Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Jemputan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jemputan. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

Seni Lambang Bangsa

Biasa le....Cuti Sekolah = Majlis Perkahwinan. Mejar pencen ada juga terima kad jemputan dari rakan taulan di KL. Tapi terpaksa meminta maaf kerana tidak dapat hadir. Namun demikian, saya bersyukur kerana masih ada yang masih ingat veteran ini. Sekurang-kurangnya tak le tergolong 'out of sight, out of mind'...He...He...He.

Pada 23/11, saya & Menteri KDN telah menghadiri satu majlis berkenaan di Jitra. Sebenonya, kami tidak kenal kedua-dua mempelai atau pun kaum keluarga pasangan tersebut. Apa yang berlaku ialah kawan si pengantin perempuan adalah anak murid isteri saya semasa mengajar di SMK Taman Seraya, Cheras, sebelum berhijrah ke Jitra pada 2000. Si anak murid ni, Raja Fara, nak hadir ke majlis tersebut. Sementelah kami menetap di sini, beliau telah 'mengarah' pengantin menjemput kami. Jadi, kami pun dijemput melalui pelajar tersebut.

Bila sampai di rumah pengantin, seorang pun saya tak kenal. Tak lama kemudian, pelajar berkenaan dengan menyurung 'pram' anak dan 3 lagi rakan sampai. Mereka datang dari KL dengan Mas. Depa semua staf Astro.

Raja Fara (2 dari kiri) dan anaknya (dalam pram)

Apom lenggang turut disediakan. ABC dah wajib

Yang menarik perhatian saya ialah inilah satu2nya majlis perkahwinan yang pernah saya hadiri yang menghiburkan para hadirin dengan....

Kumpulan musik tradisional

Saya pasti bapa pengantin perempuan seorang berjiwa seni. Bukan ramai yang dapat menghayati musik seperti ini. Terdengar seorang muda yang bertanya 'tak letih ke dia tiup serunai tu?'. Saya menghargai usaha tuan rumah menobatkan budaya kita. Siapa lagi yang nak mengetengahkan kebudayaan kita kalau bukan kita sendiri, betul tak? 

Saya tak berhasrat untuk memberi pandangan terhadap mereka yang begitu bangga dengan budaya yang ditonjolkan oleh 'negara mat saleh'. Tapi sedarilah, mat saleh tu juga sangat bangga dengan budaya mereka. Justeru, walau apa yang dilakukan, jangan sama sekali kita melupai 'roots' kita. Kita mesti berbangga yang kita adalah Anak Malaysia.

Ahad, 20 Januari 2013

Putaran Kehidupan

19/01/2013, jam 0730....Memandulah saya ke  Batang Kali, Selangor, untuk menghadiri majlis perkahwinan Aiffel Azman, anak lelaki adik saya, Thalasiah@Intan, dengan pasangan beliau, Intan Shahira. Majlis diadakan di Restoran Cholo Cholo, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali.

Aiffel Azman & Intan Shahira 

Perjalanan itu sendiri membawa banyak kenangan. Saya menyusur keluar lebuhraya di Tanjung Malim untuk ke destinasi. Jaraknya hanyalah ~35 km sahaja tetapi ia mengambil masa hampir 30 minit. Mana tidaknya, purata kelajuan hanyalah ~60 km/jam! Inilah kali pertama saya mengguna jalan ini semenjak lebuhraya Utara-Selatan siap dibina...bila pun dah tak ingat! Bengkang-bengkok Jalan Persekutuan ini sama yang saya kerap lalui di suatu ketika dulu. Dah lama tak lalu Kuala Kubu Baru, Kerling dan Rasa. Pekan Batang Kali memang banyak perubahan.

Kelebihan majlis seperti ini ialah perjumpaan  kaum-kerabat dan sahabat handai. Dan mengetahui keadaan mereka!  
Dari kiri: Kak, saya, Wan Ismail, Intan, Khazana (isteri Muha)
Duduk: Dari Kiri: Muha (sepupu), Abang Chu (suami kak) 

Dari kiri: Mak, Wawa, Aiman. Pergerakan mak terbatas kerana sakit lutut

Bersama Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak

Muha datang dari Kota Bharu dan kesihatan beliau agak terganggu jika dibanding kali terakhir kami bertemu di Lenggong pada 17/01/2012 di sini. Namun demikian, beliau masih datang. Sama juga dengan Abang Chu. Beliau baru keluar dari IJN. Apa nak dikatakan, dah di ambang sore ini, rumah sakit menjadi destinasi yang kerap dikunjungi!

