Pengikut

Memaparkan catatan dengan label War Memorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label War Memorial. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Ogos 2013

Tugu Peringatan

Ada orang 'mentioned' nama saya dalam 'bukumuka'. Sebenonya saya ni jarang buka fb tapi dah ada dalam emel, buka le. Apa yang saya lihat ialah gambar yang saya 'copy & paste' berikut....
Dedikasi kepada warga TUDM yang KIA dalam Tragedi Gubir yang mengorbankan 11 warga ATM

Soalan Pertama. Di mana lokasi 'Tugu Peringatan' ini?

Tuan empunya fb memaklumkan di Pintu Utama Pangkalan Udara Butterworth, berhampiran dengan pesawat F5E. Menurutnya lagi, gambar tersebut berusia 2 tahun. Ikhlas saya katakan, inilah kali pertama saya mengetahui kewujudan Tugu Peringatan ini. Tapi, bukan saya saja yang jahil kewujudannya. Terdapat anggota No 3 Skn di pangkalan tersebut turut bertanya lokasi tugu itu!

Soalan Kedua. Nuri dari Pangkalan Udara Butterworth?

Masa tu, 1976, belum tertubuhnya 'composite squadron'. No 3 Skn yang berpangkalan di situ adalah skn Alouette. Semua Nuri di Semenanjung Malaysia berada dalam inventori No 10 Skn, TUDM Kuantan. Composite squadron hanya diwujudkan pada awal 1977. Kami kerap membuat 'detachment' di TUDM Butterworth bagi memenuhi keperluan operasi. Tapi betul le tu jika yang dimaksudkan ialah Nuri tersebut berlepas dari Butterworth.

Soalan Ketiga. 27 April 1976? Betul ke ni?

Sapa2 yang membaca blog dan buku 'Coretan Xnuripilot' sedia maklum tarikh yang saya catatkan ialah 26 April 1976. Sebelum saya mengabadikankan tarikh tersebut, saya telah menghubungi ANM bagi mendapatkan pengesahan. Pada mulanya mereka kata 27 April 1976, klik di sini. Selepas itu mereka mengesahkan insiden berlaku pada 26 April 1976, klik di sini.

Mungkinkah saya dan ANM silap? Almaklum sajalah, mana mungkin pihak TUDM 'tersilap' tentang tarikh tragedi tersebut. Mereka adalah pemegang semua sumber maklumat. Sudah pasti mereka telah menyemak dengan laporan 'Lembaga Penyiasatan (BOI)' insiden tersebut.

Just to be 100% sure, saya hubungi Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) dan Mej Sim KP TUDM (B). Semasa kejadian, Kapt (U) Sim ada di Kem Gubir bersama Alouette gunshipnya. Apabila diberitahu tentang panggilan 'Mayday' dari mendiang Lt (U) Chung, beliau dan gunnernya, Kpl Ismail, telah berlepas ke lokasi. Menurutnya, dari jauh lagi beliau telah nampak kepulan asap hitam. Apabila tiba di lokasi, beliau melihat Nuri sedang terbakar. Beliau mengesahkan tarikh insiden pada 26 April 1976 dan nombor airframe Nuri FM 1715. Ini tercatat dalam Log Booknya.

Ini pula petikan sms Haron yang saya terima pada 14 Ogos 2013, ketika itu berpangkat Kapt (U) dan Ketua Flt No 3 Skn, '....Confirmed on 26 Apr 76 I flew with Lt Kol Fauzi to Gubir to see the burning wreckage of Nuri TUDM'.

Ada hamba Allah, dalam komennya, menyatakan apalah yang saya sibuk2kan tentang tarikh tu... isu remeh. Yang pentingnya isi kandungan tugu itu. Heran juga....Sesuatu tarikh terhadap sesuatu peristiwa pun ada 'tolerance limit +/- 1' macam 'Ts & Ps' juga ke? Pada pandangan mejar pencen ini, fakta tetap fakta. Macam ni lah, nak ke kita terima tarikh kemerdekaan negara tercinta ini pada 30 Ogos 1957 atau 01 September 1957, bukannya 31 Ogos 1957? Kalau dalam kes mahkamah pula, sesuatu kes boleh di'buang' hanya kerana kesilapan tarikh, wallahualam. OK lah, itu hak sipolan terbabit.

Saya nak 'qualify' kenyataan ini. Mungkin inilah satu2nya tugu yang terpahatnya nama para wira TUDM yang KIA, selain diabadikan dalam buku saya dan 2 buku terbitan TDM. Untuk itu, TERIMA KASIH TUDM. Namun demikian, hope depa don't mind saya nak buat komen sikit. Alangkah eloknya jika tugu tersebut dipaparkan di tempat yang lebih sesuai dan menarik. Sebagai contoh, ambil tugu peringatan 'Peristiwa Kalabakan'....

Peristiwa Kalabakan di sini

Tugu Peringatan Kalabakan (Ihsan chomelz di sini)

Bercakap pasal tugu peringatan ni, saya gagal dalam usaha melobi agar pihak berwajib, baik pihak ATM atau pun PBT, membinanya di kawasan2 operasi tertentu, seperti di Gubir dan Kroh (Pangkalan Hulu). Saya menyarankan agar diabadikan nama mereka yang terkorban dalam operasi di kawasan terbabit, itu saja. Mana le tahu, mungkin ia akan menjadi satu tarikan pelancongan ke lokasi tersebut.

