuadron helikopter - No 3, No 5, No 7 & No 10. Hanya No 7 Skn sahaja yang saya tidak pernah berkhidmat. Di No 10 Skn, Bos saya ialah Dato' Sulaiman Mahmud, Dato' Goh Seng Toh & Lt Kol Sulaiman Yaacob (1st tour: Jul 1974 - Dec 1977): Lt Kol Agil tatkala 2nd tour (Feb 1980 - Nov 1980). Di No 3 Skn pula, Bos ialah mendiang Dato' Stephen Ngiau, Dato' Nawi Alias & Dato' Hussein Sopian.


Kalau tak silap, saya (ko-pilot) bersama Kapt (U) Raja Mohd dan Sjn Muthu, telah membawa balik  FM1716 yang siap dipasang di Port Klang pada 21 Dis 1974

Catatan Log Book. Ke KL - FM1714 (1jam 05min). Dari Port Klang - FM1716 (1jam 30min)

Inilah sedikit sebanyak yang saya ketahui tentang sejarah Nuri. Pagi tadi, saya telah menghubungi pihak Muzium TUDM bertanyakan sama ada mereka ada menyimpan sejarah ini. Menurut beliau, sejarah helikopter skuadron ada dalam koleksi mereka. Beliau berjanji akan menyelongkar arkib depa dan sekiranya ada, beliau akan hantar pada saya nanti, insyaAllah.

Sesiapa di antara pelopor yang sudi kongsi bersama berkaitan sejarah awal siburung besi ini, harap emelkan kepada saya. Terpulanglah kepada kita untuk mengabadikan 'talian hayat' ini yang telah banyak berjasa kepada keamanan negara sebelum ia 'pupus' buat selama-lamanya nanti.  Hanya terima kasih saja yang mampu saya ucapkan. 

Walaupun sekarang ini ada pihak yang mempunyai persepsi negatif terhadap prestasi 'the work-horse of the RMAF' di suatu ketika dulu,  saya tetap berbangga menyatakan saya adalah seorang xjuruterbang NURI.

Kapt Dr Ahmad Damanhuri...Terima kasih.

Isnin, 13 Ogos 2012

PBTM, JHEV atau JPM?

31 Julai 2012...Hari Pahlawan. Hanya mereka ber3 penerima PTU yang hadir...

Dari kiri: Kapt Saadan PTU, Kapt Mohd Som PTU, Brig Jen Dato' Ibrahim Hashim, Kapt Tien Sen PTU, Kapt Abdul Aziz (xPASKAU)

Saya telah kenal pasti sebab-menyebab kehadiran hero-hero ATM tidak menggalakkan.
  • Ramai penerima SP, PGB, JPP, PTU dan KPK tidak terima kad jemputan. Ada di antara mereka yang menghubungi saya mengesahkannya. Untuk makluman, JPM bertanggungjawab menghantar kad jemputan. Menurut agensi tersebut, mereka telah menghantar kad mengikut alamat yang diberikan oleh Markas ATM. Saya tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak bagaimana ini boleh berlaku. Harapan saya hanya ia tidak berulang.
  • RM...RM...RM. Jangan dinafikan faktor ini yang paling kritikal bagi kebanyakan mereka, terutama yang tinggal di luar Kuala Lumpur/Lembah Klang. Patriotisme...Patriotisme jugalah, tapi dapur kena berasap jugalah (sekarang mana ada asap kerana guna gas...He...He...He). Terus terang saya katakan, kos nak pergi ke KL dari Jitraq ~ RM400-RM500. Ialah...petrol, makan & hotel. Mereka yang masih berkhidmat boleh le buat tuntutan: orang pencen nak tuntut daripada sapa? Jadi, memadai menonton siaran langsung di tv saja. Jangan sama sekali disangkal kenyataan ini. 
Salah seorang yang hadir di majlis itu, memaklumkan bahawa kehadiran hero-hero daripada PDRM sungguh menggalakkan. Apabila ditanya, beliau diberitahu mereka dibiayai sepenuhnya oleh persatuan mereka - PBPM. Ini termasuk penginapan dan perjalanan.

