Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.
Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.
Sumber: Muzium PDRM
Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi nanti. Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan. Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.
Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76). Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).
Saya masih tercari-cari maklumat tentang berapa orang anggota polis sempadan Thailand yang berada di Kroh dan bila mereka beredar dari bumi kita? Sapa2 yang ada maklumat, harap kongsi bersama le dengan saya. Untuk itu, didahului dengan ucapan Terima Kasih.
Supt Norizan bin Murad....Terima kasih.