Apakan daya, terima sajalah hakikat....siapalah nak pedulikan saranan mejar pencen ni. Sungguh2 mengecewakan kerana tak ada yang berminat! Apa pun, sekurang2nya saya telah mencuba.

Sabtu, 7 Mei 2011

Penghormatan

5 Mei 2010....Saya telah terima panggilan telefon daripada seorang pegawai polis dari Alor Setar. Beliau berminat membeli "Coretan Xnuripilot".  Sementelah saya berada di Bandaraya, kami pun RV di restoran seberang jalan Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah. Beliau pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) yang berpangkalan di Kuantan, Pahang. Apa lagi, bersembang panjanglah kami; nama-nama pilot yang dia sebut semuanya saya kenal kerana pernah berkhidmat bersama ketika saya di No 10 Skuadron.

Beliau menceritakan beberapa insiden yang melibatkan PPH termasuk konvoi yang diserang hendap di kawasan operasi Gubir pada 60'an. Peristiwa ini terdapat dalam buku "The Malayan Police Force In The Emergency 1948-1960"  oleh R.Thambipillay. Buku ini turut menyenaraikan  semua anggota PDRM yang terkorban ketika menentang pengganas komunis. Saya sungguh kagum dengan keprihatinan PDRM dalam mengabadikan warga mereka...Syabas PDRM.  Beliau berjanji akan e-melkan petikan cerita itu nanti untuk saya poskan dalam blog ini, insyaAllah. Beliau turut menceritakan satu insiden di mana seorang 'senior pax' telah menembak pengganas komunis dengan pistol dari sebuah helikopter Alouette 111. Ketika membuat tinjauan udara, mereka telah ternampak kem pengganas komunis di kawasan Simpang Pulai, Perak. Apa lagi...bang...bang....bang.

Saya ada terdengar kisah ini dan cuba bertanya siapakah pilot berkenaan untuk mendapat cerita daripada perspektif seorang pilot tetapi tak berjaya. Seorang mantan pegawai Cawangan Khas juga ada menceritakan pada saya tetapi beliau enggan memberi butir-butir selanjutnya.

Lihat bagaimana 'Mat Saleh' menyanjung wira mereka...

Satu dunia dimaklumkan

Mereka yang terkorban terpahat di Labuan War Memorial

Mengharapkan bangunan dinamakan dengan nama wira Pasukan Keselamatan adalah seperti mengharapkan buah jering jatuh. Untuk mendapatkan penghormatan ini, mesti 'MENGHARUMKAN' negara seperti ini!!!!


Adakah ATM mempunyai senarai mereka yang terkorban semasa kedua-dua Darurat?  Sesiapa yang ada senarai tersebut, harap e-melkan untuk saya poskan dalam blog ini. Bukannya apa....Sekiranya terpaparnya senarai nama wira-wira tersebut, kemungkinan besar  pelawat akan menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang beragama Islam.

Khamis, 5 Mei 2011

Tugu Gubir?

Pembaca...Merujuk kepada coretan ini, saya terima gambar berikut daripada Xxx Xxxxxxx...



Saya tidak pasti di mana tugu ini dibina - adakah di luar kem atau dalam kem? Kemungkinan besar dalam kem. Sekiranya tekaan saya ini betul, pada pandangan saya, penempatannya kurang sesuai.

Secara jujur, saya tidaklah begitu berpuas hati dengan 'tugu' ini. Apa yang saya mimpikan ialah seboleh-bolehnya 'pahatkanlah' nama  wira-wira yang gugur dan hendaklah dibina di luar kem. Tujuannya ialah bagi membolehkan rakyat Malaysia yang lalu-lintas di situ dapat menghayati pengorbanan mereka. Walaubagaimana pun, sekurang-kurangnya ada juga!

Tugu yang dibina oleh anggota RAJD di No 5 Skuadron setelah berjaya membina tugu di Pulau Layang Layang (No 5 Skn telah berpindah ke bangunan baru)

Xxx Xxxxxxx....Terima kasih.

Isnin, 2 Mei 2011

Tugu Peringatan Di Gubir?

Pembaca....Saya sudah ketandusan cerita 'combat'. Jadi, apabila seorang pembaca mencadangkan saya klik di sini, dapatlah baca coretan oleh seorang pegawai Arty. Dalam buku 'Coretan Xnuripilot', saya memasukkan cerita 'sjn apaii' yang dipetik daripada 'Forum aimoo'. Sekarang, lagi satu kisah cerita daripada pasukan Meriam.

Saya telah mencadangkan kepada pegawai tersebut untuk menterjemah ceritanya supaya dijadikan bahan untuk buku ke2 nanti, Insya-Allah. Sepertimana yang saya katakan, sekiranya cukup bahan, teringin juga menerbit buku "Koleksi Pengalaman Veteran". Saya difahamkan ada pihak tertentu yang sedia menerbitkan jumlah yang diperlukan sahaja; nak 100 naskah, no problem...lebih kurang print to order. Kos penerbitan? Sudah pasti boleh tahan jugalah agaknya.

