Di awal 2009, seorang rakan seperjuangan ketika saya masih berkhidmat di No 3 Sekuadron, TUDM Butterworth,
Kol Haji Zainal Bin Piee TUDM, telah memberitahu yang beliau akan mengadakan satu majlis perkahwinan untuk puteri beliau pada Oktober 2009. Majlis tersebut akan di adakan di TUDM Kuala Lumpur. Beliau menjemput saya sekeluarga ke majlis tersebut. Ini disusuli dengan penghantaran 2 kad jemputan - satu untuk majlis tengah hari dan satu lagi untuk malam. Majlis perkahwinan ialah pada 17 Oktober 2009.
Semenjak berhijrah ke
Jitraq pada 2000, saya boleh kira dengan jari kekerapan saya ke Kuala Lumpur. Itu pun kerana tidak dapat dielakkan. Apa yang saya perlukan untuk kehidupan seharian, semuanya boleh diperolehi di
Jitraq. Bukannya apa....saya sudah sampai tahap malas hendak memandu jarak jauh. Sekiranya terpaksa pergi, dan jika bersendirian...saya akan mengguna perkhidmatan 'supir' (pesara pun ada kelas)......dengan bas atau keretapi lah...! He...he....
Tetapi, ini kawan lama dan beliau adalah satu-satunya rakan yang masih sudi menghubungi saya di
'ulu' ini. Saya berjanji dengan beliau, sekiranya diizinkan Allah dan tiada aral melintang, saya sekeluarga (isteri dan ibu mentua) akan menghadiri majlis beliau nanti, InsyaAllah.
Pada 17 Oktober 2009, jam lebihkurang 0900 bertolaklah
'Hill-Billy' Jitraq ini ke Kuala Lumpur. Tapi
Hill-Billy moden ni memandu kereta boleh tahan jugalah....he...he...Sebelum sampai rumah tol Hutan Kampung, baru saya sedar yang baju dan seluar tidak tergantung dalam kereta. Saya tidak simpan pakaian tersebut dalam beg, sebaliknya digantung dengan 'hanger'. Apa hendak dikatakan, buat pusingan 'U' dekat rumah tol untuk mengambil pakaian tersebut.
Sebagai seorang veteran, keraplah berhenti untuk melunjurkan kaki. Semasa muda, bolehlah memandu tanpa berhenti. Singgah di R & R Tapah untuk ke tandas. Semasa memandu semula, isteri pula memberitahu yang beliau tertinggal kasut.
Pada mulanya, kami bercadang untuk tinggal di rumah bapa saudara isteri saya. Tetapi kerana dah lama tidak pergi ke KL, saya membuat keputusan untuk menginap di hotel. Satu bilik ditempah di Cititel, Mid Valley Mega Mall. Pilihan hotel ini kerana boleh pergi
'window shopping' dan lokasinya tidak jauh dari TUDM Kuala Lumpur. Itu sahaja. Sampai ke KL....pusing punya pusing selamat juga tiba di hotel.
Setelah menurunkan keluarga, saya pergi mencari tempat parkir di
'basement'. Berpusing-pusing hampir setengah jam masih tiada yang kosong. Sedar-sedar sampai ke lorong
'Keluar' dengan
palang halangan (barrier). Saya telah memasukkan kupon seperti yang diarahkan oleh mesin. Masalahnya....kupon keluar semula....masuk....keluar. Dibelakang saya, kereta berbaris untuk keluar bangunan. Akhirnya, seorang supir menghampiri saya dan bertanya samaada saya sudah membayar caj parkir.
'Belum lagi'... jawapan saya.
'Encik kena bayar disana....' beliau menunjuk arah kiosk bayaran. Saya terus pergi ke kiosk untuk membayar parkir.
Sungguh memalukan....tapi, sudah tukar ke?
Sudah keluar, kena pusing semula melalui Hotel Gardens sebelum masuk basement semula. Sekali lagi berpusing-pusing mencari tempat parkir. Hampir setengah jam, baru dapat parkir kereta;
P1 dan saya catatkan C12 atas kupon. Setelah menentukan kereta dikunci, saya terus kebilik hotel yang telah didaftar oleh isteri saya. Selepas solat, saya dan isteri turun ke Mega Mall untuk membeli kasut untuk beliau.
Secara jujur, semasa mencari tempat parkir, saya rasa tidak
'sedap hati' untuk meninggal kereta di situ. Banyak berita yang tersiar dalam surat khabar tentang kehilangan kereta di kompleks membeli-belah. Selepas membeli kasut dan balik kebilik, saya membuat keputusan untuk
'check-out' dan menalifon sepupu isteri saya memberitahu beliau yang kami akan menginap di rumahnya selepas menghadiri majlis perkahwinan nanti.
Pada jam 1830, usunglah beg-beg untuk
'check-out'. Untuk 2-3 jam di bilik, pihak hotel caj
RM195.00...caj asal RM235.00 (harga promosi). Apa nak dikatakan....!
