Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Balasungkawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balasungkawa. Papar semua catatan

Rabu, 8 Januari 2020

Nuri...Sumber Inspirasi Ku

Nama: Sikorsky S61A-4 NURI
Masuk perkhidmatan: Januari 1968.
Tamat tempuh perkhidmatan: Januari 2020.

Rakyat Malaysia dipertontonkan penerbangan pertama S61A-4 Nuri di ruang angkasa Kuala Lumpur

Berita Harian 8 Januari 2020

Tiada apa yang boleh saya katakan... Siapalah saya! Tetapi saya bangga sebagai salah seorang juruterbang yang diberi peluang mengendalikannya di era negara diancam petualang negara...komunis.

Saya bukannya seorang penyajak. Tapi...Ah tak kisahlah. Janji nak luahkan perasaan.

KERANA MU

Kerana mu, aku terjaga dari tidur
Diulit mimpi zon selesa
Angkara kedurjanaan petualang negara
Kerana mu, lahir Xnuripilot
Kerana mu, aku berkarya
Kerana mu, ramai menikmati kehidupan
Kerana mu, menyinar cahaya
Antara panggilan Ilahi dan kehidupan
Tidak kira siang atau malam
Ribut atau taufan
Kerana mu, aku mengejar puncak kejayaan
Walaupun di ufuk senja
Engkau sumber inspirasi ku
Engkau tetap terpahat di jiwaku.
Semoga Allah memberkatiku


Usia di ufuk senja. Sumber: FB


Tambahan dari Kol Zainal Piee TUDM (B) jam 1815..

Nuri oh Nuri.
Terlalu banyak kau tabor jasa.
Membantu wira di belantara.
Membantu rakyat di kala bencana.
Jasa mu dikenang setiap masa.

Dari Brig Jen Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman TUDM (B) PGB PTU, jam 2059...

Nuri oh Nuri.
Kau kawan seperjuangan setia.
Sentiasa bersama di angkasa raya.
Setiap ketika sebilang masa.
Siap sedia untuk berjasa.

Nuri oh Nuri.
Setengah abad kau berbakti
Membela bangsa ibu pertiwi
Musuh durjana amat segani
Keberanianmu harus ditauladani

"Whatever is worth from a painful heart that is bleeding, sayonara my Iron Bird."

Sesiapa berminat nak berspuisi, sila hantar. Terima kasih.

Isnin, 24 Disember 2018

Pemergian Seorang Wira Negara

Malam semalam, jam 2103 Mej Basri PGB forward WhatsApp yang menyatakan Lt Kol Hj Basri Omar PGB sedang sakit tenat dan akan dibedah malam itu juga.

Pagi tadi, bila buka WhatsApp, terima berita yang menyedihkan:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dato Seri, Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

LAPORAN PESARA PEGAWAI TENTERA  MENINGGAL DUNIA

(a) Nama: Lt Kol Hj Basri bin Omar (B) PGB

(b) Nama Waris: Hjh Zawyiah binti Hj Abd Aziz

(c) Kor : RAJD

(d) Umur: 66 Thn

(e) Tarikh Dan Masa Masuk Hospital: *222100H DIS 18*

(f) Hospital: *HAT TUNKU MIZAN*

(g) Wad : ICU

(h) Tingkat/Katil: Tingkat 5

(i) Jenis Penyakit: Diagnosis awal batu karang dalam buah pinggang. Diagnosis lanjut pada 23 Dis 18 pendarahan dalam perut.

(j). Pada 231700H Dis 18 beliau telah dimasukkan ke wad ICU.

(k). Disahkan Meninggal dunia pada 240020H Dis 18.

(l)  Maklumat urusan pengkebumian akan dimaklumkan kemudian.

Sekian saya memaklumkan.

Kol Zakaria Abdul Rahman
Jabatan Arah Jurutera

Allahyarham Lt. Kol. Basri bin Omar (B) PGB

Jenazah di Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH untuk disolatkan

Jenazah dibawa keluar dari masjid

Memang saya terkejut. Arwah banyak membantu saya semenjak saya menjadi seorang blogger pada 2009. Beliau sedia menyalur maklumat yang ada kaitan dengan pasukan kesayangannya, RAJD dan satu-satunya warga RAJD yang dianugerah PGB. Malah beliau berjaya meyakinkan Mej. Jen. Mior Safuan (B) supaya menukil pengalamannya semasa Op Gubir II. Nukilan itu menjadi bahan blog, buku dan tesis PhD saya. Arwah turut menghadiahkan dua naskah buku bagi memudahkan kajian saya - Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia: Penerima S.P. dan P.G.B. Jilid 1 dan 2. Untuk buku kedua saya mengenai Terumbu Layang-Layang, beliau telah menghantar gambar-gambar penglibatan RAJD.

