Pengikut

Sabtu, 21 Mei 2016

"FORWARD"

Sambungan dari SINI. Sapa sangka, jika  terterbitnya buku mejar menyebok ini dengan izin Allah yang maha kuasa, "FORWARD"nya dinukil oleh PM...he...he...he.

Semalam, saya telah menulis surat kepada 1 organisasi memohon agar mereka 'menaja' dengan membeli sejumlah buku bersamaan dengan nilai kos pencetakan. Jujur dikatakan, mungkin agak 'berat' sikit, tapi kalau tak cuba, mana nak tahu. Jika dimakbulkanNya, syukur alhamdulillah. Jika tidak, tak apalah...dah tak ada rezeki. Sekurang-kurangnya, saya telah mencuba. Keluar le dari simpanan, insyaAllah. Lepas tu, jaja le ke sana, ke sini...He...He...He.

Jumaat, 13 Mei 2016

The Old But Faithful "IRON BIRD"

Lanjutan daripada coretan di SINI.

Sebenonya, apa yang saya maksudkan 'Penaja' bukannya 'menderma' sejumlah ongkos tanpa sebarang balasan. Apa yang saya harapkan ialah penaja bersetuju untuk membeli sejumlah buku yang bernilaikan kos pencetakan. Jujur saya katakan, kos menerbit buku ini boleh tahan juga. Tanpa kesedian/jaminan sesuatu entiti, kemungkinan hanya tinggal satu impian saja.

Tak apalah. Apa yang bermain dalam fikiran saya diterjemahkan dalam deraf berikut.





Pada 5/5/16 lepas, saya telah terbang ke KL untuk berbincang dengan seorang bakal penaja/pembeli. Mungkin penghujung bulan ini akan dimaklumkan sama ada organisasi beliau sedia membeli buku itu nanti. Jika responsnya positif, syukur alhamdulillah. Tindakan seterusnya ialah cuba mendapatkan orang beso tertentu untuk menukil "Forward" dan memohon ISBN daripada Perpustakaan Negara. Saya hanya merancang untuk mencetak 500 naskah sahaja...kira2 Limited Edition le...He...He...He.

Jika sebaliknya, tak apa kerana dah tak ada rezeki. Pokoknya saya telah mencuba. Dan sekurang-kurangnya saya ada satu salinan deraf sebagai kenangan.

Ini sajalah sumbangan yang termampu saya laksanakan untuk mengabadikan The Iron Bird, wallahualam.

Ahad, 1 Mei 2016

Piyamit Tunnel

27/4/16, saya dan 3 orang 'musuh' tak tarik troli sebaliknya pergi ke Betong, Thailand, untuk melawat Piyamit Tunnel. Saya disarankan oleh seorang pensyarah untuk mendapat pandangan dari pihak komunis untuk kajian saya. Itu le sebabnya saya pergi melawat penempatan xPGK tu. Dari pekan Betong lebih kurang 20 km.

Tempat itu adalah salah satu kampung untuk xPGK hasil daripada termeterainya Perjanjian Damai pada 2/12/89. Setiap sorang xPGK diberi 6 ekar tanah oleh kerajaan Thai.

Dari kiri: Din 'Jacking', NI, Sabu Hassan, Hamid

Terowong ini dibina pada 1976. Apa yang bermain dalam kepala saya ialah adakah tunnel ini menghubungi terowong di kem komunis di kawasan operasi Gubir dimana PK telah melancar Op Gubir 11 pada April 1976? 
Penerangan mengenai terowong 

Nak pergi ke kem dimana terowong tersebut bermula, kena mendaki bukit yang curamnya boleh tahan juga le. Kena bayo RM6 sorang. Mujurlah usia yang begitu muda (baru saje 67 tahun saja), masih mampu mendaki bukit...hebat jugalah orang muda ni...He...He...He.

Kem ini dijaga oleh Ah Chang, kira2 the caretaker le. Dia berasal dari Sg Chua, Kajang, dan mula menjadi gerila komunis pasukan 12 Rejimen pada 1969. Jawatan dalam pasukannya bersamaan dengan Ketua Seksyen dengan 12 orang gerila di bawahnya. Sekarang dia adalah warga negara Thai. 
  
Temubual Ah Chang

Intipati temubual:

Menyesalkah menjadi gerila? TIDAK SAMA SEKALI.

Saiz kem? Boleh menempatkan 100 orang. Lebih kurang 50 lelaki dan 50 perempuan.

Berapa gaji? Tiada kerana tiada keperluan wang dalam hutan.

Agama? Tidak menganut sebarang agama.

Boleh kahwin sesama mereka? Boleh tetapi mesti mendapat kebenaran ketua.

Anak? Mesti diberi kepada orang. Orang kampung di kaki bukit boleh bela.

Hukuman ke atas kesalahan seperti mencuri? Jika didapati bersalah, tembak.

Adakah pasukan kesalamatan Thai 'kacau ' mereka? Tidak. Jika PK berada di kawasan itu, orang kampung akan memaklumkan mereka melalui isyarat ketukan kayu. Apabila mendengar bunyi itu, mereka akan menutup laluan dengan daun/batang kayu mati. Kem itu ditanam dengan jerangkap samar.

Di mana mereka dapat bahan makanan? Beli dari orang kampung. 

Terlibat dengan operasi menentang PK Malaysia? Ya, termasuk menembak helikopter di Gubir. Menurutnya, seramai lebih kurang 20 orang nak buat serang hendap ke atas anggota PK. Mereka memerhati Nuri kerap membuat penerbangan di kawasan itu. Jadi, mereka mengambil peluang menembak Nuri. Mereka hanya mengetahui yang Nuri tersebut terhempas dan mengorbankan 11 anggota PK apabila dimaklumkan oleh 'kapten' mereka beberapa hari kemudian.
Pintu masuk terowong

Dalam terowong

Dapur
Antara senjata yang dipamerkan

Jujur saya katakan, jika tidak kerana keperluan kajian, tiada apa2 sebab saya melawat dan berbual dengan xPGK. Sudah pasti ada hikmahnya. Paling tidak saya dapat melihat sendiri sebuah kem komunis dan cara kehidupan mereka.

Sesiapa yang berhasrat nak melawat ke sana dan peminat durian, dicadangkan pi pada Sep kerana masa tu musim durian. Depa tanam banyak pokok durian.

Akhir kata, saya tetap berbangga bahawa saya turut terlibat secara langsung dalam usaha kerajaan menangani ancaman PKM. Saya tabik spring kepada perunding2 kita yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Rahim Noor, begitu tegas tidak berkompromi terhadap beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh delegasi PKM semasa perundingan tersebut.

Memetik Tun Mohd Haniff Bin Omar, KPN ketika itu dan salah seorang daripada 3 orang delegasi Malaysia yang menandatangani Perjanjian Damai, "...Ia tidak akan merendahkan moral tentera tetapi meningkatkan moral kerana kita sudah menang. Kita mahu perdamaian dan kita dapat perdamaian". Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Jen Tan Sri Hashim Ali, PAT, juga yang menandatangani perjanjian tersebut ( Berita Minggu, Jentera khas awasi pelaksanaan perjanjian, 3 Disember 1989, hlm. 1)