Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

Satu Penjimatan

Pembaca...Adakah anda bersetuju dihapuskan subsidi gula? Saya? 100% setuju! Tak payahlah saya nak berkhutbah kerana anda MESTI sudah sedia maklum 'pembunuh' yang manis ini. Kali terakhir  saya mengambil bacaan gula ialah pada 28 Mei 2010. Bacaannya ialah 5.2...within limits, Syukur Alhamdulillah.  Anda pula, bila kali terakhir memeriksa kandungan gula? 


Saya tiada hak untuk menegur atau menasihat sesiapa kerana siapalah saya.  Namun demikian, fikirlah sejenak...adakah berbaloi kerana nak 'berjimat' tak nak beli kasut, anda sanggup kaki dipotong? Kalau usaha sudah diambil tetapi masih 'tersangkut' dengan penyakit kencing manis  disebabkan faktor 'genetic'...apakan daya...sudah ditakdirkan. Itu barulah 'qada dan qadar'. Kita hanya mampu berusaha....Allah yang menentukan.

Mungkin anda boleh renung sejenak kata-kata 'evergreen' ini....'MENGELAK LEBIH BAIK DARI MERAWAT/PREVENTION IS BETTER THAN CURE'. Fikir-fikirkanlah. 

Ahad, 30 Mei 2010

Mohd Faliq & Nadia Zchang

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD FALIQ & NADIA ZCHANG
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT



Kad jemputan perkahwinan Mohd Faliq, anak Mej Jen Dato' Fauzi Bin Hussain TUDM (B), Pegawai Memerintah saya ketika berkhidmat di No 3 Sekuadron, TUDM Butterworth. Maaf Dato', saya tidak dapat hadir. Walaubagaimana pun, terima kasih kerana sudi menjemput kami.      

Sabtu, 29 Mei 2010

Sumber Pengesahan

Semenjak duduk depan note book untuk mengolah coretan untuk dijadikan manuskrip, saya terpaksa membuat panggilan telefon kepada rakan-rakan untuk mendapatkan pengesahan sesuatu peristiwa. Banyak cerita yang saya telah lupa butir-butirnya. Maklumlah...pengalaman ini berlaku lebih dari 3 dekad yang lalu! Nasib saya baik kerana rakan-rakan seperjuangan sedia membantu. Mereka memberi nombor telefon orang tertentu yang boleh memberi penjelasan yang saya perlukan.

Melalui 'Gunners' Club', saya telah berjaya menghubungi Lt Raja Musa yang saya 'winch-up' apabila beliau terkena jerangkap samar (JS). Saya mahu pastikan kecacatan yang beliau alami. Lt (U) Md Som pula mengesahkan coretan saya ketika beliau, masih kapten 'D cat', ditembak dan saya mengarahkan beliau mendarat di Ban Chang Tharats dan seterusnya saya mengambil alih Nuri beliau untuk dibawa balik ke Butterworth. Sjn Peter Nunis pula menyatakan bahawa beliaulah 'gunner' Kapt (U) Lim Tow Liang dalam insiden di mana mendiang Kapt Hardev Singh dan 4 anggota pasukan Peninjau terbunuh akibat diserang hendap berhampiran dengan Kem Gubir pada 11 April 1975. Sjn Mohsein memberi nama anggota komando yang merayu supaya beliau di hantar ke hospital Alor Star apabila tercedera akibat terpijak JS. Dan ramai lagi....

Namun demikian, saya agak kecewa dengan satu pihak tertentu.  Saya telah menghubungi pegawai-pegawai unit tersebut untuk mendapatkan nama seorang anggota mereka yang saya 'winch-up' di waktu malam dan sedikit ringkasan insiden tersebut. Tugasan asalnya  ialah 'casevac' tetapi apabila berada di dalam pesawat menjadi 'bodevac'. Tujuan saya hanyalah untuk mengabadikan arwah...itu sahaja! Tiada sebarang respons. Lain pula respons dari blogger '7renjer.blogspot.com', Mej D. Swami, beliau sentiasa memberi kerjasama. Apabila saya meminta nama-nama anggota 7 Renjer yang terkorban dalam satu serang hendap di jalan Gubir/Nong Gajah, tanpa berlengah beliau menyenaraikannya. Tak apalah...mungkin mereka terlalu sibuk untuk melayani kerenah mejar pencen ini!

Apa pun, kepada mereka yang sudi membantu saya, hanya ucapan...TERIMA KASIH yang boleh diungkapkan.