Pertama kali bertemu muka dengan Allahyarham Lt Kol Basri bin Omar PGB (B) di Jitra pada 5 Ogos 2010 

Pada  28 Ogos 2012, Allahyarham Lt Kol Basri, Mej Ishak dan saya diundang ke Majlis Pengkisahan di Perpustakaan Awam, Kangar, di SINI. Acara ini merupakan ulung kali diadakan oleh agensi tersebut yang membabitkan kisah keperwiraan. Beliau datang dengan menaiki keretapi. Masa itu masih tiada ETS. 

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada 22 Ogos 2017 di Perpustakaan Kangar semasa Majlis Pengkisahan, di SINI. Sama seperti pertemuan pada 2012, beliau menaiki keretapi, tapi dengan ETS dari Kuala Lumpur. Beliau sanggup hadir semata-mata untuk meraikan majlis tersebut walaupun bukannya sebagai ahli panel. Saya masih ingat beliau bertanya sama ada boleh tumpang di bilik saya di Hotel Putra Palace malam itu. Masalahnya saya sudah berjanji dengan Mej Rajasaikaran yang datang dari Melaka semata-mata untuk hadir majlis tersebut. 

Saya sungguh menghargai semangat patriotisme mereka berdua.

Saya sungguh menghargai semangat patriotisme Allahyarham Lt Kol Basri yang sentiasa sedia memenuhi undangan untuk menceritakan pengalaman, jika tiada aral melintang. 

Saya juga terharu apabila beliau begitu gembira dengan kejayaan saya menerima PhD sehingga memaklumkan kepada kumpulan WhatsApp intake mereka. 

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Leftenan Kolonel Basri bin Omar PGB (B). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amiin Ya Rabbal Alamiin.



Ahad, 22 April 2018

Perginya Wira Di belakang Tabir

Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama Datuk Mocktar Mahmud Baginda sebelum membaca berita ini...

Saya rasa Chin Peng tiada dalam gambo ini. Dari kiri: Abu Samah, Mocktar Mahmud, Abdullah C.D., Abdul Rashid Mahiden (UM21.04.2018)

Sapertimana yang saya jelaskan di SINI, secara peribadi saya tidak mengenali arwah. Namun demikian, saya ralat kerana tidak dapat memenuhi hasratnya untuk bertemu dengan saya. Saya masih ingat yang beliau sedia pergi ke KL jika saya setuju walaupun di waktu itu beliau agak uzur. Apakan daya, dah tak ada rezeki! 

Sebagai siaran ulangan, apabila membaca buku ini, saya terfikir bagaimana tiba2 ada rundingan di antara Malaysia dan PKM. Buku "The Unsung Heroes" menceritakan peranan yang dimainkan oleh bos SB yang mewakili gomen semasa berunding dengan wakil Chin Peng sebelum termeterainya 
Perjanjian Damai pada 2 Disember 1989. 

Sebanyak 5 rundingan, iaitu pada 2-4 Feb 1989, 15-17 Mac 1989, 11-13 Mei 1989, 2-3 Okt 1989 & 2-4 Nov 1989 telah diadakan di antara kedua-dua pihak yang dipengerusikan oleh Jen Dato' Kitti Ratanachaya di Phuket, Thailand. Beliau ketika itu menjawat Commander Thai 5th Infantry Division dan Thai-Malaysian Combined Tasked Force. Yang bestnya, beliau telah mendokumentasikan minit mesyuarat2 tersebut dalam bukunya, "The Communist Party of Malaya, Malaysia and Thailand."
 
Sebagaimana yang dikatakan di atas, persoalannya, bagaimana secara tiba2 rundingan di antara Malaysia dan PKM diadakan? Apa cerita di belakang tabir? Pencetusnya sudah pastilah SB tetapi siapa yang terbabit selain SB? Mungkin gomen tak nak cerita di belakang tabir...mungkin juga le...entah le!

Tetapi dengan kuasa-Nya, persoalan saya terjawab apabila membaca buku ini...

Coretan terbabit boleh dibaca di SINI.

Sebagai rumusan, sumbangan Allahyarham sungguh hebat. Mana tidaknya, peranan yang dimainkannya mennoktahkan ancaman kebangkitan semula insurgensi komunis yang dihadapi oleh negara tercinta ini selama 21 tahun, 1968-1989.