Seperti biasa, saya pun menghubungi orang kuat PBTM sebuah negeri. Saya mencadangkan agar PBTM membiayai kos ahli mereka yang menerima jemputan. Mendengar saja saranan itu, tanpa berfikir panjang, secara spontan jawapannya '....itu bukan tanggungjawab PBTM'. Kalau ia pun nak 'bolayan' sipenyebok ini sekali pun, diplomatik sikitlah....'akan dipertimbangkan'...Eh...Eh...Eh. Dengan jawapan begitu, saya menghubungi  Dato' YDP PBTM. Beliau menyuruh saya menulis kepadanya supaya dipertimbangkan oleh jawatankuasa terbabit sebelum ditaicikan kepada....tidak lain dan tidak bukan... JHEV. Melayang pulalah emel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman ;
To: dmag@dmg.com.my ;
Cc: PBTM Kedah ;
Subject: HARI PAHLAWAN
Sent: Wed, Aug 1, 2012 6:02:49 AM 


Assalamualaikum Dato',

Saya bersyukur kerana akhirnya perjuangan saya (penerima PTU) agar para penerima JPP, PTU & KPK, turut dijemput ke upacara Hari Pahlawan menjadi kenyataan. WalaupunJPM telah meluluskan semenjak tahun lalu lagi, saya tidak pasti dimana silapnya, kami tidak terima kad jemputan. Tahun ini, saya dan beberapa penerima anugerah berkenaan telah menerima kad yang dinanti-nanti itu. Saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Namun demikian, saya telah menonton upacara tersebut melalui siaran langsung TV1 dari awal hingga akhir. Saya difahamkan hanya 3 penerima PTU yang hadir: KPK tidak dapat dipastikan.

Salah satu faktor kekurangan kehadirin ini disebabkan ramai daripada mereka tidak terima kad jemputan ke majlis tersebut. Ini termasuk penerima SP & PGB. Saya tidak tahu bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Harapan saya hanyalah agar pihak berwajib menentukan kelemahan ini dapat diatasi. Juga, selain tahap kesihatan tidak memgizinkan, kemungkinan mereka menghadapi kekekangan kewangan, terutama mereka yang tinggal di luar Lembah Klang. 


Bagi mengatasi masalah kewangan, di sini saya ingin mencadangkan agar PBTM membiayai perbelanjaan pengangkutan dan penginapan  para ahli yang dijemput dan berhasrat menghadiri majlis yang begitu signifikan untuk masa hadapan. Seorang rakan memaklumkan bahawa kehadiran wira-wira negara daripada PDRM dibiayai sepenuhnya oleh PBPM, bukannya PDRM. Justeru, tidak menghairankan kehadiran mereka sungguh menggalakkan. Sekiranya PBTM mencontohi PBPM, kemungkinan besar kehadiran daripada wira-wira ATM sudah pasti sangat membanggakan. Dan tindakan ini mencerminkan keprihatinan PBTM terhadap ahli-ahli mereka...Wallahualam.

Akhir kata, diharap cadangan ini mendapat pertimbangan Dato'. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN


MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya tekankan PBPM, bukannya PDRM kerana Dato' YDP macam tak percaya mana mungkin PBPM yang membiayai perbelanjaan ahli-ahli mereka. Emel di atas juga dipanjangkan kepada salah seorang ahli jawatankuasa cawangan di sebuah negeri. Petikan respons beliau '....Kenapa PBTM tak terlintas langsung perkara sedemikian? Adakah pucuk kepimpinan beranggapan Ahli PBTM ini semuanya kaya raya? Sepatutnya mereka yang mentadbir di Peringkat sedar atas sebab dan menyebabkan kehadiran di kalangan penerima pingat dari kalangan PBTM berkurangan berbanding dengan PBPM.' Memang ada kebenaran ungkapan beliau.Harap-harap beliau akan membawa cadangan ini di negerinya, wallahualam.