1 Mei 2011, jam 1800...saya telah menghantar buku saya kepada seorang mantan Pengurus Besar MADA di Alor Setar. Menurut beliau, sebelum bersara lagi beliau berhasrat untuk membina 'tugu' di Gubir bagi mengingati mereka yang terkorban di kawasan yang penuh dengan sejarah. Namun, hasrat tinggal hasrat saja, apatah lagi dah bersara ....out of sight....out of mind!  Tapi bila beliau melihat gambar arwah Mej Haris Rejab dan mendiang Kapt (U) Choo YB yang merupakan 'school-mates', beliau bersemangat untuk menghidupkan semula projek ini. Saya mencadangkan beliau menghubungi PAT atau PTD untuk mendapatkan senarai mereka yang terkorban. Beliau boleh mengguna 'old-boys networks' bagi tujuan mendapatkan maklumat berkenaan. Kalau saya Tan Sri Jen Nor Ibrahim (B) mungkinlah PAT atau PTU nak layan; setakat mejar tua ni...bolayan saja!

Pada pandangan saya, ATMlah sepatutnya menjadi penggerak, bukannya orang awam. Apalah susah sangat...tenaga kerja dah ada, siapa lagi kalau tak bukan RAJD. Sudah tentulah kerja paling membebankan ialah nak menyelongkar file-file yang entah di mana beradanya...He...He...He.  Lt Kol Dr Syed Othman (B)  telah membina sebuah tugu bagi memperingati wira-wira yang terkorban di kawasan Lasah dengan dibiayai sepenuhnya oleh beliau sendiri (atas kanan); JKR pula membina
tugu di lebuh Raya Timur-Barat. Kan ATM tak mampu nak bina satu kut!!

Saya hanya mampu berdoa agar ia menjadi satu KENYATAAN satu-satu hari nanti, Insya-Allah. Sapa-sapa di sana yang masih ada pengaruh...cuba-cubalah  'sound' kepada Pak-Pak Jeneral -  PAT/PTD/PTU.

Jumaat, 15 April 2011

Lt M Abdul Hamid SP

Pembaca....Saya telah memohon agar Lt Kol Basri Omar (B) scan dan e-mel cerita tentang squad-mate beliau, arwah Lt M Abdul Hamid SP, yang terdapat dalam buku Lt Kol Dr Syed Othman (B) - "Pahlawan Tanahair". Apa yang tertulis di pusara ini terlalu ringkas untuk dihayati. 


Sesiapa yang tidak mengetahui tentang keperwiraan salah seorang wira negara, inilah kisah Lt M Abdul Hamid (klik untuk membaca)....







Lt Kol Basri Omar (B) dan Lt Kol Dr Syed Othman...Terima kasih.

Nota: Maaf kerana susah untuk dibaca walaupun setelah diperbesarkan.

Rabu, 24 November 2010

Semoga Berjaya

Saya ada bertanyakan tentang anak kepada arwah Mejar Zainal Bin Abdul Rashid  SP dalam coretan ini...Mohd Hazem Shah...  


Pada 23 Nov, saya menerima e-mel daripada saudara mangchikla untuk klik dekat facebook. Apabila diklik, terpampanglah gambar sepasang suami-isteri. Dari butir-butir peribadi, saya yakin beliau adalah Mohd Hazem. Saya telah menalifon (# dipamerkan) beliau untuk pengesahan dan jawapannya ialah 'YA'. Inilah gambar terbaharu putera kepada Pahlawan Gubir  yang sekarang ini sudah menjadi seorang suami kepada Puan Maria Tutie dan ayah kepada 2 orang cahaya mata...

Mohd Hazem & Maria Tutie

Sekarang saudara Mohd Hazem bertugas di Accelteam Sdn Bhd sebagai Business Consultant/Manager. Bidang tugas ialah 'dealing with Corporate Performance management, Business Intelligence tools specialise in consulting and training. Trainer (Management Soft Skill C) certified by Pembangunan Sumber Manusia Berhad'....Wow...It sounds Greek to me...He...He...He.

Saudara Mohd Hazem...Saya doakan agar anda berjaya dalam kehidupan anda. 
Saudara mangchikla...Terima kasih.

Selasa, 23 November 2010

Mejar Zainal Abdul Rashid SP


20 Nov 2010...Saya terima buku ini daripada Lt Kol Basri Omar melalui Pos Laju.
Ia mengisahkan seorang pahlawan, arwah Kapten Zainal Bin Abdul Rashid SP (gambar), Ketua Kompeni 'Alpha', 17 RAMD, yang terkorban dalam satu pertempuran, di mana lagi kalau tak bukan...GUBIR, berhampiran dengan Sg Baho, sumber air dan mandi. Pada  pagi 15 Julai 1976, Kompeni A sungguh teruja kerana si 'burung besi' akan datang untuk menghantar, bukan sahaja catuan 'government issued', tetapi juga makanan tambahan (extra messing) yang ditempah oleh mereka dan  surat-surat daripada yang tersayang. Tiba-tiba terdengar beberapa das tembakan dari arah tempat anggota beliau mengambil air. Kapten Zainal pasti tembakan tersebut adalah daripada musuh. 