Ternoktah Satu Perjuangan 

2 Disember 1989...Haadyai
Termeterai satu perjanjian
Ternoktah satu perjuangan
Tiada lagi pemburu
Tiada lagi diburu
Tiada lagi ratapan kehilangan yang tersayang
Tiada lagi siburung besi bahan buruan
Angkara peluru tidak mengenal sasaran
Baik kawan atau pun lawan
Tiada lagi kecacatan ditanggung badan
Sehingga ke akhir hayat
Angkara jerangkap samar
Inilah harga satu pengorbanan
Demi untuk negara tersayang
Tetapi...kini hanya tinggal kenangan
Tanpa sebarang penghormatan
Tanpa pengiktirafan
Apakan daya dah nasib badan
Menggadai nyawa dipinggirkan
Mengharum negara wira kebangsaan
Wahai wira-wira...darat dan udara
Pasrah hadapi alam kenyataan
Penuh cabaran bukannya khayalan
K e s i a n...!!

Dengan pemergian Allahyarham Datuk Mocktar, hasrat untuk menulis kisah INI terpaksa diKIV.

Semoga Allah menempatkan rohnya bersama para solihin...Al-Fatihah...


Related image

Rabu, 14 Jun 2017

Tamat!!

Masih kisah semalam di sini.....

Sepertimana  yang kita semua sedia maklum, KEMENTAH telah mengeluarkan press release berikut:


Utusan Malaysia hari ini, hlm. 13.

Berakhirlah sejarah FM1718/M23-15...

Selasa, 13 Jun 2017

Sungguh Sedih!!!

12/6/17...Tarikh yang membawa kesedihan kepada pencinta The Old But Faithful Nuri, seperti saya.

Pada 11/6, saya terima WhatsApp daripada Mej Zuraiman, Kurator/Ketua Penyelidik Muzium TDM, Port Dickson. Beliau memaklum bahawa beliau dalam perjalanan ke Sungai Petani dalam usahanya menyelamat sebuah Nuri yang terdapat di junk yard di sana.

M23-15 di junk yard Sg Petani






Menurut Mej Zuraiman, beliau telah bertemu dan berbincang dengan En Hamid, staf syarikat yang membeli Burung Besi. Beliau memohon  agar syarikat terbabit mempertimbangkan opsyen2 yang ditawarkan, iaitu, (1) syarikat menawarkan harga pesawat untuk dibeli; (2) meminjamkannya kepada muzium untuk dipamerkan; (3) barter trade dengan kenderaan lain yang telah dilupuskan.

Zuraiman dengan En Hamid

Saya pula telah membincangkan isu ini dalam WhatsApp Nuri Warriors. Sepertimana yang saya dah jangka, kami sungguh sedih. Seorang itu telah mencadang supaya dibuat kutipan dengan beliau memulakan sumbangan sebanyak RM500. Nak tahu berapa nilai Burung Besi dalam bentuk besi buruk? Lebih kurang RM20k-RM25k saje!! Jumlah ini adalah nilai sisa scrap pepejal mengikut pasaran semasa, iaitu RM4k/ton.

Tapi....tidak lama kemudian, tersiarlah gambo ini yang bukan dihantar oleh beliau tetapi oleh seseorang yang boleh buat keputusan...
Proses memotong satu aset pertahanan

Saya telah mencadangkan kepada Mej Zuraiman supaya memohan kepada syarikat terbabit untuk 'menghadiahkan' pilot seats untuk dipamerkan di muzium beliau. Saya yakin seats ini banyak menyelamatkan pilots semasa era insurgensi di Semenanjung 1968-89, wallahualam. Tapi...

M23-15 telah memasuki invetori TUDM pada 29/11/1976. Nombor asalnya ialah FM1718. Pesawat ini terlibat dalam satu kemalangan di Pulau Perak pada 23/12/14, di SINI

 Kali terakhir saya menerbangkannya ialah pada 28/1/1980 bersama Kapt Rosly J/Sjn Gan (mendiang). Call sign W408 J One. Saya clocked 7:15 jam.

Tidak dinafikan pesawat yang sudah dilupuskan dijual. Tetapi, masalahnya ialah muzium TDM mahupun TUDM masih tiada sebarang relic Nuri. Pada pandangan veteran ini, alangkah eloknya jika M23-15 ditempat di muzium, tak kisahlah sama ada di Port Dickson atau muziumTUDM yang saya tak pasti lokasinya nanti, wallahualam  

Beginilah nasih satu aset pertahanan yang telah banyak menyumbang bakti terhadap pembangunan 
dan keselamatan negara...

Legasinya hanya di junk yard...tidak layak walaupun di muzium!!! 

Khamis, 20 Ogos 2015

Mak...Pergi Buat Selama-lamanya


20/8/2015...Genap 8 hari mak kembali ke rahmatullah.

Pada 12/8, saya terima panggilan daripada adik saya, Ahmad Kamarudin@Mek, memaklumkan mak, RAHAMAH BT MAT WAHI, sedang nazak di rumahnya di Taiping. Walau pun sepatutnya nak celebrate segelas nescafe ice kurang manis kerana mengalahkan members, saya bergegas balik ke Taiping. Adik saya, Wahinuddin, sudah tiba dari Ipoh manakala kak, Intan dan Cik Su tiba lewat petang.