Jumaat, 28 Mei 2010

Historical Event

Readers...I'm thankful to Lt Col Idris Hassan (R) for sending the photographs of the 'boat people' after reading my short write-up entitled "Book Of Memory".  I expressed my regrets for losing a roll of film capturing the evacuees arriving on our shores with the fall of Saigon on 30 April 1975 to North Vietnam.
Evacuees trying to board the "Huey" helicopter on the roof of US Embassy in Saigon
These unfortunate populace of the now non-existent South Vietnam arrived at our enchanting islands off Terengganu, guided by the 'gas flare/flare stack' of our oil rigs in the South China Sea by boat/barge loads. I was very fortunate to witness the arrival of these evacuees at Pulau Perhentian Besar, Terengganu. The loss of the film was made up by this e-mail with photographs enclosed...
Saudara Nor,
I read with interest your posting in which you expressed you disappointment at loosing the film in which were photographs of the first exodus arrival of the 'boat people' at Pulau Perhentian Besar with the fall of 'Saigon'.
I remember it was April 30 th 1975 when Saigon fell to the North Vietnamese and the dramatic photos of the last American troops been flown out of their Embassy dangling under the last choppers to the awaiting 11th Fleet. It was about a week later that the very first exodus of Vietnamese refugees began arriving at our shores.
These photos were taken by me as the first refugees landed with their boats behind the officers quarters at Seberang Takir Camp where my Battalion the 12 Inf Bn (AW) was stationed. Later they also landed in Pulau Perhentian Besar and Pulau Bidong .Some days later at P. Bidong I missed a great opportunity to take some dramatic photos as I left my camera on shore in my L/ Rover at Kg Rajah. Here I saw a Huey Chopper gun ship which had crash landed on a fleeing American landing craft which arrived at P. Bidong with the crashed chopper still on it. I spoke to the pilot and he told me he fled with his wife three relatives and three children and lacking fuel decided to land on the departing landing craft which was carrying I am told about 40 refugees . In the process two people on the landing craft were killed by the rotor blades of the crashing chopper. As a Chopper pilot yourself, perhaps only you will understand what must have been going on in the mind of this pilot as he came in for crash landing !!!.
I managed to remove the choppers compass (Air Path) and two bullet proof Pilot and co- pilot seats with laid woven nylon fabric, which I still have in my possession as souvenirs .The large compass in pix was removed from a large Barge. It has the words: Heat & Co London S.E. 9 printed in the center . It is still in V. good condition and is kept as a talking piece in my house.
As I look at the photos of the little children and think they must all be in the early forties by now and wonder where and what they are to day !!! Again looking at the photos we must think how fortunate we are to be away from the ravages of war, death and destruction . I know thousands of refugees were lost at sea, and thousands others were robbed by the Thai pirates, and hundreds more were killed and the women and young children as young as 9 years old were savagely and brutally raped. This was for me the most the most heart rendering sight to witness the blank and dazed looks of innocence destroyed as they landed ashore.

Allhamdulillah God the all mighty has indeed been has been kind to spares us from such ordeal . Amin.
If you want to use the photos and my story in part or whole in your blog you have my permission
Best regards
Idris














Lt Col Idris...Thank you.

Rabu, 26 Mei 2010

Sayang Terhadap Kucing

Dari seorang yang 'geli' memegang kucing, isteri saya sekarang mengasihi kucing terbiar yang berkeliaran di luar rumah. 'TUAH' yang dibela semenjak dilahirkan 13 tahun lalu dianggap sebagai anggota keluarga. Kalau kami makan durian, seulas mesti disimpan untuk Tuah kerana kucing ini sangat suka durian. Tapi mesti durian yang 'fresh'....yang "berpeluh" dia tak pandang langsung.
Tuah sedang bertafakur

Makanan Tuah dan kucing-kucing terbiar diberi makanan berikut. Ini tidak termasuk 'pil perancang keluarga'.

Stok makanan

Tuah pun sama seperti manusia. Kadang kala teringin makan bersama 'Pak Hitam' yang beliau benarkan berkeliaran di kawasan rumah.

Tuah dan sahabatnya Pak Hitam

Lihat 'rakyat' beliau menjamu selera setiap pagi dan petang...

Yang lain dilarang masuk

Selasa, 25 Mei 2010

'Made It Simple' Lesson

Non Pilots...I'm sure you're a bit 'disoriented' when you read, quote '...At the time Murad yanked the collective,'.  See the collective lever in the picture. 'Yank' it - the helicopter will climb vertically (depending on the position of the cyclic). In other words...up...up... and away. Movements of the cyclic will determine the direction - forward, rearward and sideways.

'...I realised the speed levers were not being attended to maintain 103 % Nr,'. In simple terms, pushing the SSL (Speed Selector Lever) forward, will give more power. When the pilot 'yanked' the collective lever, the rotor RPM will 'droop' because there is a momentary delay for the 'Fuel Control Unit' to supply fuel to the engine due the sudden power requirement. Something similar to the 'fuel injection' system in the cars.
Overhead panel

This delay resulted in ' ...but too late the instrument panel lites were flashing like a christmas tree.'
Instrument panel & Center console

Hoist...literally the 'life-line' of the 'medivac/casevac' whenever the ground troops are unable to construct an LP for the Nuri to land to pick these unfortunate heroes. They would be winched up using this indispensable accessory.