Ada seorang pula mencadangkan JPM yang sepatutnya menanggung perbelanjaan para jemputan kerana majlis ini adalah depa punya 'show'. ATM atau PDRM hanya 'pelaksana' sahaja. Seorang itu pula berkata apalah salahnya ATM menempat hero-hero depa ni dekat 'Transit Camp' di Jalan Ampang sekiranya mereka beranggapan hero-hero hanya layak menginap di kem tersebut. Dan, jika tiada bas, guna 3 ton untuk mengangkut depa ke Dataran Merdeka. After all, pengangkutan tersebut ada anak tangga bagi memudahkan para veteran menaikinya. Kesian kami!!

Tak tahulah sama ada cadangan simejar pencen ini mendapat tindakan positif daripada pihak berwajib. Jika dipanjangkan umur, tunggu dan lihat sajalah tahun depan....Wallahualam. Walaupun tidak menghadirinya, jangan sesiapa sekali pun mempertikaikan semangat patriotisme kami.

Oh ya...Terlupa nak bagi tahu. Saya sebenarnya telah menghantar emel kepada KP JHEV berkaitan perkara ini sebelum melayangkan emel di atas.

Jumaat, 10 Ogos 2012

2 Dalam 1

Saya teruja dan kecewa serentak!!!!
Teruja....Kerana perjuangan saya semenjak 2009 lagi telah berhasil. Saya telah mencadangkan kepada KP PLKN agar mengundang para veteran, iaitu penerima Anugerah Perkasa (SP, PGB, JPP, PTU & KPK) dan mereka yang terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis sebagai 'Pengkisah'. Malah, ketika terserempak dengan PAT pada 10 Mac 2012 di DGCC, Jitra, saya turut mengajukan saranan tersebut. Minggu lalu, saya dimaklumkan bahawa PLKN akan menjemput para veteran untuk siri 'Jejak Pahlawan'. Ini telah disahkan oleh seorang rakan; beliau telah menerima kunjungan dari pihak PLKN pada 7/8/2012. Menurut beliau, intipati lawatan itu lebih kurang apa yang saya syorkan dulu. Boleh tahan juga mejar pencen ni...He...He...He.

Kecewa....Pengkisah hanya terhad kepada para penerima SP & PGB sahaja. Macam mana ini boleh terjadi? Mengapa dihadkan kepada golongan itu sahaja? Saya telah menghubungi PLKN untuk bercakap dengan Dato' KP bagi mendapatkan gambar sebenarnya. Tapi dimaklumkan yang beliau sedang menunai fardhu umrah sekarang ini. Talian disambungkan kepada pegawai tertentu yang ada kaitan dengan isu ini. Menurut beliau, siri ini masih di tahap 'pilot project' yang melibatkan 5 kem PLKN. Buat permulaan, mereka memilih para penerima SP & PGB berlandaskan kepada saranan seorang penerima SP. Sudah pasti saya kecewa!!

Knowing me....Melayanglah emel berikut.... 

From: nor ibrahim sulaiman ;
To: KP PLKN ;
Cc: KP Veteran ; Tan Sri PAT ; PTD ; PTU ; Dato' Shahrul Polisek ; msaibie@khidmatnegara.gov.my ; farihan@kihdmatnegara.gov.my ; PTL ; KSU KEMENTAH ;
Subject: PENGKISAH JEMPUTAN
Sent: Tue, Aug 7, 2012 5:23:30 AM 


Assalamualaikum Dato',

Syukur alhamdulillah, saya difahamkan akhirnya PLKN dalam proses mengundang para wira untuk kongsi bersama pengalaman mereka. Namun demikian, saya kecewa kerana para pengkisah jemputan itu hanya terhad kepada para penerima SP & PGB sahaja. Saya dimaklumkan oleh staf Dato' bahawa siri 'Jejak Pahlawan' ini adalah satu 'pilot projek'. Dato' telah bersetuju dengan cadangan seorang penerima SP agar, buat permulaan, hanya kategori anugerah tersebut dijemput.  Persetujuan itu mencerminkan bahawa kami, para penerima JPP & PTU, disisihkan walaupun kami juga tergolong penerima 'Elaun Kenangan'  sepertimana yang dinikmati oleh para penerima SP & PGB.

