Keluhan seorang perwira yang berkorban demi untuk mempertahankan kedaulatan negara...di usia senjanya terpaksa menagih simpati...!
Pesara terbabit, Abdul Rani Wok, 71, mendakwa, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu ketika dia terbabit dalam pertempuran di sebuah ladang getah di Sungai Chalit, Raub.
Abdul Rani berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada tahun 1963 di bawah Batalion ke-12 Askar Wataniah yang kini dikenali sebagai Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Menurutnya, sepanjang 20 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau banyak menyertai operasi menghapuskan pengganas komunis di sekitar Pahang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
"Saya agak kecewa kerana keberanian dan pengorbanan saya dahulu tidak mendapat sebarang pengiktirafan, malah saya sendiri tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan hanya bekerja kampung," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Abdul Rani memberitahu, beliau bukan berniat untuk meminta-minta tetapi sepatutnya pengorbanan yang dilakukannya itu perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.
Menceritakan kembali detik-detik cemas menembak mati komunis tersebut, katanya, kejadian pada pukul 9.45 pagi, 25 Jun 1979 itu berlaku ketika beliau bersama sepasukan batalion mengesan lima pengganas yang sedang menaiki bukit melintasi Jalan Sungai Chalit.
"Kami melepaskan tembakan dan berjaya membunuh dua daripada mereka dan tiga lagi melarikan diri ke dalam kawasan kebun getah.
"Saya bersama beberapa lagi anggota lain kemudian diarah mengejar musuh dan bertindak sebagai kumpulan penyekat.
"Setelah hampir 150 meter memasuki ladang getah tersebut, saya ternampak tiga pengganas komunis itu yang sedang melarikan diri," katanya.
Menyedari kehadirannya, menurut Abdul Rani, pengganas komunis tersebut melepaskan tembakan namun dia bernasib baik kerana sempat berlindung di belakang pokok getah.
Oleh kerana tiga komunis tersebut menyangka anggota tentera yang mengejarnya telah terbunuh, pengganas terbabit mengambil keputusan melarikan diri.
Menyedari tindakan pengganas terbabit, Abdul Rani melepaskan tembakan dan berjaya membunuh salah seorang anggota komunis tersebut.
"Apa yang saya harapkan ialah ada pihak berwajib yang memberi pembelaan yang sewajarnya terhadap diri saya," tegasnya.
Sementara itu, Pegawai Penerangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Pekan, Leftenan Kolonel (B) Zulkiffly Mohd. Tahir berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan Abdul Rani itu kepada pihak yang berkaitan agar bekas tentera itu diberi pengiktirafan sewajarnya.
Zulkiffly yang juga Pengerusi Kempen Rayuan Hari Pahlawan PBTM Pekan, berkata pihaknya akan memohon kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), PBTM Pahang dan Batalion ke-24 RAMD bagi menangani masalah berkenaan.
"Mereka yang terlibat dalam pertempuran itu yang masih hidup juga akan dihubungi sebagai saksi," jelas beliau.
...Untuk mereka mengharumkan negara...dan menikmati imbuhan sepanjang hayat...!
Imbuhan bulanan kepada pemenang pingat Olympic mulai 2008
Oh sungguh malangnya nasib mu...wahai perwiraku!
6 ulasan:
Kepada Saudara Nor,
Pada masa kini, kebanyakkan rakyat tidak menghargai dan menghayati perjuangan bekas2 tentera yang pernah menjaga keamanan negara pada masa dahulu. Saya berbangsa Iban, tetapi kalau saudara cuba menanyakan siapa pahlawan Iban dalam tentera kepada masyarakat Iban pada masa kini, mereka hanya kenal seorang saja - PW1 Kanang Anak Langkau. Mereka tidak mengenali Lt. Col. Robert Rizal (penerima PGB), Col. Dunstan Nyaring (pegawai Iban pertama menyandang pangkat Col. penuh, Awang Anang Raweng (penerima George Cross), Capt. Empaling Demong (antara anak Iban pertama menyertai TUDM sebagai Fixed Wing Pilot (Type Caribou)), Mendiang ASP Menggong ak Pangit (penerima George Medal). Amat mendukacitakan bagi saya sebagai anak peribumi Iban. Rakyat Malaysia seharusnya mesti menghargai perjuangan mereka dan saya berharap agar kerajaan dapat memberikan prihatin yang holistil kepada bekas2 tentera.
