Pengikut

Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan

Isnin, 3 Disember 2018

Apa Selepas Ini?

Belajar dah tamat. Lepas ini nak buat apa? Kelayakan dah ada tapi masalahnya tak ada pihak berminat dengan ilmu itu. Kalau ada pun, mungkin bila musim patriotisme iaitu Ogos-September nanti..jika dipanjangNya umur. Mungkin masih ada undangan dari sekolah2 jika pihak berwajib mengekalkan program majlis pengkisahan, wallahualam.

Ada juga ingat nak menulis buku. Buat permulaan ingat nak bukukan coretan "Rundingan Baling: Di Belakang Tabir" dengan dijanamakan semula kepada "Liku-Liku Ke Arah Rundingan Baling." Tapi saya hidup dalam alam kenyataan, bukannya dalam alam khayalan. Saya terima hakikat bahawa buku genre sejarah bukannya begitu 'saleable'. Berapa orang minat pasal Rundingan Baling? Saya tak hairan jika ada yang akan bertanya Baling itu di mana?

Jangan ketawa. Baru2 ini, sempat bersembang dengan seorang yang kerap juga berjalan mengelilingi tasik di Darulaman Park. Dia seorang jurulatih di sebuah institusi melatih para pelajar dalam bidang kemahiran. Bila buka topik patriotisme, apa lagi...saya pun bukalah kisah2 dulu, termasuk insiden Nuri ditembak di Gubir pada 26 April 1976. Apa yang mengecewa dan menyedihkana saya ialah bila dia bertanya Gubir itu di mana! Oh mak datuk...kan ini pun tak tahu. Mungkin dia hanya tahu tempat2 seperti Timbuktu kut, wallahualam.

OK lah. Berbalik kepada hasrat nak menerbit buku. Selain itu ada juga teringat nak tulis artikel untuk jurnal IPTA. Ada beberapa topik yang bermain dalam minda. Saya bersyukur sabuah IPTA mempelawa saya menyumbang artikel untuk dipertimbangkan. Malah mereka juga sedia mempertimbangkan untuk menerbit buku mengenai Baling. Saya berterima kasih terhadap pertimbangan ini.

Ada 3 topik yang sedang bermain dalam minda saya:

1. Defence of Malaysia: From Defence Agreement (1963) to Defence Arrangements (1971).
2. Air Power During Malayan Emergency.
3. Bumpy Path To Baling Talks.

Mengenai topik kedua ini, semalam (2.12.18) saya terima sumber primer ini dari London. Buku ini menceritakan peranan RAF semasa darurat 1948-1960, termasuk jenis2 pesawat, chain of command, skuadron2, dll.




Dokumen ini ada juga menyentuh mengenai Rundingan Baling. Mengikut rekod,  RAF telah menggugurkan sejumlah 21 juta risalah oleh pesawat Valettas di kawasan hutan selama 7 hari bermula pada 9 Sep 1955 apabila gomen menawarkan amnesti dan terma2 untuk PGK menyerah diri. Selain itu, sejumlah 6 juta risalah to memaklumkan mereka 'safe areas' dan 'surrender points'. Tugasan pengguguran risalah tempoh ini merupakan "...the largest leaflet dropping operations of the Emergency."

Pesawat Valetta menggugurkan risalah di ketinggian 400 kaki. Sumber: Google

Tidak mencukupi dengan pengguran risalah, gomen juga telah mengaturgerak 3 buah pesawat  Dakota dan 2 buah Auster  dari Voice Flight No. 267 Squadron membuat 106 sorti perkhidmatan voice broadcast di kawasan yang diketahui PGK berselindung sepanjang tempoh 9 hingga 21 Sep 1955. 

Apabila rundingan itu sudah pasti menjadi kenyataan, guguran risalah dikurangkan kepada dibawah 5 juta setiap bulan sepanjang 3 bulan terakhir 1955 sementara perkhidmatan 100 sorti voice broadcast dilaksanakan. 

Dengan kegagalan Rundingan Baling dan gomen menarik balik program amnesti pada 8 Feb 1956, sejumlah 20,685,000 risalah telah digugurkan dalam tempoh 2-12 Jan 1956 memaklumkan PGK mengenai penamatan program tersebut. Tidak cukup dengan itu, Mat Saleh telah menggugurkan 9,720,000 risalah lagi sebelum Tahun Baru China dengan harapan musuh mengambil tawaran ini untuk beraya dengan kaum keluarga nanti (RAF, Restricted, 1970, The Malayan Emergency 1948-1960, London: Ministry of Defence, hlm.118-119). 

Melalui bacaan saya sebelum ini hanya 3 juta risalah digugurkan untuk memaklum program amnesti!

Maklumat ini semua akan dimuatkan dalam tulisan saya nanti, in syaa Allah.

Selasa, 13 November 2018

"Sambung PhD demi Nuri"

Tepat sekali tajuk yang diberikan oleh Roshila Murni Rosli, wartawan Sinar Harian pada 12 Nov 2018 berikut:

Sinar Harian, 12 Nov 2018, hlm. 33

Isteri saya, Siti Roffini pula memperkukuhkan tajuk akhbar tersebut apabila beliau menyatakan "the Nuri is the force behind your success." Ungkapan yang juga tepat sekali! Sebelum itu, Berita Harian juga telah melaporkan kejayaan ini pada hari konvokesyen itu sendiri iaitu pada 11 Nov 2018 di SINI. 

Maaf le...kerana terlalu teruja, sampai tersasul tempoh insurgensi yang sepatutnya 1968-1989; bukannya 1968-1969 semasa ditermubual.

Ini pula laporan Utusan Malaysia pada 13 Nov 2018:

Utusan Malaysia, 13 Nov 2018, hlm. 56

Glemor bebeno kali ini. Tapi, apa yang special sangat tentang si veteran ini sehingga mendapat liputan meluas? Nak tahu apa keistimewaan xNuripilot ini? 