Beliau membuat keputusan untuk mengenal pasti punca tembakan tersebut. Dengan 4 orang anggota, Kpl Adnan, Pbt Awang, Pbt Ariffin dan Pbt Razali, dengan berhati-hati mereka telah pergi ke lokasi tersebut. Tanpa disedari oleh musuh yang jumlahnya lebih kurang 15 orang, pada jam 0845, Kapt Zainal mengarahkan anak buahnya untuk menyerang musuh. Beliau sendiri telah menembak mati 4 orang PK sebelum ditembak mati; anggota beliau berjaya membunuh 2 orang musuh.   Tembak-menembak ini berlaku hampir 45 minit sebelum PK beredar. 4 orang wira ini bernasib baik kerana PK tidak mengetahui jumlah sebenar anggota Kapt Zainal. Ketika Kpl Adnan yang terpaka kembali ke pangkalan untuk melapor insiden ke Markas Taktikal dan meminta bantuan, Pbt Awang, Pbt Ariffin dan Pbt Razali menjaga jenazah Ketua Kompeni mereka. Mereka mendengar laungan PK kepada mereka..."Oi, Melayu...lebih baik lu orang serah diri...kalau tidak, kamu semua akan mati". 

Platun 1  yang diketuai oleh Lt Mohd Yassin tiba di lokasi jam lebih kurang 1000, dan diikuti oleh Lt Abdul Rahman Yat, Ketua Platun 3. Walaubagaimana pun, musuh sudah beredar dari kawasan pertempuran. Hasil penggeledahan, mereka menemui 6 mayat PK dan dipercayai ramai yang tercedera. Antara senjata yang ditinggal oleh musuh termasuk selaras 60 mm mortar, M79, 4 laras carbibe, rifle 0.22, bom tangan dan patchet. Mereka beredar balik ke pangkalan pada jam 1200 membawa bersama jenazah arwah Kapt Zainal dan mayat musuh.

Dua buah Nuri tiba untuk membawa 7 'bodevacs' dan selamat mendarat di Kem Gubir pada jam kira-kira 1545. Arwah Kapten Zainal disemadikan di Pantai Remis, Perak, tempat kelahirannya. Arwah telah dinaikkan pangkat pangkuan Mejar mulai 1 Januari 1976. Arwah meninggalkan seorang isteri, Puan Azizah Binti Ismail dan 2 orang cahaya mata, Mohd Hazem Shah dan Nurulaini. Malang tidak berbau, pada 3 April 1977, Puan Azizah, Nurulaini dan anak saudaranya, terkorban dalam satu kemalangan jalan raya Tenang, Jalan Muar-Segamat, Johor (lebih kurang 10 km dari Bandar Segamat). Mohd Hazem, ketika itu berusia 3 tahun 7 bulan, terselamat dan ...menjadi yatim piatu. Beliau telah memilih untuk tinggal bersama Tok dan Pah di Pantai Remis.

Mohd Hazem menyertai Tingkatan 1 sebagai 'Budak Boy' pada 1986. Sekarang di mana beliau berada saya tidak ketahui...Wallahualam.

Saya masih ingat insiden ini dilaporkan dalam akhbar-akhbar. Apabila mengetahui nombor tenteranya, 410488 dan ditauliahkan pada 21 September 1968, baru saya teringat bahawa arwah adalah dari Intake 13 TJP. No tentera saya ialah 410316 dan saya berada di MTD daripada Mei 1967 hingga April 1969. Ini bermakna saya 'Senior Cadet' ketika beliau berada di MTD.

Di mana saya berada semasa insiden ini? Jawabnya buka Log Book...


Masa itu saya masih "D" cat...lebih kurang lesen "P" (dulu lesen "L")...tak boleh bawa trup, hanya layak bawa 'freights' dan 'ferry flights'. Mengikut Log Book, pada 18 Jul 1976, saya telah menerbangkan pesawat FM1716 dari Kuantan ke Butterworth dan terbang balik ke Kuantan dengan FM1703 pada hari yang sama.  Ini bermakna Nuri yang membuat detasmen di TUDM Butterworth dan terlibat dalam ops di Gubir perlu diganti. Ketika itu, Skuadron Komposit masih belum wujud; Nuri hanya di No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. 

Saya difahamkan, baru-baru ini 17 RAMD telah membuat lawatan ke rumah arwah di Pantai Remis...Inilah kali ke2 keluarga arwah diziarahi oleh pasukan di mana anaknya pernah berkhidmat selepas 34 tahun berlalu. Kali pertama semasa menyebadikan arwah Mejar Zainal. Pusara arwah dibersihkan dan ikuti dengan majlis tahlil. Adakah tindakan ini kemungkinan hasil surat saya ke Forum Utusan Malaysia? Kesan terhadap pusara Leftenan Muda Abd Hamid Bin Ismail SP (410945) memang sudah terbukti di sini. Sekiranya betul, OK jugalah coretan mejar pencen ni...Syukur Alhamdulillah. (Saya akan menyiarkan gambar pusara arwah Mejar Zainal sekiranya ada yang sudi menghantarkannya). Terfikir pula...Bagaimanakah agaknya pusara squad-mate saya, arwah Leftenan Muda Razak Hussein SP, 8 RAMD, yang terkorban di Sarawak!

