Saya sungguh teruja apabila menerima gambar-gambar melalui e-mel yang dikirimkan oleh mantan Pegawai Memerintah TUDM Butterworth...
Mejar Jeneral Dato' Fauzi Hussein TUDM (B). Ketika itu beliau berpangkat Kolonel (U). Gambar-gambar berikut menunjukkan penglibatan helikopter Nuri dan Aloutte 111 semasa
Operasi Cahaya Bena: 4Julai - 10 Ogos 1977. Kem Kroh menjadi
'pengkalan' untuk aset bantuan udara. Saya tidak terlibat dalam operasi tersebut kerana ketika itu masih di No 10 Skn, TUDM Kuantan. Kami 'berkeliaran' di Batu Melintang dan kawasan operasi di Pahang, seperti di Bt Koman, Raub.
Pelancaran Operasi...Beginilah pemandangan
'lapangan terbang' Kroh...
Kol (U) Fauzi dengan 'burung-burung' Nurinya
Hero-hero TUDM...
Kiri ke Kanan: Lt (U) Zainal Piee, Kapt (U) AP Lim, Kol (U) Fauzi, Kapt (U) KL Chong, arwah Kapt (U) Ismail Saud
'Trigger-happy' Juruterbang 'Alouette Gunships'...
Kiri ke Kanan:Kapt (U) Darby Awin, mendiang Lt (U) Wee Kong Beng, Kol (U) Fauzi, Lt (U) Mazlan, Mej (U) Stephen Ngiau
Sasaran utama pengganas komunis (PK) ialah
siburung NURI. Diburu...bukannya Pemburu. A big, bulky and defenceless 'bird' impossible to miss!! Apa yang ada hanyalah M16 sahaja dan memakai ves 'fragmentation' (dipakai oleh Kol Fauzi-gambar bawah). Masa itu tiada ves kalis peluru. Justeru, semua penumpang terpaksa membawa senjata mereka, termasuk PANGUD (Panglima Udara), untuk mempertahankan diri sekiranya Nuri ditembak jatuh.
Brig Jen (U) Mohd Ngah, PANGUD, turut turun padang. Untuk menyelaras penggunaan aset TUDM, Tim
'Forward Air Commander (FAC)' dihantar ke Combined Task Force HQ, Kroh ...
Kiri ke Kanan: Kol (U) Fauzi, Brig Jen (U) Mohd Ngah (PANGUD), Lt Kol David Herman (Meriam), Lt Kol (U) KC Su (Ketua Cwg Penerbangan, TUDM Butterworth), Lt Kol (U) Richard Jaleh (Ketua POTU)
Sebarang permohonan bantuan udara disalurkan melalui
'Brigade Air Support Officer (BASO)'...
Kiri ke Kanan: Kapt (U) Raja Mohamad, Mej (U) Stephen Ngiau, Mej (U) Jamaluddin, Lt Kol (U) Richard Jalleh (Ketua POTU), Mej (U) Ooi Ah Bah (BASO)
Pegawai Memerintah unit-unit yang terlibat...
Depan: Kiri ke Kanan~Lt (U) Musa, Kapt (U) KL Chong, Kapt (U) Raja Mohamad, Mej (U) Harun (BASO)
Berdiri: Kiri ke Kanan~Lt Kol David Herman (2 Meriam), Kol (U) Fauzi, Lt Kol Adnan (7 RAMD), Mej (U) Stephen Ngiau, Kapt (U) Ismail Malek, Supt...(? PPH), Lt Kol Hashim 'Belanda' (6 RAMD)
Ditembak sudah menjadi rutin...Ini tidak sama sekali melunturkan semangat wira-wira udara.
Kapt (U) KL Chong menunjukkan kesan tembakan kepada Brig Jen (U) Dato' Mohd Ngah (2 dari kanan) di Kroh.
Selain trups, meriam turut di 'underslung'...
Meriam M1N1
Ke 'gun position' untuk memberi 'fire support' kepada 'footsloggers'...
Lokasi meriam
Bersambung...