Jeng...Jeng...Bertemu dengan Dato' Khalis Abu Hassan. Kami adalah  'class-mate' ketika di Tingkatan 2 di Anglo-Chinese School, Sitiawan. Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ialah pada 1963, 50 tahun dulu, iaitu sebelum saya bertukar ke KE VII, Taiping pada 1964.

Dato' Khalis, xduta ke Russia

Kepada ke2 mempelai...bermulanya satu putaran kehidupan sebagai suami-isteri. Ayah Ngah mendoakan agar berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Isnin, 11 Jun 2012

29 Tahun Kemudian

09 Jun 2012....Menghadiri jemputan ke majlis perkahwinan. Jam 1200 pergi ke rumah Cikgu Zah, rakan isteri saya semasa beliau mengajar dulu. Dekat saja rumah, di Kampung Pancur. Lepas tu, pergi pula ke rumah Mejar Haji Husain Shah  di Taman Gemilang, Jitra.
Bersama Mej Hj Husain

Saya memang nak pergi ke majlis ini kerana saya pasti ada kenalan yang pernah berkhidmat dalam TUDM akan turut hadir. Jangkaan saya tidak meleset kerana saya berpeluang bertemu dengan Kapten Ismail Bakar , Kapt Sofian dan Kapt Shafie. Kapt Ismail pernah berkhidmat sebagai 'Training Officer' semasa saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan. 1984 kali terakhir saya bersama dengan beliau.... Mengambil 29 tahun untuk bertemu semula! Mereka semuanya sekarang bertugas dengan Westar Aviation di Kelantan.

Bersama Kapt Ismail & Isteri

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA 
ADI MARZRIWAN BIN HUSAIN SHAH  & ZURAIDA BT AZIZ
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Isnin, 4 Jun 2012

'Delilah'

02 Jun 2012....Pi ke Kuala Kangso untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan sepupu saya, Cikgu Abdul Rashid, di Bukit Residen.  Kepada Cik Nurul Ashikin dan Encik Ahmad Lutpi bin Abd Razak...Semoga jodoh anda berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Seperti biasa, masa inilah dapat berjumpa dengan kaum kerabat

Dalam perjalanan ke KK, saya 'break-journey' kat Taiping untuk membawa mak yang berada di rumah adik, Ahmad Kamaruddin@Mek, ke KK. Dan juga menyelongkar rumah mak mencari bahan untuk 'Scrap Book/Album Gambar'. Selongkar punya selongkar, terjumpalah gambar ini.

Di antara kadet-kadet intake TJT 11, TJT 12 & TJP 14

Saya percaya gambar ini diambil pada 12 April 1969, sebelum 'Passing-Out Parade' untuk kadet-kadet Tauliah Jangka Tetap  11 (TJT)  dan Tauliah Jangka Pendek 14 (TJP). Junior saya, TJT 12, turut terlibat dalam perbarisan tersebut. DYMM SPB Yang DiPertuan Agong sekarang ini telah mengambil kawalan hormat perbarisan tersebut. Saya masih ingat, 'Central Band' dibawah pimpinan Kapt Hassan, telah memainkan lagu 'Delilah' yang dipopularkan oleh Sir Tom Jones ketika Tuanku memeriksa kami. Kebiasaannya, Pengarah Band memainkan lagu 'Hamidah' semasa pemeriksaan tersebut. Manalah patut hari yang bersejarah bagi kami dimainkan dengan lagu yang mendayu-dayu...Eh...Eh...Eh. Dengan 'Delilah', tak le teruk sangat tercegat berdiri dalam keadaan 'sedia'.

Dan terjumpa sijil pengesahan pendakian Gunung Kinabalu...


Dah senja-senja ni dan banyak pula masa terluang, apa lagi kalau tidak mengimbau kembali peristiwa yang pernah dilalui di suatu ketika dulu.


