Hot pursuit....our ground troops 'chasing' the CTs. Any casevac had to be done by winching. This meant the helicopter had to hover atop the trees. The troops had no time to make LPs for the nuri to land. I'm sure by now you can imagine what we nuri pilots had to endure while doing this task. We were simply a target impossible to miss!
One afternoon at Kroh.........I was tasked to pick up a casevac at GR......(don't expect me to remember the exact location that took place more than 30 years ago) and offload at Penang polo ground, ie, the padang infront of Penang General Hospital (PGH). The area did not require a GS escort but I still had to take along a commando for safety.
On reaching the estimated area, radio contact with the ground troop (GT) was made through HF radio. The GT could hear the nuri but unable to see it. I taxied on the tree tops until the GT informed me that I was over them. However, my AQM and the commando did not see the GT. I told the GT to fire varey light signal. It didn't penetrate the jungle canopy. Next alterative was to ask them to make fire smoke hoping it would penetrate the canopy; it didn't either. It was after some time that my AQM managed to see the GT.
Mind you, I was not in the least surprised whenever I read that it took days to locate an aircraft when it crashed in our virgin jungle. I am talking of trees of more than 150 feet high. This was the situation in carrying out this particular task. To make the matter more exciting, rain was fast approaching and the wind was strong.
The commando and 'Saleh' stretcher were winched down uneventfully. The casevac was then winched up first to be followed by the commando. Suddenly........my AQM told me that the stretcher was stuck on the tree branches. Oh, oh....real problem. I told him to try his best to free the stretcher. I was hovering at about 200 feet, facing the wind, rain fast approaching, being a shooting duck for the CTs' target practice, and the MGB's 'T & P' were rising due to prolonged hovering......... I felt the adrenalin pumping through my body!!
Under such circumstances, I had the option to shear the cable, but at the expense of a life. If I took this decison, it would haunt me till I die..... Syukur to Almighty Allah, after a long struggle the AQM managed to free the stretcher and the casevac was safely pulled into the nuri. I decided to leave the commando to be picked up later and proceeded to Penang. The commado was winched up the next day at a different location.
What an ordeal.................!
Pengikut
Isnin, 29 Jun 2009
Pengalaman Ke5
3 buah nuri ditugaskan untuk membuat 'troop/freight lift' dari Kroh ke beberapa LP. Saya, 'callsign' Alpha, dilantik sebagai 'flight leader'; callsign dua lagi pesawat ialah Bravo dan Charlie. Kapten nuri Bravo dan Charlie adalah 'D Cat Captain'. Mereka hanya boleh membawa freight sahaja. Penerbangan ke LP memerlukan escort sebuah GS.
Bagi menjimatkan masa dan keselamatan, pengangkutan freight dilakukan mengguna kaedah 'underslung'. LP pertama ialah di dalam kawasan Thailand. Beberapa sortie ke LP tiada menghadapi sebarang insiden.
Semasa trup sedang menaiki nuri di Kroh, kapten nuri Charlie, dalam penerbangan balik ke Kroh dari LP, telah menghubungi saya memberitahu bahawa nuri Bravo telah ditembak oleh PK semasa hovering. Selepas release load, kapten nuri tersebut terus 'took off'. Saya telah mengarahkan Charlie mengiringi Bravo dan Bravo mendarat di 'landing strip (LS)' di Banchatharat (lebihkurang begitulah ejaannya). GS juga diarah berlegar di ruang udara LS sementara menunggu ketibaan saya. Tujuan saya ialah untuk memastikan pesawat tersebut selamat diterbang.
Setiba di LS, trups dideploy untuk memberi perlindungankeselamatan. Bravo diarah untuk 'shutdown' dan saya mengarahkan krew mengambilalih nuri saya tanpa mematikan enjin. Saya sendiri telah memeriksa keseluruh nuri Bravo. Selain fuselage berlubang-lubang, satu generator tidak berfungsi terkena tembakan. Seterusnya, saya telah mengarahkan trups menaiki semula nuri Alpha dan mengarah kapten Bravo membawa balik trups ke Kroh. Saya pula mengambilalih nuri Bravo dan mengarahkan kapten Charlie mengekori saya dan diescort oleh GS. Pesanan saya kepada kapten Charlie ialah untuk 'pick-up' saya dan krew sekiranya saya terpaksa membuat pendaratan kecemasan.