13/8, jam 1039....mak pergi buat selama-lamanya. Saya telah membuat laporan kematian di balai polis Taiping. Jenazah selamat dikebumikan di Tekah pada jam lebih kurang 1730.


Laporan polis

Saya tabik spring kepada Mek. Pada 2/8/2015 isteri beliau, NOREHAN, telah pergi buat selama-lama. Arwah disemadikan di Tekah juga. Arwah mak juga tinggal bersama Mek. 2 kematian dalam tempoh 12 hari! Sungguh besar ujianNya.

Iman (anak kak)  mengadap pusara mak sementara Bukhari (belakang berbaju hitam) mengadap pusara ibunya, Norehan

SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN MAK DAN NORIHAN DIKALANGAN ORANG YANG SOLEH  



Isnin, 18 Ogos 2014

Tinggal Dalam Kenangan

Malam semalam saya terima WhatsApp daripada seorang juruterbang heli mengatakan Kapt Ridzuan Tajuddin telah meninggal dunia. Arwah adalah seorang juruterbang syarikat Hornbill, Kuching. Menurut Kapt Tien, arwah terlibat dalam satu kemalangan 3-4 minggu sudah. Selepas keluar hospital di Kuching, arwah terpaksa dikejarkan semula ke ICU disebabkan jangkitan kuman. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sg Udang, Melaka, selepas zohor hari ini, 18/8/14, insyaAllah.

Saya mengenali arwah ketika beliau berkhidmat dengan saya di No 5 Skuadron, TUDM Labuan, di suatu ketika dulu (klik di sini).

Mereka yang telah pergi. Bertinggung dari kiri: mendiang Lt (U) James Tingom, arwah Sjn Ibrahim. Berdiri tengah: 4 dari kiri dengan cermin mata arwah Lt (U) Mohd Merejok, arwah Lt (U) Ridzuan (21/3/84)

Al-Fatihah.

Rabu, 1 Januari 2014

Aidi Munawir Dalam Kenangan

31/12/2013...Tutupnya tirai 2013 dan ia begitu bermakna pada saya. Pada jam lebih kurang 1000, terima panggilan daripada adik di Taiping. Beliau memaklumkan bahawa anak kedua kakak saya, Aidi Munawir bin Ahmad Shukri, 42, dalam keadaan kritikal di IJN. Mujurlah ada kekosongan dalam Malindo Air untuk penerbangan ke LTAB Subang jam 1130. Sampai di Subang anak adik saya, Kak Yong, menjemput saya untuk ke IJN.

Semua kaum keluarga sudah berada di IJN. Aidi dalam keadaan koma dan mengguna 'life support equipment'. Sungguh sedih melihatnya. Seperti yang pernah saya coretkan di sini, beliau adalah salah seorang daripada 8 orang di Malaysia yang bergantung kepada 'jantung mekanikal'.  Pada Julai 2013 beliau dimasukkan ke ICU IJN dalam keadaan kritikal juga, klik di sini. Sebenonya, IJN dah jadi rumah keduanya.

Seorang adik saya telah menghantar saya ke LTAB Subang untuk penerbangan balik ke Jitra pada jam 1750 sementelah beliau nak balik ke Ipoh. Pada jam lebih kurang 2030, baru saja selesai solat maghrib, adik saya di KL memaklum Aidi telah menyahut panggilan Ilahi pada jam 2020..Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

 Berita ini dimuatkan dalam fb 'Sulaiman's clan' ....Aidi dah dibawa balik kerumahnya. beliau akan di kebumikan pada pukul 10 pagi esok jam 10 pagi di seksyen 21 s/alam'.

Arwah pernah tinggal bersama keluarga saya di Taiping semasa kecil. Itu sebabnya arwah turut memanggil ibu saya 'mak'; cucu2 yang lain memanggil mak 'Atah'. Pada setiap Hari Raya Aidilfitri, kecuali 2013 yang lepas kerana berada di IJN, arwah dan keluarga beraya di Taiping.

Minggu sudah saya menghubungi kakak saya bertanya khabar tentang Aidi. Saya mengetahui arwah berada di IJN setelah tamat 'cuti' untuk pemeriksaan. Kakak menangis dan menyatakan Aidi akan meninggalkan kita semua. Sungguh terkejut mendengar berita itu dan terus bertanya adik saya tentang keadaan Aidi. Adik memaklumkan apa yang beliau ketahui ialah arwah memang dimasukkan ke IJN tapi kesihatannya OK. Inilah prarasa seorang ibu terhadap anaknya!

Bersama arwah pada 10/12/2012

Semoga Allah menempatkan roh arwah dengan mereka yang soleh....Al-Fatihah.

