Pengikut

Ahad, 12 Julai 2009

Simpanan Untuk Bersara

Saya sebenarnya sungguh hairan melihat banyak buku, rencana di akhbar-akhbar, program tv , malah kewujudan satu jabatan AKPK oleh BNM hanya untuk membantu kebanyakan rakyat mengurus wang mereka. Tertanya saya kepada diri sendiri mengapa ini berlaku, seharusnya individu itu lebih arif mengurus kewangan beliau. Beliau tahu sumber, jumlah diterima, perbelanjaan dan lain-lain keperluan kewangan. Mengapa mesti mendapatkan nasihat orang lain?

Pertama sekali, saya hendak 'qualify'kan diri saya. Saya bukannya seorang pakar perunding kewangan dan tidak mewakili PNB. Apa yang dicatat berlandaskan kepada pengalaman saya sendiri.

Sehingga hari ini, saya adalah seorang pesara sepenuh masa. 6 hari dalam seminggu dihabiskan menarik troli bermain golf dengan geng yang sama. Sumber pendapatan adalah pencen sebagai mejar yang bersara pada tahun 1992. Selain itu, syukur kepada Allah, atas kesedaran semasa berkhidmat dalam TUDM, sumber kedua ialah dividen dari pelaburan dalam ASB. Sebagai seorang yang konservatif, saya tidak berminat untuk berniaga atau melabur dalam saham-saham di KLSE. Janganlah cuba mempengaruhi saya untuk berniaga kerana jawapannya ialah...... 'TERIMA KASIH SAJALAH'.

Alhamdulillah, saya bebas dari sebarang hutang, tiada hutang rumah, kereta, kad kredit, dll. Terima kasih kepada ASB.

Kebanyakan anda boleh menikmati kebebasan ini apabila sampainya masa untuk bersara nanti. Pokoknya terletak pada anda sendiri; hanya anda yang boleh mencorak masa hadapan anda. Prinsip yang MESTI anda patuhi ialah DISIPLIN. Sekiranya anda tidak berdisiplin, anda tanggung sendirilah masalah yang akan dihadapi bila tiba masanya nanti......!

Bagaimana ASB membantu saya? Sebelum menjelaskan, andaian-andaian berikut adalah faktor untuk pengiraan:

- Pulangan 8% setiap tahun.
- Pelaburan pokok maksima masih RM200K.
- Tempuh simpanan selama 25 tahun. Tempuh ini melayakkan pegawai kerajaan bersara awal dengan pencen separuh gaji.
- Tidak mengeluarkan walau seringgit pun sepanjang tempuh tersebut (boleh ke?).

Senario Pertama

Mengapa orang kaya boleh menjadi lebih kaya?

Bayangkan anda seorang jutawan; RM200K hanya 'loose change' sahaja. Anda melaburkan jumlah ini untuk anak kesayangan sebagai hadiah harijadi ke20 tahun. Anak bapa ini pula bukan kaki joli dan tidak usik pelaburan ini.

25 tahun kemudian....genap 45 tahun umur anak anda. Simpanan ASB beliau ialah lebihkurang RM1,370,000! Pulangan atas jumlah ini ialah RM109,600 setahun. Ini bererti RM9K sebulan. Wow.....belum ditambah dengan pencen sekiranya beliau memilih untuk bersara awal! Agak-agaknya masa itu beliau sekurang-kurangnya dah JUSA C.

Senario ini tidak melibatkan kebanyakan kita. Mereka menjadi jutawan kerana mereka sanggup mengambil risiko. Lihat pula senario berikut.

Senario Ke2

Ekonomi dan kedudukan anda dah stabil dan masih ada lagi 25 tahun sebelum balik kampung/pekan. Anda mengambil peluang yang diberikan oleh bank untuk meminjam RM100K untuk melabur dalam ASB.

Diam tak diam, dah pun 58 tahun umur anda dan bersaralah anda......! Hutang ASB selesai dibayar dan bank mengembalikan sijil ASB kepada anda. Buku ada pada anda; ia hanya merekodkan dividen setiap tahun sahaja. Berapa yang anda ada sekarang? RM685K. Dividen untuk jumlah ini ialah RM55K setahun=RM4,500 sebulan! This is over and above your pension.

Tak mampu pinjam dari bank. Lihat pula senario seterusnya.