Para Veteran...Banyak lagi cerita wira-wira yang tidak diketahui umum. Tiadakah sesiapa yang sedia menulis kisah wira-wira seperti arwah Lt M Abd Hamid Bin Ismail SP (410945), arwah Truper Rosli Bin Buang SP (19151), mendiang Kapten Mohan Chandran SP (200402), arwah Leftenan Kolonel Ahmad Bin Rashit PGB (410336) (difahamkan arwah dianugerah dua pingat PGB), arwah Renjer Isa Bin Hassan PGB (207770), Lans Koperal Mereng A/K Imang  PGB (929393) dan ramai lagi. Saya tabik spring squad-mate saya, Lt Kol Robert Rizal  Abdullah PGB (B) yang telah mengabadikan pengalaman beliau melalui autobiografinya "My Adventure".  Sesiapa yang berminat dengan buku ini boleh menghubungi beliau di 012-2751171.

Buku "Pahlawan Gubir" diterbitkan oleh DBP pada 1994 berharga RM8.00 sahaja. Lt Kol Basri...Terima kasih.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pusara Pahlawan Negara...Terkini

Pembaca...Hasil coretan saya berkaitan dengan cadangan agar kerajaan mewujudkan Pusara Pahlawan Negara di sini dan ini (juga di bawah label 'War Memorial'), squad-mate saya, Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB, telah mengadakan satu mesyuarat yang dihadiri oleh ahli Persatuan SP & PGB. Hasil mesyuarat boleh dibaca di sini.

Ketika perbualan kami melalui talifon sebelum beliau pergi ke KL untuk mesyuarat tersebut, saya telah mencadangkan kepada beliau bahawa Pusara, sekiranya dipersetujui dan seterusnya dilaksanakan, tidak terhad hanya kepada penerima anugerah SP & PGB sahaja. Saya berpandangan, semua mereka yang terkorban - KIA (Killed In Action) - layak disemadikan di Pusara tersebut. Pada saya, mereka yang terkorban ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, termasuk isteri-isteri yang turut berjuang, adalah wira negara. Sama juga mereka yang terkorban angkara jerangkap samar, serang hendap atau bertempur dengan musuh. Takrif 'musuh' tidak dihadkan kepada pengganas komunis sahaja. Mereka yang KIA ketika bertugas dibawah bendera PBB...bukannya kerana insiden seperti kemalangan jalan raya. Insiden seperti   operasi  menyelamatkan anak kapal 'Blackhawk' di pasar Bakara, Somali, yang mengorbankan arwah Koperal Mat Aznan. Arwah pasti  layak disemadikan di Pusara yang dalam perancangan kerana beliau telah dianugerahkan SP.

Ini hanyalah pandangan seorang mejar pencen yang cuba mendendangkan wira-wira yang telah luput dimamah zaman. Sekarang....tunggu dan lihat sajalah!!

Khamis, 30 September 2010

Hari Ini Dalam Sejarah...3 Okt 1993

29 September 2010...Saya telah menghantar 2 e-mel berikut berkaitan dengan coretan ini.

Pertama:

Kepada PTD, PAT dan Pak Menteri, salinan kepada 'Whoever you may be (ruangan komen di sini)'...

Sekiranya terbolos saringan 'gate-keepers'...jengok-jengoklah'!

Kedua:


Kepada Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan harapan insiden tersebut mempunyai 'merit' untuk disiarkan dalam program "Hari Ini Dalam Sejarah". Saya telah menalifon pegawai terbabit tetapi difahamkan beliau sedang mengikuti kursus...

Pertama sekali...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Bersama ini dikepilkan coretan saya berkenaan seorang wira negara, Korperal MAT AZNAN BIN AWANG SP, yang terkorban di Somalia ketika unit beliau,  19 RAMD Mekanis, membuat operasi untuk menyelamatkan krew helikopter 'Blackhawk' kepunyaan tentera Amerika Syarikat. (Hollywood telah memfilemkan cerita ini bertajuk "Blackhawk Down" tanpa menunjukkan pasukan sebenar yang menyelamatkan mereka). Kejadian ini berlaku pada 3 Oktober 1993. 

Arwah Kpl Mat Aznan telah dianugerahkan darjah tertinggi negara Malaysia tercinta ini - Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). 

Sepertimana yang dicatatkan dalam coretan, kisah ini telah diceritakan dengan terperinci oleh Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar (B). Utusan Malaysia juga telah menyiarkan insiden tersebut dalam rencananya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1003&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive.

Pada pandangan saya, pengorbanan arwah sepatutnya diingati kerana pasukan kita telah melaksanakan tugas dengan cemerlangnya dan sangat membanggakan  ketika berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 

Apa kata anda? Terima kasih.