Selasa, 17 Disember 2013

Perginya Seorang Rakan Seperjuangan

17/12/13 jam 0703....Brig Jen Dato' Shabre Hussein TUDM, Komander PU Butterworth, telah memanjangkan sms yang diterimannya '...AlFatihah...Berita kematian. Capt Mohd Noor Rashid bin Abdullah (Kapt Noel Richard (B)) meninggal dunia di hospital  kulim lebih kurang pukul 0445 pagi...jenazah berada di 265 persiaran high tech 12, kulim..maklum...tkasih.q'. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

Saya mengenali arwah semenjak berkhidmat di No 3 Skuadron, TUDM Butterworth, pada Januari 1978. Ketika itu beliau masih ko-pilot. Kali pertama saya terbang dengannya ialah pada 16/1/1978 selama 7 jam di kawasan operasi Ipoh/Grik/Kroh.

Ada satu penerbangan bersama beliau yang tak boleh saya lupai. Misi melibatkan penghantaran bekalan kepada trup di LP kawasan operasi Gubir. Ketika membuat approach dan sebelum 'critical speed', tiba2 salah satu enjin 'wind down';  'engine gages' turun ke zero. Kata mudahnya,  satu enjin mati. Saya telah mengarahkan arwah 'full power', iaitu kedua-dua 'Speed Selector Lever' (lebih kurang 'throttle') ke tahap maksima. Dan bersedia untuk 'hard landing'. Tapi, dengan kuasa-Nya, tiba2 enjin 'hidup' semula macam tak ada apa-apa pun! Saya batalkan sorti dan terbang balik ke Butterworth tanpa sebarang masalah. Juruteknik telah memeriksa enjin dan menyatakan tiada  sebarang masalah dengan enjin. Saya juga telah mengabadikan pengalaman yang turut melibatkan arwah di sini; nama panggilan Nurinya ialah 'Juliet 3'.

Semasa saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, arwah bersama saya sekali lagi sebagai 'Training Officer'. Penerbangan terakhir dengannya ialah pada 29/3/1984 selama 30 minit membuat 'air check'. Arwah telah bertukar ke Mawilud 2, Kuching, pada pertengahan 1984. Semenjak itu, saya tidak lagi bersua dengan arwah.
Duduk. Dari kiri: F/Sjn Azizan, Lt (U) Meor Wahab, arwah Kapt (U) Mohd Noor Rashid ( Noel  Richard), Kapt (U) Ismail Bakar, NIBS, Kapt (U) Ajir Juman, Kapt (U) Lau MT, Lt (U) Abong (Judara), mendiang WO1 Lai . 
Berdiri. Dari kiri: Sjn Saifuddin Choo, Sjn Jaafar, arwah Sjn Ibrahim, arwah Lt (U) Mohd Merejok, Lt (U) Kamarulzaman, Sjn Andy, Lt (U) Ridzuan, mendiang Lt (U) Tan EH, Lt (U) Shabre Hussein, mendiang Lt (U) James Tinggom, Lt (U) Kandiah, arwah Lt (U) Idris, Sjn Yeap. Diambil pada 21/3/1984

Saya difahamkan arwah berkhidmat dengan APMM secara kontrak. Sebelum ini, pernah menjadi juruterbang dengan Sabah Air, Kota Kinabalu.

Semoga Allah mencucuri rohnya dan ditempatkan dengan mereka yang soleh...Al-Fatihah.

Selasa, 10 Disember 2013

Tan Sri Mohamed Ngah Said Dalam Kenangan

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ....Kembalinya arwah Lt Jen Tan Sri Mohamed Bin Ngah Said TUDM (B), mantan PTU, pada 08/12/2013. Saya berpeluang 'mengenali'nya ketika bertugas sebagai PS 2 Sek A; setiausaha kepada mesyuarat JPTU/JPPTU. Paling hampir saya bersama arwah ialah ketika mengganti 'MA'nya semasa penjawat 'Attend C (cuti sakit)'.  Ingatkan, baru saja saya memetik kata2nya di sini.

Saya sebenonya menyimpan hasrat untuk menghubungi arwah. Tujuannya ialah untuk mendapat maklumat tentang sejarah Nuri bagi penyelidikan saya itu; kisahnya merupakan sumber utama. 