Hoist, cargo door and seat step

I hope you have a better understanding of the terms used in the Nuri. To Xxx Xxxxxxx....Thank you.

Isnin, 24 Mei 2010

Serawa Kuinin

Sekiranya orang Kedah pi menziarah kawan di Kuala Kangsor ketika musim buah macang atau kuinin, dan anda dijamu dengan 'serawa'....Jangan terkejut apa yang anda lihat....

'Serawa' buah kuinin dengan pulut dan santan

Pada orang Kedah, sebut sahaja 'serawa' membawa maksud 'pengat pisang' bagi orang Perak. Dulu saya pun keliru dengan 'istilah' ini. Mana tidaknya...tanpa ada sebiji buah macang pun di rumah, isteri saya kata beliau sudah buat serawa. Huh...Bagaimana saya tak menghidu buah macang? Saya pasti anda sedia maklum, janganlah cuba nak sorok buah macang. Baunya boleh dihidu satu dunia! 

Sebut tentang bau ni, teringat saya satu kenangan ketika mengikuti 'Eksersais Helang Malindo' di Medan.  Kami telah dibawa melawat ke Danau Toba. Saya telah membeli beberapa biji buah kuinin dari seorang penjual kaum Batak untuk dibawa balik ke Kuantan sebagai buah tangan untuk isteri. Niat tak nak berkongsi dengan rakan terselit di hati. Saya menyimpan buah-buah tersebut dalam almari. Seorang rakan telah bertanya siapa yang menyimpan buat macang kerana sebuah rumah disemarak dengan bau buah tersebut. Tak dapat disorokkan lagi. Saya mengaku buah kuinin itu saya yang beli untuk dibawa balik. Beliau berkata itu '...bukan kuinin, tapi macang'. Ingat saya nak duduk diam saja? '...kuinin lah'. Beliau mencabar saya untuk mencubanya. Beliau betul...Orang Batak tersebut telah menipu saya! Atau bagi mereka, buah kuinin = macang? Entahlah...Kenduri buah macanglah kami.

Berbalik kepada serawa. Isi macang/kuinin dihiris halus-halus dan digaul dengan santan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam dan gula. Oleh kerana masih ada pulut yang dikukus untuk makan dengan durian tempuh hari, saya telah eksperimen dengan menambahnya dalam adunan tersebut. Lupakan kalori buat ketika waktu. Rasanya? Wow.....!

Tak percaya? Cubalah...He...He...He. 

Ahad, 23 Mei 2010

Book Of Memory

Readers...One of my most treasured memorabilias of my flying days is none other than the "BUKU HARIAN PENERBANGAN PEMANDU" - BAT TU 3663. In the simplest term...Flying Log Book. It is an official document. This book has assisted me a lot in writing my articles. Well, it's a diary of sorts. 



Whenever I have nothing to do, I'll browse through this recorded memory...a real nostalgia! So many of those whom I had flown before were no longer with us. However, some are still active in flying with aviation companies. Some are firmly rooted on the ground like me.

The one thing that I regret most is not taking photographs during my flying tour at both No 3 and No 10 Squadrons. I had a bulky Nikon SLR camera then. In fact, I was keen on photography and learnt to develop the film in the Base's 'dark room' while in Kuantan. How I wish I took the photographs of the first time a Galaxy aircraft landed at RMAF Butterworth delivering our first batch of F5E aircraft. I was then on detachment at the Base and we were asked to clear the runway for the aircraft to land. What an awesome sight to see the world's biggest transport aircraft then! Or Fort Tapong airstrip which was 'hand-built' by a platoon of Police Field Force, led by my friend, Mong Khon, now submerged under water with the construction of the Temenggor Dam. And the first exodus arrival of the 'boat people' at Pulau Perhentian Besar with the fall of 'Saigon'. I did take the photographs but the roll of film was lost.

I'm happy to note that a certain Commanding Officer of a Nuri Squadron has  insisted that his aircrew  record events of historical value. Keep it up. Well...having a blog is also a form of writing a diary.

Sabtu, 22 Mei 2010

Had I Known

Readers...For the past two weeks I'm totally engrossed in writing the manuscript for the proposed book. I made numerous calls to my colleagues, not only to request them to pen their experiences but also to confirm certain facts, such as dates, airframe number, crew, etc. At about 1840 hr on 21 May, 2010, I made a call to a colleague asking for an incident which involved him being shot by the communist terrorists (CTs).

