dividen ASB 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit. Untuk memudahkan perkiraan...purata 8.00 sen seunit! Pada saya, ini merupakan satu pulangan yang tidak dijangkakan memandangkan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan ketika ini. Sekarang apa yang saya perlu lakukan ialah untuk mengemaskini buku akaun pada 4 Januari 2010 nanti, InsyaAllah.
Bayangkan...sekiranya pelaburan anda pada 2 Januari 2009 sehigga 31 Disember 2009, jumlah dalam buku nanti menunjukkan...
- RM200,000 ~ RM216,000...(+RM16,000) = RM1,333 sebulan.
- RM500,000 ~ RM540,000...(+RM40,000 )= RM3,333 sebulan.
- RM1,000,000 ~RM1,080,000...(+RM80,000) = RM6,666 sebulan.
Mungkin ada diantara anda mengatakan mana boleh sampai RM1juta dan lebih. Percayalah...BOLEH!! Sekiranya nak tahu bagaimana, sila baca semula coretan saya berlabelkan 'Financial Management'. Secara jujur, saya sendiri belum sampai jumlah itu tetapi sekiranya tiada aral melintang, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan panjang umur...mungkin satu hari nanti...InsyaAllah. Namun itu bukan lagi objektif utama saya. Syukur kepada Allah kerana sehingga kini saya hidup tanpa sebarang hutang...Alhamdulillah! Hutang rumah dan kereta telah dilangsai dengan hasil simpanan ASB.
Anda juga boleh menikmati kehidupan lebih selesa apabila bersara nanti dengan syarat terpaksa 'mengikat perut' sikitlah. Maksud saya, sekiranya anda berprinsipkan 'bio pape ase begaye'...banyak susahlah! Bayangkan anda membeli kereta mewah berharga RM200K secara ansuran. Kerana sayangkan kereta, anda pakai sampai 20 tahun. Nilainya nanti?...orang Perak kata 'timbang kati' - nilai besi buruk. Sebaliknya, katakanlah anda pinjam RM200K untuk melabur dalam ASB, andaikan dividen/bonus 8% sepanjang tempuh tersebut dan tidak mengusik sesen pun. 20 tahun kemudian...~RM932,200...Wow...!
Tidak dinafikan nilai sebenar akan menyusut disebabkan inflasi, tetapi masih ada nilai. Tidak seperti pembelian kereta. Ini yang dikatakan...pinjam duit buat duit! Sekiranya BLR 8% sekali pun, anda mendapat pinjaman tanpa faedah...'interest-free' loan. Betul tak?
Saya bersyukur kerana tidak melepaskan peluang keemasan ini. Sepertimana yang saya ceritakan di coretan terdahulu, saya hanya 'percaya' dan melabur dalam ASN pada Januari 1985. Jadi, apabila PNB melancar ASB pada 1990, saya tidak lagi mahu melepas peluang ini. Saya mengguna kemudahan pinjaman yang diberikan oleh bank dan tidak 'mengusik' walau sesen pun selama 13 tahun. Semasa melabur dalam ASB, saya berumur 41 tahun. Berkat kesungguhan itu, Syukur Alhamdulillah...!
Bukan nawaitu saya untuk berbangga dengan pencapaaian setakat ini. Sebaliknya adalah untuk menyedarkan segelintir rakyat Malaysia supaya beringat demi untuk masa hadapan anda semua. Tahukah anda hanya Malaysia dan Korea Selatan sahaja dalam dunia ini yang mewujudkan satu agensi Kerajaan untuk membantu warga mereka menangani masalah kewangan? Di Malaysia...Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) - sebuah agensi Bank Negara Malaysia (BNM). Saya sedih apabila membaca terdapat golongan muda diistiharkan muflis. Dan, beribu-ribu rakyat terpaksa mendapat kaunseling percuma dari AKPK.
Pembaca...sebagaimana yang saya kerap tekankan dalam coretan berkaitan 'Pengurusan Kewangan', saya melabur dalam produk PNB semata-mata kerana saya bukan seorang yang sanggup mengambil risiko. Anda bagaimana? Saya bukannya seorang pakar Perunding Kewangan...apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya sendiri lalui. Ingatlah peribahasa Melayu...'susah-susah dahulu...senang-senang kemudian' dan 'sikit-sikit lama-lama menjadi bukit'...Ada kebenarannya!
Pokoknya...peluang ASB ini diberi kepada semua kaum Bumiputra. Mengapa anda tidak mengambil kesempatan ini?
Apa kata anda renung sejenak saranan Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman...
Petikan laporan Utusan Malaysia pada 15 Disember 2009
Merancanglah...Allah yang menentukan. Masih tidak terlambat. Fikir-fikirkan lah...!
"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431"
1 ulasan:
Jangan lepaskan peluang untuk melabur dalam ASB. Kepada Saudara Nor, boleh tak saudara menulis coretan lagi ttg pengalaman saudara dalam TUDM? Saya amat gemar membacanya. Kalau tak kerana masalah mata, dah lama dah minta kerja juruterbang TUDM saya ini.
Ir_Engkuli
Catat Ulasan