Mungkin ramai warga TUDM sendiri tidak mengetahui tentang arwah. Arwah adalah salah seorang pelopor pesawat helikopter TUDM. Alouette 111 mula berkhidmat dalam TUDM pada 1963 dan arwah adalah antara anak watan yang menjadi juruterbang 'Cepung' tersebut. Bila tibanya pula si 'Burung Besi', wujudlah No 7 Skn yang berpangkalan TUDM Kuantan dan Sqn Ldr Mohamed Ngah Said sebagai Ketua Skn yang pertama (1968). Tidak lama kemudian, masih 1968, No 7 Skn berpecah kepada dua: No 7 & No 10 Skn. No 7 Skn berpindah ke TUDM Kuching manakala No 10 Skn berpangkalan di TUDM Kuantan. Arwah pula dilantik sebagai Pegawai Memerintah TUDM Kuching pada 15/5/1968. No 7 Skn diserah kepada arwah Sqn Ldr Ahmad Merican S T Merican (bersara Mej Jen Dato', TPTU): Sqn Ldr Ben Lee pula menjawat Ketua No 10 Skn yang pertama. Arwah juga adalah 'Pangud (Panglima Udara)' , Marud (Markas Udara) ketika Pasukan Keselamatan melancar pelbagai operasi di era saya, seperti 'Ops Selamat Sawadee'. 

Pangud (2 dari kanan) memeriksa Nuri di Kroh. Nuri Mej (U) Chong KL ditembak oleh pengganas komunis ketika mendarat di LP untuk mengambil seorang 'casevac'. L/Kpl Ismail, anggota Air Rescue Team, terkorban dalam pesawat. Kehadiran juruterbang F5E & Tebuan untuk mendengar taklimat. Keesokan hari, pesawat pejuang telah mengebom kawasan yang telah dikenal pasti diikuti oleh gunship 'straf' sebelum Chong mendarat untuk mengambil casevac 

Seorang rakan seperjuangan menceritakan satu insiden ketika berkhidmat di No 3 Skn, TUDM Butterworth. Pesawat Nuri rakan ini telah ditembak oleh pengganas komunis di kawasan operasi Selamat Sawadee. Pada malam itu, beliau terima panggilan telefon di Mes Pegawai. Sipemanggil mengenalkan dirinya... 'Ini Md Ngah' dan bertanya khabar tentang insiden tembakan itu. Rakan saya memberitahu....'hoi...jangan main2 lah'. Masa tu dah jadi kebiasaan members suka 'menyakat'. Lepas tu, sipemanggil kata 'Ini Md Ngah...Pangud'. Apa lagi, kawan saya terus 'attention'  walaupun bercakap dalam telefon. Entah2, beliau hentak kaki semasa nak 'sedia'. Maklum saja le....mana biasa seorang Lt terima panggilan dari Pangud, waktu malam pulak tu. . Inilah contoh seorang Panglima yang sungguh prihatin terhadap anggotanya.

Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang yang soleh....Al-Fatihah.

Rabu, 6 Februari 2013

Pemergian Seorang Rakan

Saya terbaca catatan berikut dalam FB 'NOSTALGIA TUDM' sebentar tadi...

'Musa Copter
Innalillahi wa inna ilaihi rooji 'un....
Saya diberitahu Major Dzulkifly Kaliwan TUDM (Ber) - helicopter pilot
telah kembali ke Rahmat Allah baru sebentar tadi. Almarhum mengidap 'colon cancer' (barah usus).
Alamat rumah SS14/B, Subang Jaya ...

Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh beliau !! .... amin'.

Mejar Dzulkifly bin Kaliwan TUDM (B).....Sudah pasti saya mengenali allahyarham kerana kami sama-sama mengikuti kursus penerbangan di SEA Helikopter pada 1973....

Berdiri dari kiri:  arwah Lt Khalil, arwah PO Dzulkifly, PO Othman, Lt Affendi, Lt Sawaluddin, arwah Lt Jalil, Lt Ismail, Lt Darby
Depan dari kiri: mendiang Kapt Thiagarajah, NIBS, Lt James Chong, Kapt Yassin

Selepas berjaya menamatkan kursus tersebut, arwah PO Dzulkifly, Lt Sawaluddin, arwah Lt Jalil, Lt Ismail, Lt James dan saya melaporkan diri di OCU, No 10 Skn, TUDM Kuantan, untuk mengikuti kursus peralihan pesawat Nuri. Seterusnya, hanya arwah dan saya ditukar ke No 10 Skn sebagai ko-pilot manakala yang lain ke No 7 Skn, TUDM Kuching.

Semoga Allah menempatkan arwah dalam golongan orang yang soleh...Al-Fatihah.

Khamis, 3 Januari 2013

Perginya Seorang Pahlawan

03/01/2013....Terima sms-sms berikut ketika sedang menarik troli...

08:21 daripada Mej Basri PGB...'Slm, Dato' Kanang SP, PGB tlh meninggal dunia d Hosp kuching pd 3 Jan 2013 jam 1245 pg. Derma kilat melalui Mej Mohd H. Piah PGB, Akaun Maybank 001 011 259 638'. (Sms sama daripada Lt Kol Basri PGB pada 08:27).