He is now with MHS and stationed at Kerteh. However, at the time when I called him, he was at Shah Alam. He was unable to confirm the date since his 'Log Book' is at Kerteh. Anyway, I related my story for his confirmation. The task involved 3 Nuri and I was the Flight Leader. He (callsign 'Juliet 2) and another captain (Juliet 3) were 'D cat' captains, ie, they were not authorised to fly troops, only freights. On coming to a hover at an LP with the underslung loads of packed rations,  the CTs shot at him from all directions. He managed to release the load and took off. The other captain, Juliet 3, informed me of the shooting while troops were embarking onto my Nuri at Kroh.

I directed Juliet 2 to land at Ban Chang Tharat landing strip (LS) and the gunship to escort; Juliet 3 to accompany Juliet 2.  On landing at the LS, the troops in my Nuri were deployed to provide security protection and I directed the crew of Juliet 2 to take over my Nuri which was not shut down. I checked the damaged Nuri personally and found that only one generator  was hit by the bullets, so I reckoned it was safe to fly back the Nuri to Kroh. This hero directed Juliet 2 to fly the troops back to Kroh and Juliet 3 and gunship to escort me. Additional instruction  to Juliet 3 was to pick me and my crew should I have to make a forced landing.

On reaching Kroh, my Squadron Commander contacted me for my plan of action. I told him that I would be flying back the 'lame' Nuri to Butterworth.

Later on, I was told  that the tail rotor shaft was hit by the bullets. I never knew the severity of the damage on the Nuri. All I was aware of was that one generator was unserviceable. If I had known this, of course I would request for a recovery. I suppose Almighty Allah had spared me so that I can live to tell this story.

Jumaat, 21 Mei 2010

Ketibaan Raja Buah

Aha...Musim 'Raja Buah' sudah mula tiba. Pada 19 Mei, 2010, isteri saya membeli 2 biji durian di pasar Jitra. Harganya? RM5 sekilo...dua biji - RM16. Masih mahal kerana buah baru nak luruh.  Menurut beliau, penjual memberitahu durian dari dusunnya sendiri di Wang Tepus. Dua biji yang dipilihnya adalah yang konon-kononnya terbaiklah. Syukur Alhamdulillah...berbaloi jugalah dengan harga yang dibeli.

Durian, gunting pokok untuk mengopek dan pulut

Dah berusia ini, nak kopek durian pun kurang tenaga. Bagi memudahkannya, saya menggunakan gunting mengerat pokok bunga. OK jugalah. Berbalik kepada durian tadi. Tipikal kebanyakan orang Kedah, mereka tak sah kalau tak makan durian dengan pulut. Justeru, kerana 2 biji durian, pulut pun dimasak. Saya orang Perak. Seingat saya, tak pernah makan durian dengan pulut. Jadi, saya seorang makan tanpa pulut. Tapi, kalau makan pulut dengan 'kuah' durian memang kegemaran saya.

Bercakap pasal pulut. Satu makanan orang utara yang belum lagi saya jamah ialah 'pulut dengan ikan kering tamban tergeliat'. Jangan ketawa...ini satu sarapan pagi yang popular. Pulut, ikan kering tamban dan kelapa digaul seperti dalam gambar. Geng saya kalau ternampak makanan ini di 'Gymkhana Cafe' selepas bermain golf, melurulah mengaut sendiri pulut dari dalam periuk. Menurut salah seorang dari mereka...kerak pulut itu lagi best! Kadang-kadang ikan kering dah habis, mereka 'order' telur mata kerbau sebagai pengganti. Satu-satu hari nanti, saya akan cuba jugalah...tak cuba tak tahu/no venture no gain. Betul tak?

Selepas main golf tadi, saya dan isteri telah pergi ke Wang Tepus untuk membeli durian. Sebiji pun tak ada...atas pokok banyaklah. Petang nanti akan ke pasar malam...manalah tahu mungkin ada dijual di sana.

Khamis, 20 Mei 2010

Tragedi 26 April 1976...CD

Pembaca...Saya sungguh menghargai kerjasama yang diberikan oleh staf Arkib Negara Malaysia (ANM). Sudahlah bersetuju untuk kisah ini diabadikan melalui penyiaran program "Hari Ini Dalam Sejarah" oleh RTM1, menghantar skrip dan klip video dan seterusnya  mengeposkan CD berkaitan program tersebut. Alangkah gembiranya saya sekira lain-lain agensi kerajaan bersikap sebegini...Hanya dalam mimpi!! 


Tamatlah sudah "Tragedi 26 April 1976"...satu episod hitam ketika membangunkan  negara tercinta ini....MALAYSIA

Puan SulasterI dan En Abdul Rahman...hanya ucapan TERIMA KASIH yang termampu saya berikan.

