Pengikut

Jumaat, 18 Disember 2015

Hero Terpendam

Pada 12/2/06 saya telah beli buku terbitan 2004 oleh Utusan Publications semasa program Jom Heboh di Taman Tasek, Darulaman. Ya lah, harga buku RM12  saja lepas diskaun. Memang hebat bebeno Cawangan Khas (CK) sehingga termeterainya Perjanjian Damai yang ditandatangani oleh gomen Malaysia dengan PKM...Sungguh hebat.

Tapi, terfikir juga bagaimana semua ini boleh berlaku. Pemahaman saya tentang tulisan buku ini ialah kedua-dua pihak lebih banyak berbincang mengenai terma2 perjanjian. Ground works semua dah dibuat. Depa berbincang di hotel2 di Phuket, Hat Yai, dan Pulau Pinang. Persoalan yang bermain dalam kepala saya, bagaimana semua ini bermula? Mungkin saya silap le, tapi rasanya agak sukar anggota PK boleh menembusi kem PGK dan mengajak depa berbincang. Pasti ada orang yang memainkan peranan dan beliau ni diterima oleh kedua-dua pihak. Jika ya, siapakah hamba Allah ini?

Sorang member pula telah menghantar satu petikan dari sebuah buku yang mencatatkan "...Pada tahun 1985, Abu Samah bertemu dengan adik iparnya Haji Mokhtar bin Mahmud Baginda selaku Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Najib Tun Razak. Haji Mokhtar mengusulkan lebih baik buka jalan bagi menamatkan perang dengan mengusahakan satu perundingan ala Baling. Beliau ada jalan sekiranya pihak kita mahu meneroka jalan ini". 

Siapa Haji Mocktar bin Mahmud Baginda yang dimaksudkan ini? Tut...Tut, semasa pergi ke Popular Book Store di Tesco Jitra pada 24/11/15, ternampak buku ini....

Engkohnya, Dato' Mocktar ini adalah adik satu bapa kepada Siti Norkiah, isteri kepada Abu Samah Kasim, dan Zainab, isteri kepada Abdullah C.D. Para veteran era saya sudah pasti Abu Samah dan Abdullah C.D bukannya nama yang begitu asing, betul tak? Mocktar dibela oleh Siti Norkiah selepas 10 hari beliau dilahirkan sehingga Siti Norkiah masuk ke hutan ketika beliau berumur 10 tahun.Mokhtar terpaksa mendaki gunung untuk pi ke kem PGK di Weang. Ada satu ketika beliau terpaksa diusung dengan strecer oleh PGK untuk pi ke sana. Beliau terpaksa melakukan banyak trip sebelum ini. Abdullah C.D telah melantik beliau sebagai orang perantara. Setelah dipersetujui, perundangan diperingkat bawah diadakan di Hat Yai, diikuti di Pulau Pinang. 

Pagi tadi, tengah nak memikiokan apa yang nak dituliskan tentang buku ini, tut...tut...terbaca ulasan di Utusan Malaysia hari ini....
Baca le ulasan ini
Setelah membaca buku terbaru itu, saya heran mengapa Mocktar tidak dimaklum dan dijemput ke majlis di Hat Yai pada 2/12/89. Buku Zainuddin Maidin tidak langsung menyebut peranan yang dimainkan oleh hamba Allah ini. Mengapa ye? Mocktar hanya  mengetahui tentang perjanjian tersebut melalui akhbar saja. Saya dapat merasai perasaan beliau ketika itu...Sayang seribu kali sayang!!!!!

Khamis, 3 Disember 2015

Ops Bamboo - Bgh 3

Bersambung dari SINI...

 Seperti yang sudah dijangkakan, helikopter memainkan peranan penting semasa pembinaan kubu2 tersebut. Munurt ACM Sir Peter Le Cheminant, mantan Lt-Governor  Guernesey, "...Every bit of material, apart from timber, need to build airstrips and the living quaters, and to make them secure had to be flown by helicopter, as did the plant such as bulldozers, diggers and earthmovers" (Sir Peter Le Cheminant, The Royal Air Force - A Personal Experience, hlm. 42). Peralatan berat ini di'buka' dalam beberapa bahagian sebelum diterbangkan. Sebagai contoh,"...A Ferguson tractor was successfully broken down into seven helicopter portable loads and flown into Fort Shean by WV198" (Tom Browning, The Malayan Emergency - Jungle Forts and Airstrips, Lift Off Newsletter, No 6 Summer 2008). Menurut Cheminant lagi, "...The jungle forts played a very important part in the eventual defeat of the CTs". Kenyataan beliau berlandaskan kehadiran kubu-kubu menjadi pangkalan untuk PK melancar operasi menentang PGK di kawasan pedalaman.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum, antara pasukan PDRM yang terbabit dalam Ops Bamboo ialah VAT 69. Antara kisah mereka seperti berikut...