Sebagai seorang penerima PTU pula, persepsi saya ialah pihak PLKN meminggirkan peranan TUDM di era insurgensi.  Percayalah, peranan TUDM amnya, Nuri khususnya, tidak hanya sekadar terbang menghantar trup, rangsum, ambil casevacs sahaja. Justeru, sudah pasti saya terkilan!

Pada pandangan saya, semasa peringkat inilah sepatutnya semua kategori Anugerah Perkasa, iaitu SP, PGB, JPP, PTU dan KPK, serta mereka yang terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu, diundang. Saya telah mencadang bakal pengkisah ini semenjak 2009 lagi (klik di sini)...


Saya mengharapkan agar siri ini berterusan bagi semua kursus PLKN, bukannya bermusim seperti yang saya coretkan di http://xnuripilot.blogspot.com/2012/07/seasonal-patriotism.html. Saya sendiri berbangga kerana telah terlibat secara langsung  dalam operasi negara menentang kedurjanaan pengganas komunis. Ini diluahkan melalui buku saya, Coretan Xnuripilot, dan di http://xnuripilot.blogspot.com/2012/08/sejarahjangan-dipinggir_5.html.

Respons daripada Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya terima pelbagai respons daripada rakan seperjuangan yang bukan penerima sebarang pingat berkenaan. Semuanya memberi gambaran yang negatif. Jawabnya, hantar emel berikut kepada pengalamat yang sama....

'...Lanjutan kepada perkara di atas, maklum balas yang diterima tidak begitu menggalakkan daripada wira-wira tanpa sebarang anugerah. Persepsinya ialah ketiadaan ketelusan di pihak PLKN yang menghadkan para pengkisah kepada penerima SP & PGB sahaja. Justeru, bagi menghindar tanggapan negatif, dicadangkan pihak Dato' menjemput para veteran yang berminat menjadi Pengkisah dalam program 'Jejak Pahlawan'. Mereka perlu menghantar 'resume' pengalaman untuk dinilai. Penghebahan boleh disalur melalui media massa, JHEV, PERHEBAT, PBTM, dll.'

OK lah...Tak payahlah hantar resume. Penerima anugerah dah secara otomatik layak diundang. Yang lain-lain itu boleh dicalonkan oleh persatuan-persatuan bekas tentera atau mereka sendiri memohon. 

Saya menekankan institusi-institusi latihan semata-mata kerana mereka ada bajet untuk penceramah jemputan. Justeru, jika diundang, pengkisah akan diberi elaun 'subsistence' mengikut kadar gomen ~RM100 sejam (tertakluk kepada pangkat dan kelulusan. Sebenarnya, pada sayalah, tak logik langsung...Apa kena mengena mengisahkan pengalaman, seperti cedera dek jerangkap samar, dengan pangkat atau kelulusan? Peluru dan jerangkap samar tidak mengenali sesiapa pun....baik jeneral, mejar atau prebet sekali pun). Mungkin RM100-RM200 bagi mereka yang berada hanya sekadar cukup membayar 'green fee' bermain golf di kelab 3* saja, tapi amoun ini sungguh bermakna bagi mereka yang kewangannya agak 'merosot'

Ramai hero-hero yang tak berpingat cacat anggota badan angkara operasi menentang musuh. Saya pasti sekiranya mereka datang dengan tongkat putih seperti wira di sini, berkerusi roda, dan sebagainya, akan memberi impak maksima kepada para peserta kursus, wallhualam. Tapi, ialah, depa ni mana ada glamor!!

Saya tak pasti bagaimana sambutan daripada para jemputan golongan tersebut. Itu bukanya satu persoalan. Apa yang paling penting sekali ialah jemputan itu sendiri mencerminkan pengiktirafan Negara terhadap pengorbanan mereka. Pokoknya, mereka diberi peluang. Terpulanglah kepada mereka sama ada nak menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.