Rabu, 19 Mei 2010

Pengabadian Pengalaman

Pembaca...Dalam masa 2-3 minggu ini dah mula memerah otak untuk cuba membukukan coretan yang terdapat dalam blog ini. Sudah pasti, cerita utamanya ialah tentang Tragedi 26 April 1976. Saya telah menghubungi beberapa rakan untuk mendapatkan kepastian fakta dan turut merayu agar mereka memberi sumbangan (bukan wang) - berkongsi pengalaman mereka.

Secara kasarnya, inilah muka hadapan buku tersebut sekiranya dimakbulkan Allah....InsyaAllah.


Saya turut meng'emel'kan beberapa coretan yang telah diolah semula kepada para penyumbang.  Kebenaran juga telah dipinta dari blogger-blogger untuk kebenaran saya menggunakan bahan cerita mereka. Syukur Alhamdulillah, respons mereka sungguh menggalakkan. Bagi pilot, tarikh sesuatu insiden mudah disahkan dengan merujuk kepada 'Log Book', tetapi yang lain mungkin susah sedikit...maklumlah cerita 34 tahun dahulu!!

Di sini, saya menjemput para pembaca untuk menyumbang pengalaman anda untuk dikongsi bersama. Sekiranya tiada aral melintang dan manuscript siap, barulah cuba mendapatkan penaja, InsayAllah.

Selasa, 18 Mei 2010

Depicting Aerial Bombing - Ops Gubir


I'm amazed that there is a group of military history enthusiasts out there who are willing to sacrifice their times in depicting the aerial bombing by F5E and CL41-G Tebuan aircraft on the communist terrorists' camp at the Malaysia/Thailand border near Gubir. My next plan of action is to seek their permission to 'copy & paste' the posting in my blog.

On 16 April 2010...this was the only reply that I received. I presumed that they have no objection for me to reproduce their labour of love. Should there be objections, I will humbly delete this posting.

Fri, April 16, 2010 10:03:52 AM
ARC Air Forum Support
From: Steve Bamford forumsupport@arcair.com
To:      nibsny@yahoo.com
Hi,
Thanks for contacting me.  Your e-mail has been received and I'll get back to you as soon as I can.

Steve Bamford
Aircraft Resource Center


Intro:
“On April 16, 1976, Tebuan CL-41G from No. 6 Squadron and F-5E from No. 12 squadron had participated in Ops Kota Gubir operation. The Malaysian Army had identified a few Communist Terrorist (CT) camps at the Malaysia/Thai border near Gubir in Kedah.  Army battalions surrounded the area while the RMAF was called to conduct air strikes. This was one of the biggest operations that RMAF had been involved in.  Half of our Tebuan CL-41G 'day fighter ground attack' aircraft were equipped with mini-guns and rockets, while another half of the fleet was with 500 lb bombs. Allouette was also flown as the Forward Air Controller (FAC) to direct the strike aircraft to the targets……..” ---Major Zakaria Salleh

  
  
  
 This diorama was based loosely on Major Zakaria Salleh encounter during the Ops Kota Gubir, the strike on Communists camp during Emergency period. This is a collaboration work of members of our local modeling society SFTPMS for our 50th Merdeka Group Build.

The kits used are all in 1/72 scale that consists of 2 MHM’s F-5Es, 2 Kittech’s Tebuans and some Itelari figures. The diorama base and huts were sketch build.

The guys working on this are:
  • Brian Param – Tebuan FM 1126
  • Hilmi – Tebuan FM 1129, Figures
  • Aidy Abdullah – F-5E FM 2209
  • Thomas Ng – F-5E FM 2205
  • Ck Loo – Diorama
  • CK Tang – Huts 

To CK Loo, CK Tang, Aidy Abdullah, Hilmi, Brian Param, Thomas Ng...Thank you.

Isnin, 17 Mei 2010

Rezeki Datang Menggolek

Wow!! Syukur Alhamdulillah...Sungguh tak disangka...2 artikel yang saya sumbang kepada majalah "PERAJURIT" dan  disiarkan telah 'mengkayakan' saya dengan RM300...He...He...He. Sungguh teruja bagai nak rak...!


Artikel yang saya maksudkan ialah "KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PEGAWAI ATM" keluaran Mac dan "TRAGEDI 26 APRIL 1976" yang disiarkan dalam isu April 2010. Mungkin...mungkin...akan disiarkan satu lagi artikel pada keluaran Jun sempena Hari TUDM nanti, InsyaAllah.

Pihak majalah tidak memaklumkan jumlah 'imbuhan' di atas sumbangan artikel. Sebaliknya, terus dikredit dalam akaun bank.

"PERAJURIT"...Terima kasih.

Ahad, 16 Mei 2010

Cekodok...Pisang vs Sukun?

Pembaca...Saya percaya anda mesti ada makanan, tak kiralah lauk ke...kuih ke...berjenis nasi ke, yang paling anda gemar. Saya sudah pasti ada kuih kegemaran saya dari semenjak kecil dahulu sehingga ke tahap nak masuk maghrib ni. Ianya tak lain tak bukan...Cekodok pisang ('cok kodok' panggilan orang Perak). Masa kecil, mak menggunakan pisang 'awak'. Sekarang ni dah 'upgrade' sikit ke pisang mas atau berangan. 