Pasukan elit PDRM ini kerap diatur gerak ke kawasan operasi dari Lasah atau Ulu Kinta ke kawasan operasi tertentu seperti kawasan berhampiran Kubu Tapong, pos   Gob, untuk tempoh tertentu. Dalam satu operasi, bermula dengan sejumah 24 orang, anggota VAT 69 telah diterbangkan ke kawasan Kubu Tapong pada 7 Julai 1975; kubu ini  dijadikan Markas Taktikal. Kekuatan anggota bertambah kepada 93 orang selaraskan dengan tugasan memburu PGK. Satu pendaratan helikopter dibina untuk memudahkan penghantaran ulang bekal dan juga misi casevac/medevac.

Pada 28 Ogos 1975, kira-kira jam 1130, sebuah bot bersama empat orang Extra Police Constable (EPC) yang menyusuri Sungai Perak dari Grik ke Kubu Tapong telah diserang hendap. Mereka membawa bekalan untuk anggota VAT 69. Kesemua mereka telah diseksa sebelum dibunuh. Mereka yang terkorban ialah EPC 5272 Wan Marzuki Bin Wan Hassan, EPC 5247 Yeop Bin Omar, EPC 5244 Mat Alias Bin Mat Daud, dan EPC 5261 Mohd Sharif Bin Yaacob. PGK telah merampas senapang mangsa dan bekalan dalam bot tersebut.  Menurut Sjn Mej Hamzah Bin Hashim (Hamzah), patrol beliau yang diketuai oleh Inspektor Mohd Anuar Bin Md. Zain (Mohd. Anuar), telah diarah oleh Inspektor Mohd Zabri bin Abdul  Hamid (Mohd Zabri), pemangku Ketua Kompeni,  untuk menyiasat kejadian tersebut. Apabila tiba di lokasi tersebut pada 29 Ogos, mereka ditemukan  dua mayat. Menurut Mohd. Anuar, satu mayat diikat pada bot dan mereka menemui banyak tangkal apabila mereka membuka baju satu mayat tersebut  tetapi “...langsung tak ada kesan tembakan. Dia kebal. Tapi tangan dia kena ikat, dekat bot. Kena torture cukup-cukup lah kut [agak] sebelum mati” (Institut Integriti Malaysia, 2011, Warisan Darah Perwira - Sang Saka Biru (Jilid 111)Transkripsi wawancara sejarah lisan, hlm. 60). Manakala mayat seorang lagi pula dipenuhi peluru “... lebih kurang seratus sampai, lima puluh ke atas ada juga”. Mereka seterusnya telah membersihkan satu kawasan di tebing Sungai Perak berhampiran lokasi kejadian untuk pendaratan Nuri untuk mengambil kedua-mayat mayat tersebut. 

Tugasan bodevac ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kapt (U) Ismail Bin Saud. Beliau bersama kru, Lt (U) Senin Bin Jantan, dan Sjn Arumugam. Mereka telah berlepas dari Kuantan dengan sebuah Nuri, FM1703, dengan nama panggilan Gading 485, pada 29 September ke lokasi tersebut dan menurunkan kedua-dua jenazah di Gerik.

Selanjutnya, Sjn Mej Hamzah (B) memaklum dua mayat lagi dijumpai pada keesokan hari setelah mereka menyelam di sungai berhampiran dengan lokasi kejadian. Catatan Mohd Anuar mengenai kedua-dua mayat tersebut “...ada kesan peluru jugalah. Tapi ikan makan, ikan toman kut [agak]”. Jenazah tersebut diterbangkan oleh sebuah Nuri ke Gerik. Seterusnya, Mohd Annuar dan anggotanya kembali ke Kubu Tapong. 

Ikuti kisah isteri kepada EPC 5244 Mat Alias Bin Mat Daud berikut yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 2013...

Kejam sungguh PGK...Sungguh sedih

Bersambung.....