Senario Ke3

Anda baru sahaja bekerja. Setelah tolak sana tolak sini, anda hanya mampu melabur RM100 sahaja setiap bulan. Tak apa. 25 tahun kemudian, simpanan ASB anda ialah RM73K! Dividen atas jumlah ini ialah RM5,800 setahun=RM480 sebulan. Saya tak percaya pendapatan anda mendatar dari mula bekerja sampai bersara. Bila ekonomi dan kedudukan meningkat, tambahlah lagi pelaburan.

Ps. Angka-angka diatas adalah anggaran sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih tepat, bertanyalah dengan bank. Pedulikan apa kata orang...nilai RM akan menurun 25 tahun nanti. Tapi, ingat, RM1 juta TETAP RM1 juta.

Saya telah memilih senario ke2. Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melawan nafsu dari mengeluarkan dividen. Anda fikir-fikirkanlah dimana hala tujuan anda. Tepuk dada tanya selera!

'BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH'

5 ulasan:

zainalyan@yahoo.com berkata...

Nor,
Setuju sangat saya dengan komen itu 25 tahun dulu tak ade orang yang nak menasihati saya tetapi pendapat anda itu boleh dijadikan panduan oleh gulungan muda. Bagi golongan tua macam saya ni hanya mengeluh sajelah kerana terpaksa bekerja keras lagi sampai hujung tahun ini.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Tak apa. It's never too late to start afresh.

Abah berkata...

Tuan,

Minta pandangan dan nasihat dari Tuan.....

Saya akan bersara dari berkerja di Syarikat Swasta setelah berkerja selama 15 tahun selepas bersara dari ATM pada 1993. Apa yang telah saya lakukan adalah menyimpan hampir keseluruhan wang KWSP saya perolihi lebih kurang 60K didalam Public Mutual (PM).
Tempoh matang simpanan saya 3 tahun dari iaitu pada tahun 2011. Mengikut rekod PM pernah memperolihi kadar Dividen 16% pada suatu ketika dulu.
Malangnya pada penghujung tahun lepas Dana simpanan anjuran PM agak jatuh merundum, dan beransur pulih sejak kebelakangan ini.

Apa pendapat tuan adakan sesuai untuk saya meneruskan simpanan saya didalam Dana berunsur keislaman itu dikekal atau menarik diri setlah tempoh matang tersebut?
Minta nasihat dari Tuan.

Terima kasih.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Assalamualaikum Abah,

Sepertimana yang saya katakan. saya ini seorang yang 'takut' mengambil risiko dari aspek kewangan. Sekiranya saya dalam keadaan anda, saya akan mengeluarkan pelaburan tersebut apabila matang nanti. Anda mesti ingat, melabur dalam amanah saham ASN pun ada risiko. Sesiapa pun tak bolih menjamin pulangan. Yang terjamin ialah kerugian.

Lain pula dengan melabur dalam ASB-BUKAN ASN (ingat tu)- jumlah pelaburan diJAMIN KERAJAAN; dividen & bonus (B&D) TIDAK. Katakanlah, anda melabur RM100K,sekiranya PNB tidak mengistihar pemberian B&D, pelaburan anda masih RM100K. Andaikan melabur RM100K, dan B&D 7%, = RM7K=RM583 sebulan. Kalau tidak dikeluarkan, jumlah ini akan 'beranak'-compounded.

Sebagai perbandingan, cuba anda tanya diri sendiri... mengapa kaum bukan bumiputra sanggup beratur di bank-bank dari jam 0600 untuk melabur dalam tabung amanah keluaran PNB, seperti ASW. Nilai pelaburan RM1b habis dilanggan tidak sampai 4-5 jam. Kerana...pokoknya tak terjejas!

Boleh jadi jurujual ke? He...he. Itulah pandangan saya.

Abah berkata...

Waalaikumusalam W.B.T.

Nasihat dan pandangan yang amat positif dari tuan.

Perenggan pertama pendapat/Pandangan tuan membuat saya begitu kecut perut. Betul kata tuan, pada penghujung tahun lepas sahaja ketika dana yang saya simpan didalam Local Islamic Fund menjunam dan saya kehilangan hampir 6 ke 7K.
Sekarang baru naik semula dan telah pun hampir pulih kepada amaun asal.
Memang betul rasiko itu tinggi, tetapi ketika saya menyimpan itu tiada siapa atau yang layak memberi pandangan atau nasihat.
Insyaallah apabila matanag nanti akan saya berbuat seperti apa yang dinasihatkan oleh Tuan.

Satu input yang positif utk diri saya.

TK.