Saya ada mengesyorkan kepada isteri untuk menyediakan kuih asli ini ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi tidak dilayannya. Komen beliau '...ada ke pulak nak makan cok kodok pada Hari Raya...jangan merepek!'. Letaklah kuih-kuih yang 'eksotik' seperti berbagai jenis kek keju 'Secret Recipe', namun cok kodok tetap menjadi pilihan. Apa nak dikatakan, dari kecil dah dihidangkan dengan makanan yang tiada tandingannya pada saya. 

Cok kodok pisang mas

Saya terbaca coretan Cikgu 'Temuk' di sini. Beliau mencerita pengalamannya membuat 'cekodok sukun'. Sebenarnya beliau tidak mengetahui bahawa buah sukun (breadfruit) memang dibuat cok kodok. Cikgu, lihat cok kodok sukun yang dibuat oleh ibu mertua saya...wow! Terliur tak?

Cok kodok sukun

Untuk makluman, semua cok kodok yang ibu mertua saya buat, baik pisang atau buah sukun, tidak menggunakan gula. Tanpanya pun sudah sungguh manis. Tapi hati-hati sikit...jangan kerap mengambilnya kerana banyak minyak yang boleh memudaratkan kesihatan.

Pembaca....Yang mana satu pilihan kalbu....cok kodok pisang atau sukun?

Sabtu, 15 Mei 2010

Ikraq

13 Mei 2010, jam 2030 bertempat di Bilik Langkawi, Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah Darulaman, saya telah pergi menghadiri Mesyuarat Agung (MA) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Alor Setar. Saya bukan ahli...tok ahli bolehlah! Apa yang berlaku ialah seorang pembaca remaja, En Shafik, menghubungi saya sekiranya saya boleh memberi ceramah pendek kepada ahli-ahli GPMS sempena MA 'NGO' tersebut. Objektifnya ialah untuk menaikkan semangat patriotisme dikalangan remaja.

OK...tak jadi masalah. Apalah sangat nak cerita kepada pelajar-pelajar sekolah. Inilah persepsi saya tentang GPMS. Apabila tiba di hotel, mak datuk...bukan pelajar tetapi golongan dewasa! Tak apalah...seperti biasa, tanpa sebarang persedian...'bulldoze' sajalah 'my way'. Apa yang saya tekankan ialah bagaimana anggota ATM berkorban menentang pengganas komunis demi untuk negara di suatu ketika dulu.  Ibu-bapa kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa dan mereka yang cacat anggota sehingga ke akhir hayat...tiba-tiba tanpa mengambil kira perasaan mereka ini semua, pihak tertentu melobi untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia! Inilah pokok ceramah saya. Saya percaya itulah kali pertama mereka mengetahui salah satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. Wallahualam....! 
Yang dah nampak kulit kepala...itulah saya...He...He...He

Sudah jadi budaya kita, saya telah diberikan cendera hati...sebuah buku. Secara jujur saya katakan, saya sungguh berterima kasih dengan 'hadiah' seperti ini. Pemberian buku seharusnya digalakkan. Kita  mesti ingat, ayat Quran yang pertama ialah 'IKRAQ'...Bacalah. Islam sungguh mementingkan ILMU. Saya mengaku kebelakangan ini, saya memang kurang membaca buku. Pembacaan lebih tertumpu kepada akhbar. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya membahagikan 24 jam sehari yang Allah berikan untuk menambah ilmu melalui membaca.


En Shafik...Saya ucapkan selamat menjalani latihan di Ipoh nanti. Saya yakin anda akan berjaya dengan cemerlangnya.

Jumaat, 14 Mei 2010

Tragedi 26 April 1976...Klip Video

Saya tidak sempat menonton program "Hari Ini Dalam Sejarah"  pada 26 April 2010 di RTM1 berkaitan 'Tragedi 26 April 1976' kerana waktu penyiarannya tidak seperti yang dimaklumkan. Namum demikian,  ANM telah sudi menghantar klip video siaran tersebut.




Kepada ANM amnya, Puan Sulasteri Abdul Hamid dan En Abdul Rahman Johari, khususnya ...Terima kasih.

Khamis, 13 Mei 2010

Pengotor

Memang benar apa yang diluahkan oleh pengirim surat ke 'Forum' Utusan Malaysia...

Ruangan Forum Utusan Malaysia pada 11 Mei 2010

Saya memang bersetuju dengan pihak yang sedia menganjur pertandingan memancing dengan hadiah yang ditawarkan sungguh menawan...


