Ekoran itu, saya pun memikiokan untuk menerbit sebuah buku dalam bentuk bergambar mengenai sejarah Nuri (pictorial history) sementelah buat masa ini ada masa lapang sementara menunggu penyelia menyemak tesis saya. Itu pun tertakluk jika bahan mencukupi dan, yang paling mustahak, ada orang yang sedia menajakannya. Saya telah pergi ke satu syarikat pencetakan bertanyakan kos untuk mencetak buku yang mengandungi lebih kurang 120 halaman dengan ciri-ciri kertas licin, kulit tebal, dan berwarna. Terkejut berok dibuatnya apabila jurujual memberi anggaran. Jujur dikatakan, jika ongkos sendiri...lupakan saja le! Kalau nak jual, harga minima RM120, termasuk pos. Buku macam ini bukannya saleable sangat. Bukan ramai individu yang sedia bayo untuk beli buku sebegini. Nak harapkan institutional buyers, saya pula tak kenal orang2 beso.
Apa yang bermain dalam minda, tajuk buku tu lebih kurang seperti berikut:
Sikorsky S61A-4 Nuri
The Old But Faithful Iron Bird
Seorang juruterbang S61 Sea King dari Royal Canadian Air Force (RCAF), telah menerbitkan buku bertajuk "Perseverance: The Canadian Sea King Story", sempena HUT ke50 Tahun helikopter tersebut berkhidmat dalam RCAF.
Saya berminat membelinya untuk kajian saya. Harganya C$20 tak termasuk postage. Saya menghantar emel kepada Sheawater Aviation Museum tetapi tiada jawapan. Cuba Amazon dan e-Bay. Depa pun tak ada buku tersebut. Tiba2, seorang WhatsApp group member memaklumkan yang beliau kini berada di Kanada. Apa lagi, saya pun bertanya le sama ada beliau boleh belikan buku itu untuk saya. Beliau telah mencari di kedai2 buku di Calgary and Vancouver, tapi tak ada. Akhir sekali, beliau telah menghubungi muzium dan dimaklumkan buku tersebut masih ada. Jika ada rezeki, dapatlah buku itu nanti, insyaAllah.
Para pembaca, jika ada gambo2 Nuri, saya berterima kasih sekiranya sudi menghantarnya kepada saya melalui emel. Gambo yang dihantar melalui telefon akan 'pecah' bila diperbesarkan. Saya tengah menggagau mencari gambo2 Nuri yang terlibat di Acheh, Kampuchea, Op Fajar di Laut Merah, Op Selamat yang melibatkan Nuri diaturgerak ke Manila pada 16/12/87 sempena persidangan Ketua2 Negara ASEAN, Op Daulat di Lahat Datu, banjir pada 1971, dll. Saya hanya mampu menghargai sumbangan dengan merakamkan "Courtesy of ......", tu saje le. Terima kasih.