Syukur Alhamdulillah, saya selamat mendarat di Kroh. Ketua Skuaderon di Butterworth bertanyakan tindakan saya selanjutnya, samaada saya memerlukan recovery team. Saya memaklum kepada beliau yang saya akan terbang balik ke pengkalanTUDM Butterworth.
Trups di LP memberitahu apa yang berlaku semasa Bravo 'hovering' di LP. Mereka ternampak 'varey light' di udara. Tiba-tiba, PK telah menembak Bravo dari semua arah. PK telah mengelilingi LP dan hanya menunggu waktu untuk menembak nuri.
Cukuplah disini hujah-hujah saya yang terus menentang membawa Chin Peng kembali ke Malaysia.
DEDICATED TO ALL THE AIRCREW OF NO 3 SQUADRON, RMAF BUTTERWOTH, DURING MY TOUR THERE. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEPADA ANDA SEMUA.

Rabu, 24 Jun 2009
Pengalaman Ke4
Keghairahan PK menjadikan pilot nuri sasaran utama mereka terus memuncak. Markas Udara (MU) mengarahkan nuri mesti di'escort' dengan 2 Alouette Gunship (GS) di kawasan operasi tertentu dan sekurang-kurang 1 GS di kawasan lain. Kawasan Operasi Selamat Sawadee merangkumi negeri Perak, Kedah dan menyeberangi sempadan Thailand. Sebelum mendarat di LP, GS akan 'straff' kawasan berhampiran setelah mengambilkira kedudukan anggota keselamatan (AK); GS berlegar di udara semasa nuri berada di LP. Juga, pesawat F5E dan Tebuan turut digunakan untuk mengebom kawasan yang telah dikenalpasti. Seorang anggota RGK ditugas ikut bersama untuk menembak PK sekiranya nuri ditembak.
Setiap krew pula dikehendaki memakai 'fragmentation vest' dan membawa pistol mengguna 'shoulder holster' selain M16. Di masa itu, ves kalis peluru masih tiada dalam inventori TUDM. Sungguh tidak selesa, sudahlah panas, berat dan berbau pula!
Namun demikian, kami masih mengguna budi bicara sekiranya bantuan nuri diperlukan walaupun ketiadaan GS atau di waktu malam. Sortie-sortie' casevac ' dan 'resupply' yang melibatkan hidup mati anggota menjadi keutamaan.
Di satu senja, semasa detachment di Kroh, Pegawai Risek (PR) 6RAMD telah memohon kepada BASO (Brigade Air Support Officer), wakil MU, untuk nuri mengambil satu casevac di LP. Anggota tersebut telah ditembak di kepala dan masih hidup. BASO meluluskan permohonan tersebut tetapi memberitahu PR bahawa terpulang kepada saya sama ada bersetuju untuk membuat penerbangan tersebut. BASO sedia maklum nuri tidak dilengkap dengan peralatan untuk penerbangan malam. Peralatan paling canggih ialah 'mk2 eye-balls (mata)' sahaja. Memang kami membuat penerbangan malam tetapi melibatkan penerbangan dari 'airfield to airfield'. Ini ke LP di kawasan 'panas' dalam keadaan gelap dan memerlukan GS escort pula.
PR berjumpa saya dan betul-betul merayu manakala BASO hanya berkata '....up to you'. Saya bertanya pilot GS dan beliau bersetuju untuk meng'escort' saya. Bayangkan......sebuah nuri 'hovering' untuk winching casevac dengan 'flood and hover lights' terang menderang!! Lampu-lampu terpaksa dinyalakan untuk membantu KU mewinching casevac. KU memberitahu anggota tersebut telah meninggal dunia dalam pesawat. Satu lagi catitan statistik.
Syukur kepada Ilahi, hari tersebut tiada latihan menembak malam dalam jadual PK. Kalau tidak, kami akan dijadikan 'target practice'!
Untuk mendarat di Kroh, saya dan GS dipandu oleh lampu Land Rover. Beberapa buah Land Rover digunakan sebagai marker di 'grass strip'. Misi berjaya. TUDM tidak menghampakan TDM. Sebagai penghargaan, keesokan petang, Pegawai Memerintah 6RAMD telah menjemput kami untuk minum teh di mes pegawai beliau (khemah canvas).