Ini adalah salah satu riadhah yang melibatkan kesemua anggota keluarga. Di Taman Darulaman kerap diadakan pertandingan ini. Saya perhatikan sambutan sungguh menggalakkan. Macam satu pesta dimana seluruh keluarga datang untuk berkelah sambil memancing. Saya tidak pernah mengambil bahagian kerana tidak berminat. 

Tetapi paling saya kesali ialah SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB segolongan pemancing! Lihat keadaan di persekitaraan tasek keesokan harinya...

Sampah...sampah...sampah

Islam menekan 'KEBERSIHAN'. Tidak salah saya katakan hampir 95% peserta adalah orang Islam. Adakah ini sikap seorang Muslim yang beriman? Tong sampah telah disediakan tetapi mengapa sungguh 'berat' untuk menggunakannya? Mungkin mereka yang terbabit berpendapat '....Kami sudah bayar yuran...biar mereka bersihkan. Itu kerja mereka'. Sekiranya inilah dalam pemikiran mereka...saya sungguh kecewa sekali!

Itu kaki pancing. Apa kurangnya juga pemain golf yang konon-kononnya dari golongan 'elit' (kecuali saya). Lihat saja sikap segelintir perangai kaum ini... 

Tee-box No 14 - Par 3

Mereka ini menaiki buggy dan kebiasaannya mengguna perkhidmatan kedi. Apalah salahnya menyuruh kedi buangkan botol/sampah dalam tong sampah yang telah disediakan atau pun simpan dalam buggy. 

Taman Darulaman adalah di bawah pengurusan Darulaman Golf & Country Club (DGCC).  Saya ada mencadangkan agar DGCC mengenakan syarat untuk penganjur pertandingan memancing menyediakan 'beg plastic' untuk semua pemancing. Semasa mendaftar, mereka diberi beg tersebut - satu beg untuk satu joran. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menangani masalah sampah bertaburan sekeliling tasek. Seperti biasa...cadangan tinggal cadangan sahaja!

Rabu, 12 Mei 2010

Kem Gubir...Era 70'an

Saya menerima gambar Kem Gubir dari Xxx Xxxxxxx (sayang sekali saya tidak tahu bagaimana hendak 'copy & paste' kirimannya). Beliau bertanyakan sama ada terdapat perbezaan kem tersebut ketika di era saya dan sekarang...2010. Lihat saja gambar-gambar sekitar 1977 yang dikirimkan oleh Mej Jen Dato' Fauzi TUDM (B)...

Sekiranya padang ini boleh berkata-kata...banyak cerita yang akan tercungkil!

Lihat gambar berek-berek. Keempat-empat 'dinding' diperbuat dari zink. Sekarang anda memahami mengapa 'footsloggers' ketika itu semuanya slim belaka...BMI tidak melebihi 24. Perkataan 'obes' terlalu asing kerana mereka disediakan dengan kemudahan sauna sepanjang bertugas di Gubir secara...PERCUMA! Sungguh prihatin pihak atasan ATM terhadap kebajikan anggota mereka sehingga sanggup menyediakan kemudahan ini!!

Sempat bergambar sebelum menerbangkan ransum dengan kaedah 'underslung'...

Kol (U) Fauzi dan anak buahnya bersama warga RAMD serta anggota Unit Hantaran Udara (kanan sekali)

Ketika 'refuelling'...

Kiri ke Kanan: Kol (U) Fauzi, Mej (U) AB Ooi, Kapt (U) Raja Mohd, Kapt (U) Ahmad Repi, Sjn Chen

Xxx Xxxxxxx...Ada perbezaan tak dengan keadaan kem sekarang ini? Terima kasih sekiranya  anda boleh menghantar semula gambar-gambar Kem Gubir untuk dijadikan perbandingan.

Dato'...Terima kasih. 

Selasa, 11 Mei 2010

Siapa Cepat Dia Dapat

Pembaca...Pada jam 1500, 10 Mei 2010, saya dan isteri telah pergi ke klinik kerajaan untuk mendapatkan  vaksin H1N1. Alhamdulillah, sehingga kini kami berdua bukannya dalam golongan berisiko tinggi. Saya lebih cenderung kepada 'mencegah lebih baik dari merawat'. Bukannya apa...Saya sudah berusaha...Allah menentukan.

Secara jujur saya katakan, pada mulanya saya kurang berminat. Saya tidak suka bahan kimia mengalir dalam tubuh ini. Tetapi, pada hari Sabtu 8 Mei 2010, ketika bermain golf di Kelab Kedah DiRaja dengan dua orang doktor 'pakar', seorang dari KMC dan seorang lagi dari PMC, menyatakan mereka telah divaksin. Apabila ditanya tentang kesan sampingan, mereka menyatakan 'OKlah'. Kawan yang lagi seorang itu, mantan ACP PDRM, bercadang untuk ke Pusat Kesihatan Alor Setar pada 10 Mei bagi mendapatkan vaksin tersebut. Kalau macam ini...saya turut tidak mahu ketinggalan. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menyerah diri kepada 'penyuntik' berikut....