Terima kasih
Engr. Luke Jetie Anak Benjamin
Pseudonym Nickname:Ir_Engkuli
Saudara Anonymous,
Untuk makluman anda, Lt Kol Robert Rizal (B) PGB adalah 'squad' saya. Kami dari Regular Intake 11 di MTD. Dua orang pilot saya semasa menjawat OC No 5 Sqn adalah kaum peribumi Sarawak: Lt James Tinggom (maaf terlupa kaum apa) dan Lt Md Merejok (Iban).
Walaupun coretan ini hanya dibaca oleh sebilangan kecil rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya mereka mula sedar tentang wira-wira negara tanpa mengambil kira kaum atau agama.
Kepada Saudara Nor,
Terima kasih kerana membalas coretan saya. Untuk pengetahuan saudara, saya berminat membaca blog saudara tentang pengalaman saudara semasa menjadi pilot Nuri. Walaupun pesawat Nuri sering dipanggil sebagai keranda terbang dan sebagainya, saya masih menggangap pesawat tersebut masih gagah membelah ruang angkasa. Diharap Saudara Nor akan terus menulis pengalaman saudara sebagai pilot Nuri dalam blog ini.
Terima kasih
Engr. Luke Jetie Anak Benjamin
Pseudonym Nickname:Ir_Engkuli
Guys,
,,,Let us claim our right to speak, write and think freely as "war veteran" Malaysians, who have the same rights to public space and public representation as the political elite of this country of ours.
,,,This is our country, the country of and for all Malaysians, regardless of race, religion or gender. Writing and reflecting/commenting the complex history of our bloody struggles by the Armed Forces personnel resulting in the formation of our beautiful country now some what peaceful Malaysia can only be an effort that is collective and driven by the "apolitical plus individual will" to see the birth of a nation-state that reflects, rather than denies, this diversity !.
,,,A "war veteran" (from Latin vetus, meaning "old")[1] is a person who has or is serving in the armed forces, or a person who has had long service or experience in an occupation or office[2].
,,,For the most part, war veterans are treated with great respect and honor for their contribution to the world and country. Many other countries have longstanding traditions, ceremonies, and holidays to honor veterans.
,,,I hope that such respect shall be given eventually to the rest of us surviving "war veteran" in our country too, in due respected time frame before we kick the bucket ?.
I rest my case.
It all started when the organization that you had placed your loyalty above other things in life that betray most of the ex soldiers!!!
Persatuan Bekas Perajurit is too deep in politics and has lost direction with the kind of leaders running it.
The Armed Forces leaderships are so ignorant probably they are too busy apple polishing thinking their next promotion or what is awaiting for them when they retire!!!
The politicians are only interested in the postal votes for them to continue to be Yang Berhormat.
The civilian staffs headed by KSU have no respect on the soldiers that was why when you wrote to him regarding the gallantry awards, the answer given was humiliating.
Too many news and stories that are very sad to hear to and many a time have been highlighted but it only falls into the deaf ears. I doubt anybody cares apart from playing to gallery and public relation exercise!!!
"Oh sungguh malangnya nasib mu...! but it is a betrayal and I hope that the serving soldiers realize that it is time to make a stand so that they will not face the bleak future when they have to retire sooner or later.
Kenapa kah begini jadi nya seperti mencurah air ke daun keladi!!!
Well done Mej Nor for all the effort and semoga saudara di rahmati ALLAH.
Selamat menyambut tahun baru ........2010...........!!!
Saudara Anonymous,
Terima kasih. Selamat menyambut kedatangan 2010, InsyaAllah. Bila 'Choppers' gathering dan di mana?
Catat Ulasan