Lain pula resepsi yang saya terima sekembali dari detachment. Penerbangan malam itu telah diketahui oleh Ketua Skuaderon. Saya telah di'jemput' ke pejabat beliau. Beliau mempersoalkan tindakan saya yang tidak mengambilkira risiko ke atas krew saya, krew GS, dan pesawat sekiranya PK mengambil tindakan untuk menembak kami. Saya hanya boleh memberitahu beliau bahawa sekiranya saya tidak melakukan penerbangan tersebut, anggota tersebut akan terkorban dan kemungkinan anggota-anggota keselamatan akan hilang kepercayaan terhadap TUDM. Saya tidak mengetahui keadaan sebenar casevac tersebut. Sekiranya diberitahu anggota tersebut telah terkorban, sudah pasti saya tidak akan mengambil risiko tersebut. 'Bodevac' boleh dilakukan keesokan hari.
Dibuat salah, tak buat salah, lama-lama jadi serba salah!! However, my conscience is clear. I tried to save a life but he didn't make it. Sebagai kapten pesawat, saya bertanggungjawab keatas sebarang keputusan yang saya buat.
Saya berharap anda memahami mengapa saya menentang Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia.
bersambung..........

Ahad, 21 Jun 2009
Pengalaman Ke3
Pengganas komunis bertukar strategi. Mengikut laporan perisikan, PK 'kecewa' kerana hanya sebuah nuri sahaja yang berjaya mereka jatuhkan. Insiden nuri ditembak sudah menjadi rutin. Walaupun kena tembakan, nuri masih berterbangan di kawasan operasi.
Dalam satu insiden, sebuah nuri telah ditembak. Sebanyak 49 butir peluru telah mengena tangki minyak. Namun demikian, telah berjaya mendarat di kem Gubir. Laluan penerbangan nuri dihujani dengan bahan api avtur. Dalam masa 30 minit di KG, tangki minyak kosong...... Bayangkan apa akan terjadi sekira tiada kawasan untuk mendarat!
Strategi baru mereka ialah menjadikan pilot sebagai sasaran. Fasa penerbangan yang kritikal untuk nuri ialah semasa 'approach', hovering', dan 'take-off'. Dan paling mudah ialah semasa nuri berada di LP. Ini terbukti apabila banyak insiden tembakan berlaku semasa nuri dalam fasa penerbangan tersebut.
Saya sendiri telah ditembak dengan 'grenade launcher' semasa berada di LP kawasan operasi Klian Intan. Semasa mengeluarkan muatan, terdengar letupan kuat dan anggota keselamatan 'take cover'. Dengan pantas saya 'take-off' dan baru saja melepasi ketinggian pokok-pokok, satu lagi tembakan dilepaskan. Letupan itu menggongcang nuri. Penerbangan lebihkurang 10 minit ke Kem Klian Intan (KKI) sungguh memeritkan. Syukur kepada Ilahi, nuri selamat mendarat di KKI. Nuri tidak mengalami sebarang kerosakan dan pihak atasan dimaklumkan. Arahan berikutnya...bukan terbang balik ke pengkalan, sebaliknya dikehendaki mengambil 'casevac' (casualty evacuation) di kawasan operasi di Kedah!! Seorang anggota TDM cedera parah ditembak PK. No problem......
Dalam satu insiden lain pula, saya berada di LP untuk membawa balik tentera kita ke Kroh (nama lama Pengkalan Hulu). Kuatermaster Udara (KU), Sjn Mohsin memberitahu saya yang beliau terkena tembakan. Nasib beliau memang baik kerana kecedaraan di kakinya tidak serius.
bersambung................

Sabtu, 20 Jun 2009
Pengalaman Ke2
1976 negara telah dikejutkan dengan berita sebuah helikopter nuri ditembak jatuh oleh PK dan semua krew dan penumpang terkorban di kawasan operasi Gubir.........!
Semasa kejadian itu, saya sedang mengikuti kursus peralihan kapten helikopter nuri di No 10 Skuaderon, TUDM Kuantan. Pilot-pilot yang terkorban ialah Kapt (U) Choo (7 Skn), Kapt (U) Mustafa Kamal (7 Skn), Lt (U) MT Chung dan Lt (U) Wan Munsif dari 10 Skn. Maaf, saya telah terlupa nama-nama Kuatermaster Udara (KU).