Aduh...duh...duh...

Saya sebenarnya dah tak ingat bila kali terakhir disuntik. Oleh Dr Gigi keraplah...dah veteran ni gigi pun mula longgar. Apa nak katakan, hadapi saja proses penuaan...La Tahzan!

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan...

Utusan Malaysia 10 Mei 2010

Anda bagaimana? Saya diberitahu klinik swasta mengenakan caj RM70 seorang. Klinik kerajaan...PERCUMA.

Isnin, 10 Mei 2010

Penyangak Beretika

Eh...eh...eh...Berani sungguh pencuri ini sehinggakan kereta rasmi Ketua Polis Selangor (KPS) pun dikebas. Mengeleng kepala saya apabila menonton berita tv pada 7 Mei 2010.  Tetapi, pada 8 Mei,...ha...ha...ha. Mana tidaknya, kereta telah dijumpai sekali dengan nota...

"Sorry PDRM tersilap sapu"

 Gambar - New Sunday Times; Laporan - Mingguan Malaysia

Sungguh tak diduga...Penyangak di Malaysia ini masih ada yang 'beretika'!

Ahad, 9 Mei 2010

Documenting The Experiences

Readers...I received this e-mail from my former Base Commander...

"I read with interest your comments and the others on the border operations.

I feel you can take the lead to gather all the army and the air force personnel, (both the officers and the other ranks) and write a book on the border operations. With a bit of input here and there, it will be an interesting event that can be documented so that everybody interested can read. Maybe give all our members of parliament one book each so the they know our sacrifices.

I am sure Lt Kol (B) Basri and the sappers has a lot to relate. Get the commando, like Pak Sudir, Hussein Senik, Ghazalli Speedy etc as well. Get the The Royal Malay Regiment personnel for their cerita too. Lt Kol Chong KL, Murad, Darby etc can contribute too.

If done alone, maybe it is not enough to make a book but if combined a lot can be gathered and documented. It will take a lot of effort and time, maybe you have to take sabbatical leave from your golf for one year for this job. I am sure the future generations will be thankful to you for this.

The aim is to relate what happened during that time and how the soldiers slogged on to make the country better and free from the communists domination. This is to counter also those people who still want to bring back Chin Peng. Maybe also the government will recognise and honour the PTU, KPK and the ordinary soldier like me who has no bravery medal. I wrote a lot of citations when I was in Butterworth. No.3 Sqn was the most decorated sqn in the whole of the air force. It was my duty as a base commander to know my men and that is why I also flew on ops during the good old days, hence I know my pilots well.

Maybe this is food for thought. Maybe you would not be able to sleep tonight thinking about this. If that is so, I have provoked you and make you think. Good luck.

Salam.

Your former commanding officer"


Yes, I'm interested to document those invaluable experiences in a book as they were part of  nation building. And, of course, the biggest hurdle is the cost involved. If there are sponsors, why not? For a start, my experiences and others in this blog could be the basis of the book.

Pilots and Footsloggers...As rightly pointed out by my CO, I need inputs from you. I did make calls and e-mails to a few of those pilots requesting them to jot down their experiences and e-mail to me. Regrettably, to no avail. Maybe due to work commitments. I really appreciate if you care to let others know your sacrifices for the benefit of future generation by sending your experiences to me. Should my dream to 'book' these experiences materialise, the only words I can utter is....THANK YOU. 

Readers...Know those who are patriotic enough who might be willing to sponsor the publishing of a book?

Sabtu, 8 Mei 2010

Scallops...Anyone?

This morning, 7 May 2010, I took my wife to Mergong wet market, Alor Setar, for her weekly marketing. And, for the second time in my life, I saw fresh scallops in the market. The first time I came across one of the most popular molluscs was in Labuan way back in the early 80's. The fishmonger told me they were brought in from Kelantan.

We bought RM14, ie, more than 1 1/2 kg worth. Well, the weight of the  'adductor' muscles alone was only about 500gm.

RM8 per kg

From this meaty 'adductor' muscle...


To being one of the main ingredients used for 'teppanyaki' and as a gourmet food like this...

 Nutrition Notes: Here's how a 3-oz (90 gm) serving of steamed scallops stack up in terms of nutrition: 


~ Calories               101
~ Protein                21 grams
~ Fat                      1.3 grams
~ Saturated fat       0.1 grams
~ Cholesterol          48 milligrams
Plus, you get 50 milligrams of magnesium, 304 milligrams of phosphorus, and 1.2 micrograms of vitamin B12.
Source: http://www.lesliebeck.com/

Scallops...anyone? But, those with gout problems...watch out!