Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Rabu, 19 Januari 2011

90Km/J Ke Sawah Padi

Saya telah menge-mel coretan ini kepada pihak PLUS. Terkejut juga bila menerima respons berikut....sungguh tak disangka konglomerat ini peka juga terhadap aduan pengguna perkhidmatan mereka...!! 

Thursday, 13 January 2011 9:10:33 
Re: 90Km/J Ke Sawah Padi
From: Customer Relationship
To: nibsny@yahoo.com
Cc: Husni Bin Mohd Yusof
Tuan,









Pihak kami dengan segala hormatnya merujuk kepada maklumbalas daripada tuan yang kami terima melalui e-mel pada 4/1/2011 berkenaan perkara di atas.

Untuk makluman tuan, pihak PLUS telahpun menjalankan siasatan dan lawatan tapak ke lokasi yang dilaporkan, didapati lokasi yang dimaksudkan terletak di dalam kawasan kerja-kerja menaiktaraf turapan jalan dari Km 40.8 hingga Km 38.6 Arah Utara. Kerja-kerja penurapan jalan tersebut telah mula dilaksanakan pada 21/9/2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada 20/1/2011.

Untuk pengetahuan tuan, apabila adanya kerja-kerja menaiktaraf di lebuhraya maka kawasan tersebut akan digazetkan sebagai kawasan pembinaan. Sehubungan dengan itu, had laju kawasan tersebut akan dikurangkan dan papan tanda had laju sementara diletakkan bagi tujuan keselamatan. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lebuhraya, maka pihak PLUS telah menutup serta mengalihkan sementara papan tanda had laju yang sedia ada.

Pihak PLUS ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan berharap semoga pihak tuan berpuashati dengan penjelasan yang kami telah berikan seperti di atas. Maklumbalas yang pihak tuan berikan amatlah kami hargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang benar,

Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Pemasaran
PLUS Expressways Berhad

...Sungguh jauh bezanya dengan sikap pihak berwajib tertentu yang tidak langsung prihatin terhadap aduan pelanggan walau pun aduan dibuat melalui media massa seperti ruangan Forum iniAgaknya, dalam pemikiran mereka...'asyik-asyik komplen saja...tak ada kerja lain ke. Peduli apa...tiap-tiap bulan gaji gerenti dikredit dalam akaun bank'. Memang betul tanggapan segelintir penjawat awam ini...janji gaji masuk.  


Ini gambar mutakhir yang saya 'tangkap' selepas membayar tol di Hutan Kampung menuju ke arah Bukit Kayu Hitam. Terdapat notis had laju yang baru dipacak...

Pihak berwajib tertentu...Fikir-fikirkanlah.

Selasa, 21 Disember 2010

30Km/J Atau 70Km/J?

Ada kaitan dengan cerita ini. Sekiranya anda dari Kepala Batas menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), anda sudah pasti terpandang notis had laju ini.

Dari Kepala Batas ke Terminal LTSAH

Sekiranya dari LTSAH ke Alor Setar pula, notis ini terpacak sebelum susur keluar ke jalan raya...

Dari LTSAH ke Alor Setar

Apakah intrepretasi anda tentang had laju ke bangunan terminal LTSAH dari Kepala Batas...30kkm/j dan dari Alor Setar...70km/j? Hanya terdapat 2 notis ini sahaja sepanjang jalan lebih kurang 1 km.  Jangan ketawa...setiap orang berhak menterjemahkan apa yang beliau fikirkan betul. Mungkin yang berkata 30km/j berlandaskan kepada kesibukan  LTSAH mengendali begitu banyak penerbangan berjadual...6 penerbangan dalam sehari dan semalam - MAS (2), Air Asia (2) & Fire Fly (2). He...He...He. Sekiranya, 30km/j dari Kepala Batas, saya ingin syorkan kepada Pak Dato' untuk memasang 'jerat' kerana 99.9% kelajuan kenderaan yang menggunakan jalan ini melebihi had laju yang digezetkan...gerenti mengena punya! Ataukah kemungkinan jalan ini hanya untuk  'steamroller' agaknya?