Pada pandangan saya, nak dapat liputan dalam sesuatu majlis konvokesyen IPT, seorang graduan perlu tergolong dalam kategori ini: 1) paling cemerlang; 2) termuda; 3) tertua. Dan saya tergolong dalam kategori ke 3...He...He...He.

Setakat 69 tahun itu masih OK lagi. Allahyarham Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin menerima PhD ketika berusia lebih kurang 76 tahun. Jadi, saya kira masih muda le...He...He...He.

Semalam, 12 Nov 2018, pergi ke UUM untuk menghantar jubah dan ambil scroll. Ini le rupanya sijil PhD...
Dalam BM

Dalam bahasa gomen

Bagi mengabadi peristiwa yang begitu bersejarah bagi saya, diturunkanlah beberapa gambo...

Sebelum berkawat ke dewan bersama dengan graduan dari IPG

Sementara menunggu naik ke pentas

Giliran menerima ijazah

Senyum meleret

Selepas terima ijazah tapi masih dalam dewan

Graduan-graduan cemerlang ijazah pertama dan graduan tertua 2018

Ditemubual oleh para wartawan

Posing sikit

Bersama isteri tersayang

Sebelum balik ke rumah

Bersama Dr. Mohd Kasri Saidon



Saya tak tahu bagaimana perasaan anda sekiranya berada dalam situasi saya. Jujur saya katakan, saya sungguh teruja terhadap pencapaian ini. Kenikmatan ini hanyalah di atas keredhaanNya. Saya hanya mampu berusaha, Allah menentukannya. Apa pun, hanya syukur alhamdulliah yang termampu saya ucapkan.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada Prof Madya Dr. Rohani Ghani selaku penyelia terhadap bimbingan serta kesabaraannya berhadapan dengan kerenah veteran ini. Tidak dilupai juga kaum keluarga, semua rakan-taulan yang sedia memberi kerjasama tanpa mengira waktu dan juga agensi-agensi gomen berkenaan. Dah pasti, isteri tercinta yang terpaksa banyak bersabar dan terpaksa mendengar Nuri...Nuri...Nuri hampir setiap waktu. TERIMA KASIH. 

Selasa, 9 Oktober 2018

Nak ambil PhD? Tamat

Sambungan dari SINI...

Oh ya...Terlupa nak beritahu. Salah 1 kemestian yang anda perlu penuhi ialah menulis 2 artikel untuk diterbitkkan oleh jurnal. Jurnal mana? Ideally scorpus-indexed tapi jurnal terbitan IPTA pun diterima. Masalah dengan kebanyakan jurnel mat saleh ini, penyumbang artikel dikenakan bayaran sekiranya artikel anda diterima untuk diterbitkan. Be patriotic le sikit...apa kurangnya jurnel IPTA kita? Jangan ingat artikel anda gerenti diterbitkan. Depa juga ada guidelines yang perlu dipatuhi oleh penyumbang artikel. Artikel2 saya telah diterbitkan oleh Jebat (UKM) di SINI  dan Jonus (Unisza) di SINI, syukur alhamdulillah. Maaf le saya tak pasti sama ada jurnel terbitan ATM diterima oleh pihak IPTA. Untuk memudahkan cerita, tanya supervisor.

Jangan pandang ringan syarat ini. Put this way le...walaupun tesis dah siap dan telah melepasi semua halangan, hanya menunggu pengesahan tarikh viva saje tapi artikel masih belum diterbitkan, jawabnya tunggu saje le seperti buah jering nak gugur.  Tanpa pengesahan artikel diterbitkan, selagi itu le anda tak boleh sit for your viva! 

Sepertimana yang anda semua sedia maklum, namun sebagai peringatan, kebanyakan jurnel diterbit 2 kali setahun, iaitu Jun dan Dis/Jan. Artikel pula perlu diterima pada tarikh tertentu untuk dipertimbangkan.

Selain artikel, anda di'galakkan' untuk membentang kertas dalam seminar, tak kisah le sama ada di dalam atau di luar negara. Tujuannya ialah memberi exposure kepada anda. Sepertimana yang dinyata, hanya digalakkan saje, bukannya kemestian. Jujur saya katakan, saya rasa tak perlu exposure kerana saya bukan nak mohon kerja lagi. Jika anda masih bekerja, mungkin anda patut mempertimbangan opsyen ini. By the way, anda kena tanggung le semua kos terbabit...He...He...He.

Selepas modul Research Methodology dan Academic Writing, anda pergi le berbincang dengan supervisor mengenai penyediaan proposal untuk dipertahankan kepada panel nanti. Oh ya, anda boleh memohon untuk pengecualian untuk ambil salah satu modul tersebut. Jadi, jangan lepas peluang ini.

Bila supervisor puas hati dengan proposal, dia akan aturkan tarikh untuk anda mempertahankan proposal itu nanti. Ahli panel terdiri daripada pengerusi dan 2-3 ahli. Sesiapa yang nak hadir, they are welcome. Anda diberi 20 minit untuk buat presentation. Lepas itu, siap le. Jangan terlalu risau kerana komen/kritikan tertumpu kepada skop kajian anda. Malah mungkin tajuk kajian perlu dipinda. Anyway, be positive and accept the comments in good faith.

Selepas berjaya melepasi halangan ini, baru le Pusat beri surat seperti berikut:
Surat Pengesahan 

Bermulalah kajian anda. Anda sebenarnya dah pun menyiapkan Bab 1, iaitu proposal itu diconvert jadi Bab 1. Buat pindaan yang disarankan oleh ahli panel tersebut. Saya tidak menunggu apabila draf tesis yang mengandungi 7 bab untuk diserahkan kepada supervisor. Be fair to her/him. Anda bukan studentnya sahaja. Mungkin dia ada beberapa orang PhD lagi di bawah seliaannya dan jangan lupa, dia perlu melaksanakan tugasan hakikinya sebagai pensyarah. Jadi, bila siap 1 bab, saya hantar draf tersebut. Biasa le...supervisor kerap kehabisan pen dakwat hitam, hanya ada dakwat merah. Jadi draf tu bermulti colour, hitam dan merah...He...He...He.

Selepas draf menepati kehendak supervisor, dia akan atur pula sesi pre-viva/mock viva. Tapi sebelum itu, draf tersebut dihantar ke Perpustakaan untuk proses "turnitin - Verification of Plagiarism Checking". Keputusan dalam masa 1-2 hari saja. Selepas itu, berhadapanlah pula dengan ahli panel pre-viva. Pengalaman saya masa pre-viva terserlah kepentingan minor SD. Selain itu, ahli panel mencadangkan supaya tajuk "Peranan Nuri..." ditukar kepada "Sejarah Nuri..." Mereka juga mencadangkan supaya saya kepilkan sampel catatan temu bual dengan para responden.

OK...Draf dah dipinda dengan mengambilkira teguran ahli panel. What's next? Setelah supervisor puas hati, dia akan tandatangani borang untuk draf tesis menjalani proses turnitin. Dengan pengesahan turnitin, dia pun tandatangani pula borang untuk viva. Anda pula dikehendaki menghantar 4 salinan draf tesis kepada pejabat pengurusan viva. Andainya draf itu memenuhi format yang telah ditetapkan, ianya akan dipanjangkan kepada ahli-ahli panel viva yang terdiri daripada Pengerusi dan masing-masing seorang internal dan external exminers serta wakil sekolah. 3 bulan kemudian, anda pun terima le surat seperti berikut:
Tarikh viva

Masa viva, anda diberi 20 minit juga untuk membuat presentation dengan hanya 5 slides sahaja. Apa soalan yang akan diajukan terpulanglah kepada ahli panel tetapi within the scope of your research. Selepas itu anda dan supervisor dikehendaki keluar dari bilik viva sementara ahli panel buat keputusan. Bila dipanggil semula, debaran anda akan terjawab! Keputusan pengajian saya di SINI.

Rasanya cukuplah tips ini ditamatkan di sini. Memang ada 2-3 steps selepas viva tapi itu lebih kepada proses melengkapkannya saje. 

Jangan le tanya saya tentang pengurusan masa kerana dari awal lagi dah saya katakan, saya seorang pesara sepenuh masa. Keadaan saya dengan anda yang masih bekerja tidak sama. Generally, jadual harian sepanjang 4 tahun ialah duduk depan komputer selepas habis tarik troli 9-lubang dengan members 4 hari seminggu (Isnia-Khamis) hingga masuk waktu asar. Malam, tonton tv. Yang bestnya, sempat dilantik sebagai consultant untuk pembikinan filem dokumentari "Helicopter Heroes" untuk History Channel dan menerbit coffee-table book, "Sikorsky S61A-4 Nuri: The Old But Faithful Iron Bird", syukur alhamdulillah. Saya syukur bebeno kerana pengajian saya dipermudahkanNya, syukur alhamdulillah.

Pada saya le, sebelum menjerumuskan diri, anda tanya le diri sendiri sama ada anda seorang yang berdisiplin dan gigih? Jangan lupa, ambil pandangan anggota keluarga dan faktor kos. Jika tidak, jangan bungan masa dan ongkos! Jika anda dah nekad nak ambil, jangan sama sekali mudah mengalah. Cabar diri anda yang anda juga boleh buat. Kan ke kita dikehendaki berusaha dan seterusnya berdoa, hanya Allah menentukannya? Mana nak berjaya tanpa berusaha dan berdoa, betul tak? Apa pun, semua itu hanya anda yang boleh menjawabnya, wallahualam. 

Saya harap pengalaman saya ini dapat memberi gambaran apa yang anda mungkin lalui dalam usaha mengejar satu impian. Percayalah pada diri anda...Anda boleh dengan diizinkanNya, in syaa Allah.

Selasa, 2 Oktober 2018

Nak ambil PhD? Bhg 3

Sambungan dari SINI...

Macam mana nak dapatkan maklumat mengenai sejarah awal Nuri? Memang ada beberapa publikasi TUDM yang mencatatkan secara ringkas sejarah TUDM dan juga penubuhan skuadron2 operasi. Tapi bahan itu tidak mencukupi.

Di sini le kena tanya rakan taulan. Saya beritahu Kol Zainal Piee TUDM (B) masalah ini. Beliau mencadangkan supaya menghubungi Kol Tuan Mustapha bin Tuan Hussin TUDM (Brig Jen Dato', Bersara) yang mungkin boleh membantu. Apa lagi, melayang le WhatsApp kepada 'mangsa' saya ini...He...He...He. Being a very helpful officer, beliau beri link kepada Office of the Historian, Department of State. Memang betul, banyak dokumen mengenai Nuri. Baru le saya tahu mengapa Uncle Sam jual Nuri kepada kita dengan harga special.

Bukan mereka berdua sahaja yang sedia membantu veteran ini, malah semua mereka yang saya hubungi. Depa yang menjadi mangsa saya bukan sahaja anggota ATM, PDRM tidak terkecuali. ACP Norizan Murad pula beri buku Aloysius Chin mengenai CPM dan beberapa buku lagi dan dokumen yang relevan mengenai Op Bamboo. Terima kasih bebeno kepada semua yang sentiasa sedia melayan kerenah veteran ini. Jadi, lagi sekali... JANGAN MALU BERTANYA!

Dokumen mengenai perolehan Nuri dah dapat dari State Department. Dokumen2 ini tak le menyatakan airframe #, bila pesawat diserahkan kepada TUDM dan airframe yang dilupuskan. Jadi, mana nak cari maklumat ini? Mudah saje, hantar emel kepada Sikorsky Corp. Jeng...Jeng..Jeng...President/Archivist Sikorsky Archives hantar senarai yang menjawab soalan saya.

Ada orang mempertikaikan apabila saya katakan Nuri pertama yang masuk dalam inventori TUDM ialah FM1141, bukannya FM1140. Secara lojiknya memang le FM1140 sepatutnya yang pertama berada dalam inventori. Namun, berlandaskan kepada dokumen Sikorsky Archives, FM1141 diserah kepada TUDM pada 31.10.1967; FM1143 - 4.12.1967; FM1144 - 6.12.1967; FM1140 - 13.12.1967. Dah pastilah saya stick saje pada sumber ini melainkan ada dokumen yang menyanggahnya, wallahualam.

Saya juga tanya apa yang dimaksudkan S61A-4? Apa dia 'A' dan '4'? Model helikopter ini ialah S61 Sea King. Jawapannya ialah 'A' merujuk kepada eksport sementara '4' khusus untuk Malaysia. Baru le saya tahu. Sebelum ini ingatkan 'A' merujuk kepada Army...He...He...He.

Cukup le pasal dokumen. Anda pasti sedia maklum yang anda kena buat Sorotan Literatur (Literature Review). Nasihat saya jangan sama sekali mengatakan sebelum ini tiada kajian dilakukan mengenai topik anda. Mula saya dakwa tak ada buku mengenai Nuri selain 'Coretan Xnuripilot'. Tapi sorang tu kata British tak guna ke Sea King semasa Falkland War? US tak guna Sea King ke masa Vietnam War? Tergamam juga saya dibuatnya! Jawapnya tanya Dr Google le buku2 mengenai Sea King. Memang ada tapi masalahnya buku2 terbabit tak ada di Malaysia. Jawabnya order daripada Amazon.

Satu buku yang relevan ialah Perseverance: The Canadian Sea King Story oleh John L. Orr diterbitkan oleh Sea King 50th Anniversary Committee, 2013. Kanada mula guna Sea King pada 1963 dan ada 42 buah dalam inventorinya sementara Malaysia pada 1968 dengan 43 buah. Masalahnya, buku ini tak dijual di Amazon atau Ebay; kena beli direct dari penerbit. Hantar emel tak ada respons. Masalah ini dipermudahkanNya. Dengan kuasaNya, sorang member dalam WhatsApp group, Mej Peter Yeow TUDM (B) kebetulan berada di Kanada menziarah anaknya. Apa lagi, saya hubunginya bertanya sama ada dia boleh beli buku tersebut. No problem Bro. Saya terharu bila beliau menghadiahkannya saje, syukur alhamdulillah. Thank you Yeow.

Berbalik kepada Sorotan Literatur, peranan Sea King yang diguna  oleh Kanada, US, UK dan lain negara tidak sama dengan peranan Nuri. Depa lebih kepada anti-submarine warfare dan SAR sementara Nuri jungle warfare. Depa beroperasi dalam iklim yang jauh berbeza dengan Malaysia. Dalam peranan anti-submarine pesawat beroperasi dari kapal. Cabaran yang dihadapi tidak sama. Perbezaan ini perlu dihighlight dalam Sorotan Literatur. Saya menghubungi Kol John Orr bertanyakan sama ada mereka berhadapan dengan masalah yang kami hadapi di sini.  Jawapannya tidak kerana mereka beroperasi di operation theater yang berbeza. Cakap pasal confine area (CA), depa punya CA ialah deck kapal di paras sea level. Kita di sini CA di paras 4k-6k kaki dah jadi kebiasaan dan saiznya ngam2 saje. Silap maneuver, bercium le rotor blades dengan dahan pokok...He...He...He. Oh ya, beliau menyatakan kehairanan bagaimana bukunya boleh mendarat di Malaysia!

Habis bab dokumen dan buku. Sekarang, persoalan IPTA mana? Ini terpulang kepada anda. Saya mudah saje....IPTA yang terdekat dengan teratak saya. UUM menawarkan pengajian ini, jadi apa perlu saya ke IPTA di luar Kedah? Jujur saya katakan, saya tak sanggup nak  travel all the way to KL atau Penang sekali pun sementelah UUM juga menawarkan pengajian ini. Lagi pula, saya tak ada loose change untuk menampung kos perjalanan, bukan sekali. Mind you, anda dikehendaki menghadiri modul Academic Writing dan Research Methodology setiap hujung minggu untuk 1 semester. Kan nak berulang setiap minggu ke KL kut! Kalau bajet tiada batasan itu, lain le juga. Perjalanan melibatkan kos; petrol, tol, makan, hotel, dll. Andai pula bila bila dah berada di KL untuk temujanji dengan supervisor pada hari yang dipersetujui, tiba2 beliau ada program lain yang tak dapat dielakkan dan terpaksa ditangguh atau ditunda? Kan ke rugi masa dan ongkos saje. Jadi, lebih praktikal mendaftar di IPTA yang berdekatan. Dari rumah saya ke UUM tak sampai 50 km saje; 30-40 minit dah sampai. Anyway, bab ini 100% terpulang pada anda. Tepuk dada seluk poket...He...He...He.

Cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.

Ahad, 30 September 2018

Nak ambil PhD? Bhg 2

Sambungan dari SINI...

Sekarang persoalan paling utama sekali adakah anda mempunyai 'DATA' yang menjadi basis kajian? Mula le saya familiar dengan istilah 'primer' dan 'sekunder'. Sebelum ini primer yang saya faham ialah untuk cat rumah dan untuk mengaktifkan hand-grenade. Engkohnya primer ialah primary sementara sekunder ialah secondary. Maaf le, vocab saya memang terbatas..He...He...He.

Setakat membaca buku/jurnal tak mencukupi; hanya sebagai rujukan saje. Sumber2 ini jatuh dalam kategori sekunder; akhbar, portal rasmi agensi gomen tergolong dalam kategori ini.  Macam ni saje le. Kalau dah ada dalam buku, tak perlu le nak buat kajian. Sumber yang dikehendaki ialah yang belum diterbitkan seperti dokumen rasmi agensi gomen, arkib, temubual, log book, laporan operasi, perjanjian, dll. Manakala sumber sekunder pula seperti buku2, akhbar, jurnal, portal rasmi, dll.

Jadi, susah ke nak dapat data primer ini? Kan sebelum ini saya dah katakan, iaitu "jangan sama sekali segan bertanya." Ingat, anda bukannya seorang nujum/bomoh/dukun. Bila pelanggan datang saja, bomoh beritahunya apa tujuan kedangannya melainkanlah sekiranya dia betul2 ada 6th sense. Apa yang saya cuba sampaikan ialah cuba tanya. Ni belum apa2 lagi, dah takut nanti orang tak layan. Mana anda tahu? Tak cuba mana nak tahu, betul tak? Tolak ketepi saje ego itu!

Namun di sebalik sifat positif itu, perlu ada sifat 'negatif'' juga dalam aspek ini. Mengapa? Sepatutnya kita mesti positif dalam kehidupan  untuk berjaya. Betul tapi nak elakkan frustration nanti sekiranya orang bolayan permohonan anda!

Beginilah, anda tulis surat/emel kepada agensi/individu tertentu memohon untuk mendapatkan sesusuatu maklumat atau nak temubual. Jika mereka bersetuju memenuhi permohonan anda, itu adalah BONUS, syukur alhamdulillah. Jika sebaliknya, malah acknowledgment penerimaan pun tak ada, tak frust ke? Jadi, dengan sifat ini, anda dah dari awal lagi bersedia dengan sebarang kemungkinan! Dilayan...syukur alhamdulillah; bolayan...OK, dah tak ada rezeki. Mesti ingat, tak ada sebab orang mesti melayan anda. Itu hak mereka. Hak anda hanya memohon saje. Betul tak?

Saya ni tulis melalui pengalaman. Saya hantar emel kepada 1 agensi gomen di PBB bertanya tarikh Tun Razak memberi ucapan UNGA (United Nations General Assembly) pada 1966. The Straits Times ada melaporkan pemergiannya ke PBB tapi tak sebut bila beliau berucap. Arkib Negara pula mencatatkan ucapannya semasa di New York tetapi bukan di UNGA.  Dah dijangka, acknowlegment pun tak ada! Saya tak kecil hati atau frustrated kerana saya yakin mereka begitu sibuk. Akhirnya saya dapat juga, malah ucapannya sekali. Dari mana? UN Archives le. Semua ucapan ada. Kesimpulanannya, kalau dari awal boleh terima hakikat ini, kurang le tension...He...He...He.

Disebalik negatif, ada positifnya! Percayalah, ramai responden yang sedia membantu anda, in syaa Allah. Jadi, jangan risau. Hubungilah mereka yang relevan. Saya telah menulis kepada PTD, PTU, PDRM, Panglima 6 BIM, 2 BIM, JUPEM (Jabatan Pementaan dan Ukur Malaysia), dan banyak lagi. Syukur alhamdulillah, respons mereka sungguh menggalakkan.

Sebagai contoh, kajian saya turut membincangakan Op Ukur. Saya dan rakan2 turut terlibat dalam operasi ini. Itu dari aspek perlaksanaannya. Persoalannya, mengapa diadakan operasi ini dan bila? Untuk jawapannya, saya hantar emel kepada KP JUPEM. Tak lama lepas itu, perjanjian di antara Malaysia dan Thailand pun tiba.

Di zaman moden ini, membuat kajian banyak dipermudahkan. Banyak archival documents dah di declassified dan boleh diakses online. Sebagai contoh, dokumen National Archives UK yang relevan untuk kajian saya boleh diakses. Sama juga dokumen State Department. Selain itu, CIA juga sudah declasssified lebih kurang 2 juta dokumen dan semuanya boleh diakses dengan mudah. Pokoknya, rajin2 le sikit mencari. Ha...sapa2 berminat dengan Peperangan Vietnam, boleh baca Pentagon Papers, yang asalnya Top Secret; lebih kurang 8k halaman, di SINI.

OK...Mana nak cari bahan mengenai permulaan operasi helikopter di Malaya dan juga permulaan pembelian Nuri? Mana nak dapat maklumat ini semua? Untuk data pertama, saya telah menghantar emel kepada RAF di UK. Presto...Tak lama kemudian saya terima 1 package dokumen dan publikasi, syukur alhamdulillah. Dokumen termasuk kawat dari Commander-in-Chief Far East Land Forces meminta Mindef UK menghantar helikopter ke Malaya, trial reports mengenai penggunaaan bucket untuk membawa casevac/medevac/bodevac dipasang diluar pesawat, masalah kesesuaian rotor blades yang diperbuat dari kayu beroperasi di iklim tropik dan dan banyak lagi. Mind you, helikopter yang dihantar tidak menjalani ujian beroperasi di iklim tropik.


Sumber: Air Historical Branch (RAF) 1987

Saya berterima kasih kepada Perkhidmatan Pos. Alamat yang digunakan oleh RAF ialah:

Mej Sulaiman N I
304 Darulaman Heights
Malaysia 

Tanpa Negeri dan Kod Pos! Clue untuk posman ialah Darulaman Heights. Hebat Perkhidmatan Pos kita. TERIMA KASIH.

Bagaimana pula nak mendapatkan maklumat mengenai permulaan Nuri?

Cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.

Rabu, 26 September 2018

Nak ambil PhD?

Nak ambil PhD? By all means, realisasikan hasrat itu. Saya memang bebeno nak galakkan mereka yang berminat supaya jangan pendamkan cita-cita itu.

Di sini bio le saya coretkan sikit pengalaman yang saya harungi selama 4 tahun dalam usaha mengejar impian saya. Tapi sebelum itu, bio le saya qualifykan coretan ini. Saya hanya menceritakan pengalaman membuat kajian dalam bidang sejarah di UUM. Dan dari perpekstif seorang pesara sepenuh masa yang tugas hakikinya ialah 'RTM' (rehat tunggu mati).

Saya tekankan dari perpekstif seorang pesara sepenuh masa! Mengapa? Kerana tiada apa lagi yang nak saya dipikiokan, hanya fokus kepada kajian saje. Mind you, I work at my own pace. Nak tension tak tentu hala buat apa? Lulus atau gagal pun bukannya akan melonjak/membantut kerjaya saya sebagai penjawat RTM. Setakat ini rasanya saya dah bersyukur bebeno dengan apa jua rahmatNya. Dengan kata lain, tak perlu le nak cari kerja ke sana-sini. Memadai le dengan apa jua rezekiNya, syukur alhamdulliah.

Tapi, janganlah anda ambil sifat ini. Saya nak kaitkan supaya jangan jadi pengajian ini faktor utama anda berhadapan dengan tension. OK?

Sekarang, tanya diri sendiri. Apa yang beno2 anda minat. Ambil saya sendiri. Saya minat bebeno dengan S61A-4 The Old But Faithful Nuri. Mula menulis dalam blog pada 2009 sehingga berjaya menerbitkan 3 buku. Selain itu merasa masuk TV3; diundang memberi ceramah di perpustakaan dan sekolah2. Pada saya, ini adalah satu kejayaan, syukur alhamdullah. Jadi, terfikir pula mengapa saya tidak formalisekan  pengalaman saya dalam bentuk akademik, iaitu PhD? Jika berjaya, setidak-tidaknya satu kajian mengenai satu aset ATM amnya, TUDM khususnya, yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan dan keselamatan negara dilakukan. Kajian ini kelak akan menjadi bahan rujukan untuk para pengkaji di masa akan datang.

Semasa di KL, saya telah bertanya kepada seorang pensyarah IPTA semasa diundang memberi ceramah yang saya berminat nak ambil PhD mengenai Nuri. Dia kata OK dan suruh saya jumpa dia di IPTAnya. Di Alor Setar juga saya telah bertanya seorang penyarah IPTA soalan yang sama; jawapan dia pun sama. Ini bererti topik ini boleh dibawa ke peringkat PhD. 1 isu dah beres.

Minat dah ada. Cukup ke sekadar menceritakan pengalaman saya dan juga rakan taulan? Bila ditanya apa tajuk kajian itu nanti, saya kata Sejarah TUDM: Peranan Nuri Semasa Era Insurgensi. Ingat dah hebat bebeno! Pensyarah kata tajuk itu begitu luas. Mula kena cerita sejarah penubuhan TUDM. Sejarah TUDM bukan saja mengenai semua jenis pesawat dalam inventorinya, tetapi perlu meliputi elemen-elemen lain, seperti pertahanan udara, logistik, kejuteraan, pentadbiran, operasi, PASKAU, dll. Lepas tu baru bincangkan mengenai peranan Nuri. Lepas itu ditanya tempoh kajian, adakah kajian itu sehingga 2014 atau bila? Insurgensi. Adakah saya maksudkan seluruh Malaysia? Jika meliputi seluruh negara, adakah saya bersedia untuk membincang ancaman yang di hadapi di Sarawak dan Semenanjung? Keadaan di sana tidak sama seperti di Semenanjung? Saya hanya nak bincangkan mengenai ancaman PKM saje.

Setelah berbincang, pensyarah yang kemudiannya menjadi supervisor saya, mengesyorkan supaya kajian saya terbatas kepada sejarah Nuri di Semenanjung dalam era insurgensi 1968-1989. Pilihan 1968-1989 berlandaskan kepada kebangkitan semula ancaman PKM bermula pada 1968 dan berakhir apabila Perjanjian Damai termeterai pada 2 Dis 1989 di Hat Yai, Thailand. Tempoh ini mustahak seperti juga kajian PhD Lt Kol Dr Syed Othman bertajuk "Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968" (2004).

Topik kajian sudah dipersetujui. Soalannya sekarang, bila sebut sejarah, kena le menulis sejarah pesawat itu. Mengapakah aset ini diperlukan? Bagaimanakah keadaan keselamatan negara ketika itu? Siapakah pelaku2 yang terlibat dalam proses perolehannya? Mengapa Uncle Sam sedia menjualnya? Apakah halangan yang terpaksa dihadapi oleh gomen? Apakah kedudukan kewangan negara untuk membeli helikopter ini? Di manakah nak mendapatkan juruterbang untuk megendali pesawat2 itu nanti? Dan banyak lagi le soalan yang terpaksa difikirkan!

Tapi sebelum menyentuh sejarah Nuri, persoalan perlu dijawab bila pula helikopter mula beroperasi di Malaysia. Soalan ini melibat era darurat 1948-1960.

Soalan2 telah diajukan. Pokoknya sekarang, di mana nak dapatkan data untuk menjawab soalan2 ini?  Oh mak dato', jujur saya katakan saya tak terfikir pun benda ini! OK le...jangan tension. Mudah saje...jangan sama sekali segan bertanya.

Rasanya cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.

Sabtu, 22 September 2018

"Service Paper" Jen Briggs

Semasa membuat kajian PhD, saya turut menyentuh penglibatan helikopter semasa darurat (1948-60) di Malaya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa helikopter RAF mula operasional di negara kita yang tercinta ini. Malah skuadron helikopternya ditubuhkan di sini. Di Malayalah RAF menyediakan SOP untuk helikopter beroperasi dalam peperangan hutan (jungle warfare).

Bila menyebut saje darurat, mana boleh lari dari Rancangan Briggs (Briggs Plan) yang diformulasikan oleh Lt Jen Sir Harold Briggs yang dilantik oleh Inggeris sebagai Pengarah Operasi (1950-1951). Dia dipertanggungjawabkan untuk menyediakan satu rancangan am untuk tindakan menentang PGK dan pembahagian tugasan kepada komponen pasukan keselamatan (PK) (Hansard UK, Sir Harold Briggs (Duties), jawapan J. Griffiths, Secretary of State for the Colonies, kepada soalan mengenai tugas Lt Jen Briggs, HC Deb 05 April 1950 vol 473 cc1182-3). Tak lengkap penyelidikan jika rancangan ini tak disebut. Pada saya agak menghairankan sekiranya terdapat orang yang tak pernah dengar rancangan ini! Dah banyak buku/artikel ditulis mengenainya. Ala...di sekolah dah belajar pun.

Malah, hebat tak hebatnya rancangan ini sehingga kini rakyat Malaysia terkesan dengannya. Bagaimana? Semua rakyat Malaysia dikehendaki memiliki kad penganalan apabila mencecah umur 12 tahun. Ini adalah salah satu rancangan tersebut. Yang lain-lain itu baca saje di SINI; sekadar mengingatkan semula secara ringkas.

Yang ditulis dalam buku/jurnal membabitkan fasa implimentasi setelah dilulus oleh gomen Inggeris di London. Saya nak tahu bebeno apa yang syorkan dalam Service Paper itu? Saya ada menghubungi pihak tertentu tetapi jawapannya tidak memberangsangkan. Jadi saya telah menghantar emel kepada Prof Emeritus John Anthony Stockwell, seorang sejarawan di University of London. Mat Saleh ini menyarankan saya merujuk kepada buku British Documents on the end of Empire: Malaya Part II (A J Stockwell (Editor), Malaya: Part II, London: HMSO, hlm. 217-221). Yang bestnya dia link sekali pada dokumen terseubt...He...He...He.

Tajuk Service Paper Briggs ialah "Federation plan for the elimination of the communist organisation and armed forces in Malaya." (CAB 21/1681, MAL (50)23, Appendix, 24 May 1950). Setelah diluluskan oleh Pesuruhjaya Tinggi, Henry Gurney, kertas ini dibincang oleh Cabinet Malaya Committee pada 17 Jul 1950 (CAB 134/497, MAC C(50)8; CO 5375975; dan PREM 8/1406/2).

Sumber: A J Stockwell (Editor), Malaya: Part II

Para pembaca. Diharap coretan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan mengenai Rancangan Briggs. Marilah kita kongsi bersama ilmu/pengetahuan supaya sedikit-sebanyak dapat memperkayakan khazanah sejarah negara kita yang satu ini, wallahualam. Don't be selfish! 

Selasa, 12 Jun 2018

Syukur Alhamdulillah

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Mengapa ya? Mana tidaknya, selepas 4 tahun mengadap komputer, menghubungi rakan-taulan tak kira waktu dan banyak mengeluarkan ongkos, akhirnya terima emel bertarikh 5 Jun 2018 ini...

Emel daripada AHSGSAS

Emel ini mengesahkan saya berjaya menamatkan kajian PhD oleh Senat UUM yang bersidang pada 3 Jun 2018. Selagi Senat tak endorse, tak boleh guna Dr. sebelum nama.

Saya telah melepasi viva pada 10 Jan 2018 dengan minor revisions.

Bergambar selepas viva. Dari kiri: Prof. Dr. Najib Ahmad Marzuki, Dr. Mohamed Ali, Lt. Kol. Prof. Ahmad Ghazali (UPNM), Nor Ibrahim, Prof. Madya Dr. Rohani,  Dr. ???? (wakil AHS)


Surat pengesahan lulus viva dari AHS

Apa yang saya difahamkan, kebiasaan kategori keputusan panel viva adalah seperti berikut:

1. Lulus dengan minor revisions. Kebiasaannya membabitkan keperluan untuk menambah/mengeluarkan sedikit kandungan tesis dan pembetulan kepada masalah teknikal seperti, koma, noktah, italics, dll. Calon diberi 3  bulan untuk membuat pembetulan sebelum diserahkan kepada ahli panel viva yang dinyatakan untuk semakannya.

 2. Lulus dengan major revisions. Kebiasaannya membabitkan kandungan tesis itu sendiri. Calon diberi 1 tahun  untuk membuat pembetulan. 

3. Re-viva.

4. Gagal.

Lulus viva dan terima ucapan tahniah, banyak lagi ranjau yang perlu dilalui. Dipendekkan cerita, setelah melepasi semua prosidur yang ditetapkan, Senat UUM pun endorsed keputusan ahli panel viva.

Saya pun sediakan tesis dalam bentuk hard cover seperti yang dikehendaki...

Tesis
Perakuan Kerja Tesis

Semalam, 11 Jun 2018, serah tesis kepada AHS...

Sekarang sedang menunggu surat rasmi daripada UUM mengenai penamatan pengajian di UUM.

Para pembaca yang dihormati, saya ingin merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada rakan taulan dan rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia melayan kerenah veteran 69 tahun ini, tidak kira siang dan malam. Kerjasama dan sokongan mereka meringankan bebanan yang terpaksa dihadapi dalam membuat kajian ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar diberinya kesejahteraan di dunia dan akhirat...amiiin.

Setakat ini, maka berakhirnya 1 bab dalam kehidupan saya...syukur alhamdulillah.

Update: 24 Jun 2018...

Selasa, 1 November 2016

Helicopter Pilots Reunion 2016

30 Oktober 2016....HELICOPTER REUNION 2016 DI WISMA PERWIRA, KEMENTAH, KUALA LUMPUR.

Saya ni memang malas bebeno nak pergi ke KL melainkan sekiranya betul2 sangat diperlukan. Tapi, kali ini saya memang looked forward untuk menghadiri majlis Reunion ini. Malah saya awal2 lagi dah tempah tiket ETS (Platinum) ke KL dan tempah bilik hotel berhampiran dengan KL Sentral. Kebetulan pula Lt Kol Harun Ayob dari Perlis juga nak pergi. Kami naik ETS yang sama dan kongsi bilik. Reunion ini adalah kali ke3. Yang pertama saya tidak hadir kerana ada urusan. Yang ke2 juga saya tak hadir kerana penganjur kata Reunion itu untuk meraikan ke 50 tahun Alouette berada dalam inventori TUDM. Sementelah saya bukannya Alouette operational pilot sepanjang berkhidmat dalam TUDM, jadi tak hadir. Kali ini, memang saya nak hadir.

Ingatkan naik Platinum ini saya pasti sempat le buat window shopping kat KL Sentral yang mengikut jadualnya lebih kurang jam 1430. Saya juga looking forward naik ETS kerana ramai rakan kata memang hebat instrumen komunikasi ini. Sehingga ke Ipoh, memang begitu lancar. Tiba di Ipoh, kami terpaksa meneruskan perjalanan dengan menaiki bas ke Kampar kerana gerabak simen yang tergelincir berhampiran Batu Gajah... apa nak dikatakan. Bukan KTM sengajakan. Masalahnya, pemindahan kami ambil masa hampir 3 jam...eh...eh...eh. Dari Kampar, naik Komuter untuk perjalan seterusnya. Saya tak pernah naik Komuter. Bila ditanya kepada Pak Guard, dia kata 'free seating'. Jadi saya naiklah. Yang peliknya, saya perhatikan mengapa koch tu hanya perempuan saja. Depa pula senyum saja lihat saya. Tu memang tak hairanlah kerana, maklumlah depa tengok orang hensem ini...he...he...he. Bila saya terbaca apa yang ditulis di dinding gerabak di hadapan saya, koch ini hanya untuk kaum Hawa....Ya Allah, malunya! No wonder le....Tapi duduk juga le kerana dah tak ada seat.

Kami tiba di KL hampir jam 1800 dan checked in di hotel pada 1830. Inilah yang dikatakan....kita hanya mampu merancang, Allah menentukannya. Apa pun, syukur alhamdulillah selamat sampai. Kol Zainal Piee TUDM (B) jemput kami lebih kurang jam 1930. Sebelum trip ini, saya dicadangkan bawa buku kerana mungkin ada orang nak beli. Jadi bawa 12 saje. Nak bawa banyak tak pasti orang nak beli dan lagi buku2 ini berat sangat. 1 buku beratnya melebihi 1 kg.

Ramai yang hadir, lebih kurang 270 orang.

Dari kiri: Mej Jen Dato Seri Sharbe TUDM, Mej Hassim TUDM (B), NIBS, Mej Ahmad 'Peng', Mej Sawaluddin, Mej Jen Dato Karim TUDM (B). Saya mengganti Sawaludin sementara Hassim mengganti saya sebagai Ketua No 5 Skn. Dato' Sharbe juga seorang mantan Ketua No 5 Skn. 

Dari kiri: Lt Kol Husaini TUDM (B), NIBS, Lt Jen Sabri Adam TUDM, Brig Jen Ranjit Singh TUDM (B), Mej Dato' Sim K.P., Lt Kol Ismail 'Gayong' TUDM (B)

Dari kiri: Kapt Abd Manan Mansor, Lt Kol Ooi A.B. TUDM (B), NIBS, Lt Jen Dato' Nawi Alias TUDM (B) 

Bersama Kol Zainal Piee TUDM (B) & Mej Jen Dato'  Ibrahim Hashim TUDM (B)

Dari kiri: Lt Kol Norhashimi TUDM (B), Lt Kol Noel Sagayarajah TUDM, Lt Kol Ajir Juman TUDM (B), Mej Hassim TUDM (B), Mej Tai T.F.

Kapt Midzor, Kol Zainal Piee TUDM (B), Mej Jen Dato' Mohd Sulong TUDM (B), Mej Tai T.F., NIBS, Brig Jen Dato' Abdul Rahim TUDM (B)

Bersama Lt Kol Zulkifli, CO 3 Skn

Goodies

Lebih memeranjatkan lagi, semua buku saya habis dijual. Malah, ada juga yang kecewa kerana tak sempat membelinya....Syukur alhamdulillah.

Saya tabek spring kepada Lt Jen Dato' Seri Sabri Adam yang berjaya menganjurkan event yang sungguh meriah....Syabas Dato'. Sepertimana yang diucapkan oleh Brig Jen Dato' Goh S.T., bukan mudah nak menganjur majlis seperti ini dengan hanya mengguna aplikasi WhatsApp.

Pada 31/10, saya dan Harun berlepas dari Sentral menaiki ETS Platinum balik ke destinasi masing. Kali ini tidak perlu menaiki bas dari Kampar lagi. Tapi, KTS berjalan perlahan di tempat kejadian. Kereta yang saya tinggalkan di stesyen keretapi di Alor Setar sedia menunggu, syukur alhamdulillah. Sekarang, saya looking forward menghadiri 50th Anniversary Nuri pada 2017, jika dipanjangkan usia dan diizinkanNya, wallahualam.

La...macam mana saya boleh terlupa. Ucapan terima kasih juga kepada Kol Zainal Piee yang bersusah payah menjemput kami berdua dan, selepas itu, menghantar balik. Sebelum balik, sempat lagi belanja supper walaupun perut dah betul kenyang. Sekali lagi, TERIMA KASIH ZAINAL.

Ahad, 9 Ogos 2015

Gathering of Super Veterans

7 August 2015, 2000 hr; Loc: Wisma Pahlawan, MINDEF... I drove to KL to attend a gathering of the 'super veterans' of an instrument of modern warfare.....HELICOPTERS. Actually, I don't like to travel to KL with all those suffocating jams.  Worse still, I'm no longer familiar with the roads. Nevertheless, this was one gathering I wouldn't want to miss since it was to honour  Mej Benjamin Lee and his wife, Ailsa Lee. He was formerly an Alouette 111 and Nuri pilot. He has migrated to New Zealand a long time ago and they came over for a visit. 

Frankly, I had never served under him when I was in the service. I knew him during my flying days at SEA Helicopter in 1973-74. He was then the OC Examining Unit. Throughout the flying course, I was checked by him on 4 occasions. 

During the course of gathering information for my research, I had to get in touch with him to obtain information regarding the formation of No.7 and 10 Squadrons since he was the first OC of No. 10 Squadron.

Among my correspondences with him....

 ben_lee@xtra.co.nz
 5 Aug 2014