Saya turun ke basement bersendirian untuk mengambil kereta. Ahli keluarga tinggal di lounge hotel. Turun ke
P1 C12. Jalan punya jalan.....cari punya cari.....tak jumpa kereta! Oh....Oh....kereta ku sudah hilang...! Terduduk saya dibuatnya. Saya menalifon isteri memberitahu beliau kemungkinan kereta beliau telah hilang. Seterusnya, saya pergi ke kiosk bayaran dan memberitahu mereka yang saya tidak jumpa kereta. Terpaksa menunggu pengawal pula. Ketika itu, macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran. Paling utama, kena buat laporan polis. Kemudian ambil teksi ke Batu Caves. Keesokan hari, atur teksi untuk pulang ke
Jitraq. Sampai di
Jitraq, kena pecah kaca tingkap dan grill. Ini untuk membolehkan
'roller shutter' dinaikan untuk kereta masuk dalam garaj. Semua ini terpaksa dilakukan kerana kunci gate dan roller shutter disimpan dalam kereta.
Apabila pengawal tiba dan diberitahu # parkir, beliau hanya menunjuk kearah
P1 C12 untuk saya mencari kereta.
Sungguh bengang dibuatnya.....sudahlah tak jumpa kereta, beliau enggan menemankan saya ke lokasi P1 C12. Ini sudah melampau.....dengan nada keras (maklumlah...bekas tentera..he..he) saya menyuruh beliau mencari bersama saya. Mahu tak mahu, beliau terpaksa menemani saya ke lokasi tersebut.
Macam magis.....sekejap tak ada.....sekejap ada! Saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan menalifon isteri yang saya telah jumpa kereta semula. Untuk makluman, November 2009 ini, kereta tersebut baru 7 tahun dengan hanya 75,000 km sahaja. Beli baru dan harga pasaran masih boleh dapat RM110K. Saya berniat untuk puasa nazar sekiranya dijumpa semula.
Sekali lagi satu pusingan ke Cititel untuk mengambil keluarga. Jam sudah 1930. Sekarang sedang memikir bagaimana hendak ke Jalan Istana. Fikir punya fikir, guna jalan ke Bangsar. Saya ingatkan akan bertemu Jalan Travers dahulu sebelum Jalan Bangsar
....sudah tukar ke? Bagaimanapun, sampai juga ke Jalan Istana....tetapi sudah lupa jalan ke Pengkalan TUDM. Sedar-sedar.... Jalan Sungai Besi, belok kiri, masuk Jalan Loke Yew dan belok kiri lagi, Jalan TUDM. Berhenti dekat bangunan MAA untuk bertanya arah. Sampai ke dewan majlis lebih kurang jam 2020.
KL....KL....sungguh banyak berubah! Patutlah kawan saya mencadangkan saya guna GPS. Saya ingat hanya pilot yang perlu GPS.
Oleh kerana semua para hadirin sudah mengambil tempat masing-masing, saya tiada peluang berjumpa ramai rakan-rakan seperjuangan yang hadir malam itu. Antara mereka yang sempat saya berjumpa ialah
Jen (B) Dato' Sulaiman Mahmud (OC pertama sebagai pilot di No 10 Skn), Jen (B) Dato' Sri Abdullah Nasution (pemeriksa semasa mengikuti kursus penerbangan di SEA Helicopter), Lt Jen (B) Dato' Nawi Alias ( OC No 3 Skn), Mej Jen (B) Dato' Fauzi Hussein (CO TUDM Butterworth), Mej Jen (B) Dato' Razak (sama-sama terbang ke Malang, Indonesia), Brig Jen Dato' Mohd Sulong TUDM (rakan seperjuangan semasa di No 5 dan No 10 Skn) dan Lt Kol (B) Affendi Mustafa ('course-mate' semasa SEA Helicopter).
Majlis bersurai pada jam 2230. Saya pun terus memandu ke kawasan Batu Caves. Itu pun terlepas simpang ke rumah yang dituju. Syukur Alhamdulillah, selamat sampai walaupun lewat.
Keesokan harinya, 18 Oktober 2009, selepas berjumpa kaum kerabat dari Mantin dan Jalan Maktab, baliklah
Hill-Billy ini ke
Jitraq. Syukur Alhamdulillah, selamat sampai di rumah lebihkurang jam 1600. Tekan remote control untuk buka gate....gate tak bergerak pun. Tekan remote control untuk menaikkan roller shuter.....sama juga! Mungkin tiada elektrik. Panjat tembok dan buka gate secara manual. Selepas itu, guna remote control semula.....bergerak gate. Bermakna, ada eletrik. Cuba menaikkan roller shutter....tiada sebarang reaksi. Betul-betul macam cerita
'Ali Baba Bujang Lapok' dimana Kasim Baba tak boleh membuka pintu gua dengan jampi serapah
'Yat minseng mata kaji......' salah. Jawabnya, tinggal keluarga di luar rumah dan terus pergi ke kedai kunci di
Jitraq. Towkay memberitahu bateri lemah dan perlu diganti. Tiba di rumah, tekan remote control dua tiga kali.....roller shutter pun gerak. Lega....!
Semua ini mesti
'ada makna'! Pengajaran dari episod ini ialah,
tentukan ada check list untuk perjalanan jauh. Yang kedua, jangan sekali-kala tinggal di hotel yang berkongsi dengan kompleks membeli belah.
Biarlah saya tinggal di ulu Jitraq ini. Tak ada stres dan kelam-kabut. Ke RSAT hanya 5 km, hospital - 15 km, pasar - 5km, kelab golf -1 km. Apa hendak lagi dalam kehidupan ini....?