Ha...Ini satu lagi notis yang sungguh mengelirukan. Notis yang terpacak selepas rumah tol Hutan Kampung ke arah Bukit Kayu Hitam...

Notis 90km/j dan MULA

'90' menunjuk ke arah sawah padi apabila melepasi notis

Mungkin PBT dan PLUS kurang senang sekiranya mereka membaca coretan ini kerana memperlekehkan kewibawaan mereka. Tapi, mengapa mewujudkan keadaan dimana pengguna akan mempertikaikan tindak-tanduk mereka? Fikir-fikirkanlah.

Khamis, 16 Disember 2010

Boleh Dipertikaikan

Masih kisah saman trafik ini. Apabila difikir sejenak, kalau kena saman melebihi had laju di Jalan Kepala Batas - Alor Setar, kita boleh mempertikaikan saman tersebut. Had laju di jalan ini ialah70 km sejam. Masalahnya, sepanjang lebih kurang 8 km (sehingga lampu isyarat berhampiran dengan Pusat Kesihatan/Penjara, Alor Setar), hanya terdapat masing-masing SATU notis sahajayang terpacak ke arah Alor Setar dan ke Kepala Batas (KB). Lihat peta untuk lokasi notis"70Km/J" dan juga "jerat" yang kerap mengena mangsa-mangsanya.



Dari Kepala Batas...Notis tersebut dipacakkan berhadapan masjid melepasi 'flyover' yang melintasi landasan keretapi....

Berhadapan dengan masjid

Dari Alor Setar...Berhampiran dengan KMC...

Notis di'redup'kan oleh pokok bunga 'Semarak Api'

Pembaca...Katakanlah anda mahu pergi ke Kepala Batas dari arah Gunung Keriang, anda pacu kereta macam memandu di lebuh raya - 110 km tanpa menyedari Pak Dato' sedang membuat 'Ops Derma' sebelum sampai ke persimpangan ke lapangan terbang. 2-3 bulan lepas tu, terima surat meminta derma. Anda boleh mempertikaikan notis tersebut kerana sepanjang jalan ke KB dari persimpangan Gunung Keriang tiada sebarang notis had laju! 

"Jerat" yang kerap dipasang ke arah Alor Setar pula...Pak Dato' dengan senyum berselindung di bawah jejambat berhampiran masjid Alor Merah.

Saya masih ingat satu kisah ketika berkhidmat di TUDM Kuantan di suatu ketika dulu. Pegawai Memerintah Pangkalan telah disaman kerana memandu melebihi had laju dan mendiang enggan membayar denda yang dinyatakan dalam notis. Justeru beliau dikehendaki hadir di mahkamah Kuantan atas kesalahan trafik. Apabila ditanya mengaku salah atau tidak? Jawapannya ialah TIDAK.Alasannya? Adakah alat mengesan had laju tersebut dimenentukurkan (calibration)? Terkapai-kapailah pihak berwajib nak menjawabnya. Buang kes.

Berbalik kepada notis di Jalan Kepala Batas - Alor Setar, pihak berwajib sepatutnya menambah lagi notis sepanjang jalan tersebut kalau iapun mahu mengutip dana bagi membolehkan kerajaan memberi elaun untuk penerima JPP, PTU & KPK...He...He...He.

Jumaat, 10 Disember 2010

Saman...Diskaun 50%

6 Disember 2010...Selepas menarik 9-lubang, saya memberitahu ahli 'kitchen cabinet' yang saya tidak dapat bersama mereka untuk membincangkan masalah negara di warung D'Kembung. Ini kerana, sebagai seorang dermawan/philantropist, saya berhajat sangat untuk 'menderma' kepada kerajaan  Malaysia, melalui balai polis Jitra. Mungkin dengan adanya derma ini, kerajaan ada bajet untuk memberi elaun kepada penerima Anugerah Perkasa yang saya perjuangkan dah melebihi 1 tahun! He...He....He (Klik untuk membaca).