Untuk makluman, ada 81 kem PLKN di seluruh negara. Difahamkan ada 3 pengambilan peserta satu tahun. Ini bermakna ramai pengkisah diperlukan. 

Saya setuju bebeno dengan apa yang dikatakan oleh seorang Dato', penerima KPK, semalam '...terpulang kepada PLKN. Itu hak mereka untuk memilih sesiapa yang mereka mahu jemput'. Oh mak datuk...macam kepala dipukul dengan penukul...Memang terserentak. Eh...Eh...Eh...Macam mana saya boleh lupa yang saya ini hidup dalam alam kenyataan....Bukannya alam mimpi!! Siapalah simejar pencen ni nak riuh rendah bagai nak rak? Terpaksalah banyak-banyaklah berastagfirullah. 

Rasanya dinoktahkan sajalah isu ini. Apa yang terpendam dalam hati sudah diluahkan. Terpulanglah kepada agensi berkenaan untuk memikiokannya.  Saya berbangga kerana perjuangan saya selama ini akhirnya akan dilaksanakan nanti, insyaAllah. Harapan saya agar pihak terbabit dapat menghindarkan persepsi bahawa siri Jejak Pahlawan ini dimonopolikan oleh golongan tertentu. Saya telah berusaha...Allah penentunya.

Tan Sri PAT & Dato' KP PLKN....Terima kasih.

Rabu, 8 Ogos 2012

'Caribou' Dalam Kenangan

Buat pertama kalinya, saya terima cerita daripada seorang xAQM pesawat Caribou, Kapt Mohyuddin Abd. Rahman TUDM (B). Walaupun pendek, ini merupakan satu permulaan.....1 transformasi. Petikan emel berkenaan.....

'........Membaca dari coretan yang dikirim oleh RAR (Mej Ramli Abd Rahim dalam forum Nostalgia TUDM), saya rasa ada banyak lagi cerita semasa zaman menentang komunis. Banyak skuadron yang telah berjasa semasa zaman itu. Sedang orang lain nyenyak tidor, ada yang sedang menjalankan tugas untuk membaiki dan menerbangkan pesawat, tanpa mengira keselesaan keluarga sendiri.

Saya memasukki No. 1 Skn pada penghujung 1973, selepas menjadi juruteknik radar pertahanan di No.3 ADC, Kuantan. Sebelum ini saya ditugaskan di TUDM Alor Star sebagai HF operator selepas berkursus di RAF Locking selama lebih kurang 14 bulan. Saya belajar sendiri cara2 berkomunikasi dalam set, sebab ini bukan tred saya..tugas ini adalad tugas ATC. Masa itu kerap juga pesawat heli beroperasi di kawasan Kedah. Ketika itu lah, banyak askar dan polis hutan terkorban semasa operasi, saperti di Nami (ambush), booby trap dan ditembak. Bayangkan, baru masuk TUDM sudah nampak insiden2 begini.

Selepas mendapat 'cat' sebagai AQM Caribou, macam2 tugas dibuat..tapi tugas tidaklah secabar yang Nuri atau Alouette buat. Kami membantu dalam operasi di Gubir. Pesawat Caribou ditugaskan membuat troop move anggota RGK dari Melaka ka Butterworth. Mereka menaiki pesawat Nuri untuk ke lokasi mereka di Gubir. Banyak anggota RGK yang diangkut tadi cedera atau gugur.

Dalam tahun 1975, 3 pesawat Caribou ditugaskan mengangkut anggota PPH dalam masa 24 jam dari Betong. Pesawat tidak dibenarkan berhenti salepas mendarat. Anggota PPH diarahkan melompat masuk kedalam pesawat, 'no trim sheet, load and take off..'..2 lagi pesawat belegar di udara menunggu giliran untu mendarat....saya dapat bau belerang peluru masa itu....ditiup angin.