Ahad, 4 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru - Iman & Ezzah

Cuti Sekolah=Majlis Perkahwinan....Biasalah tu! 3/12/2011 jam 1000, terbanglah saya ke KL dengan 'firefly' untuk meraikan majlis perkahwinan anak penakan, Iman (Aidi Sherriman - anak bongsu kakak saya) dengan pasangannya Ezzah Fadzillah Harreh. Dari Subang Skypark, saya dibawa terus oleh adik (Cik Su) ke lokasi majlis, iaitu masjid yang betul-betul di belakang MAS Training Centre, Kelana Jaya. Majlis akad nikah telah diadakan di Tawau pada 25/11/2011 diikuti majlis persandingan keesokan harinya.

 Senyum lebar kedua mempelai

Adik-adik saya, Intan (Thalasiah) dan Mek (Ahmad Kamaruddin) serta isterinya, Norehan, selamat kembali dari Mekah pada jam 0130 pagi itu. Jadi, sempatlah mereka menghadiri majlis tersebut walaupun masih lagi mengalami 'jet lag'.

Dari kiri: Mek, Ida, saya dan mak

Dalam majlis sebeginilah masanya bertemu kaum keluarga yang sudah lama tidak berjumpa....

Dari kiri: Mek, Othman Khairi, Wan Ismail Khairuddin, saya. Peminat setia 'Panca Sitara' 

Iman & Ezzah....Ayah Ngah mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' disertai dengan doa agar berkekalan sehingga keakhir hayat.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru...Intan & Amir

SELAMAT  PENGANTIN BARU
 KEPADA INTAN & AMIR
AGAR
JODOH BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT


Saudara Mejar Ramli Joned TUDM (B)...Terima kasih di atas jemputan anda. Harap maaf  kami berdua tidak dapat hadir.

Ahad, 26 September 2010

Rumah Terbuka XSappers

Pada 18 September 2010, saya terima e-mel berikut dari Lt Kol Basri Omar...

Salam Tuan!

Tak sat Dato'Jamil Tahir x CE..Penaung Sprs Wilayah Utara mohon saya cakap sikit di Hari Terbuka di Kelab Permaipura,Bedong pada 25 Sep nanti ...saya terus cadang mengundang Tuan ke Majlis tersebut,,,,Beliau setuju....

Tarikh: 25 Sep 2010
Masa: 1200-1600
Tempat: Kelab Permaipura,Bedong,Kedah

Moga di Majlis tu Tuan dapat berjumpa dan bertemu dgn XSprs yang terlibat dgn beberapa Ops terdahulu....TLL dan sbgainya.

Sekian,Wassalam
Basri bin Hj Omar 

Diikuti sms berikut dari EXSAPPERSWU pada 21 September 2010... 

SAMBUTAN A'FITRI EXSPRS UTARA. TARIKH 25.9.19. SABTU TEMPAT: PERMAIPURA GCC. BEDONG. MULAI JAM 1200H-1600H. TUAN & ISTERI DIJEMPUT HADIR. DRPD: SETIAUSAHA 019541XXXX TK.

Saya sungguh terharu menerima  jemputan ini dan menganggapnya  satu penghormatan. Mana tidaknya...Saya bukannya seorang warga Jurutera dan ahli persatuan yang saya kenal hanyalah Basri dan PW2 Krishnan (coretan ini). Isteri saya tidak dapat ikut bersama, justeru, saya bertanya  Krishnan sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut. Beliau menerima pelawaan untuk pergi bersama saya...Kami  bertolak dari rumah saya pada jam 1300.

Wow...Sungguh baik sekali sambutan dari veteran Jurutera. Mereka dari Taiping datang dengan bas. Syabas kepada penganjur yang berjaya membawa ahli mereka. Krishnan dapat bertemu dengan kenalan beliau. Yang saya kenal hanyalah  Basri tetapi kemesraan mereka menyebabkan saya tidak berasa terpinggir.  

Dua veteran di sebelah kanan saya merupa 'casevacs' jerangkap samar. Mereka menceritakan apa yang berlaku ketika operasi...di mana lagi kalau tak Gubir atau Kroh! Seorang pula (tiada dalam gambar) terlibat dalam Ops Terumbu Layang-Layang. 