Respons dari KEMENTAH?....Macamlah anda tak tahu! ANM?...Mungkin. Tak cuba...Tak tahu.

Rabu, 29 September 2010

Dilupa Jangan

Pembaca...Ketika seorang pegawai dari 6 RAMD datang ke rumah berkaitan pusara arwah Lt M Abd Hamid Bin Ismail dalam coretan di sini, beliau telah bertanya kepada saya sekiranya terdapat lagi pusara wira-wira di Kedah dan Perlis. Pada pemahaman saya, unit tersebut akan menyelenggara pusara penerima anugerah SP & PGB yang terkorban. Mereka ada senarai penerima anugerah tersebut tetapi kemungkinan tidak dapat mengesan pusara wira-wira berkenaan.

Beberapa hari kemudian, saya telah menghubungi mantanPW2 Mohsain, Trup Semboyan Skn Bantuan, RGK, bertanyakan di mana arwah Lt Kol Ahmad Rashid PGB disemadikan. Ketika berjumpa di sini, beliau memberitahu saya bahawa beliau mengenali arwah dan keluarganya sebelum berkhidmat dalam ATM lagi. Menurut Mohsain, arwah disimpan di Jitra tetapi tidak pasti di tanah perkuburan mana. Dengan maklumat ini, saya telah menghubungi pegawai terbabit untuk tindakan mereka selanjutnya.

Saya difahamkan arwah adalah satu-satunya penerima 2 anugerah PGB! Saya ada menceritakan berkenaan beliau di sini.

Ketika menciplak bahan coretan "Lagi Mangsa Jerangkap Samar" ini yang terdapat dalam buku '19 RAMD Mekanis Di Somalia", saya membaca kisah "TRAGEDI DI TIMUR PASAR BAKARA". Ia mengisahkan secara terperinci bagaimana tentera kita melancar operasi untuk menyelamat krew helikopter 'Blackhawk' kepunyaan tentera Amerika Syarikat yang ditembak jatuh...difilemkan "Blackhawk Down". Operasi ini telah mengorbankan seorang anggota Tentera Malaysia, Kpl Mat Aznan Bin Awang SP. 

Antara gambar-gambar penghormatan terakhir kepada arwah Kpl Mat Aznan...
Saya telah menghubungi pegawai 6 RAMD berkenaan dan memaklumkan kepada beliau lokasi pusara pahlawan tersebut. Saya tidak tahu bagaimana keadaan pusara arwah dan harapan saya agar pihak berwajib...jengok-jengoklah pusara pahlawan-pahlawan negara itu! Al-Fatihah....

Rabu, 22 September 2010

Berubah Wajah

21 September 2010 jam 1702...Saya terima mms ini dari seorang 'hamba Allah'. Wajah baru pusara arwah LT MUDA ABDUL HAMID BIN ISMAIL SP (coretan ini) setelah dibersihkan oleh 6 RAMD yang berpengkalan di Kepala Batas, Kedah Darulaman...Syukur Alhamdulillah. 

Di peringkat awal...belum siap sepenuhnya dan masih terpaksa 'meniarap' untuk membaca kapsyen

Satu transformasi dari keadaan yang menyedihkan sebelum ini...

 

Saya turut difahamkan bahawa TDM akan mengambil langkah tertentu bagi menentukan pusara pahlawan negara ini tidak terabai lagi, InsyaAllah. Berkaitan dengan cadangan menukarkan nama madrasah tersebut kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID', kemungkin besar akan menjadi kenyataan...Wallahualam. Saya memberitahu hamba Allah berkenaan agar beliau memaklumkan saya sekiranya cadangan itu menjadi realiti. Kalau tiada aral melintang dan diberitahu (walaupun tidak dijemput), saya akan cuba meluangkan masa untuk menyaksikan  peristiwa itu nanti, InsyaAllah.

Pembaca...Sekiranya anda mengetahui pusara pahlawan-pahlawan yang terabai, saya cadangkan anda menghubungi PTD, salinan kepada Menteri dan PAT. Bukannya apa, kemungkinan besar e-mel tersebut tidak sampai kepada pengetahuan beliau kerana terhenti di peringkat 'gate-keepers' sahaja. Tetapi, apabila ada 'cc', penyaring tersebut akan fikir 2-3 kali juga!! Sekiranya tiada sebarang respons atau respons yang 'kurang asem'...e-mel saja kepada media massa. 

PTD & 6 RAMD...Terima kasih.

Isnin, 20 September 2010

Pusara Pahlawan Negara

Saya dan 'squad-mate', Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB (B), telah berkomunikasi bermula dengan coretan ini...

18 September 2010 8:47:47...

Just a proposal. Would you like to take the challenge: Make a study of all the PGBs & SPs graves throughout Malaysia - especially on their state and suggest to the government to set up a Heroes Memorial such as Arlington and move all the graves to this National Memorial. I can assist you if you want.

Respons saya pada 19 September 2010 06:55...