Caribou juga terpaksa membuat penerbangan dalam cuaca yang tidak begitu baik (IMC) untuk tugas Air Drop Supply. Kami diberi tempoh sebab kegagalan menghantar bekalan  akan diekploitasi oleh pengganas komunis untuk mempengaruhi orang asli membantu mereka.

Tuan,..siang malam angkut orang cedera dan orang mati...SOP tolak tepi. Sekian dulu tuan..terima kasih kerana cerita merapu ni......'

Tiada apa yang merapu. Pada saya, gaya penyampaian tidak mustahak, kandungannya yang penting. Ramai dewasa kini tidak mengetahui peranan pesawat Caribou, pengganti 'Twin Pioneer'. Sebelum ketibaan C130 Hercules, pesawat inilah 'the workhorse of  RMAF's fixed-wing aircraft'. Caribou akan mengambil supply untuk airdrop di landasan terbang Taiping sebelum terbang ke beberapa lokasi di kawasan pedalaman.  Peranan Nuri pula ialah untuk mengambil payung terjun dari pos-pos tersebut.

Saudara Mohyuddin....Terima kasih.

Isnin, 6 Ogos 2012

Tahniah

TAHNIAH KEPADA DATO' LEE CHONG WEI

Walaupun tidak berjaya membawa balik emas, namun semangat juang anda sangat dibanggakan...Defeat with honour. Saya tabik spring pada Dato'.


Semua rakyat sedia maklum, Dato' muda kita ini adalah satu-satunya rakyat Malaysia pemegang pingat 'perak' badminton dalam dua sukan Olympic berturut-turut - 2008 & 2012.

Golongan Remaja.....Sekiranya anda terlalu berminat dalam sukan, teruskan. Masa hadapan ahli sukan yang berjaya memang terjamin. Sebagai contoh, semenjak Olympic di Beijing pada 2008, gomen telah mengumumkan imbuhan berikut kepada mereka yang berjaya mengharumkan negara dengan membawa pingat Olympic....
Imbuhan kepada 'Pengharum' negara di sukan Olympic

Ini bermakna, 'pencen' Dato' Lee ialah RM6k....Wow. Dan apa pula yang bermain dalam fikiran PM bila beliau menyatakan, petikan '....kita akan tentukan apa yang sepatutnya untuk beliau'. Itu belum lagi lain-lain pihak yang akan turut menyumbang kepada beliau. Sudah pasti, mencurah-curahlan lagilah tawaran untuk dilantik sebagai 'duta' pelbagai produk. Bergolek-goleklah rezeki beliau.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kelebihan wira-wira sukan dari aspek penganugerahan pingat/bintang negeri/Persekutuan. Untuk dicalonkan bagi sesuatu anugerah, calon perlu memenuhi kriteria tertentu.   Sebuah negeri menetapkan calon mesti berumur 40 tahun keatas. Ada pula yang menetap tempoh perkhidmatan tertentu sebelum dipertimbang. Itu terkandung dalam surat pekeliling kepada agensi-agensi kerajaan di negeri-negeri terbabit. Tetapi, AHLI SUKAN TIDAK TERTAKLUK KEPADA SYARAT BERKENAAN. Malah, sebuah negeri telah mewujudkan satu 'Bintang' '....dikurniakan kepada remaja di bawah umur 18 tahun yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa di dalam bidang akademik, sukan dan kesenian'.  Tak terror ke tu! Tidak menghairankan saya sekiranya gomen menganugerah 'Dato' Persekutuan pula kepada Dato' Lee dalam masa terdekat ini dalam satu upacara rasmi khusus untuk beliau. Itulah kelebihan wira-wira sukan.

Saya tidak katakan perjalanan untuk berjaya adalah mudah. Tidak sama sekali.  Ia penuh dengan halangan...Pelbagai ranjau perlu dilalui. Seperti mana-mana organisasi, tak terkecuali dalam keluarga sekali pun, tentu ada politiking, tikam-menikam, sabo-menyabo, lobi-melobi dan entah apa lagi. Biasalah tu. Tiada apa yang mudah untuk mencapai kejayaan. Pokoknya mesti 'angan-angan' dan tindakan diambil untuk menjadikan angan-angan tersebut satu kenyataan. Berkat usaha yang gigih dan berdoa kepada Yang Maha Esa, saya percaya semua akan menjadi realiti, insyaAllah

Dato' Lee....Saya berbangga dengan kejayaan anda.  

Ahad, 5 Ogos 2012

Sejarah...Jangan Dipinggir


Seperti yang dimaklumkan di sini, maka tersiarlah muka veteran ini dalam program MHIsegmen 'Satria' pada 3/8 jam lebih kurang 0830. Sudah pasti saya teruja kerana, dalam proses menonjolkan peranan TUDM di era insurgensi, muka hero yang dimamah dek zaman keluar di tv...He...He...He. Tapi, yang paling penting,  mungkin paparan tersebut dapat menyedarkan para penonton tentang pengorbanan para veteran mempertahankan kedaulatan negara bagi memudahkan rakyat dewasa kini mengharumkannya!!!!

Saya 'tersedar' klip program telah di'upload'kan oleh saudara 'Mangchikla' dalam mukabuku. Apa lagi....Melayanglah emel kepada beliau memintanya membuat sesuatu bagi memudahkan diupload untuk blog saya. Macam ada 'sixth sense' saja....Beliau dah mengagakkan sudah pasti akan terima panggilan 'mayday'. Dalam beberapa minit saja, saya terimalah emel dengan kod untuk diembed. Masalahnya, terdapat beberapa u-tube dalam paparan berkenaan. Cuba le punya cuba nak asingkan, masih tak berjaya. Tak kisahlah....Janji boleh dimuatkan dalam blog.





Catatan: Terdapat kesilapan dalam laporan. Bukan pesawat saya yang ditembak bertalu-talu. Itu Nuri Lt (U) Murad.  Jangan lupa MHI pada 8/8 yang akan memaparkan Mejar Sawaludin Lamin


Mej Jen Dato' Zulkiflee Mazlan dan Saudara Mangchikla....Terima kasih.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Sejarah Pulau Layang Layang

Saya telah memohan secara rasminya, melalui surat, kepada PTL untuk mendapatkan gambar-gambar semasa proses mentransformasikan sebuah atol kepada sebuah pulau - Pulau Layang-Layang. Permohonan dicorekkan di sini.

Dari hanya sebuah terumbu...
Gambar 'ori' 'Swallow Reef' ketika dituntut oleh Malaysia pada 1981

Ke akhirnya, syurga bagi penyelam skuba untuk berenang dengan 'hammer-head sharks' ...
Dari sudut yang sama 30 tahun kemudian - Oktober 2010

Penghuni awal Stesyen Lima/Terumbu Layang Layang - ketika air surut

Saya terima jawapan rasmi daripada pihak TLDM...
Tatkala bersembang dengan seorang rakan seperjuangan berkenaan dengan topik ini, beliau menyuarakan bahawa penglibatan ATM membangunkan pulau berkenaan, sepatutnya dibukukan. Fikir punya fikir, betul juga kata beliau. Apa lagi, tanpa mengira orang nak berehat pada hari minggu, melayanglah emel berikut kepada PTL....

From: nor ibrahim sulaiman
Date: Sun, 29 Jul 2012 07:23:06 +0800
To: Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar
ReplyTo: nor ibrahim sulaiman
Cc: Kept Zaman TLDM; Kdr Ismail MTL
Subject: PULAU LAYANG LAYANG

Assalamualaikum Tan Sri,

Berhubung perkara di atas, saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kesediaan Tan Sri memberi kerjasama yang dipohon. Dewasa ini, saya berkomunikasi dengan Pegawai Memerintah PUSMAS untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

