Tapi, pada Jun-Jul 1955 gomen buat u-turn mengenai amnesty. Mengapa? Kerana keadaan serantau telah mula berubah!
Perancis yang menjajah Indo-China tidak dapat bertahan dengan kebangkitan rakyat negara-negara tersebut untuk melepaskan diri dari cengkaman penjajah. Penjajah ini terpaksa mengucapka sayonara kepada koloninya, Cambodia, Laos dan Vietnam setelah menandatangani "The Geneva Conference" pada 20 Julai 1954. Menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, "The Conference takes note of the declaration of the Government of the French Republic to the effect that it is ready to withdraw its troops from the territory of Cambodia, Laos and Viet-Nam" (SINI). (Conference ini menyaksikan kewujudan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan yang akhirnya tercetusnya Peperangan Vietnam). Kuasa besar seperti Perancis pun boleh kalah kepada komunis!
Kejayaan komunis ini membimbangkan Inggeris. Ini disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Commissioner-General untuk Asia Tenggara dalam telegramnya kepada Foreign Office, London pada 27 Mac 1954 yang menyatakan:
"...It would be greatly to our disadvantage if the subject of Malaya was discussed or even raised, since this could easily be misinterpreted as an indication that the Malayan Communists constituted a real nationalist movement in revolt against a Colonial regime rather than a Communist conspiracy of alien inspiration. It would therefore be best to refuse all discussion of the subject" (Telegram from Mr. MacDonald, Singapore, to Foreign Office, Geneva Conference and Malaya, (Secret), March 27, 1954. Dalam Chin Peng, My Side of History, hlm. 356).
Sementara itu, pada Ogos 1954 pula, wakil PKM ke "Council of World Democratic Youth" di Peking menyuarakan bahawa "...they are willing to undertake peace talks to bring the Malayan war to an end..." (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 8).
Selain itu, Tok Wan kepada komunisme, Russia dan China mula menunjukkan "kelembutan" dalam menyebar ideologi komunisme. Ini terbukti dalam Final Communique Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada April 18-24 di Bandung yang menyatakan bahawa "The Conference declared its full support of the principle of self-determination of peoples and nations as set forth in the Charter of the United Nations and took note of the United Nations resolutions on the rights of peoples and nations to self-determination, which is a pre-requisite of the full enjoyment of all fundamental Human Rights."(di SINI).
Rumusan Persidangan ini ialah:
- the decolonisation and emancipation of the peoples of Africa and Asia;
- peaceful coexistence and economic development;
- non-interference in internal affairs.
"Decolonisation" begitu taboo pada Inggeris. Dalam notanya pada 18 November 1954 sebelum Persidangan Bandung, George Crombie dari Commonwealth Relations Office menegaskan bahawa topik "anti-colonial" sudah pasti akan dibincangkan oleh bekas-bekas koloni Mat Saleh ini, seperti Pakistan dan India. Beliau menegaskan "...Anti-colonialism is such an obsession with, for example, Nehru, that it might even be unwise to approach him with counsels of moderation...". Untuk menyanggah ke'liatan' Inggeris memberi kemerdekaan kepada lain-lain koloni, termasuk Malaya, Crombie menegaskan bahawa "...our Colonial policy is to foster self-government by stages through democratic forms;..." (di SINI).
Gomen Mat Saleh di Malaya jadi serba-salah. Pilihanraya dah ditetapkan pada 27 Julai 1955 dan Parti Perikatan menjadikan ungkapan MERDEKA sebagai platformnya. Mat Saleh perlu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mengambil tindakan sedaya upaya untuk menamatkan darurat sebelum memberi kemerdekaan. Nak tak nak...terpaksa bersetuju le dengan cadangan Parti Perikatan untuk mengisytihar amnesty kepada gerila komunis.
Sebelum itu, Jawatankuasa Pengarah Operasi punyalah berbincang tentang terma-terma yang ditawarkan. Ia mestilah menarik terutama kepada soldadu2 PGK. Tunku tidak setuju dengan perkataan "detention" yang dicadangkan oleh British Cabinet Defence Committee, sebaliknya beliau mahukan "investigation". Setelah dipersetujui oleh semua pihak terbabit, terma-terma pengisytiharan meliputi:
1. Those of you who come in and surrender will be prosecuted for any offence connected with the Emergency, which you have committed under Communist direction,either before this date or in ignorance of this declaration.
2. You may surrender now and to whom you like including to members of the public.
3. There will no general 'cease fire' but the security forces will be on alert to help those who wish to accept this offer and for this purpose local 'cease fire' will be arranged.
4. The Government will conduct investigations on those who surrender. Those who show that they genuinely intent to be loyal to the Government of Malaya and to give up their Communist activities will be helped to regain their normal position in society and be re-united with their families. As regards the remainder, restrictions will have to place d on their liberty but if any of them wish to go to the China their request will be given due consideration (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 12).
Pada 8 September 1955, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, mengisytiharkan pengampunan.
Risalah Pengampunan yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman & (Bourne?) Harap ada yang sedia menterjemahkan kandungan risalah ini. Terima kasih
Pas Keselamatan yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman
Pesawat RAF Valetta menggugur risalah
La....masih tak sampai ke tindakan Chin Peng...merapu pula. Tapi ini merupakan latar belakang kepada Rundingan Baling. Tak apa le....bersambung.