Saya mengenali mendiang Kapt (U) Choo semasa di MTD lagi dan berjiran semasa beliau berkhidmat di No 10 Skn. Arwah Kapt (U) Mustafa Kamal adalah 'squad mate'. Kami dari Regular Cadet intake 11 dan menjalani latihan di MTD selama 2 tahun, Mei 1967 hingga April 1969. Arwah Lt (U) Wan Munsif dari SSC intake 14 dan telah ditauliah pada tarikh yang sama dengan saya. Beliau adalah 'junior' saya semasa kami mengikuti latihan penerbangan di SEA Helicopter, TUDM Kuala Lumpur. Mendiang Lt (U) MT Chung adalah kapten nuri semasa saya masih seorang co-pilot. Saya kerap terbang dengan beliau. Turut terkorban ialah arwah Mej Haris Rejab, RAMD, 'senior' saya semasa di MTD. Beliau dari Regular intake 10.
Helikopter tersebut dalam fasa penerbangan dari LP (landing pad) ke Kem Gubir apabila ditembak.
Saya telah ditugaskan untuk mengiringi jenazah Wan Munsif ke Kangar untuk dikebumikan. Tidak sampai hati untuk melihat jenazah. Saya juga ditugas untuk membantu keluarga arwah mengurus perpindahan isteri ke Kangar. Isteri arwah adalah seorang guru yang mengajar di Kuantan. Dengan kerjasama semua pihak terbabit, urusan pertukaran telah berjaya dilaksanakan dengan kadar segera.
Hari ini, 21 Jun 2009, adalah 'HARI BAPA'. Kepada penyokong-penyokong membawa balik Chin Peng, TOLONG JELASKAN KEPADA ANAK-ANAK WIRA-WIRA TERSEBUT BAGAIMANA MEREKA KEHILANGAN BELAIAN SEORANG BAPA.

Mengapa Saya Menentang Chin Peng Kembali Ke Malaysia
Saya adalah mantan pilot helikopter nuri. Sepanjang menjalankan tugas sebagai pilot nuri, saya telah banyak terlibat secara langsung dalam operasi menentang pengganas komunis (PGK) di Semananjung Malaysia. Saya telah kehilangan ramai rakan seperjuangan dan melihat anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera parah dan terkorban. Nuri turut menjadi sasaran PK, malah saya sendiri pernah ditembak oleh mereka.
Saya akan menceritakan pengalaman-pengalaman yang mungkin ramai tidak ketahui. Terpulang kepada pembaca untuk memikirkannya.
PENGALAMAN PERTAMA
Semasa masih menjadi co-pilot di awal 70'an, kami (krew) ditugaskan untuk membuat 'troop lift (TL)' di Kem Gubir (KG). Sebelum terbang ke KG, kami telah singgah di Kem Sg Petani. Pegawai Risek(PR) telah menjemput kami untuk bersarapan di Mes Pegawai, 6 Briged. Beliau seterusnya memberitahu yang beliau akan ke KG dan akan berjumpa kami disana nanti.
Kami seterusnya terbang ke KG dan melakukan beberapa sortie TL sebelum berhenti, lebih kurang jam 1100. Tiba-tiba terdengar berbalas tembakan berhampiran KG. Ini diikuti sebuah Land Rover meluru masuk ke kem. Kenderaan tersebut ditembusi peluru. Pemandu memberitahu yang konvoi kekawasan operasi telah diserang hendap. PR terkorban dalam serangan tersebut.
Sebuah lagi nuri yang turut membuat TL, telah ditugaskan untuk mengambil mayat PR apabila keadaan telah reda dan kawasan tersebut disahkan selamat. Olehkerana krew nuri tersebut tidak pasti kawasan terbabit, saya telah diarahkan mengikuti nuri untuk menunjukkan arah. Nuri terpaksa 'hover' untuk 'winching' mayat kerana tiada tempat untuk mendarat. Saya sendiri telah menarik mayat tersebut kedalam nuri.
Bayangkan......hanya pagi tadi saya bersarapan dengan beliau, dan sekarang seluruh badannya kaku dan dilumuri darah!!! Flying suit saya juga dibasahi dengan darah.
Saya mengenali mendiang semasa kami menjalani latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Bersambung.......

Langgan:
Catatan (Atom)