09:00
daripada En Zainal Fikri, penerbit filem di sini ...'Salam tuan, dato kanang ak langkau menghmbus nafas trakhir smlm jam 1;30 di kucing. harap maklum-zainal'. 

10:01 daripada Cik Nur_emyinda...'Salam Tn Mej Nor, Dato Kanang meninggal. MasyaAllah.....fyi, last 2 days n yestrdy, i spent my entire day at home, kbtuln tgh cuti sakit, @ fractured tu, reading on u n the other pgb, sp heroes. I was in tears trying hard to visualise the times of hardship from the incidents, relate each n everyone of them from stories read in some blogs. Trbawa dlm mimpi. A hero to be cherished....Sayang i didnt get the a chance to meet n talk to him in person, say to him personally TQVM N HOW I ADORE HIM FOR HIS COURAGEOUS ACTS. God bless...'

12:58 komen daripada 'Anonymous'...Assalamualaikum Sir, The country has lost its national hero this morning. Indeed, it would be appropriate if you could mention about the late Datuk Temenggung Kanang as a tribute to his services and many others alike to the country. Regards'.

PW1 Temenggong Datuk Kanang anak Langkau, SP, PGB, PGBK, telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, Kuching, pada jam 0145 hari ini. Mendiang telah dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit dada ketika menonton tv bersama isteri di kediamannya di Kampung Sungai Apong.

 Pahlawan Negara Datuk Kanang anak Langkau (1945 - 03 Januari 2013)  

Saya ada mencoretkan yang ada kaitan dengan mendiang di sini dan di sini. Kali terakhir kisah perjuangan beliau telah dipertontonkan kepada rakyat pada 31 Julai 2012 di Dataran Merdeka sempena menyambut Hari Pahlawan. 

Sabtu, 1 Disember 2012

Kembali KepadaNya

30/11/12 jam 2212, terima sms daripada PW2 (B) Saifuddin Choo 'Ibrahim meninggal smlm Innalillah (29/11)'. Saya terus menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan. Memang benar, beliau adalah KU bersama saya di Labuan di suatu ketika dulu. Arwah meninggal di Hospital Serdang akibat sakit jantung.

Barisan depan dari kiri: Mendiang Lt (U) James Tinggong, arwah Sjn Ibrahim, arwah Lt (U) Idris, Sjn Saifuddin Choo, Lt (U) Kamarulzaman
Berdiri dari kiri: F/Sjn Azizan, Lt (U) Meor Wahab, Kapt (U) Ismail, Lt (U) Ali, Lt (U) Ridzuan, saya, Lt (U) Kandiah, Sjn Jaafar, Sjn Andiappan, Lt (U) Shabre
Belakang sekali dari kiri: Kapt (U) MT Lau, Kapt (U) Ajir

Penerbangan terakhir saya dengan arwah ialah pada 4/10/1984.....

Catatan Buku Log. Secara kebetulan itulah penerbangan terakhir saya dengan arwah Lt (U) Idris. Pada 15/10 pula, dengan mendiang Lt (U) Tan Eng Huat. Dan bersama arwah Lt (U) Roslan pada 22/10 adalah penerbangan 'sayonara' saya dengan 'the old and faithful but forgotten workhorse of  the RMAF  once upon a time'

01/12/12 jam 0630, terbaca catatan dalam muka buku Mej Ramli Abdul Rahim...'KUALA LUMPUR, 30 Nov 12 – Mej Jen Datuk Ahmad Merican bin S.T Merican TUDM (B), Mantan Timbalan Panglima Tentera Udara telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.42 pagi tadi' (29/11). Saya pernah berkhidmat di bawah pemerintahan arwah ketika arwah bertugas sebagai Panglima Wilayah Udara 2, Kuching. Arwah adalah seorang Panglima yang 'jovial', mudah dibawa berbicara dan sedia meluangkan masa bagi mendengar rentetan anak buahnya setiap kali melawat Skuadron saya di Labuan.
Berdiri dari kiri: PW1 Arumugam, Sjn Jaafar, Kapt (U) Aziz, saya, Brig Jen Ahmad Merican, Kapt (U) Loh, Lt (U) Ali, Sjn Lim, Lt (U) Murugesan, Lt ?????, Sjn Sofian
Depan dari kiri: Sjn Yeap, Kpl ?????

Ucapan takziah saya dan isteri kepada kaum keluarga kedua-dua arwah. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang soleh....Amin.

Isnin, 2 April 2012

Dedikasi Kepada....