Setelah menyemak, kedua-dua kereta, PFY 6789 & BEB 6789, masing-masing hanya mempunyai satu saman ekor sahaja kerana melebihi had laju; saman yang dikenakan ialah RM300 setiap satu. PFY - kelajuan  dikesan 85km sejam di kawasan had laju 70km sejam pada 30 mei 2007: BEB - kelajuan 81km sejam di kawasan had laju 70km sejam pada 3 Dis 2007. BEB ditambah saman salah parkir pada 6 Ogos 2003 - denda RM30 (tiada diskaun). Saya tidak mahu lepaskan peluang ketika PDRM menawar potongan 50% kepada kesalahan trafik. Jumlah denda setelah diskaun - RM330. Apa nak dikatakan...padan muka sendiri kerana tidak mematuhi undang-undang jalan raya!

Kedua-dua kereta kena saman ekor berhampiran dengan rumah Tun Dr Mahathir, iaitu Jalan Kepala Batas. Kebiasaannya, Pak Dato' menahan jerat di kawasan sebelum simpang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dari arah Alor Setar. Had laju di jalan tersebut hanya 70km sejam.

Sebenarnya saya tiada masalah untuk membaharui cukai jalan bagi kedua-dua kereta kerana masih tidak dalam senarai hitam JPJ. Malah, BEB hanya bulan Nov lepas diperbaharui cukai jalan. Dua orang geng golf saya telah menderma kepada kerajaan, jadi rasanya saya juga patut membantu. Seorang tu kena lebih kurang RM1400 dan seorang lagi RM600 (setelah potongan 50%).

Cakap pasal saman ekor. Pada September 2003, saya terima 'BORANG Polis 171 - P.U. (A) 103/2203)' (notis saman ekor). Menurut notis tersebut, saya telah memandu 119km sejam di kawasan had laju 80 km sejam di MRR2 Pandan Perdana pada 18 Februari 2003, jam 1134.  Hai, bila masa saya pergi ke KL pada tarikh yang tercatat dalam saman? Pada pagi hari berkenaan, saya bermain golf dengan geng dan tengah harinya pula, saya telah pergi ke Putra Medical Centre untuk mengambil ibu mertua setelah di'discharged'. Ini tak boleh jadi.

Saya telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Ampang Jaya, memaklumkan yang saya tidak berada di lokasi yang tercatat dalam saman pada tarikh tersebut. Anggota yang mengambil panggilan menghendaki saya membayar RM10 untuk mendapatkan gambar sebagai bahan bukti. Sudah pasti saya tidak bersetuju dengan cadangan beliau.

Tindakan saya seterusnya ialah menghantar surat (kanan) melalui faks pada 6 Sep '03, dilampir bersama resit kad kredit ketika membayar PMC, kepada IPPD tersebut dan salinan kepada Biro Pengaduan Awam (kanan).  Dalam masa lebih kurang dua minggu, saya terima surat daripada IPPD bertarikh 15 Sep '03 yang menyatakan terdapat kesilapan tentang pendaftaran kereta;  nombor sebenar kereta yang membuat kesalahan ialah WDH 6788, bukannya WDH 6789 (# kereta saya)...Selamat RM300!
Surat IPPD Ampang Jaya

Pemandangan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak....


Pembaca...Sekiranya anda terima saman trafik yang anda pasti tidak melakukannya dan tidak berhasrat untuk 'menderma', jangan duduk diam...gunakan berbagai saluran yang ada untuk membuktikan kebenaran anda.

Isnin, 10 Mei 2010

Penyangak Beretika

Eh...eh...eh...Berani sungguh pencuri ini sehinggakan kereta rasmi Ketua Polis Selangor (KPS) pun dikebas. Mengeleng kepala saya apabila menonton berita tv pada 7 Mei 2010.  Tetapi, pada 8 Mei,...ha...ha...ha. Mana tidaknya, kereta telah dijumpai sekali dengan nota...

"Sorry PDRM tersilap sapu"

 Gambar - New Sunday Times; Laporan - Mingguan Malaysia

Sungguh tak diduga...Penyangak di Malaysia ini masih ada yang 'beretika'!