Thank you for your proposal. Much as I like to accept your challenge, family commitments are the main constraints. As I stated in my 'coretan', I strongly feel that all those killed in 'real' actions should be buried in the 'National Heroes Memorial'. What I mean by 'real' is that those killed by the enemies and booby traps. As far as I'm concerned, those aircrew killed in aircraft crashes (not due to enemy's fire) were/are not heroes. Each recipient of the 5 Gallantry Awards is guaranteed a plot there, ie, if NOK permits.

Respons Rizal selanjutnya pada 19 September 2010 8:08:18...

I feel someone must take up the cause earnestly - rebury all the PGB and SP dead in a National Heroes War Memorial, ideally located in either KL, Terendak or PD. This could be a tourist attraction as well with its mini museum located within.

I do not know whether I have the strength and stamina to see and carry it out. It will take a couple of years of instant "fight". Let's play it by the ear and circumstances. Definitely we must have a team. No one man can do it.

Saya ambil petikan e-mel Mejar Ishak...

'...beberapa minggu yg lalui saya ada termenonton satu LIVE oleh BBC worldnews....
Kerajaan Perancis telah menjumpai sebuah kubor besar di sebuah daerah. Apabila di siasat didapati kubor itu tertanam beratus ratus tentera British, australia, NZ dan France. Mereka terkorban dan ditanam disitu semasa perang Dunia Pertama. (WW1)

Kerajaan kelima lima negara ini bersetuju membuat sebuah Pusara Pahlawan di daerah tersebut. Pada hari itu semasa saya termenonton LIVE  dapat menyaksikan pembukaan rasmi pusara tersebut. Ada satu ceremony, simbolik....mayat di gali dari kubor besar dibawa dengan kereta kuda dan masukan dalam kubor baru dan di saksikan oleh waris waris tentera yg terkorban. Kebanyakan nya cucu tentera tu.......they came thousand miles away from home.  Mat Salleh bab respect depa punya pahlawan memang kagum.' 

Berita mutakhir...saya menerima berita ini melalui facebook... 





Robert Rizal Abdullah
Robert Rizal Abdullah20 September 2010 at 07:23
Subject: Heroes Memorial for PGB & SP (and whatever else)
I am thinking of picking this up from where you have left. I have been contacting buddy PGB & SP holders on this. Since we have an association (PGB & SP holders), I feel we are the right people who should take up and chase the matter seriously.

An initial meeting is in the offing in KL soon to thrash the matter.
Squad...Terima kasih kerana sedia memulakan projek ini, Syukur Alhamdulillah. Maka bermulalah 'Fasa ke2'...Over to you, Squad. Saya cadangkan persatuan anda turut juga menjejaki pusara penerima JPP, PTU & KPK. Untuk makluman anda, pusara wira-wira TUDM:
  • PGB - 1 ~ Kapt (U) Choo Yeok Boo (Sg Petani)
  • PTU - 3 ~ Lt Jen (U) Mohd Taib (Rantau Panjang), Lt (U) Chung Min Teck (Klian Intan) dan Sjn Leong Yee Heang (Penang)
  • KPK - 2 ~ Kapt (U) Wan Munsiff (Kangar) dan Kapt (U) Mustapha Kamal (Taiping)
Bayangkan.... Lt M Abdul Hamid Bin Ismail, L/Kpl Abdullah Bin Majid (Sapper), L/Kpl Suandi Bin Saim (ART), Sjn Leong Leong Yee Heang (AQM), Lt (U) Wan Munsiff, Kapt Hardev Singh, Rjr Dumbon ak Chek, Kpl Mohamed Adzahar Bin Mokhtar(Peninjau) dan ramai lagi, dengan izin waris mereka, semuanya disemadikan di Pusara Pahlawan Negara!! Saya akan e-melkan coretan ini ke KEMENTAH tetapi...FAHAM-FAHAM SAJALAH!! Atau sesiapa yang 'buddy-buddy' dengan PM/TPM? Hanya dengan campur tangan mereka ditambah dengan  'laporan' Persatuan SP & PGB, 'probability' impian ini menjadi kenyataan boleh 99.9% termakbul, InsyaAllah.

Pembaca...Pada 18 Sep, saya telah menghantar e-mel kepada Penerbit "Galeri Nasional"RTM 1 mencadangkan agar RTM membuat liputan terhadap isu ini. Beliau berjanji akan membacanya pada hari ini (Isnin, 20 Sep). Sama ada dipersetujui atau sebaliknya...Wallahualam!

Terkini...19 September Jam 2315. Terima panggilan telefon bagi memaklumkan bahawa pusara arwah Lt M Abdul Hamid SP telah dibersih setelah diarahkan oleh PTD. 6 RAMD juga turut mencadangkan kepada Jatawankuasa madrasah agar ditukar nama kepada Madrasah Abdul Hamid...Terpulanglah kepada mereka. Syukur Alhamdulillah.

Saya difahamkan arahan ini diberi setelah PTD terbaca surat dalam 'Forum' Utusan Malaysia...bukannya terbaca e-mel yang saya hantar. Sekarang terbukti e-mel yang kurang sedap diketahui oleh Bos tidak akan membolos 'gate-keepers'. Mana mungkin Bos ada masa untuk membaca e-mel...maklumlah, mereka sibuk memikirkan keselamatan negara daripada melayan perkara remeh-temeh ini!! Pelajaran dari episod ini...Untuk mendapat respons, lebih baik menghubungi media massa. Kalau nak hantar e-mel, dapatkan alamat e-mel peribadi mereka. 