Saya sebenarnya telah makan tengah hari sebelum bertolak ke sana. Tetapi kerana  Basri belum makan kerana menunggu ketibaan saya...apa lagi...saya pun temankan beliau...makan lagi! Persatuan turut memberi sumbangan kepada veteran-veteran yang tercedera angkara terkena jerangkap samar dan balu ahli-ahli yang telah kembali menemui Penciptanya.

Sementelah bersembang tentang jerangkap samar, saya telah menyarankan kepada Basri agar beliau menceritakan sedikit-sebanyak...apakah itu 'Jerangkap Samar?' Saya pasti perkataan ini terlalu asing bagi kebanyakan pembaca dewasa ini. Kalau ada '....vac' pun hanyalah'medivac', seperti dipatuk ular. Sebelum pulang ke jitra, Basri telah menghadiahkan buku ini kepada saya.

Lt Kol Basri, Mej Fauzi & Jawatankuasa XSappers Bahagian Utara...Terima kasih di atas jemputan anda. 

Ahad, 30 Mei 2010

Mohd Faliq & Nadia Zchang

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD FALIQ & NADIA ZCHANG
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT



Kad jemputan perkahwinan Mohd Faliq, anak Mej Jen Dato' Fauzi Bin Hussain TUDM (B), Pegawai Memerintah saya ketika berkhidmat di No 3 Sekuadron, TUDM Butterworth. Maaf Dato', saya tidak dapat hadir. Walaubagaimana pun, terima kasih kerana sudi menjemput kami.      

Sabtu, 15 Mei 2010

Ikraq

13 Mei 2010, jam 2030 bertempat di Bilik Langkawi, Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah Darulaman, saya telah pergi menghadiri Mesyuarat Agung (MA) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Alor Setar. Saya bukan ahli...tok ahli bolehlah! Apa yang berlaku ialah seorang pembaca remaja, En Shafik, menghubungi saya sekiranya saya boleh memberi ceramah pendek kepada ahli-ahli GPMS sempena MA 'NGO' tersebut. Objektifnya ialah untuk menaikkan semangat patriotisme dikalangan remaja.

OK...tak jadi masalah. Apalah sangat nak cerita kepada pelajar-pelajar sekolah. Inilah persepsi saya tentang GPMS. Apabila tiba di hotel, mak datuk...bukan pelajar tetapi golongan dewasa! Tak apalah...seperti biasa, tanpa sebarang persedian...'bulldoze' sajalah 'my way'. Apa yang saya tekankan ialah bagaimana anggota ATM berkorban menentang pengganas komunis demi untuk negara di suatu ketika dulu.  Ibu-bapa kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa dan mereka yang cacat anggota sehingga ke akhir hayat...tiba-tiba tanpa mengambil kira perasaan mereka ini semua, pihak tertentu melobi untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia! Inilah pokok ceramah saya. Saya percaya itulah kali pertama mereka mengetahui salah satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. Wallahualam....! 
Yang dah nampak kulit kepala...itulah saya...He...He...He

Sudah jadi budaya kita, saya telah diberikan cendera hati...sebuah buku. Secara jujur saya katakan, saya sungguh berterima kasih dengan 'hadiah' seperti ini. Pemberian buku seharusnya digalakkan. Kita  mesti ingat, ayat Quran yang pertama ialah 'IKRAQ'...Bacalah. Islam sungguh mementingkan ILMU. Saya mengaku kebelakangan ini, saya memang kurang membaca buku. Pembacaan lebih tertumpu kepada akhbar. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya membahagikan 24 jam sehari yang Allah berikan untuk menambah ilmu melalui membaca.


En Shafik...Saya ucapkan selamat menjalani latihan di Ipoh nanti. Saya yakin anda akan berjaya dengan cemerlangnya.

Sabtu, 3 April 2010

Selamat Pengantin Baru

Saya dan isteri mengucapkan...

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
 ZURAIDAH & MEJAR SALEHUDDIN
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT


Untuk makluman, Mejar Dato' Salehuddin PGB (B) adalah 'squad' saya (TJT 11) dan satu kompeni - Abdul Rahman - ketika di Maktab Tentera DiRaja. Maaf tidak dapat hadir ke majlis persandingan pada 3 April 2010 di Selayang Baru, Selangor D.E. Namun demikian, tarikh tersebut sudah pasti tidak dapat dilupai kerana tarikh tersebut bersempena dengan tarikh lahir isteri saya.