Arwah Kapten Nasir Ma Lee....Coretan ini susulan komen yang saya 'copy & paste' daripada coretan di sini.....
Jack said...
Saya bekas kakitangan Guthrie dan kisah keberanian Allaharham Nasir menjadi antara kisah yang menarik dikongsi biarpun sudah tiada lagi helikopter tersebut di Guthrie dan bilamana arwah meninggal, anda boleh baca pengalamanan pelatihnya.. arwah sengaja memilih rumpunan buloh untuk terhempas kerana akan menyerap hentakan ..malah ketika selepas terhempas , Arwah masih mampu menarik keluar pelatihnya dari bangkai pesawat untuk mengelekkan letupan dan terbakar dalam keadaaan arwah sendiri cedera parah dan terduduk sebelum menghembuskan nafasnya .. Pelatihnya selamat .. namun Arwah pergi jua dan wajar diangkat sebagai HERO...

Saya mengharapakan persatuan Cina Muslim yang didokongnya terus subur dan baru-baru ini kerajaan Pahang berjanji untuk memberi bantuan membina sebuah masjid bercirikan senibina Cina di Kuantan.. saya mencadangkan namanya di digunakan sebagai nama masjid tersebut ..

Al fatihah untuk Allahyarham NASIR MA LEE...

Berdiri 2 dari kanan: Kapt Nasir Ma Lee. Sekitar 1974

Ini pula keratan akhbar yang diemelkan oleh Saudara Kapt Dr. Damanhuri....







Al-Fatihah.

Rabu, 25 Januari 2012

Lagi Panggilan Ilahi

25 Januari 2012 = 1 Rabiulawal 1433H, lebih kurang jam 1600, saya terima panggilan telefon daripada squad-mate, Brig Jen Dato' Muslim Yusof (B), memaklumkan bahawa Lt Kol Jamaluddin Bin Tajuddin TUDM (B), telah kembali ke rahmatullah pada jam 1400.....Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ Saya difahamkan arwah telah lama mengidap barah pankreas. Ketika panggilan dibuat, jenazah  masih di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Taman Melewar, Batu Caves.

Dari kiri: Kapt (U) Raja Mohd, mendiang Mej (U) Stephen Ngiau, arwah Mejar (U) Jamaluddin, Lt Kol (U) Richard Jalleh, Mej (U) Ooi Ah Bah

Saya mengenali arwah ketika mengikuti kursus peralihan pesawat Nuri sebagai ko-pilot pada Jun 1974 selepas tamat kursus penerbangan di SEA Helicopter Sdn Bhd. Malah, semasa fasa penerbangan selepas tamat 'ground school', arwah adalah jurulatih pertama yang terbang dengan saya. 

19 Jun 1974 - Penerbangan pertama saya dengan pesawat Nuri 

Saya kerap terbang sebagai ko-pilot arwah, terutama penerbangan VVIP. Salah satu penerbangan yang masih segar dalam ingatan ialah membawa Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah. Mengikut 'tasking sheet', kami dikehendaki mengambil Tuanku di Grik dan 'offload' di Taiping. Seterusnya, terbang ke Butterworth untuk Ops Bamboo Xpress keesokan hari. Pagi-pagi 4 Feb 1975 lagi, kami telah terbang dari Kuantan. Mendarat sahaja di Grik, sebuah kereta telah dihantar menjemput kami ke Rumah Rehat untuk sarapan pagi dengan Tuanku. Pergilah kami bertiga bersarapan semeja dengan Tuanku, Y.M Datuk Sri Sharifah Salma, isteri Baginda dan seorang lagi. Sungguh teruja dibuatnya. Manakan tidak...Siapalah saya diberi peluang makan pagi semeja dengan seorang Sultan!

Sebelum berlepas dari Grik, Tuanku memaklumkan arwah Kapt (U) Jamaluddin yang beliau berhasrat untuk melawat arwah YM Raja Shariman, OBJ Dinding (Orang Besar Jajahan, Manjong) yang ketika itu berada di Hospital Besar Ipoh. Menjadi tugas saya untuk memaklum Bilik Operasi Pangkalan tentang 'diversion' yang dipinta oleh VVIP pax. Dari Ipoh, kami mendarat di Padang Esplanade, Taiping. Lagi sekali, Tuanku menjemput kami makan tengah hari di Rumah Rehat. Saya masih ingat, orang yang membawa kami ke Rumah Rehat ialah Dato' Razak, seorang 'dignitary' di Taiping. Para hadirin hanyalah Tuanku dan isteri, Dato' Razak dan kami bertiga. Kami makan di bilik VVIP. Salah satu hidangan yang sehingga sekarang saya masih ingat ialah sambal tumis ikan bilis. Selepas makan, kami pun berlepas ke Butterworth.

Kali terakhir saya terbang dengan arwah ialah pada 11 Disembar 1975. Beliau telah bertukar ke KEMENTAH pada Januari 1976. Semenjak itu, seingat saya, kami tidak pernah bersua sehingga berita yang saya terima ini.

11 Disember 1975 - Penerbangan terakhir dengan arwah Kapt (U) Jamaluddin 

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah.