Kebelakangan ini, saya jarang melayari 'facebook'. Ini kerana saya sibuk dengan buku ke2 saya tu. Percayalah cakap saya, sesiapa yang nak menerbit buku secara persendirian, nasihat saya ialah tentukan anda
check...check...dan check manuskrip sebelum dicetak. Jangan sama sekali lepas tangan begitu saja....menyesal nanti. Itu sebabnya buku saya lewat disiapkan; mungkin Mac ini, insyaAllah. Maaf le terlincong sikit.
Berbalik kepada mukabuku, saya perhatikan topik yang rancak dibincangkan bergenre
'patriotisme'. Banyak gambar dan kisah di era insurgensi yang melibatkan Pasukan Keselamatan, iaitu ATM dan PDRM, disiarkan. Saya pun tak pernah tengok atau baca.
Saudara Senapang Patah telah menghantar peta berikut...
Pos-Pos (Forts) di era darurat
Mungkin soldadu-soldadu kini tidak tahu pun kewujudan pos-pos tersebut. Saya bernasib baik kerana berpeluang terbang ke semua lokasi berkenaan. Memang tidak asing bagi 'veteran' pilots di era saya. Seorang kenalan saya di Royal Kedah Club, xpegawai PDRM, telah menceritakan kisah beliau dan para anggotanya yang terlibat dalam pembinaan landasan terbang di Pos Tapong. Mereka hanya mengguna parang untuk memotong pokok-pokok sebelum diterbangkan alatan-alatan lain. Beliau telah mengabadikan pengalamannya dalam buku yang diterbitkan secara persendirian. Saya adalah pembeli pertamanya.
Saya pasti peta ini banyak membawa kenangan kepada para veteran. Mungkin ada yang sudi kongsi bersama pengalaman tatkala itu. Emel pada saya untuk disiarkan dalam blog ini.
Sejujurnya saya katakan, memang saya teruja dan bersyukur kerana perkara ini dibicarakan di luar
'musim patriotisme', iaitu Ogos dan September. Ini kerana, semenjak 2009 lagi, saya telah menulis kepada beberapa pihak berwajib menyarankan agar program menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara dilaksanakan sepanjang masa....bukannya bermusim. Saya bersyukur kerana akhirnya
PLKN telah melaksanakan program
'Jejak Pahlawan' mulai tahun ini. Squad-mate saya, penerima PGB, memaklumkan yang beliau telah dijemput sebagai pengkisah untuk para peserta PLKN di Kem Semanggol pada 6/2/2013. Kekesalan saya hanyalah kerana para
'Pahlawan' yang diundang
terhad kepada penerima
SP dan
PGB sahaja! Dan, menurut laporan akhbar, selepas ini undangan akan dipanjangkan kepada
'wira-wira' sukan. Anyway, better than nothing at all.
Pada 11/2/2013, saya terserempak dengan
VC UUM. Saya memang mengenali beliau, hanya beliau saja yang tak kenal si
Pak Penyibuk ni. Saya memberikan pandangan tentang topik ini dan, tak puas dengan tu, diikuti dengan emel, petikan...
'Sepertimana yang saya katakan, saya tidak menyalahi sepenuhnya sekira semangat kecintaan terhadap negara Malaysia kita ini, terutama di kalangan remaja, agak terhakis. Pada pandangan mejar pencen ini, salah satu faktor wujudnya keadaan begini adalah disebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang sejarah negara. Jujur saya katakan, saya agak kecewa kerana topik 'Patriotisme' ini bermusim, tak ubah seperti musim buah-buahan. Ia hanya hangat diperkatakan bila tiba musimnya, iaitu 31 Ogos dan 16 September, sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Selepas itu, sepi sesepinya!
Jika dibenarkan memberi cadangan, saya berpandangan IPTA perlu meng'hidang'kan para siswa-siswi dengan kisah-kisah pengorbanan para veteran secara berkala. 'Musim' yang difikirkan sesuai ialah pada setiap pengambilan para siswa-siswi baharu, sebelum konvokesyen dan juga program ROTU. Apa yang perlukan hanyalah lebih kurang 1-2 jam setiap sesi.' Sungguh kurang asem mejar pencen ni...Pakai bulldoze saja tak kira siapa dan di mana...He...He....He.
Bagi 3
'musim'. Mana le tahu tersangkut 1. Pada saya le, musim paling sesuai ialah ketika
'program induksi' semasa kemasukan siswa-siswi baharu.
Apa pun, tak kisahlah sama ada saranan ini mendapat
'perhatian' orang beso-beso di atas sana. Janji, saya dah mencuba dan berusaha, hanya Allah menentukannya, wallahualam.