Sabtu, 18 September 2010

'Gate-Keepers'

Pembaca...Tak tahulah saya bagaimana nak meyakinkan pihak tertinggi di KEMENTAH agar mereka lebih prihatin terhadap pahlawan mereka sendiri! Sepertimana yang saya 'copy & paste' dalam komen di sini, saya sungguh kecewa dengan respons dari staf PTD. Saya pasti itu bukannya pendirian TDM atau PTD. Tidak mungkin seorang PTD boleh memberi jawapan sebegitu rupa, walaupun melalui stafnya. Secara jujur, saya yakin PTD tidak pun membaca e-mel yang diterima oleh anggota Pejabat PTD. 'Gate-keepers' akan menyarinkan kemasukan e-mel/surat menyurat. Apatah lagi e-mel yang dianggap tidak 'sedap' didengar oleh seorang pang5. 

Cuba secara berhemah tidak dipedulikan, malah tindakan saya pula dipertikaikan...mengapa beliau terlalu defensive, Wallahualam! Jawabnya guna kemudahan media massa. Tak sangka pula Utusan Malaysia sedia menyiarkan e-mel saya berikut...Syukur Alhamdulillah.

Forum Utusan Malaysia 17 September 2010

Saya telah menghantar e-mel lagi ke PTD (baca~terhenti di gate-keeper) mengingatkan beliau agar berhati-hati apabila berurusan dengan orang awam. Jawapan dari pejabat beliau akan mencerminkan kewibawaan TDM amnya, PTD khususnya. Jangan salahkan rakyat sekiranya mempunyai persepsi negatif terhadap Perkhidmatan tersebut. Lebih baik diam sahaja kerana itu (tiada tindakan) memang sudah dijangka dari kebanyakan agensi kerajaan....BIASALAH.

Saya telah menghantar e-mel berikut kepada MAIK (Majlis Agama Islam Kedah) tentang cadangan pertukaran nama madrasah tersebut (petikan)..."Bersama ini saya 'forward' e-mel saya kepada Pegawai Daerah Padang Terap berkaitan dengan cadangan saya agar Madrasah Alkhairiah di Felda Bukit Tembaga di tukarkan kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID' mengambil sempena seorang pahlawan negara yang disemadikan dikawasan perkuburan bangunan tersebut.

Secara ikhlas saya menyatakan yang saya kurang arif bagaimana mahu memajukan cadangan ini. Itu sebabnya saya telah menghantar e-mel tersebut kepada Pegawai Daerah dengan harapan beliau bersedia menyalurkan kepada pihak berwajib. Kecewa sekali tiada sebarang respons...tak apalah!"

Pak Menteri, PAT, PTD, PTL & PTU...Ingatlah," PUJIAN MENGKHAYALKAN (walhal banyak yang tak kena), KRITIKAN MEMBINA (tiada siapa yang sempurna)." Tiba masanya nanti, anda juga bukannya lagi 'relevant' dan akan hidup dalam alam kenyataan...Fikir-fikirkanlah!!!

Selasa, 14 September 2010

Cuba...Jangan Tak Cuba

13 September 2010...Saya telah menge-mel coretan ini kepada PTD dan juga 
Pegawai Daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Respons? He...He...He.

E-mel kepada PTD...  

Fw: Sungguh Sedih!!
From:
nor ibrahim sulaiman 
To:
PTD 
Cc:
xPAT TS Rahman ; Nawi Desa ; Dato' Zahid Hamidi ; KP Veteran ; Tan Sri Azizan ; Lt Kol (B) Basri RAJD 

Assalamualaikum,

Sungguh sedih melihat pusara seorang wira negara...Adakah ini penghargaan TDM amnya, RAMD khusus, terhadap arwah Lt M Abdul Hamid SP? Mujurlah ada pasukan 305 RAW!!

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

E-mel kepada Pegawai Daerah Padang Terap...


Pusara Lt M Abdul Hamid Bin Ismail SP
From:
nor ibrahim sulaiman 
To:
DO Pdg Terap 
Cc:
Lt Kol (B) Basri RAJD ; xPAT TS Rahman ; PTD ; Nawi Desa ; Tan Sri Azizan ; Dato' Zahid Hamidi 

Assalamualaikum,

Berhubung perkara di atas, bersama ini di 'copy & paste' coretan saya di http://xnuripilot.blogspot.com untuk perhatian dan kemungkinan tindakan tuan selanjutnya. Saya mencadangkan agar pihak jawatan kuasa Madrasah berkenaan menukar nama bangunan tersebut kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID'. Mereka sepatutnya berbangga mempunyai seorang anak watan yang terkorban demi untuk mempertahankan agama dan negara.

Diharap saranan ini mendapat respons yang positif dari tuan. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Selagi tak cuba...tak tahu. Manalah tahu terbuka hati mereka yang berada di tampuk kuasa untuk membuat sesuatu, InsyaAllah.