Melalui perbualan dengan seorang rakan seperjuangan berkaitan dengan topik ini, saya setuju dengan pandangan beliau supaya transformasi Pulau ini didokumentasikan dalam bentuk bukunya tersendiri sepertimana yang diterbitkan oleh TUDM, 'OPERASI PIRAMID - TUDM DI BARISAN HADAPAN', yang dilancarkan oleh Menteri Pertahanan pada 2 Ogos 2011. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui kewujudannya melainkan mereka yang menonton laporan cuaca di TV1. Tetapi mereka mungkin tidak menyedari signifikan Kepulauan Spratly tanpa membaca akhbar-akhbar aliran perdana. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat artikel dan laporan tentang pergolakan yang melibatkan negara-negara ASEAN dengan China keatas tuntutan atol-atol tersebut. Silap percaturan menangani masalah ini boleh mencetusnya konflik di rantau ini. 

Justeru, sekiranya saya boleh memberi cadangan, mungkin TLDM menerbitkan buku berkenaan. Ini kerana TLDM terlibat secara langsung daripada mula sehingga sekarang dan masa hadapan bagi menentukan keselamatannya. Lagi pula, TLDM mempunyai material yang diperlukan. Saya tidak pasti tentang sambutan terhadap buku itu nanti, sekiranya menjadi kenyataan. Pada saya, apa yang penting ialah buku-buku tersebut diedarkan ke semua perpustakaan, IPTA, agensi-agensi kerajaan, agar dijadikan bahan rujukan. Saya percaya buku itu nanti akan menyentuh pelbagai aspek, terutama sekali keselamatan. Manakala buku yang saya rancangkan, insyaAllah,  hanyalah satu bab yang menyentuh aspek pengorbanan warga ATM, melalui gambar-gambar, ketika proses awal mentransformasikan sebuah atol kepada sebuah pulau.

Tan Sri sedia maklum, saya telah mengesyorkan agar ANM menganjur majlis seminar/wacana/pengkisahan berkaitan topik ini.  Syukur alhamdulillah, respons agensi berkenaan agak memberangsangkan; kemungkinan akan dilaksanakan tahun depan. Objektif saya hanyalah semata-mata mengharapkan agar isu tersebut disedari oleh rakyat dan  pengkaji-pengkaji sejarah mempunyai akses kepada bahan sejarah ini, wallahualam. 

Sekiranya TLDM akan menerbitkan buku itu, hanya satu permohonan yang saya pinta. Harap Tan Sri dapat menyumbang satu naskah, yang ditanda tangani oleh Tan Sri, kepada saya. Itu sahaja. 

Akhir kata, diharap cadangan ini mendapat pertimbangan Tan Sri. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 

Wow!...Tak diduga sama sekali, macam kilat saya terima respons berikut...

From: Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar ;
To: Nor Ibrahim Sulaiman, Lt Kol (B) TUDM ;
Subject: Re: PULAU LAYANG LAYANG
Sent: Sat, Jul 28, 2012 11:41:17 PM (kesilapan tarikh/hari)

Terima kasih atas cadangan tersebut.

Sebenarnya kita bertujuan membukukannya tetapi belum bermula kerana sedang mengenal pasti penulis yang sesuai. Your proposal further reaffirms the requirement to start doing it now. Insya-Allah akan dilaksanakan dan akan mengarahkan penulis mendapatkan some input from you accordingly. Tq once again.

Saya juga mengucapkan Selamat berpuasa, dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kembang hidung saya dibuatnya...Saya sebagai 'catalyst' mempercepat penerbitan buku...He...He...He. Saya berharap agar buku tersebut akan diterbitkan sebelum majlis yang akan dianjurkan oleh ANM berkaitan dengan subjek ini tahun depan. Dan sejarah Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima/Pulau Layang Layang akan berkekalan untuk selama-lamanya, insyaAllah. Dan PTL telah men'insyaAllah'kan permintaan saya untuk senaskah buku itu nanti.
Satu-satunya pulau berlogokan Malaysia

Bila dapat bahan daripada TLDM kelak, bolehlah mula memerah otak untuk buku kedua nanti, insyaAllah.

Tan Sri PTL & Kept Mohd Zaman TLDM....Terima kasih.